Showing posts with label cosway. Show all posts
Showing posts with label cosway. Show all posts

Thursday, September 13, 2012

Petang rabu aku ; Terima kasih chefel dan Nuffnang

Hari rabu semalam ada dua perkara yang buat hati aku gembira

1) Status Nuffnang aku dah bertukar semula kepada Glitterati setelah hampir sebulan akaun blog aku berstatus  Non-Glitterati.Bukan sebab aku curang letak iklan pesaing Nuffnang tapi mungkin sebab server  kurang stabil sampaikan bot Nuffnang tak dapat crawl ke blog aku.

2) Semalam Chefel aku dah mula beroperasi,aku sangat berpuas hati  dengan hasilnya .Servis yang diberikan sangat tip top.

Aku suka nak kongsi ilmu dan barang baik dengan pembaca blog aku.Tak pandailah aku nak kedekut-kedekut  ni , kalau kedekut pun dapat apa ye dak.

Pagi semalam Chefel aku mula beroperasi  dengan menyediakan roti telur bermayonis dan bersos cili. Roti telur tu tunggu Next entry  ye.
Kerang ni aku beli kat pasaraya beratnya anggaran sekilo kot
Macam tak  best plak  kalau tak ditumis bawang putih ngan serai  ;  4-5 ulas bawang putih ngan 3-4 batang serai aku ketuk -ketuk kemudian aku tumis  hingga naik bau.Bila bahan tumisan dah naik bau aku masukkan kerang tadi bersama sos tiram, paste tomyam  dan sedikit air.Tutup chefel selama lebih kurang  5-10 minit.
Jeng -jeng  kerang tomyam yang dah  ready untuk diangkat
 Sila betulkan leher anda
Dengan Chefel Isi kerang tak kering dan rasanya manis

small bak choy-anggaran 3 orang makan
small bak choy dibelah dua , cucu dan kemudian dibersehkan ngan air  kemudian  tuskan
Tumis sedikit bawang putih sampai naik bau, bila dah naik bau kita masukkan sos tiram diikuti ngan small  bak choy kemudian tutup chefel , semudah ABCD kan.Selepas 3-5 minit kita lihat hasilnya hebat small bak choy goreng  yang segar dan hijau
 chefel  menjadikan sayur bak choy rasa   manis, sedap dan ranggup* bila cosway nak ambik aku jadi duta ni?*
Muka masam sebab aku tak nak keluarkan isi kerang. arghh dah besar buatlah sendiri ye dak.
Budak yang tak suka sotong dan udang kalau lala ngan kerang laju je....

Cerita chefel belum habis lagi  nanti  bila ada masa aku sambung lagi................

Wednesday, September 12, 2012

Pagi selasa aku ; pembantu rumah aku baru sampai ke rumah petang semalam


Entah kenapa semenjak pembantu rumah aku chefel sampai ke rumah  petang semalam,  semangat aku membara -bara untuk  memasak. Semangat jangan tak semangat  InsyaAllah  selepas ni  aku nak merajinkan diri  untuk menyediakan sarapan pagi untuk keluarga .Terima kasihlah Chefel kerana megembalikan semangat aku untuk memasak .

Chefel aku belum mula beroperasi InsyaAllah bila ia dah mula beroperasi aku war war kat sini ye.Sarapan  untuk family  pagi selasa aku goreng mee + fishball , minuman aku buat  air nescafe
untuk suami cukuplah untuk mengalas perut dia sementara menunggu lunch nanti. *bajet isteri mithali*.
 Bekalan   Firdaus  untuk dibawa ke rumah pengasuh
 
Untuk aku ? Minggu ni aku rasa ada mood nak buat sarapan balancenya nanti boleh aku tapau untuk dibawa ke tempat keja .Entahlah  boring bila fikir pasal makanan , sekarang ni  banyak sangat peniaga yang berniaga sambil lewa .

Berbalik pada cerita pembantu rumah
 Kenalkan pembantu rumah baru aku chefel
Buku Instructions
Sukanya aku siap ada cd  tu.


Next entry aku akan tunjukkan macam mana chefel beroperasi ya.

Thursday, May 31, 2012

pedas kebabom semestinya Delichef

Petang semalam balik keja aku terus pegi pasar malam,  sampai je pasar malam aku terus sambar sekor ayam , 2 keping murtabak ngan sayur. RM17 sekor tak bagak kata kau ayam tu . Kat rumah aku ni sekor  ayam boleh  dua tiga kali masak. Aku ngan ayam ni  kureng kalau ikan ngan sotong laju sikit . Lega ...aku dah selesai  perap  sekor ayam , subuh nanti  dah tinggal  buat apa yang patut je.bijak tak? *matik puji diri sendiri* sekor ayam  aku bahagikan kepada 3 bekas jadi dapatlah 3 kali masak jimatkan.la la la 

Kita stop dulu cite pasal ayam, aku nak cite plak  pasal sos cili padi Delichef yang pedas  kebabommm. Dulu masa kawan  aku bagitau aku  sos cili padi ni pedas banget  aku tak percaya aku gelak mengkucing dia (sedap gak menganjing tukar mengkucing.la la la la .Lepas aku rasa sendiri aku mengesahkan yang sos cili padi delichef terbaek dari ladang pedas meletupppppppppppp  sampai  lidah terjelir.

Jeng jeng inilah Sos cili padi premium Delichef Terbaek dapatkan di cosway atau pasaraya yang berdekatan anda : ) saper cakap tak pedas memang sah dia safasaufau.kah kah kah



Ayam dalam bekas biru  aku perapkan  ngan 8 ulas bawang putih  ngan 2cm halia dikisar basah, 1tsp cayenne powder , 1tsp mixed herb, 1 tsp serbuk lada hitam, 1tbsp brown sugar, 1 tsp kicap cair  ,2 tsp sos worcestershire  dan  jus dari perahan 1/2 biji lemon . Gaul sekata  perap 2- 3 jam

 saper sudi nak membakar ayam seperti aku ni dipersilakan ambik resepi kat sini ye.

Abaikan esbok aku yang bersepah tu. Sila beri tumpuan pada 3 bekas yang bertutup ngan aluminium foil, tu semua ayam yang dah siap perap tinggal nak bakar dalam oven je.Saper yang tak suka bakar guna oven boleh gak gril atau bakar atas dapur gas, kayu api  atau dapur yang seumpama dengannya. la la la

Malam tu sempat lagi aku bakar  5 ketui ayam buat juadah makan malam 

ko mampu goreng kobis cina  + tomato ceri.la la la tedap tau

Firdaus ni bila  makan ayam suka sangat suruh aku asingkan isi dari tulang.Tak pelah masa aku ngan ayah dia  masih ada ni   bolehlah  layan  perangai mengada -ngada dia  mana tahu esok lusa  kitaorang dah  tak de  cam mano : (


Okeylah sampai sini je , SELAMAT MALAM jumpa lagi dilain hari dan waktu.

Thursday, May 24, 2012

sekam bumi -hidup tanpa polistrin dan beg plastik

Earth husk bila aku translate ke Bahasa Melayu jadi Sekam bumi.ko mampu.la la la Bila aku google image sekam bumi macam-macam sekam yang keluar. Sekam padi lah , sekam hantu lah tapi aku tak pedulik janji aku dah dapatkan produk sekam bumi dari cosway. Selamatkan bumi kita elakkan pengunaan polistrin dan beg plastik secara keterlaluan*semangat membara-bara*



Pengenalan produk tableware Earth Husk ni aku cilok dari lawan web cosway , sila baca ye.

Go Green and Stay Healthy with Safe, Biodegradable Tableware
Natural, Recyclable, Biodegradable
Introducing Earth Husks - our latest line of eco-friendly tableware products that are safe for all households!
These green products are made from natural fibres obtained from rice husks, the hard protective coverings of rice grains that are usually burned or thrown away. Durable, stylish and eco-friendly, Earth Husks tableware makes an ideal substitute for normal plastic tableware.
Produced through a high heat compression process which is totally free from toxic substances or by-products, Earth Husks tableware products are totally safe, reusable and eco-friendly. They are also able to withstand temperatures ranging between -30°C and 120°C.
Comes in a natural rice husk colour which may vary from one product to another as not all husks are of the same colour. Their natural brown colour means that there are no added dyes, harmful fillers or chemicals that may jeopardise health.
User Guide
Usage of Earth Husks tableware in high temperatures might produce a smell of rice husks. This is natural and is no cause of worry.
Biodegradation takes anywhere between 9 months to years and begins when the product is exposed to an ideal environment such as:-
  • Landfills
  • Compost (backyard compost or commercial facilities
  • Agricultural and erosion-control settings.
Care Instructions
  • Do no soak
  • Not for use over direct fire, or with electric oven or grill.
  • Use low temperature with microwave and do not heat for more than 2 minutes



Dapatkan produk tableware Earth Husk di cosway berdekatan anda. Sila percaya walaupun aku bukan dealer cosway tapi cara aku promote barang cosway nampak bersungguh -sungguh kan. Teringat plak masa aku jadi dealer avon ngan tupperware  aku jual  produk kat kawan opis je cam manalah bisness aku nak berkembang maju ye dak. Aku dilahirkan bukan sebagai dealer kot , tak pandailah  aku nak jual barang kat orang. Mulut aku tak manis cam mana nak jadi dealer .



Okeylah jumpa lagi dilain hari dan waktu.


Tuesday, November 3, 2009

Cosway lagik



Petang semalam beli barang cosway lagik.aku tertawan ngan lemari kain ni. Boleh letak stokin, coli ngan spender.kemas sikit.kalau tidak, lemari aku serabut je. tangan montok ni mesti ada je kalau aku ambik gambo. maafkan jelah tangan montok ni.



ni dalamnya luas sikit. lagi tangan montok.




habuannya, tangan montok ni suruh tangkap gambar mainan dia, serangga tiruan.



softener baju ngan minyak rambut. buy 3 free 1.





Biskut kegemaran laki aku ngan firdaus.



mini popia goreng ni super sedap. dah tinggal separuh firdaus makan. mana tak montok . nasi dah makan, lagi popia goreng ni.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina