Showing posts with label mee goreng. Show all posts
Showing posts with label mee goreng. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

mee goreng pedas ; kak limah makan sambil gelak menganjing; menganjing selagi boleh menganjing


pedas???? kah kah kah aku  dapat membayangkan kak limah menyuap mee goreng pedas aku tu  ke dalam mulutnya  sambil  gelak menganjing aku. Sebenarnya aku bukanlah orang yang sesuai nak bercakap mengenai sejarah  "PEDAS" opps ada lagi sorang minah tak pedas dia ni pun kalau diikutkan  tak berapa nak sesuai bercakap pasal pedas.

Suatu waktu dulu aku pencinta makanan pedas tegar serius ni mak tak buat joke,setakat cili api patah dua makan dengan nasi alah bisa tegal biasa. Tapi apa  yang aku perasan semenjak suami  aku yang chindian  ni   hadir ke dalam hidup aku  maka dari situlah  bermulanya  episod aku cuba berenggang dengan  cili api terutama cabai burung  atau makanan pedas+++  .Suami aku bukannya tak   makan makanan  pedas tapi tak delah  makanan yang pedas sangat sampai merah bibir atas bawah bak kata orang sekarang  "dia makan pedas tapi pedas cara dia" kak limah jangan nak menganjing laki aku ye.Lidah dan  mulut aku ni  plak bila dah  jarang makan makanan  pedas banget   sesekali makan  mulalah tak menahan ,siap  meleleh air mata aku  ni.

Bila dah dapat suami yang jenis boleh layan makan  nasi bersama  ikan goreng dengan  sayur aku apa lagi bertambahlah  malas  nak memasak masakan yang bercili bagai macam sambal atau  kuah  yang  pedas-pedas ni. Kalau nampak kat rumah aku ada makanan bercili serta pedas  +++ tu petanda yuyi ada agak berdekatan : )



Bahan-bahan untuk membuat mee goreng pedas -hurmm versi aku ye kak limah  ko main jauh-jauh.

1) 5 tangkai cili kering yang kureng pedas-HA HA HA gunting dan rendam dalam air panas
2)3 ulas bawang putih
3)3 ulas bawang merah

dikisar halus

 Sebungkus mee kuning-basuh dan tuskan-tips untuk mendapatkan  mee goreng yang berupa paras  cantik dan basah
lebih kurang seikat  sawi-cuci berseh dan tuskan
lebih kurang sengengam taugeh-cuci berseh dan tuskan
sepaket fishball -basuh dan potong ikut suka 
2-3 sudu besar sos tiram dan  dua sudu besar kicap kipas udang  lemak manis-Sebagai penganti garam dan penambah rasa
 
sesudu besar kicap pekat-memberi warna hitam pada mee goreng
Cara-cara membuatnya
1)Tumis bahan kisar sampai naik bau dan pecah minyak-guna api sederhana
2)masukkan sawi-kaup balik sekejap
3)masukkan mee kuning-kacau dan kaup balik supaya semua bahan tumisan  bergaul sekata dengan mee kuning
4)masukkan fishball-kaup balik sekejap

5)masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap kipas udang lemak manis dan sedikit air-kacau kaup balik seminit -dua minit lagi agar semua bahan tadi  bergaul mesra bersama mee kuning
6)Sebelum diangkat masukkan taugeh ,goreng rebah bangun je

Proses akhir
mee goreng pedas versi makcik cik ina do do cheng


Awal pagi lagi perut aku dah kenyang , habis cam mano tu?






Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, September 12, 2012

Pagi selasa aku ; pembantu rumah aku baru sampai ke rumah petang semalam


Entah kenapa semenjak pembantu rumah aku chefel sampai ke rumah  petang semalam,  semangat aku membara -bara untuk  memasak. Semangat jangan tak semangat  InsyaAllah  selepas ni  aku nak merajinkan diri  untuk menyediakan sarapan pagi untuk keluarga .Terima kasihlah Chefel kerana megembalikan semangat aku untuk memasak .

Chefel aku belum mula beroperasi InsyaAllah bila ia dah mula beroperasi aku war war kat sini ye.Sarapan  untuk family  pagi selasa aku goreng mee + fishball , minuman aku buat  air nescafe
untuk suami cukuplah untuk mengalas perut dia sementara menunggu lunch nanti. *bajet isteri mithali*.
 Bekalan   Firdaus  untuk dibawa ke rumah pengasuh
 
Untuk aku ? Minggu ni aku rasa ada mood nak buat sarapan balancenya nanti boleh aku tapau untuk dibawa ke tempat keja .Entahlah  boring bila fikir pasal makanan , sekarang ni  banyak sangat peniaga yang berniaga sambil lewa .

Berbalik pada cerita pembantu rumah
 Kenalkan pembantu rumah baru aku chefel
Buku Instructions
Sukanya aku siap ada cd  tu.


Next entry aku akan tunjukkan macam mana chefel beroperasi ya.

Sunday, July 29, 2012

Juadah bersahur hari ke 8-makcik dah semakin malas

Salam Ramadhan ..............


Ye , makcik dah semakin malas ye dik nun.Bila kemalasan mulai  menguasai diri apa pun tak boleh alamatnya  juadah   bersahur yang aku sajikan untuk keluarga  dah semestinya makanan yang  amat mudah untuk disediakan  contohnya mee atau bihun goreng.okey stop cite pasal bersahur,  Tak tahulah samada korang perasan atau tidak  yang aku ni jarang tepek gambar  juadah berbuka puasa atau atau bercerita mengenai  juadah berbuka puasa aku ngan family. Bukannya aku tak nak tepek gambar ,aku nak tepek tapi aku segan sebab aku jarang masak juadah berbuka puasa buat pengetahuan korang juadah berbuka  berbuka aku peniaga pasar ramadhan yang masak . Sila percaya aku hanya berkesempatan memasak juadah untuk berbuka puasa  cuma  pada hari pertama dan kedua puasa je.*alasan klise*


Waktu bersahur  otomatik aku bertukar kepada ibuk yang rajin memasak*matik pujik diri sendirii


Menu sahur semalam ; aku goreng  mee goreng sotong 


Resepinya simple dan mudah je :-
Sebungkus mee kuning-basuh dan tuskan
dua atau 3 sudu cili kisar & 6 ulas bawang putih -hentak ngan belakang parang dan kupas *dasar orang rajin*
Taugeh  segenggam dua-aku tak tahulah cam mana besar genggaman  korang.la la la la
sawi 1/2 ikat
basuh berseh  dan tuskan.
 Lebih kurang 10 ekor sotong bersize sederhana besar-siang ,berseh dan tuskan .
Bahan perasa
1)dua sudu besar kicap kipas udang lemak manis-untuk penambah rasa
2)dua sudu besar sos tiram-untuk penambah rasa
3)1  sudu besar kicap pekat-untuk memberi warna hitam pada mee goreng


Tumis bawang putih cincang tumbuk hingga naik bau kemudian masukkan cili tumis sampai pecah minyak(wajib)-masa menumis guna api sederhana ,bila cili dah pecah minyak   masukkan  dua sudu besar sos tiram dan sotong  kacau  sebentar kemudian masukkan sawi, diikuti ngan mee kuning . Bubuh kicap pekat  terpulang citarasa masing-masing, saper suka mee goreng kaler hitam buh lebih sikit kicap.(pada aku dah sedang elok sesudu besar kicap pekat  untuk mengoreng sebungkus mee kuning  )Tak  payah buh garam sebab mee kuning dah sedia masin (gantikan ngan buh dua sudu besar kicap kipas udang lemak manis), Kacau dan kaup balik  jangan putuskan plak mee tu, last sekali buh taugeh, goreng  rebah bangun je , kemudian bolehlah diangkat.sedia dihidang serta dinikmati.
Mee goreng basah cam ni  boleh gak dijadikan juadah untuk berbuka. Kalau waktu bersahur aku goreng mee cam ni punya banyak  maksudnya anak aku yang dua orang tu balik bersahur kat  rumah aku.



Sekadar luahan hati

Hari ni InsyaAllah kalau diizinkan Allah SWT aku memasak untuk juadah berbuka puasa.

Thursday, July 19, 2012

mee goreng mak step by step

ekceli mee goreng ni resepi  ibu mertuaku ,oleh kerana aku dah terlebih pandai mengadjust resepi dia   mengikut citarasa anak tekak aku jadi terpaksalah aku  mengugurkan ayat mertua tu. *menantu  zaman sekarang*.  Dulu  aku pernah tolong ibumertuaku berniaga  jadi dari situlah aku mencilok beberapa resepi masakan dia termasuklah mee goreng ni.  Seperti mana yang  korang tahu ibu mertua aku tu kan bangsa cina , resepi mee goreng cina ni  simple je sebenarnya cuma aku je yang terober tambah itu dan ini.

Kalau nak cerita lebih-lebih pun tak guna lebih baik aku kembali ketujuan asal .

Ye murid -muridku semua mari kita mengoreng mee  kepada  yang dah terror tu ketepi ye, kita ambik sebungkus mee kuning berstatus "HALAL"  kita basuh sampai lebam oppsss sederhana sudah kemudian tuskan*kata step by step haruslah tutorialnya cam gini*

kita ambik ayam separuh bahagian, buang kulit dan lemak yang sedia ada kemudian potong sederhana besar  dan cuci berseh -ibu mertuaku tak buh ayam.
 
1/2 ikat sawi hongkong , siang , cuci dan tuskan. Aku saje  nak tambah segenggam taugeh ngan 1/2 cekak kucai-dipotong sederhana halus
Mula-mula kita panaskan sedikit minyak dalam kuali kemudian kita tumiskan 6 ulas bawang putih yang dah dicincang.Tumis bawang putih sampai naik bau dan  bertukar  warna kekuningan.
 
Selepas  bawang dah naik bau kita masukkan ayam tadi diikuti ngan sedikit  air biar ayam  sampai separuh masak  -guna api sederhana
Bila ayam dah separuh masak, masukkan sawi kacau kaup balik sekejap kemudian masukkan kicap "PEKAT"kacau sekejap (saje aku boldkan pekat tu aku takut korang tak perasan) diikuti sedikit garam dan  mee kuning.Kacau goreng hingga semuanya bergaul mesra.Akhir sekali buh taugeh ngan kucai diikuti ngan secubit kecil serbuk perasa.  (jika lepas dimasukkan  kicap pekat mee tu menjadi   agak kering pandai-pandailah  tambah  sikit air ye)
Siap sudah mee goreng mak.la la la 
 
Jemput makan kengkawan mee goreng mak 
 
Abaikan permintaan suami aku .
 


Sekadar luahan hati

"Lebatnya hujan kat luar sana," itu je aku nak bagitau

Thursday, June 28, 2012

balak pasar malam

Ye ke pasar malam dan kita tak dapat dipisahkan, kalau ye sila angkat tangan. Entah kenapa asal hari rabu ngan khamis je kepala hotak  aku dah berkira-kira nak pergi pasar malam. Lihatlah betapa hebatnya penangan pasar malam dalam kehidupan kita. Cerita pasal pasar malam mengingatkan aku,  ketika aku  belasan tahun aku kerap  menemankan kawan beli  sayur sambil mata liar memerhati  balak balak  kat pasar malam.Bukan aku ye kawan aku. Masa umur aku belasan tahun aku  masih terbodoh tak pandai melaram sampailah habis sekolah.Bila dah habis sekolah menengah barulah aku nak start belajar melaram. Belum tamat  belajar melaram aku terus lompat kelas belajar mengurat tak sempat mengurat panjang  aku terus kahwin. la la la kalau nak cita panjang  lebar  sampai esok pun tak sudah.

Hasil rembatan kat pasar malam kejap  tadi

satu kerugian yang tak berapa besar bila  aku pergi pasar malam tak beli otak-otak.
Jagung rebus wajib beli
Tak ade apa yang lebih mengujakan aku selain dari mee goreng, kueh teow goreng  , bihun goreng dan makanan yang seumpama dengannya.



Okeylah ye cukup sampai sini je *mataakupundahngantuk*


Sekadar luahan hati

Bila kita rasa diri kita kaya barulah kita ada keinginan  nak membantu orang kaya. pelik

Saturday, June 2, 2012

Bold touch phone ; BlackBerry bold touch screen

Saper Aizamia , tuan punya blog  aizamia3 ke? Sekiranya  Aizamia tu orang yang sama maksudnya ini first timelah aku nengok wajah dia. mak konpius. Cian aku handphone aku bukannya  boleh berfacebook dan berinternet bagai ,   maaflah  sekiranya aku lambat  beri respon  pada  sesiapa  yang hantar   message pada aku  melalui  facebook . *lembab betul aku ni* . Tunggu aku beli handphone  blackberry   tak pun blueberry masa tu semua message korang aku reply as soon as possible. canggihkan , ada ke blueberry? Tak kan ye  aku nak usung lappy aku ni  24/7 kehulu kehilir kalau ringan tak pelah dah lah berat  baling anjing  boleh mati   : (

stop cite pasal anjing lappy  facebook dan yang lain-lain.Okeylah aku nak cite pasal mee goreng .Semalam petang masa atas motor aku bagitau suami yang aku nak singgah kedai  jap  beli mee kuning .Nampak sangat suami aku teruja bila dengar  "mee kuning"  siap dia  tanya  "mee tu nak goreng bila?   Aku  kenal  suami dan anak aku walaupun tak 100%  sedikit sebanyak   aku  dapat tangkap maksud  tersembunyi disebalik pertanyaan dorang tu : )

suami aku tu teringin nak makan mee goreng  tapi  segan  nak suruh aku goreng jadi dia buat-buatlah tanya  bila aku nak  goreng mee kuning yang aku beli tu. maksudnya mudahkan. Masa dia tanya aku tak respon apa-apa pun, sampai  je rumah aku terus  goreng mee.*kununnya  surpriselah tu*


udang basah  RM3.50je  kupas dan basuh berseh
taugeh RM0.50sen separuh lagi simpan*dasar kedekut*
cili kering 4 tangkai  kisar kering bersama 4 ulas bawang putih ngan 4 ulas bawang merah. (jangan lupa basuh dulu semua bahan -bahan tu)la la la la(piring kesayangan aku salah satu peninggalan arwah mak).
Sebungkus mee kuning (basuh tuskan) kalau tak basuh nanti mee goreng nampak tak cantik dan kanting.
4 tangkai sayur sawi  disiang ,  basuh berseh dan tuskan
 
1)Tumis cili kisar hingga pecah minyak
2)Masukkan udang basah -kacau hingga udang separuh masak
3) masukkan sawi -kacau dan kaup balik
4)masukkan mee kuning -kacau hingga semua bahan bergaul 
5)masukkan kicap kipas udang ngan sos tiram -rasa ikut citarasa sendiri 
6)last sekali masukkan taugeh -kacau sekejap kemudian sedia dihidang.

Nota penting lah jugak

Sos tiram dan  kicap lemak manis  kipas udang dah  cukup memberi rasa kepada mee goreng    jadi tak perlu nak  tambah garam atau serbuk perasa .

Budak eksen ni suka mee goreng

Suami aku punya. Malam tu nampak sangat muka dia  puas hati bila  dapat makan mee goreng .Penat aku berbaloi ,  mee  goreng aku  habis malam tu gak: )


Okeylah bye bye jumpa lagi....................

Wednesday, September 14, 2011

Mee goreng mencongkam jiwa

Salam lebaran..........................

Sedapkan mee goreng mengcongkam jiwa.Bila masuk blog ni kena banyak sabar ngan tajuk yang tak de kena mengena ngan jalan cerita. Kalau boleh sabar maksudnya dah jadi geng gagak rimba. ekekek. Asyik ke hulu ke hilir tak sedar dah masuk 16 syawal. Masa berlalu begitu pantas, hampir tak terkejar dibuatnya.Hari jumaat ni cuti seronok sangat dapat meluruskan pinggang kat rumah.

Semenjak dua menjak ni cam boring bila  kat opis,sampah pun tak banyak nak sapu, asyik relax je otak pun naik beku. Semoga hari ni jadi hari terbaek dan tersabar buat aku dan korang semua. Insyallah.Takut ngan diri sendiri kalau dah marah nanti bawak sampai ke petang asyik marah je. Bukan marah sesuka hati adalah penyebabnya.

Pagi semalam kemarahan 1 berpunca dari kat sini, kedua waktu tengahari, bila aci sampah senior suruh aku marah seorang lagi aci sebab lepak kat opis kawan.Dia dua orang bermusuhan aku plak jadi mangsa. Apalagi aku marah kaw kaw ngan dia. Dah lah satu bangsa , keja pun sama boleh plak dibantainya bergaduh ngan berdengki sesama sendiri.Rasa aku nak hantuk kepala dorang jam tu gak.

Naik ke petang plak, marah lagi kali ni sebab benggang ngan sorang mamat boroi ni . Ada ke patut, minta tolong aku buat keja, suruh plak aku naik atas jumpa dia. binawe ke tak binawe tu. cam ni punya orang pun ada.Lantak ko lah, aku bolayan.

Balik keja plak satu hal, ingatkan malas masak , nak beli mee goreng kat akak tu je sebab pagi dah masak nasi , goreng kacang ngan sambal telur. Akak tu jual kat depan rumah je kat area kawasan kampung .Minggu lepas suami pegi tutup lagi, akak tu janji nak bukak hari senin.

Berkobar-kobar petang semalam nak beli mee goreng, dia bantai plak cakap hari sabtu baru bukak. Kalau cakap orang melayu pemalas nanti marah plak, bayangkan dah hampir 1/2 bulan cuti raya. Aku senyum dalam hati tak tahu nak cakap dia punya sumpah seranah , nasib baik orang kampung kalau kawan ofis mahu aku suruh dia tutup kedai.Dah tutup jawabnya ke kedai runcit beli mee, goreng sendiri.........



Ni baru boleh nyanyi lagu Fran kerna terpaksa beli bahan -bahan nak goreng mee, kehabisan RM6.okeylah tu.



Sila abaikan fish ball yang  besar  kalau makan boleh tercekik.

Resepinya ambik kat sini ye.Bezanya yang ni buh fish ball je.




pagi tadi bawak tuk kak limah, aku   baru nak belajar makan cucur bawang ngan kuah kacang,



Kak limah tersenyum simpul dapat makan cucur bawang, aku cuba nak belajar dari dia erti kesabaran sebenar. kah kah kah. Entah kali ke berapa aci siput sedut menganggu, dia boleh sabar sambil tersenyum simpul.


Jumpa lagi dengan harapan tak de lagi manusia brengset yang suka nak ganggu hidup aku.

Monday, July 18, 2011

mee kuning

salam hari senin...............

Dah lama rasanya blog masak ni sepi, bukan tak ingat tapi sibuk.Hari ni cuba nak gigih update satu persatu.

Mee ni goreng pagi semalam sebelum pegi rumah anak . Tetiba plak rasa cam nak makan mee goreng pedas . Pada aku pedaslah, tapi kalau korang makan memanglah tak pedas.




mee ni 2 bungkus

Kalau nak mee goreng korang kelihatan basah dan tak kanting,kenalah basuh dan tuskan dulu sebelum digoreng .

untuk sayur aku guna 6 batang sawi dan 50 sen taugeh.



kisar kering 3 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah, 7 biji cili api ngan 8 ekor ikan bilis.



isi ayam bahagian dada dipotong kecik.(banyak ikut suka)



Tumis bahan kisar sampai naik bau, lepas tu masukkan sawi, masukkan mee kuning tadi, kecikkan api, bubuh kicap kipas udang, goreng dan kacau sekata hingga mee jadi lembut. Sebelum angkat jangan lupa bubuh taugeh yang dah basuh dan dituskan. Aku tak bubuh garam, hanya bubuh 5 atau 6 titik kicap cair.




Mee goreng yang tak berapa nak pedas tapi sedap.



Family suka makan mee goreng ngan telur goreng.


Tips ngetop


1)Jangan sesekali bubuh garam yang banyak ketika mengoreng mee, sebab mee dah masin. Kalau kita dah bubuh kicap masa mengoreng contoh kicap kipas udang, seelok-eloknya tak payah bubuh garam lagi.

2)Jangan lupa basuh dan tuskan mee kuning bagi mengelakkan kelihatan kanting atau kering selepas digoreng.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina