Showing posts with label bengang. Show all posts
Showing posts with label bengang. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

Sepanjang hari selasa aku ; caca merba-jiwa merudum

Lewat petang semalam  jiwa aku agak kacau dan merudum juga , kerana beberapa perkara yang  yang tak menyenangkan hati aku.Teramat payah untuk aku menghuraikan satu persatu persoalan yang kian membengkak dihati aku ini.Wajah Firdaus , pengasuh Firdaus dan  mamat India silih berganti dimata dan di puput telinga aku ini. Tapi yang pasti mamat India itu bukan suami aku mahupun pak tiri laki mak aku.ha ha ha Sejujurnya memang aku geram tapi rasanya tak perlulah untuk aku bercerita lebih lanjut.

Dan apabila aku berada dalam keadaan jiwa kacau  tertekan ia akan membuatkan aku kehilangan mood untuk memasak.Indahnya dunia .Suami aku bagai mengetahui apa yang sedang bermain difikiran aku ."yang! kita bawak Firdaus makan kat luar ye".Tiba-tiba terpacul keluar secara spontan ayat ringkas dari mulut suami .

Sebagai manusia biasa aku  hanya mampu merancang Allah SWT yang menentukannya,sejurus turun dari motor suami dengan tak diduga hujan  turun mencurah-curah dengan lebatnya.Hujan terus  turun dengan lebatnya tanpa henti. Harapan nak makan kat luar hanya tinggal harapan.Dengan lemah longlai aku menuju kedapur , kugapai rice cooker .Tak reti reti lagi nak masak.*huk huk huk*

Masakan dari air tangan mak yang berjiwa kacau.

sup bayam
 telur goreng bersambal sos
 budu
ikan kembung goreng tepung

Dalam keadaan otak serabut , jiwa kacau  aku tetap  masak lebih dari satu lauk : )#poyos#


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, September 16, 2012

Kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa

Aku tambah kerana gatal tangan entry aku " Hari rabu aku ; duofilm solution penyelesaiannya"dan entry "Petang sabtu  aku ; bersama teman lelaki  yuyi di Palma cafe Sacc Mall Shah Alam" terdelete .Ni semua gara -gara nak sangat mendelete  draft entry yang dah memenuhi bahagian post  sehinggakan  aku tak perasan yang aku dah termark kotak entry yang dah dipublish  . Frust gila , sedih pun ada  penat  aku memerah otak bagai entry tu hilang dihujung jari sendiri.dugaan

Semenjak aku berblog inilah pertama kali berlaku  kejadian terdelete entry yang dah  publish . Rasanya tak mungkinlah    aku nak  taip semula entry yang terdelete tu dalam masa terdekat ni ,bagilah aku masa ye .

Kepada  semua  pembaca blog ni  yang  tak dapat membaca entry yang aku dah terdelete tadi  harap maaf.InsyaAllah esok lusa  kalau ada senang  aku taip semula entry  tu ye .





SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA YANG KE 49

Friday, July 13, 2012

Hanya 5 perkataan je dapat mengambarkan perasaan aku tika ini

1-Bersyukur

Aku bersyukur  ke hadrat Allah SWT kerana  telah memanjangkan usia yuyi hingga ke hari ni. Selamat manyambut hari lahir buat yuyi  pada hari ni semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Mak menunggu kepulangan kau  ke Malaysia hujung minggu ni. Lagi satu lupa mak nak cakap "ajal maut jodoh pertemuan Allah SWT yang tentukan".

*Jangan lupa bawak balik coach, braun bufel, prada dan segala gadjet yang terkini-ayat menghanjing &mengtenuk dan segala haiwan  yang seumpama dengannya*

 2.Tumpang gembira  

Salena Gomez semakin kurus di mataku kalau cam ni punya kurus dapatlah dia menyertai  pertandingan ratu cantik pada penghujung tahun ni.




Salena Gomez hanya makan 2 ketui kuih bersama nescafe ais je pada waktu pagi.ko mampu. Semoga dia mendapat bentuk badan idaman.



3) hampeh

Waktu malam aku memang tak makan jadi waktu pagi aku kena ambik makanan yang berat-berat-alasan yang sangat klise keluar dari mulut sorang pompuan yang kuat makan. Aku tak menyertai mana-mana pertandiangan ratu cantik kira okeylah berat badan aku sekarang ni. *Like I care*

 4)ko banggangkan

ko pasangan ideal dimata ku
 
5)sakit hati mungkin kena berkorban 

 3 hari lepas blog ni buat hal tak boleh publish new post, pagi tadi plak  blog baru   buat hal yang sama. Aku dah tak alternative lain, mungkinkah  aku kena buang salah satu blog yang aku kasih lagi sayangi ni.Sebenarnya, bila difikir balik rasanya tak mungkin aku akan buang blog lama ni sayang sangat  lagi pun kat sini  terlalu banyak  kenangan ~~sila bertabah ye wahai hati~~.

Harap maaf segala kesulitan amat dikesali.Segala pertanyaan dan cadangan  boleh hantar ke tak de maknanya.la la la la


Thursday, June 7, 2012

tak ade logika

Pagi tadi aku berjaya mengeluarkan  handbag  seorang  yang berpangkat doktor  dari dalam almari  besi yang berkunci.Dia gembira tak terkata dia tidak  putus-putus memuji kebijaksanaan aku.

Dua tiga hari lepas dia bermasalah guna excel  aku berjaya menyelesaikan masalah dia. Dia gembira tak terkata dia tidak  putus-putus memuji kebijaksanaan aku.

ucaplah terima kasih , atau diam atau aku sumbat mulut dia ngan  penutup botol.

Tak logik langsung orang yang  berpendidikan tinggi nak petik -petik aku yang bersekolah setakat SPM ni bijak pandai atau  perkataan seumpama dengannya . Boleh tak jangan guna ayat  yang membuatkan  aku tidak  berpijak dibumi nyata. Otak aku ni susah nak terimalah ayat yang berunsurkan bodek-bodek ni.la la la la

Tuesday, May 22, 2012

Melobi bukan kedai dobi

Maksud melobi dalam istilah Dewan Bahasa dan Pustaka ; melobi berusaha utk mempengaruhi pihak-pihak yg berkuasa bagi mendapatkan sesuatu spt sokongan: kegiatan ~ dilakukan di seluruh dunia; lobi-melobi saling melobi antara satu dgn lain; pelobian perihal atau perbuatan melobi: kedapatan ~ yg sangat ketara menjelang hari pencalonan itu; pelobi pihak yg melobi.

Aku melobi Roti Massimo tak de tujuan apa-apa kecuali nak bonus lebih, tak salahkan : ) sila bengang.Kalau dah bengang tak tahu nak lepaskan tekanan kat mana aku syorkan buat je blog , tak delah aku 24jam nak pandang muka merempan ko. .pssttt Ada kawan opis aku ni, dah lah tak suka aku , nak gak baca blog aku, lepas tu sendiri merempan, cam ni punya orang pun ada.la la la

Last minute sebelum balik kawan bagitau The Italian baker bagi roti free roti baru roti whole wheat .

Jangan betulkan lappy, komputer, iphone , ipad atau gadjet yang sewaktu dengannya: ) he he he
tulis nama atas batu
Jangan betulkan lappy, komputer, iphone , ipad atau gadjet yang sewaktu dengannya: ) la la la la la

Roti Whole Wheat produk terkini keluaran The Italian baker
Dalaman roti whole wheat tak kering, lembut, gebu, mantop.


Untuk yang berminat ngan roti whole wheat ni aku bagi resepi mudah dan sedap suami ngan anak pun sayang *tibatiba je kan*

Setangkai daun bawang dibersehkan , potong lebih kurang 1/2 cm.
5 biji telur kacau bersama sedikit kicap cair (penganti garam)dan daun bawang yang dah dipotong tadi.
Ambik roti whole wheat celup dalam adunan telur tadi kemudian goreng atas non -stick pan-kalau goreng atas tefal okey gak.la la la la
Mayonis ngan sos cili Life terbaek
Lepas tu jangan lupa buh mayonis ngan cili sos kemudian tangkup lagi sebelah ngan roti telur.Kalau suka boleh potong dua.

roti whole wheat yang mewah ngan mayonis dan sos cili
Roti whole wheat bertelur berdaun bawang bermayonis bercili sos-baik punya nama resepi : )






Sekadar luahan hati


1)Kalaulah linkin park atau jo bon jovi tahu yang orang melayu pasal roti, nescafe , milo ngan teh pun nak busuk hati sapa yang malu mak jugak yang malu. I like linkin park ngan jo bon jovi.

kamonlah nak masuk bulan rejab pun buat perangai busuk hati, nilah dia salah satu kekayaan orang melayu.la la la

2)Diri sendiri yang buat diri sendiri susah, sedihkan.


itu je aku nak bagitau..................

Monday, May 7, 2012

Sekadar luahan hati

Aku tak tahu nak cakap ngan saper? Aku binggung, semalam masa aku tengah lipat baju sekolah Firdaus , aku ternampak ada kesan  kena gunting kat bahagian lengan baju sekolah dia. Menambahkan kebingungan aku lagi bila  Firdaus bagitau  aku yang  gunting  lengan baju sekolah  dia tu kawan dia sendiri  tapi nama  kawannya tu dia tak tahu, boleh gitu : )  Sekolah tak sampai pun setengah tahun macam-macam hal terjadi , minggu lepas    kawan kelas dia menconteng- bahagian  belakang baju sekolah dia ngan pensel (macam conteng  papan hitam), dua tiga hari lepas kawan dia ambik pemadam ngan kaler pensel dia , tulat entah apa plak yang berlaku : (

Hakikatnya aku tak suka  campur hal budak-budak ni, tapi kalau dah sampai  merosakkan  harta benda Firdaus aku hanggin satu badan. Tunggu petang nanti InsyaAllah aku akan cari pengunting  tegar tu.kah kah kah erkkk geramnya, macam-macam perangai budak zaman sekarang ni ,,  Firdaus pun satu apa  yang orang  buat kat dia semua dia tak tahu , semua dia tak nampak. Mendidih aku  sabau sabau ...............


Semoga  Allah SWT memberi aku kesabaran paling tinggi kalau boleh   setinggi 9.1 skala richter. Apasal anak kita yang sekolah , kita plak yang sakit jantung.  Dapat  zaman aku dulu budak kelas  wat aku cam tu mau ligan kepala budak tu aku kejakan. Anak-anak kita ni  berhemah sangat.

Wednesday, February 29, 2012

Masalah yang tak berkesudahan-BRIM &Sekolah


Penat pagi tadi tak hilang lagi, dah kena ke sekolah Firdaus .Petang semalam aku dapat surat dari cikgu Firdaus ,kandungan surat tu menyatakan yang aku tak menjelaskan lagi RM10 untuk baju sukan Firdaus. Aku konpius, hari tu suami bagi tau semua dah bayar, setahu aku yang belum bayar cuma PIBG. Demi nak memuaskan hati cikgu dan hati sendiri , lepas balik dari ambik duit BRIM ,aku ikut sekali suami pegi jumpa cikgu Firdaus. kadang-kadang malas nak layan benda remeh temeh ni , tapi nak buat cam mana sekolah zaman kita dulu berbeza sangat ngan sekolah zaman sekarang, terpaksalah hadap, ye dak.

Jumpa je cikgu Firdaus kat depan bilik guru, aku bagitaulah yang suami dah bayar baju sukan tu. Naik geram aku bila cikgu Firdaus bagi tau fail tebal yang tak bayar lagi, bukan baju sukan. Sesuka hati je dalam surat tu bagi tau baju sukan yang tak bayar, sekarang ni dia pusing cakap plak. Aku tak ralat sangat duit RM10 tu , cuma aku pantang sikit orang cakap putar belit ni Malas nak cite lebih , aku bayar je RM10, lagi tak nak hulur resit, nanti bagitau lagi kita tak bayar. Apasalahnya bila kita bayar tu , bagi resit sebagai bukti pembayaran.Zaman aku sekolah dulu , minggu pertama persekolahan selesai segala pembayaran. Sekolah zaman sekarang ni pelik sikit, cikgu pun tak tahu bila tarikh ibubapa kena bayar yuran PIBG . Spesis aku ni suka selesaikan cepat segala tok nenek yang berkaitan ngan sekolah ni , lepas tu malas nak pikir dah. Hal cam ni tak tahu mana silapnya.


Ini kes lain tapi masih , bersangkut paut mengenai sekolah , Firdaus ni hampir setiap hari hilang alat tulis sekolah. Memanglah setiap kali hilang boleh diganti, tapi kalau dah kerap sangat , tauke baalifbaya pun jual kandang. Dalam perkara cam ni tak boleh nak salahkan sesiapa, pendapat aku yang best setiap ibubapa yang mempunyai anak bersekolah rendah , kena prihatin dan ambik tau , kalau boleh setiap hari periksalah barang sekolah anak kita , mana tau mereka ada "TERAMBIL" barang rakan-rakan sekolah, ,jika terambil suruh anak kita pulangkan kepada yang empunya barang. Rutin aku setiap malam mengajar Firdaus membaca ngan tolong dia buat keja sekolah dalam masa yang sama periksa beg sekolah , mana tahu dia ada terambil barang rakan sekolah, kalau ada aku suruh dia pulangkan.






Kali ni kes BRIM plak, seawal 8.25 pagi lagi aku ngan kak limah dah beratur bagai nak rak. Masa beratur tadi beberapa kali makcik kawasan mengamuk , hampir saje pasu bunga melayang ke budak -budak remaja yang berbaju serba biru yang hanya pandai bercakap mengarah itu dan ini, cuba bagi dia beratur kat tempat kita, baru dia tau. Paling aku tak menahan, apa kejadahnya orang berkerusi roda , berpapah, bertongkat bagai ko suruh pegi dewan sekolah nak ambik duit banyak tu, kasihanlah ngan dorang tu...kui kui kui.tahulah angin makcik kawasan ni memang kurang siuman sikit. Punyalah ramai umat manusia, segala bau harum mewangi bagai ditusuk sembilu-cam lagu ej. . Banyak gak prosedur nak ambik duit RM5000 tu ye : ) Pada pendapat orang kebanyakan cam aku ni alangkah lebih baik dan lebih teratur kalau majlis penyerahan baucer tu dibuat disetiap sekolah berhampiran ngan tempat tinggal penerima dengan cara cam tu dapatlah mengurang kesesakkan kat tempat penyerahan baucer. Manakala yang tak berupaya, berpenyakit dan orang kurang upaya, serahkan terus baucer kepada dorang. Kalau tak pun masukkan terus ke dalam akaun bank sipenerima, lagi bagus tak susah payah pening fikir nak ambik cuti ke apa...ooo agaknya bila terus masuk ke dalam akaun bank sipenerima , orang lain tak nampak dorang bagi duit kot : )



Akhir sekali selepas ambik duit BRIM tu aku terasa -rasa duit sekolah RM100 cam aku tak akan dapat sama ngan duit RM200(nelayan )gomen bagi suami aku setiap bulan, cam biasalah gali lubang tutup lubang tu perkara biasa ye dak.


Senyum sumbing : tak tahan ngan statement sorang kawan yang gaji beribu lemon tu "duit BRIM yang kita orang dapat tu kononnya dari duit dia yang bayar cukai pendapatan" habis tu aku ngan orang lain yang bergaji rendah ni tak pernah bayar cukai kat gomen cth cukai pintu, tanah, tol, gov tax kedai makan tu,dan macam-macam lagi cukai yg tersorok , malas cam buang masa plak nak layan orang kurang kasih sayang ni.kasihan.

Monday, February 13, 2012

hari tekanan semalaya

Kalau rasa diri tu tak suka bekerja, lebih baik berhenti, duduk je kat rumah goyang kaki. Apalah guna bekerja , kalau keja yang dibuat tu semuanya sampah, ye dak. Hari ni aku tersangat sangalah tension ngan sorang budak lelaki ni, dah lah buat keja salah, cuti plak, terbaek sekali dia sms kawan dia suruh bagitau aku. Kasihan budak tak bersalah plak kena marah ngan aku . Habis cam mana, tak dapat marah orang yg bersalah , marah orang yang bagitau pun jadilah, lega sikit.

Dari dulu kini dan selama-lamanya bab keja aku tak suka ambik mudah, buat keja salah sekali dua tu kira okey lagi, kalau dah setiap kali ko buat keja setiap kali tu salah cam mana . Hari ni bukan aku je yang tertekan ngan budak lelaki tu, sorang kawan aku tu pun tertekan sama. Susahlah bekerja ngan orang yang hanya tahu setiap hujung bulan tekan mesin ATM bank ambik gaji, tak de tanggungjawab keja langsung.

Aku ni kalau bab keja memang tip top, boss aku sendiri yang cakap : ) ayat bodek-bodek tu biasalah.

kak limah lebih baik ko buang tablet ko, kalau dah tak tahu nak update blog.ini serius, aku tertekan ngan orang lain ngan ko sekali kena tempias............. jiwa tertekan ngan lambang $ apa kena mengenanya ? Hari ni budak budak S & V & F tak boleh lalu lalang kat sini, kang sia-sia kena maki kaw kaw. Esok dah lah juruaudit dalaman datang , lagilah tekanan, sana sini tekanan.

Harap sangatlah deejay radio kurangkan sikit putar lagu ombak rindu tu, bak kata suami aku , lagu tu buat otak tak berkembang. kak limah tolong buang caller ring tone ko tu , lemah tau , setiap kali call ko "tuhan tolong lembutkan hati dia".

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina