Showing posts with label klinik kesihatan pelabuhan kelang. Show all posts
Showing posts with label klinik kesihatan pelabuhan kelang. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Tren baru 1 Malaysia merealisasikan impian warga cilik-bukan cite politik

 Hari rabu hari tu  aku merealisasikan impian warga cilik kita naik  KTM komuter tren baru , sapa lagi warga cilik kita kalau bukan Firdaus. *ciliklah sangat* Tren baru ni  6 koc  mampu memuatkan 1,100 penumpang ,  nampak  cantik,luas, canggih  ada cctv , tv lcd dan banyak improvement dari  tren yang  dulu . 

Sebelum ni bukannya aku tak nak bawak Firdaus naik tren baru, masalahnya masa aku  nak  naik tren aku tak pernah terserempak ngan tren  baru, tak kan ye aku nak tunggu  tren baru berjam  jam kat stesen komuter , nampak sangat aku tak de keja lain.ha ha ha .Hari rabu hari tu  aku bawak Firdaus pegi klinik naik tren, kebetulan plak tren baru yang lalu  pucuk dicita ulam mendatang , kembang kuncup lubang hidung Firdaus  tak terkata  dah lama sangat dia  mengidam nak naik tren  baru  katanya Firdaus  tren baru tu  tren 1 Malaysia. Mentang-mentanglah kat pintu tren  ada lambang 1 Malaysia  main petik-petik je tren 1 Malaysia. *kak ros dengar mesti bangga*

Kengkawan marilah ikuti pergembaraan  ahli pelayaran sinbad  dari copenhagen ke Pelabuhan kelang dengan menaiki tren baru . Pergembaraan ni  mengambil masa tak sampai 20 minit,"pui pui pui kedekut punya mak."Kata Firdaus dalam hati. Ada aku kesah. 

ni bukan tren baru ni pokok bunga kertas kat stesen copenhagen
muka bengang 
 tu bukan keranda ye tu mesin tiket  fresh from farm, entah bila  nak beroperasi aku pun kurang pasti
 Marahlah tu tren 1 Malaysia tak sampai lagi
 
Muka marah tunggu  keretapi hampir satu jam tak kunjung tiba.
Aku blogger  aku suka ambik gambar ada aku kesah keretapi tak datang .kah kah kah 
 Muka orang puas hati dapat naik tren 1 Malaysia 
*abang ajib & kak ros sila bangga*
 Aku konpius,  ni nak tunjuk kerusi ke nak tunjuk vontot  Firdaus.ha ha ha 
 Paparan LCD dapat menyalurkan informasi terkini berkenaan KTM , sekiranya dapat  menyalurkan cite kartun okey gak katanya Firdaus : )
 Ruang perantara koc terbuka, nak main galah panjang kat tengah-tengah tu  pun  dah tak de hal.
 
   Ada pipi tembam disini.ha ha ha 
 Ada full map berlampu  ,menunjukkan  dimana kita berada.
Sistem maklumat penguna pada skrin LED 
Luas mata memandang nak tergolek terlentang pun dah boleh  .


Okey cukuplah  buat hari ni, jumpa lagi.

Sekadar cadangan   golongan marhaen kepada yang berkenaan

Stesen komuter  dah ada kat westport apa kata  buatkan laluan  tren komuter dari Pelabuhan kelang ke Westport , senang sikit aku nak pegi keja. Golongan marhaen cam aku ni belum mampu lagi nak beli kereta . saper setuju angkat tangan...............



Thursday, May 17, 2012

runtuhnya sebuah pahala-bila bihun dah jadi bubur

Tajuk dah macam tajuk drama. kah kah kah tak pelah kan janji ada tajuk dari togel je.Sapa yang tak nak  pahala, mesti semua orang nak tak terkecuali aku.Setiap hari celik je mata aku niat dalam hati tak nak buat dosa. Aku sedar kekurangan diri aku, aku tak cukup sempurna macam orang lain sebab tu  kalau boleh aku  tak nak  tambah dosa InsyaAllah.

Luaran aku nampak kasar  tapi dalaman aku Allah SWT  je yang tahu . Aku bersyukur pada Allah SWT atas kurniannya (tak perlu aku sebut secara terperinci , cukuplah hanya aku dan  Allah SWT je yang tahu)  Aku tahu ramai orang yang  cepat simpati bila melihat orang lain dalam kesusahan ye dak, tak terkecuali aku. Kadang tu kita nampak orang tua berniaga nasi lemak atau kuih muih  tepi jalan pun otomatik dalam diri  kita terbit perasaan  simpati tapi  tak semua  orang  ada perasaan cam tu   kalau ada tu  Alhamdulillah lah.

Bercakap pasal  orang tua, teringat aku pada sorang tua  jual nasi lemak ngan kuih muih kat area kawasan rumah aku.Sebelum ni memang aku tak pernah beli nasi lemak   kat orang tua tu,dia berniaga kat situ pun aku tak  pernah tahu. Ada satu hari tu  makcik yang selalu aku beli nasi lemak tak berniaga, tergerak hati aku nak lalu kat depan warung orang tua tu, bila  mata bertentang mata terbit rasa kesian ,dah lah aku ni memang  jenis cepat kesian ngan orang tua  lagilah kalau muka orang tua tu ada iras arwah mak aku, masa tu  bukan  nasi lemak je aku beli kalau boleh ngan  warung nasi lemak  aku nak  beli sekali : )

Sembang punya sembang ngan orang tua tu , hati aku jadi  sayu, bila hati dah sayu dah tak ingat apa dah aku pun terus beli sekali  4 bungkus nasi lemak  7 ketui karipap orang tua tu. Saper nak habiskan nasi lemak 4 bungkus tu, sampai opis aku bagi Kak limah 2 bungkus. Kalau korang boleh tanya kak limah pegilah tanya dia  cam mana rasanya nasi lemak  ngan karipap tu. hairan bin ajaib  tak sempat pukul 1  nasi lemak tu basi. Tak moh cite lagi nasi dah jadi basi  aku tak nak tambah dosa .kah kah kah 

Stop cite pasal nasi lemak. Semalam kebanyakkan sekolah sibuk  berhari guru aku plak sibuk bawak Firdaus pegi klinik .
 Alhamdullilah anak-anak aku semua tak wat muka masa sakit. Sampai kadang tu aku plak takut masa dorang  sakit  sebab dorang duk  diam je , tanya sepatah  jawab sepatah.
 kelakuan budak kecik ni manarik  perhatian aku , lincah sesaat pun tak boleh duk diam : )

 
 Dia ingat dia comel lah tu buat cam tu.
Lepas balik dari klinik aku bawak Firdaus gi makan. Saje aku pilih kedai ni  sebab kesian ngan tukang masak dia orang tua. orang tua lagi tak habis kesian ngan orang tu . Dapat gak pahala tolong orang tua ye dak.

Kenapa banyak sangat milo ni : )
Milo lagi
Anak-anak aku ni  jarang  komplin bila makanan yang dorang makan tak sedap tapi  bila  aku  nampak makanan   dorang  tak habis aku tahulah  yang makanan tu tak kena pada  tekak dorang.
 Cian Firdaus bila Tukang masak tu ingat Firdaus umur 20 +++ tahun tu yang di buh cili api menimbun tu.
 cer teka dalam pinggan tu  katak goreng  ke atau  kepak goreng ?  larikkkkkkkkkk
Bihun dah jadi bubur 

Sesekali hati ni teringin gak nak makan bihun goreng. Bila bihun goreng sampai  depan mata, hancur luluh perasaan aku ,tu baru tengok belum rasa lagi.*drama queen sangat aku ni kan* . Bila rasa fengsan ajinomoto ngan garam sepikul, nak tak nak ku cocok -cokok bihun tu ngan garpu lalu ku suapkan kedalam mulutku yang comel sambil tanganku menyeka air mata yang menitis lembut di pipiku yang gebu lagi mantoppp kah kah kah    *pentipu sangat*

seriyes aku ni bila tengah marah kaw kaw bufullo chicken dog cat frog otomatik air mata aku boleh merembes keluar ngan deras, so apa tunggu lagi loyongkan je  pinggan bihun tu kat tukang masak bertudung pink yang  tengah  syok banget  ketawa terbahak-bahak  sambil makan nasi ngan kari kepala ikan .*jangan dengar hasutan syaiton*Banyak cantik muka ko ,dah lah  buat bihun goreng tak semenggah  boleh lagi dia  ketawa terbahak -bahak..nampak gayanya  first ngan  last  lah aku makan kat situ. bye bye bye 


The moral of the story ; semudah ABC  dari niat nak buat pahala dah  bertukar menjadi dosa .Aku insan biasa : (


Friday, March 23, 2012

Dari stesen komuter ke klinik Kesihatan-kenapa pagar stesen komuter dipotong?

menjawab soalan dari blogger , cik ina tak larat nak naik tangga dik, terutama masa lutut ada masalah tak pun masa tu kurang sihat. kwang kwang kwang kwang . Cite hari ni berkisar kepada jejantas penjalan kaki stesen komuter yang ada kat Malaysia ni. Mari kita bincangkan bersama-sama demi mendapatkan jenjantas penjalan kaki bereskalator dan berhawa dingin , ye ke dapat .kwang kwang kwang. PM tak kan KL sentral je ada eskalator, ye ke KL sentral ada eskalator , aku main petik je ni. #bajetwakilrakyat.

Nampak tak betapa tingginya jenjantas laluan penjalan kaki tu :( time memon kepala lutut sakit ,mengigil nak sampai ke anak tangga paling atas , memon bila turun tangga laju gila, dah terpaksa nak buat cam mana, redah jelah, bukan redho ye : ). Apa yang memon geramkan tu , masa memon dipertengahan anak tangga, komuter memon tak moh tunggu walaupun seminit, depa pegi cam tu je tanpa ada perasaan bersalah. Tak tahu nak cakap cam mana perasaan memon pada masa tu, rasa cam nak pijak drebar komuter tu pun ada, memon letak tangan kat dada, mata pandang kat atas, memon banyakkan istighfar dalam hati #bajetbaiklahsangat. Apalah salahnya drebar tu  tunggu sekejap, bukan jauh pun adalah tak sampai 2 meter, pernah kekadang tu memon dah dekat nak sampai pintu komuter, depa cam tak de hati dan perasaan tutup pintu komuter, terus jalan cam tu je. Memang terkulat-kulatlah Memon antara percaya ngan idak , melihat komuter jauh pergi iiiiiii .#pentipusangat.




Cuba bayangkan yang menuruni anak tangga tu orang tua lingkungan umur 50 tahun ke atas, bermasalah pada kaki dan lutut. Eskalator diperlukan sangat pada masa ni, PM tolong dengar luahan hati kami . luahan KAMI tak mewakili suara rakyak Malaysia keseluruhanya . kah kah kah #bajetwakilrakyat



Nampak sihat plak muka orang tua lingkungan umur 50 an ni bila sampai ke anak tangga paling bawah . hua hua hua


Nampak tak di situ orang tua sedang membeli tiket komuter, orang tua tu kena tiket separuh harga , 50 sen je.


Kawasan berhampiran ngan stesen komuter

Maaflah duit tabung masih belum mencukupi nak beli kamera DSLR,nampak tak budak sekolah yang naik basikal melintas landasan keretapi tu, perlakuan dorang tu nampak sangat cam tak sayangkan nyawa sendiri . Aku tak suka nak komen lebih-lebih perkara cam ni, sebab aku tak berada kat tempat dorang, misalnya aku berada kat tempat dorang , aku pun akan buat perkara yang sama, tinggi weiiii jenjantas penjalan kaki stesen komuter tu. larikkkkkkkkkkk



Cian masuk je dalam perut komuter , orang tua terus menairap sambil menyabung kaki . arwah mak aku dulu cukup marah kalau nampak anak-anak dia menyabung kaki cam ni.


Sekianlah cite komuter dan anda saling memerlukan, tanpa komuter siapalah anda @bajetpengacaramajalah3

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina