Showing posts with label klinik kerajaan. Show all posts
Showing posts with label klinik kerajaan. Show all posts

Friday, May 18, 2012

Tren baru 1 Malaysia merealisasikan impian warga cilik-bukan cite politik

 Hari rabu hari tu  aku merealisasikan impian warga cilik kita naik  KTM komuter tren baru , sapa lagi warga cilik kita kalau bukan Firdaus. *ciliklah sangat* Tren baru ni  6 koc  mampu memuatkan 1,100 penumpang ,  nampak  cantik,luas, canggih  ada cctv , tv lcd dan banyak improvement dari  tren yang  dulu . 

Sebelum ni bukannya aku tak nak bawak Firdaus naik tren baru, masalahnya masa aku  nak  naik tren aku tak pernah terserempak ngan tren  baru, tak kan ye aku nak tunggu  tren baru berjam  jam kat stesen komuter , nampak sangat aku tak de keja lain.ha ha ha .Hari rabu hari tu  aku bawak Firdaus pegi klinik naik tren, kebetulan plak tren baru yang lalu  pucuk dicita ulam mendatang , kembang kuncup lubang hidung Firdaus  tak terkata  dah lama sangat dia  mengidam nak naik tren  baru  katanya Firdaus  tren baru tu  tren 1 Malaysia. Mentang-mentanglah kat pintu tren  ada lambang 1 Malaysia  main petik-petik je tren 1 Malaysia. *kak ros dengar mesti bangga*

Kengkawan marilah ikuti pergembaraan  ahli pelayaran sinbad  dari copenhagen ke Pelabuhan kelang dengan menaiki tren baru . Pergembaraan ni  mengambil masa tak sampai 20 minit,"pui pui pui kedekut punya mak."Kata Firdaus dalam hati. Ada aku kesah. 

ni bukan tren baru ni pokok bunga kertas kat stesen copenhagen
muka bengang 
 tu bukan keranda ye tu mesin tiket  fresh from farm, entah bila  nak beroperasi aku pun kurang pasti
 Marahlah tu tren 1 Malaysia tak sampai lagi
 
Muka marah tunggu  keretapi hampir satu jam tak kunjung tiba.
Aku blogger  aku suka ambik gambar ada aku kesah keretapi tak datang .kah kah kah 
 Muka orang puas hati dapat naik tren 1 Malaysia 
*abang ajib & kak ros sila bangga*
 Aku konpius,  ni nak tunjuk kerusi ke nak tunjuk vontot  Firdaus.ha ha ha 
 Paparan LCD dapat menyalurkan informasi terkini berkenaan KTM , sekiranya dapat  menyalurkan cite kartun okey gak katanya Firdaus : )
 Ruang perantara koc terbuka, nak main galah panjang kat tengah-tengah tu  pun  dah tak de hal.
 
   Ada pipi tembam disini.ha ha ha 
 Ada full map berlampu  ,menunjukkan  dimana kita berada.
Sistem maklumat penguna pada skrin LED 
Luas mata memandang nak tergolek terlentang pun dah boleh  .


Okey cukuplah  buat hari ni, jumpa lagi.

Sekadar cadangan   golongan marhaen kepada yang berkenaan

Stesen komuter  dah ada kat westport apa kata  buatkan laluan  tren komuter dari Pelabuhan kelang ke Westport , senang sikit aku nak pegi keja. Golongan marhaen cam aku ni belum mampu lagi nak beli kereta . saper setuju angkat tangan...............



Thursday, March 22, 2012

Dari kepala Batas ke New heaven-From Taiping with Love

Terima kasih pada kawan-kawan semua yang mendoakan Firdaus cepat sembuh, Sambungan cite semalam, syukur Alhamdulillah , Firdaus dah semakin sembuh, petang semalam balik je dari Perpustakaan , aku terus bagi dia makan ubat demam, batuk ngan selsema, lepas makan ubat dia terus tidur. Nasib baik balik dari perpustakaan tu, aku ada bawak dia gi makan, tak kisahlah kalau dia terus tidur pun . Aku suka bagi Firdaus makan ubat batuk ngan selsema pada waktu petang , sebab ubat tu memberi kesan mengantuk, kira tidur lebih dari 8 jam dah cukup menghilangkan  rasa  mengantuk, nanti kat sekolah  tak de lah dia mengantuk. Aku salute ngan Firdaus dia boleh tahan mengantuk, aku ingatkan dia terus tidur sampai pagi #tanjatmemom dalam pukul 10 dia  bangun mintak nasi, kalau akulah lepas makan ubat yang memberi kesan mengantuk ni , aku terus tidur tak sedarkan diri sampai la ke pagi. Dari dulu lagi aku tak suka ambik ubat yang memberi kesan mengantuk ni , badan rasa lemah semacam walaupun dah cukup tidur.

Sempat lagi tu balik dari klinik , aku berfoya-foya bawak Firdaus pegi Perpustakaan Awam Pelabuhan Kelang. Alah kebetulan klinik kesihatan tu berhadapan ngan Perpustakaan, apa salah sambil menyelam minum air ye dak.Membaca  itukan Jambatan Ilmu, tuntulah ilmu sampai ke negeri China, dasatkan bile memon dah mula berceramah.kah kah kah , Jeles mak, bila masuk blog akak milo sorang ni  dia tunjuk tunjuk buku yang dia pinjam  dari  perpustakaan.hua hua hua . Dah lama aku  rancang nak ke perpustakaan asyik tertangguh je, gara-gara sibuk sepanjang minggu. Kebetulan semalam free sangat, tu yang aku menyinggah di perpustakaan....gelak gelak gak ni serius , bagus tau pupuk minat membaca anak-anak kita sedari mereka kecil lagi. Kalau boleh kurangkan beli barang permainan untuk anak kita, lebihkan beli bahan bacaan, teringat plak dulu masa anak -anak aku masih  kecik, bila pegi pasaraya , jangan haraplah dorang dapat sambar mainan, dalam troly aku isi ngan  buku je. Firdaus bernasib baik sebab yuyi layan kehendak dia beli barang mainan, yuyi tak naklah Firdaus ditimpa nasib sama cam  dia masa kecik dulu asyik kena paksa beli buku je , dolu dolu mak yuyi simemom tu memang garang gila cam #maktiribawangmerah kwang kwang kwang



Klinik dah macam rumah sendirikan .


Sempat lagi makan tembikai sebelum masuk bilik doktor

eksited membaca sampai  merangkak



ye ke membaca tu, atau tengok gambar.kwang kwang kwang



Suasana kat sini aman damai je , cuma panas sikit sebab air cond rosak.


yeah yeah yeah saya dah jadi ahli Perpustakaan anda bila lagi?, semalam Firdaus pinjam 3 buah buku kanak-kanak

Buku yang aku sempat pinjam kat perpustakaan semalam, sebenarnya aku sibuk mencari buku dari kepala batas ke new heaven tapi cam tak jumpa je. sedih

Dalam komuter membaca? ye ke membaca tu......kali ni  Firdaus pakai okey sikitkan baju merah seluar kuning : )




bye bye bye jumpa lagi...........

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina