Wednesday, May 30, 2012

Ayam bakar simple untuk orang yang pemalas seperti aku.la la la

Sekarang ni Firdaus cuti sekolah cite aku mesti banyak berkisar pasal masak masak makan makan. Apa lagi nak cite kalau tak cite pasal masak dan makan. Pagi tadi aku terbangun lambat , tak sempat nak masak nasi ngan lauk untuk Firdaus . Nasib baik sempat sediakan untuk dia roti telur ngan kobis goreng . ko mampu nasi tak masak tiba-tiba je ada kobis goreng. Kobis goreng feveret Firdaus wajib ada, malam tadi aku dah janji nak gorengkan kobis untuk dia maka aku kenalah  tunaikan janji aku tu.

Jomlah cite pasal masak-masak ayam bakar simple

Bahan -bahan untup perap ayam

Bahan -bahan untup perap untuk separuh ekor ayam

1/2 tbsp Jintan manis
1/2 tbsp jintan putih
1/2 tbsp ketumbar

Dikisar kering

4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 batang serai
1 1/2 cm halia

dikisar basah
2 tbsp serbuk rempah kari ayam
1/2 tsp serbuk kunyit

1/2 tbsp sos tiram
1 tbsp brown sugar
sedikit garam

Satukan semua bahan perap ke dalam satu mangkuk.Gaul rata semua bahan perap bersama ayam.Perapkan selama 1/2 - 1 jam supaya semua bahan-bahan meresap.
Kelar-kelarkan bahagian ayam yang lambat empuk terutama bahagian peha.
Bakar ayam selama 40 minit pada suhu 190 darjah celcius.Aku bakar ayam tu dalam aluminium foil.
Selepas 40 minit.

 
 Bayam yang digoreng bersama ngan bawang putih garing  amatlah sedap : )
Tanpa sos cili sapalah Firdaus.la la la
comot mulut Firdaus. Tanpa nasi , kicap dan sayur sapalah Firdaus.


Sekadar luahan hati

Aku tengah konpius ngan berita

Selepas 4 tahun wanita tu lari mengikut kekasihnya ke lombok. Dia dah pun  berkahwin ngan kekasihnya tu.Akhirnya wanita tu kembali dibawak pulang oleh kelab putera 1 Malaysia semalam. Anak dan suaminya dijangka tiba di negara ni minggu depan.la la la la nak jugak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina