Showing posts with label Donut. Show all posts
Showing posts with label Donut. Show all posts

Sunday, April 1, 2012

Diary hari sabtu seorang blogger fofular

Hye kengkawan

Sila baca perkataan fofular ngan perasaan senang hati dan  gembira ye, biasalah memon kalau tak hangatkan atau muntahkan orang dalam sehari tak sah. Memon update ni sebab nak cite aktiviti memon semalam. Aktiviti memon tak de lah best sangat nak dibandingkan ngan aktiviti retis fofular kat luar sana, tapi aktiviti memon ni kengkawan boleh gak buat gelik-gelik ketiak time kesunyian kat rumah. Biasalah memon ni kalau tak update cite merapu, update cite masak-masak, tak update cite masak-masak , update cite merapu, either one  tulah.

Semalam memon tak de masak lauk pauk, memon masak yang simple je, untuk sarapan pagi memon goreng nasi goreng kampung, untuk tengahari memon buat donut dan untuk makan malam memon goreng bihun. Jadual makan ikut kepala sendiri biasalah. Rasa dah lama je memon tak makan nasi goreng kampung, asyik makan nasi goreng cina je jemu plak. Gigihlah semalam memon buat nasi goreng kampung buh kangkung...


Selalunya Memon buat nasi goreng kampung guna cili kering yang dikisar kering atau tumbuk, cili memon ni tak pedas sangat, sesuailah untuk  budak-budak makan. Sekarang ni Firdaus dah boleh tahan pedas , kemain lagi dia mintak makanan pedas ngan memon. Sesiapa yang berminat ngan nasi goreng kampung memon ni sila hubungi no yang tertera 0007004 dial sampai esok ye.
Suami memon ngan Firdaus suka makan nasi goreng bersama taburan ikan bilis goreng. Memon suka sorokkan  Ikan bilis goreng , kalau tak sorok garenti cepat habis *dasar taik hidung masin*


Untuk makan malam memon buat bihun goreng(maafkan memon ye diary blogger fofular ni terbalik sikit patutnya tengahari dulu lepas tu baru   malam) apa nak buat dah susun gambar terbalik memon pasrah je.
Memon suka goreng bihun ngan udang kering tak pun ngan ikan bilis. Pada pendapat memon yang bukan chef ni, bihun sesuai digoreng ngan udang kering ngan ikan bilis je. Sesiapa yang berminat ngan bihun goreng memon sila lah kunjungi website memonperasan chef.com. tapi kat dalam website tu memon guna shitake ngan carrot , kali ni memon goreng  guna sawi ngan kobis cina.
Bihun goreng ni memon taburkan ngan bunga-bunga cinta opss memon silap, memon taburkan ngan telur dadar daun bawang. haip memon debik sekali kalau telur dadar ni pun nak resepi.

Bihun goreng memon selepas ditaburi telur dadar daun bawang

Memon dah tak betul, pukul 12 tengahari  dah menguli  donut. Pagi tu memon ngadu ngan suami, memon sakit badan pening kepala badan tak larat je nak wat keja, tup tup tup tengahari suami nampak memon menguli donut, mesti suami memon kutuk  memon dalam hati ,"buat keja tak larat, menguli donut boleh plak". Habis nak wat cam mana dah masak memasak itu kehendak hati memon, keja yang membabitkan mengemas rumah ngan kain baju otomatik buat badan memon lemah dan tak larat.Suami memon dah paham sangat  ngan memon punya auta.
Buat sikit je, cukuplah 3 orang makan, minat sangat ngan donut memon sila ke website donutmemon.com, fofularkan memon setiap satu resepi ada website sendiri. puihhhhh
Sila percaya donut memon gebu , segebu tukang buat donut.

Dah cam ni punya layanan, kalau suami memon cari lain apakah hukuman yang patut dijatuhkan ke atas suami memon. opss larikkkkkkkkkkk

Walaupun memon tak pandai berprensentation dalam menghidang makanan dan menghias rumah, tapi memon bagi layanan first class pada keluarga , kawan -kawan saudara mara dan tetamu yang berkunjung ke rumah. Tak moh cite pasal keluarga , tiba-tiba je hati memon tersentuh mengenangkan keluarga memon yang dah lama pergi meninggalkan memon buat selama-lamanya.


Semakin besar semakin tak gemar bergambar, cam ni habislah blog memon kurang seri bila Firdaus meningkat dewasa, tiba -tiba je telinga memon  terdengar -dengar  alunan lagu bawakku pergi nyanyian zizan dan kaka, memon  suka dengar lagu tu sambil hentak kaki, tapi tak delah sampai  memon pasang niat nak lari dari rumah, aje gila nak lari rumah lepas dengar lagu tak pernah dibuat orang. korang rasa sifatiha tu lari rumah sebab dengar lagu tu ke.opssss  terlaser plak  nanti tak pasal pasal blog memon kena zip.

Friday, February 24, 2012

Resepi dan juadah terkumpul sepanjang minggu

Tajuk tu tak ingatkan.kui kui kui , lama kelamaan aku rasa malas plak nak tepek resepi kat blog. Boringlah asyik cite pasal masak je. Sila percaya hari ni aku tak boring , malah terlebih rajin nak tepek resepi dan buh gambar juadah yang aku masak sepanjang minggu ni. Kalau sudi silalah layan ye.Tima kacih.


Asam tumis ikan jenahak dan telur ikan juadah makan tengahari

Bahan-bahan

Resepi asam tumis kali telah dinaik taraf(cam jalan raya plak ye ) dengan menambahkan lengkuas dan daun limau purut-saje nak try market, okey gak rasa asam tumis buh lengkuas ngan daun limau purut.

1) cili kering 20 tangkai , 3 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah kecil, 1/2 inchi halia,1/2 inchi kunyit dan 1/2 inchi lengkuas -semua bahan dikisar halus
2) asam jawa dibancuh ngan 1 liiter air(Bila kita buh belimbing buluh , bancuhan air asam jawa biar sedikit cair , nanti terlebih pekat takut kuah jadi terlebih masam)
3)1 tangkai daun limau purut
4)belacan- 1/2 inchi je.(kalau suka boleh letak banyak)
5)5-6 biji belimbing buluh yang sederhana masak(tak de belimbing , tomato pun boleh , kalau tak de pun tak pe)

6)ikan ngan telur ikan basuh berseh kemudian digaram kunyit

cara-cara membuatnya
Tumis cili kisar sampai betul -betul pecah minyak. Kalau nak dapat asam tumis yang sodap, cili tu kenalah tumis hingga betul-betul pecah minyak. Sekirannya takut cili tadi cepat hangit, kecikkan sedikit api semasa menumis. Bila dah pecah minyak , masukkan air asam jawa dan belimbing buluh biarkan ia agak mendidih kemudian masukkan ikan dan daun limau purut. Jangan masak ikan terlalu lama, nanti kemanisan ikan hilang. Bila kuah dah mendidih Sebelum angkat buh secubit kecil perasa, garam ngan 1/2 teaspoon gula ; bagi mengimbangi rasa kuah.



Donut berising kopi ditabur coklat rice-konon


Petang minggu aku terlebih rajin nak menguli(guna mesin ye) donut, maka terjadilah donut diatas . Nak resepi ambik kat sini DONUT. Selalunya aku gaul donut ngan gula castor , tapi kali ni aku buh ising kopi ditabur ngan chocolate rice, nak buat pembaharuan kononnya . Oleh kerana nak sangat pembaharuan , aku dengan gelojohnya telah menuang ising kat atas donut yang masih panas. Hambik ko , ising tu habis cair , meleleh kat tepi donut. The moral of the story buat keja jangan gelojoh .kui kui kui


IKAN GORENG MENGCONGKAM(adik beradik ayam mengcongkam)


Ikan goreng ni kira adik beradik lain mak lain bapak ngan ayam goreng mengcongkam. Mai ambik resepi, mak tengah rajin ni bolehlah bagi resepi : )

Bahan-bahan

1) sedikit serbuk lada hitam/lada sulah

2)4 ulas bawang putih
3)1 inci halia

4)Tepung jagung

5) IKan GT/Geropoh digaram kunyit- sukati korang nak guna ikan apa pun.

Tumbuk atau kisar kering bahan 2 & 3

cara-cara membuatnya

Gaulkan ikan tadi dengan bahan kisar termasuk serbuk lada hitam, kemudian gaul sekata ikan tadi ngan tepung jagung. perap selama 30 minit atau semalaman. Goreng hingga garing dalam minyak panas yang banyak.



Buah mangga hasil pokok mangga depan rumah, jadi juadah pemanis mulut sepanjang minggu..Syukur Alhamdulillah, walaupun pokok mangga depan rumah tu tak dapat kasih sayang sepenuhnya dan belaian manja dari tuan rumah , namun hasilnya jarang mengecawakan.



Telur masak kicap ngan kobis goreng , juadah malam tadi, nampak sangat juadah orang pemalas.kui kui kui Semalam entah kenapa, rasa cam malas je nak keluarkan ikan dari dalam esbok, tu yang masak telur kicap.Resepi ambik kat sini, resepinya sama je, cuma ikan goreng tu korang tukarlah ngan telur goreng mata kerbau. Nampak tak muka budak yang terlebih happy nampak nasi.


Okeylah , sampai sini je, wa cau dulu.

Saturday, December 10, 2011

cerita kobis cina ; tip mengoreng mee segera ; donut ;sarapan pagi hujung minggu

Salam hari sabtu.....................

Bestnya cuti deret 3 hari, yabeda bedu, boleh lepak kat rumah sambil masak -masak dan buat sepah rumah. kah kah kah. Pagi ni angin apa yang menyampuk aku , terlebih rajin plak buat donut ngan maggi goreng sekaligus.

Hari ni aku nak bagi satu tip ngetop cara  goreng mee segera, kalau ada yang rasa,  tips ni tak ngetop tak pelah kan , inikan blog aku , suka hatilah nak syok sendiri :)

Pagi tadi aku guna dua bungkus mee segera maggi kari meletup, macam tak cukup je dua bungkus, tapi nak buat cam mana , dah itu je yang tinggal.


Tips ngetop cara goreng mee segera


1) sayur yang digunakan untuk mee segera, kalau boleh guna guna kobis cina yang panjang, kobis ni memang sesuai itu mengoreng semua jenis mee, nasi dan untuk memberi rasa manis pada sup steamboat. Kobis ni memang sedap ; rasanya sedikit manis dari kobis yang lain.


2) celur mee segera dalam air panas mendidih, celur sampai lembut. Bila Selepas mee segera dah lembut, angkat terus cucurkan dibawah air paip sekejap, lepas tu gaulkan  mee segera ngan perencah, sukatan perencah untuk dua bungkus mee segera , kita guna 1 1/4 paket perencah je, gaul hingga mee segera ngan perencah bergaul mesra. Cara mengaul perencah ngan mee segera sebelum mengoreng adalah cara terbaek nak elak perencah akan berketul atau tak bergaul mesra masa dalam kuali .




3)Tumiskan bawang & ikan bilis  hingga naik bau dan bertukar warna perang , kalau nak mendapatkan mee segera goreng yang sedap dan beraroma.

4)Seelok-elok nya, pecahkan telur selepas bahan tumisan naik bau, kacaukan telur tu sampai garing untuk mengelakkan mee segera goreng kita rasa hanyir sekiranya telur tadi tak garing sepenuhnya..



maggi goreng tedap, tapi tak puas makan sebab sikit sangat.


Aku buat donut hari ni, semata-mata nak praktikkan pemutar doh, dah bertahun beli, atk teringat nak guna, sanggup plak sebelum ni aku uli guna tangan. Suami selalu tegur, sebab aku susahkan diri sendiri uli guna tangan. Dia tak tahu motip aku tak nak guna mesin pemutar, sebab malas nak basuh mesin tu. kah kah kah





Donut

Bahan-bahan

1)tepung gandum 1/2 kilo
2)1/2 tsp garam
3)1/2 tsp baking powder
4)1 tbsp gula larutkan dalam air
5) sebiji telur
6)1/2 paket mauripan dilarutkan dalam air
7)2 sudu besar majerin/butter

Cara-caranya

Gaul bahan 1, 2 ngan 3, kemudian masukkan bahan yang lain-lain. Uli adunan hingga jadi doh guna tangan(sekarang nak guna mesin pemutar) kah kah kah ) sehingga gebu. Lepas tu rehatkan doh selama 30 minit. Selepas 30 minit , c
anai doh setebal 1 cm, kemudian terap ngan acuan. Rehatkan lagi selama 30 minit.Last sekali goreng dalam minyak banyak dan sederhana panas. Dah sejuk, gaul ngan gula castor.Nak elak gula donut cepat berlengas, gunakan gula castor.





Betullah, kalau bukan rezeki kita , barang yang dah ke tangan pun boleh terlepas, begitu gak ngan donut aku pagi tadi, buat lebih dari 5 ketul, apa nak buat dah tak de rezeki boleh plak aku terlanggar dulang donut, habis terlungkup kelantai, tak dapat diselamatkan, kena buang dalam tong sampah lah jawapnya. Nasib baik sempat goreng 5 ketul sebelum yang lain terlungkup. Redha je lah: )




SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA TERSAYANG .

Monday, June 13, 2011

exercise jari

Salam hari senin

ni ha datang nak tepek resepi donut yang buat pagi tadi. Buat donut yang biasa je, kalau nak celup cokelat bagai, waktu petang ye.


Donut

Bahan-bahan

1)tepung gandum 1/2 kilo
2)1/2 tsp garam
3)1/2 tsp baking powder
4)1 tbsp gula larutkan dalam air
5) sebiji telur
6)1/2 paket mauripan dilarutkan dalam air
7)2 sudu besar majerin/butter

Cara-caranya

Gaul bahan 1, 2 ngan 3, kemudian masukkan bahan yang lain-lain. Uli adunan hingga jadi doh ngan tangan sehingga gebu. Lepas tu rehatkan doh selama 30 minit.



Doh yang direhatkan 30 minit selepas diuli.



senjata -senjata yang diperlukan, kayu pengelek, papan canai dan acuan.



Bila dah biar 30 minit, keadaan donut semakin montok dan gebu.



Canai doh setebal 1 cm, kemudian terap ngan acuan. Rehatkan lagi selama 30 minit.Last sekali goreng dalam minyak banyak dan sederhana panas.Dah sejuk, gaul ngan gula castor.Nak mengelakkan gula kat kuih donut cepat berlengas, gunalah gula castor.






Gebu tak donutku. Sedap dimakan ketika masih panas.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina