Thursday, March 17, 2011

Mari merapu






Ini separuh bahan bacaan aku kat rumah, dah serabai. Bak kata suami aku, dah baca tak tahu letak tempat dia balik.















Aku mood serabai lagi. Kalau pergi shopping complex yang ada MPH book store , tak sah kalau aku tak singgah. 3 buku di atas, aku beli di sana. 3 buku tu adalah buku yang paling aku sayang dan simpan ngan baik. Buku muffin tu pinjam ngan budak bakery kat tempat aku kerja.

Aku paling benci , orang banyak duit tak nak beli buku, lepas tu nak pinjam buku. Lagi satu aku benci kalau orang tak suka beli suratkhabar, tapi nak pinjam aku, lepas baca tak susun balik . Sampai satu hari nak elakkan orang pinjam suratkhabar, sanggup aku beli suratkhabar Jawi. padan muka ko. korang perasan tak? bila pandai baca suratkhabar jawi, maksudnya aku terror baca jawi ngan lancarkan .he he he bestkan kalau dapat tunjuk eksen.


Tahu tak?

1)aku lagi bertambah selera, bila makan sambil membaca, sambil telan makanan, sambil baca dan telek-telek gambar.bahagia.

2)Membaca ibarat mendodoi mata aku supaya senang tidur.

3)Dulu aku suka membaca dalam toilet, tapi sekarang dah hentikan tabiat tu.

4)Dalam kereta, komuter, sebelum sampai destinasi yang dituju, mesti membaca.

Aku baca semua yang boleh dibaca.


Senyum tapir : Sejauh mana membaca memainkan peranan penting dalam hidup korang? serabaikan soalan aku.eeeeeeeeeeeeeee geramnya ngan satu perempuan cha yu nun alif ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina