Tuesday, December 13, 2011

ulat buku ; JJCM

Salam hari selasa....................


Wah sekejap je dah hari selasa, malasnya nak keja, 3 hari duk rumah rasa tak puas . Sampai tempat keja , tak boleh malas-malas, time keja kena fokus : )

Cuti 3 hari ni aku banyak habiskan masa kat rumah , yuyi balik hari sabtu tu, petang minggu aku plak gi umah dia, boring tinggal sorang kat rumah , suami ke laut petang tu, malamnya Yuyi ajak temankan pegi cari buku kat JJ. Yuyi dah macam milo, suka sangat baca buku. Buku yang kat rumah dia dah dekat satu almari, tak tahu dia nak buat apa ngan buku-buku tu , aku suruh jual online, yang dah baca, dia tak nak plak.

Dulu aku pun cam tu jugak , setiap kali gaji wajib beli buku, sekarang dah stop, takut ngan diri sendiri baca buku sampai tak ingat nak tidur, sekarang semenjak aku aktif berblog sikit demi sikit hobi membaca tu hilang. Kat rumah aku ni , menimbun majalah ngan buku , tak tahu nak campak mana , nak buang sayang sebab masa senggang aku suka baca balik majalah & buku yang lama-lama tu.




Almari buku rumah yuyi, belakang novel ada novel,boleh gitu, tak tahu dia nak buat apa ngan novel ni semua. Lepas beli novel, yuyi belanja makan kat restoran Penang char kueh teow.
Aku order kueh teow,Firduas nasi goreng cina(dah wajib), anak lelaki laksa penang, yuyi chicken chop,cian dia tak sedap sangat chicken chop tu, ayam banyak tepung.



Firdaus mengacau yuyi.


Acara posing memposing wajib ada. Tak lama lagi kan Krismas, banyaklah pokok krismas berlampu dorang hias ..cha ya nun alif kemain ramai, nak posing lebih pun tak boleh.


Sebelum yuyi makan chicken chop boleh senyum lagi, lepas makan muka pahit, kah kah kah chicken chop tu kurengggg.



Lepas makan yuyi beli barang dapur, aku tumpang sekaki beli tepung.Punyalah ramai orang gi shopping, apasal cha ya nun alif ni kalau membeli tak penuh satu troly, tak sah, dorang berniaga ke kat rumah, tisu gulung tak usahlah cakap, masa kat kaunter dia je ramai .

JJCM lagi petang senin tu, yuyi teringin nak makan lamb shank tu yang dia ajak makan kat sini , Firdaus makan chicken ala king ngan butter rice, anak lelaki tu makan lamb shanks. Kat sini kalau order western food tak rugi sebab sedap, yang penting kenyang.


Minuman strawberry & vanila milk shake & fresh orange.Tengoklah tu Firdaus makin pandai bergaya. Tak menahan sekali, dia kata , nasi tu sikit ,lauk banyak : )



Sebelum sampai tempat makan, sempat lagi Firdaus bantai honey corn flake , laparlah tu.






Sampai sini je ye, berjumpa lagi dilain hari dan waktu, InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina