Showing posts with label senaman ringan. Show all posts
Showing posts with label senaman ringan. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

Nak dapatkan bentuk badan menarik macam Fazura -jom jangan berlengah lagi..


Hari ni memon nak bercakap pasal bentuk badan, 19 tahun dulu bentuk badan memon alah -alah bentuk badan Fazura, 19 tahun kemudian bentuk badan memon sedikit demi sedikit berubah cam bentuk badan oprah Winfrey, memon kurus sikit je dari dia. Pada pendapat memon, dalam ramai-ramai artis yang mewarnai industri seni kat Malaysia , Fazura lah salah seorang artis yang memiliki bentuk badan yang menarik . Dia bertuah hadir dalam pakej yang lengkap, berbakat dan jelita.

 
blog memon muslimah #memonbajetalim

Acapkali Fazura suruh memon bersenam kat gim sekurang-kurangnya 1-2 jam sehari untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik . Dia ada juga kata, selain dari mendapat bentuk badan yang menarik, stamina memon otomatik akan bertambah. tu ha memon dah sediakan link blog Fazura sudi-sudilah tanya soalan kat dia, andaikata link tu tak pegi blog Fazura, nasib lah.


Kengkawan jangan kacau memon , lepas ni memon nak fokus bersenam kat gim. Nasib baiklah kat tempat keja memon ni  sediakan gim untuk pekerja , tak payahlah memon nak susah payah pegi gim kat luar sana. Cian gim ni hampir 4 tahun terbiar cam tu je, tak de  yang sudi nak berkenalan ngan gim tu. Jom berkenalan ngan gim tu.

Sebelah gim ni stor memon , tempat memon simpan batang penyapu ngan batang mop, masa senggang  memon suka makan sirih ngan aci-aci sapu sampah..

Lepas ni memon akan lebih bersemangat , tima kasih Fazura kerana sudi beri motivasi percuma kat memon .kha kha kha

Semua peralatan dalam gim ni memon dah pernah guna

Banyak-banyak peralatan kat sini, alah-alah basikal ni memon paling suka, sebabnya ni je paling senang.

Sedih!!!!!! saje tak nak bagi bentuk badan memon menarik, sapalah kingkong dah jahanam benda alah ni, excuse me memon yang badan besar ni hampir 100 kali lompat kat situ tak pernah  koyak benda alah tu . spoil mood memon nak bersenam *dasar pemalas tak mengaku*




Memon harap hubungan Fazura ngan tut tut, akan ke jinjang pelamin. Biar memon ngan Fazura je tau sapa tut tut tu *bajet PA Fazura*. alah maaflah kengkawan, tajuk Fasha sandha, cite Fasha sandha langsung tak de , bukan apa hari ni memon cite pasal bentuk badan menarik, bentuk badan fasha tak dapat mencuri pandangan memon, muka dia memanglah cantik, dari muka ke bawah, la la la la la *memon bajet perunding imej* ,

Friday, March 23, 2012

Dari stesen komuter ke klinik Kesihatan-kenapa pagar stesen komuter dipotong?

menjawab soalan dari blogger , cik ina tak larat nak naik tangga dik, terutama masa lutut ada masalah tak pun masa tu kurang sihat. kwang kwang kwang kwang . Cite hari ni berkisar kepada jejantas penjalan kaki stesen komuter yang ada kat Malaysia ni. Mari kita bincangkan bersama-sama demi mendapatkan jenjantas penjalan kaki bereskalator dan berhawa dingin , ye ke dapat .kwang kwang kwang. PM tak kan KL sentral je ada eskalator, ye ke KL sentral ada eskalator , aku main petik je ni. #bajetwakilrakyat.

Nampak tak betapa tingginya jenjantas laluan penjalan kaki tu :( time memon kepala lutut sakit ,mengigil nak sampai ke anak tangga paling atas , memon bila turun tangga laju gila, dah terpaksa nak buat cam mana, redah jelah, bukan redho ye : ). Apa yang memon geramkan tu , masa memon dipertengahan anak tangga, komuter memon tak moh tunggu walaupun seminit, depa pegi cam tu je tanpa ada perasaan bersalah. Tak tahu nak cakap cam mana perasaan memon pada masa tu, rasa cam nak pijak drebar komuter tu pun ada, memon letak tangan kat dada, mata pandang kat atas, memon banyakkan istighfar dalam hati #bajetbaiklahsangat. Apalah salahnya drebar tu  tunggu sekejap, bukan jauh pun adalah tak sampai 2 meter, pernah kekadang tu memon dah dekat nak sampai pintu komuter, depa cam tak de hati dan perasaan tutup pintu komuter, terus jalan cam tu je. Memang terkulat-kulatlah Memon antara percaya ngan idak , melihat komuter jauh pergi iiiiiii .#pentipusangat.




Cuba bayangkan yang menuruni anak tangga tu orang tua lingkungan umur 50 tahun ke atas, bermasalah pada kaki dan lutut. Eskalator diperlukan sangat pada masa ni, PM tolong dengar luahan hati kami . luahan KAMI tak mewakili suara rakyak Malaysia keseluruhanya . kah kah kah #bajetwakilrakyat



Nampak sihat plak muka orang tua lingkungan umur 50 an ni bila sampai ke anak tangga paling bawah . hua hua hua


Nampak tak di situ orang tua sedang membeli tiket komuter, orang tua tu kena tiket separuh harga , 50 sen je.


Kawasan berhampiran ngan stesen komuter

Maaflah duit tabung masih belum mencukupi nak beli kamera DSLR,nampak tak budak sekolah yang naik basikal melintas landasan keretapi tu, perlakuan dorang tu nampak sangat cam tak sayangkan nyawa sendiri . Aku tak suka nak komen lebih-lebih perkara cam ni, sebab aku tak berada kat tempat dorang, misalnya aku berada kat tempat dorang , aku pun akan buat perkara yang sama, tinggi weiiii jenjantas penjalan kaki stesen komuter tu. larikkkkkkkkkkk



Cian masuk je dalam perut komuter , orang tua terus menairap sambil menyabung kaki . arwah mak aku dulu cukup marah kalau nampak anak-anak dia menyabung kaki cam ni.


Sekianlah cite komuter dan anda saling memerlukan, tanpa komuter siapalah anda @bajetpengacaramajalah3

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina