Friday, March 16, 2012

ikan jenahak rosemary -juadah hari minggu.

Salam kengkawan...........

last kopek entri aku dipetang hari, ikan jenahak rosemary, sebenarnya ni juadah hari minggu, hari ni baru berkesempatan nak tepek kat sini, tak kisahlah kan janji tepek. Ikan jenahak rosemary ni aku masakkan tuk yuyi ngan gula-gula hack, minggu lepas dorang tak dapat merasa ayam rosemary aku, kira ikan ni cam ganti ayam rosemary hari tulah. Kalau tak de ikan jenahak, korang boleh guna ikan apa-apa pun,terpulang pada citarasa masing-masing.

ikan jenahak ni diperap semalaman.


Bahan-bahan
  1. 4 ketul ikan jenahak ngan seketul kepala ikan jenahak
  2. 1 tbsp rosemary kering, 1 tbsp lada hitam, 1 tbsp jintan kasar- kisar sedikit kasar-
  3. 5 ulas bawang putih- dihiris
  4. 1 inchi halia- dihiris
  5. 2-3 tbsp brown sugar
  6. sedikit garam
  7. 1 tsp cayenne pepper
  8. olive oil
  9. sebiji lemon
Bau dan rasa dried rosemary tidak terlalu kuat, sangat seimbang, cam mana bau dan rasanya susah aku nak bagi tau kat sini, senang cite korang cubalah sendiri. Rasanya sesuai dengan ayam, ikan, daging lembu dan daging kambing, ia turut digunakan untuk menambah perisa kepada bbq.


cayenne pepper ni ada jual di pasaraya, RM10 sebotol., kalau nak lebih pedas boleh buh banyak sikit .

Jintan kasar ni baunya tak de kuat sangat tapi sesuai sangat untuk dibuat jadi bahan perapan seperti satay, ayam pangang, ayam percek , ikan dan daging yang seumpama denganya.

bahan perapan ikan rosemary


Cara-cara membuatnya
  1. Cairkan sesudu butter, kemudian tumiskan hirisan bawang putih ngan hirisan halia sampai naik bau.
  2. Kisar kering bahan tumisan (bawang +halia) bersama bahan no.2
  3. kisar sekali bersama brown sugar
  4. Gaul ayam ngan sedikit garam kemudian perap bahan kisar bersama bahagian ayam, lepas semuanya bergaul mesra perahkan jus lemon bersama ayam sudah diperap tadi kemudian gaul sekata, akhir sekali taburkan cayenne pepper(amaran oleh kerajaan Malaysia, cayenne pepper ni boleh tahan pedasnya , jika anak anda tak tahan makan pedas, kuarang pengambilannya , tak pun jangan bubuh langsung)
  5. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk semalaman
  6. Sebelum bakar, sapukan atas ayam ngan sedikit olive oil kalau tak de olive oil , sapu je ngan butter. Boleh gak buh aksesori cam baby tomato, carrot(lumurkan ngan sedikit olive oil, black pepper dan sedikit garam , kentang(kalau nak buh kentang, pastikan kentang direbus dulu hingga sedikit empuk, kemudian kentang tu lumurkanlah ngan sedikit olive oil dan bahan perapan tadi )
  7. bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit, guna api atas bawah.


nilah hasilnya selepas dibakar selama 40 minit , jeng jeng jeng jadilah ikan jenahak rosemary-sesuka je aku bagi nama kan.

 cuba jangan tak cuba, masakan yang simple tapi sedap ni, InsyaAllah. Akhir kata ,aku akhiri entri ni dengan ucapan ...Selamat behujung minggu bersama keluarga tersayang ye,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina