Friday, August 5, 2011

wok with yan

Salam Ramadhan...........

Pejam celik pejam celik dah 5 hari umat islam berpuasa.Maaflah ye tiru ayat semalam. Tajuk hari ni masih kearah nak up traffic, boleh gitu. Perasaan cemburu ngan tajuk ketuk -ketuk ramadhan ( sinonim ngan sheila rusly ) entry seorang blogger , aku pun nak gak up satu tajuk yang agak femes  seantero dunia hari ni. Mana mahu kalah, tak gitu cik betty .

Nama je Wok with yan, masakan tetap melayu. Sahur tadi goreng mee basah. Kat rumah ni nasi bukan menu wajib tuk berbuka atau sahur.Jadi mengorenglah kita subuh tadi.ketang ketung ketang ketung , biasalah kalau masak tak ketuk kuali sampai bocor memang tak sah.




Sebungkus mee kuning ye murid-murid tuk bersahur. Kalau dah 2 bungkus mahu sambung makan lagi lepas subuh. Mee tu basuh dulu dan tuskan , jangan sental plak, kalau sental mahu putus 10 mee tu.



Ayam bahagian dada bukan mendada ye sekeping, sebelum hiris haruslah dibasuh berseh.



Hasil hirisan sekeping dada.



Kalau rasa lapar jangan cuba nak pandang.

cara-caranya...

Cili mesin (6 tangkai cili kering kisar ngan 4 ulas bawang merah dan 5 ulas bawang putih). Sawi secekak, ngan taugeh 30 sen sebagai aksesori, bersehkan , basuh dan tuskan. Tumis cili mesin sampai pecah minyak(wajib),selepas tu  masukkan hirisan dada ayam tadi , kacau  sebentar kemudian masukkan sawi, diikuti ngan mee kuning . Bubuh kicap kipas udang , terpulang sapa suka mee goreng kaler hitam buh lebih sikit kicap. Tak payah buh garam, sebab mee kuning memang dah masin.Kacau dan terus kacau jangan putuskan plak mee tu, last sekali buh taugeh, kacau sekejap kemudian angkat.

Angin apa tersampuk kat aku malam tadi pun tak tahu, boleh plak sambil wat cheese tart membako kek pisang. Terima kasih ratu bagi semangat kat akak,harus malam tadi gigih membako cheese tart.

Jom layan.



Kalau boss nampak mesti bengang pekerja dia guna Tepung bunga cempaka, habis tu tak jumpa cap sauh ngan kunci, aku tibai je yang mana ada.



Pisang berangan-angan sedap dimakan cam tu je. Sapa nak pisang free sila pegi masjid. syyy nak tanya korang sikit boleh? buah lain tak boleh hantar ke masjid ke? contoh anggur, epal atau durian? tanya je tau jangan marah.



Abaikan permukaan kek pisang cam kawah gunug berapi.

Resepinya
1)150gm tepung gandum
2)150gm majerin/butter
3)150 gm gula castor
4)1 tsp baking powder
5)2 butir telur
6)3 biji pisang berangan - suka hati korang nak ramas atau lenyek .
7)sedikit essen pisang

Cara membuatnya

Putar majerin ngan gula castor hingga kembang, masukkan telur sedikit demi sedikit, kemudian putar lagi.Seterusnya satukan tepung gandum ngan baking powder.Selepas itu masukkan ke dalam adunan berselang seli ngan pisang yang dah dilecek. Kaup dan balikkan ngan senduk.Akhir sekali masukkan sedikit esen pisang, Gaul sebati. Lengserkan tin pembakar .Bakar selama 30-40 minit.


Okeylah cukup sampai di sini je......... Boss dah pandang pandang jeling jeling, toilet belum cuci lagi............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina