Wednesday, June 15, 2011

jom mengoreng

Salam hari selasa............biasalah acara wajib tuk perempuan yang dah berkahwin, apalagi masak , masak sampai lebam.

Jom layan nasi goreng kampungku.





tumis cili kering 6 tangkai yang diblender/tumbuk ngan 6 biji bawang merah kecik. tadi sampai pecah minyak. Masa menumis tu kecikkan sikit api, nama pun blender kering takut terhangit plak.Kalau boleh masa menumis tu buh air sikit ye.



dah garing masukkan ikan bilis. kalau suka boleh gak tumbuk ikan bilis tu.



Bila ikan bilis dah kegaringan kat dalam tu masukkan sayur kangkung yang dipotong pendek. korang boleh cuba try test masukkan pucuk paku gak, sedap.



Kemudian masukkan nasi putih plak.



buatkan lubang ditengah nasi tadi.buh minyak sikit, kemudian pecahkan telur sebiji.telur biar garing baru gaulkan nasi . Last sekali bubuh kicap cair , sebagai penganti garam ngan secoet perasa.



nasi goreng ala-ala kampung dah siap.



Ikan bilis wajib digoreng atas permintaan Firdaus.



Budak kerek. Abaikan kain baju yang belum basuh kat belakang tu ye.



Mood Firdaus kurang baik malam tadi.


okey cau cin cau, aku nak pegi makan nasi goreng .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina