Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Masalah yang tak berkesudahan-BRIM &Sekolah


Penat pagi tadi tak hilang lagi, dah kena ke sekolah Firdaus .Petang semalam aku dapat surat dari cikgu Firdaus ,kandungan surat tu menyatakan yang aku tak menjelaskan lagi RM10 untuk baju sukan Firdaus. Aku konpius, hari tu suami bagi tau semua dah bayar, setahu aku yang belum bayar cuma PIBG. Demi nak memuaskan hati cikgu dan hati sendiri , lepas balik dari ambik duit BRIM ,aku ikut sekali suami pegi jumpa cikgu Firdaus. kadang-kadang malas nak layan benda remeh temeh ni , tapi nak buat cam mana sekolah zaman kita dulu berbeza sangat ngan sekolah zaman sekarang, terpaksalah hadap, ye dak.

Jumpa je cikgu Firdaus kat depan bilik guru, aku bagitaulah yang suami dah bayar baju sukan tu. Naik geram aku bila cikgu Firdaus bagi tau fail tebal yang tak bayar lagi, bukan baju sukan. Sesuka hati je dalam surat tu bagi tau baju sukan yang tak bayar, sekarang ni dia pusing cakap plak. Aku tak ralat sangat duit RM10 tu , cuma aku pantang sikit orang cakap putar belit ni Malas nak cite lebih , aku bayar je RM10, lagi tak nak hulur resit, nanti bagitau lagi kita tak bayar. Apasalahnya bila kita bayar tu , bagi resit sebagai bukti pembayaran.Zaman aku sekolah dulu , minggu pertama persekolahan selesai segala pembayaran. Sekolah zaman sekarang ni pelik sikit, cikgu pun tak tahu bila tarikh ibubapa kena bayar yuran PIBG . Spesis aku ni suka selesaikan cepat segala tok nenek yang berkaitan ngan sekolah ni , lepas tu malas nak pikir dah. Hal cam ni tak tahu mana silapnya.


Ini kes lain tapi masih , bersangkut paut mengenai sekolah , Firdaus ni hampir setiap hari hilang alat tulis sekolah. Memanglah setiap kali hilang boleh diganti, tapi kalau dah kerap sangat , tauke baalifbaya pun jual kandang. Dalam perkara cam ni tak boleh nak salahkan sesiapa, pendapat aku yang best setiap ibubapa yang mempunyai anak bersekolah rendah , kena prihatin dan ambik tau , kalau boleh setiap hari periksalah barang sekolah anak kita , mana tau mereka ada "TERAMBIL" barang rakan-rakan sekolah, ,jika terambil suruh anak kita pulangkan kepada yang empunya barang. Rutin aku setiap malam mengajar Firdaus membaca ngan tolong dia buat keja sekolah dalam masa yang sama periksa beg sekolah , mana tahu dia ada terambil barang rakan sekolah, kalau ada aku suruh dia pulangkan.






Kali ni kes BRIM plak, seawal 8.25 pagi lagi aku ngan kak limah dah beratur bagai nak rak. Masa beratur tadi beberapa kali makcik kawasan mengamuk , hampir saje pasu bunga melayang ke budak -budak remaja yang berbaju serba biru yang hanya pandai bercakap mengarah itu dan ini, cuba bagi dia beratur kat tempat kita, baru dia tau. Paling aku tak menahan, apa kejadahnya orang berkerusi roda , berpapah, bertongkat bagai ko suruh pegi dewan sekolah nak ambik duit banyak tu, kasihanlah ngan dorang tu...kui kui kui.tahulah angin makcik kawasan ni memang kurang siuman sikit. Punyalah ramai umat manusia, segala bau harum mewangi bagai ditusuk sembilu-cam lagu ej. . Banyak gak prosedur nak ambik duit RM5000 tu ye : ) Pada pendapat orang kebanyakan cam aku ni alangkah lebih baik dan lebih teratur kalau majlis penyerahan baucer tu dibuat disetiap sekolah berhampiran ngan tempat tinggal penerima dengan cara cam tu dapatlah mengurang kesesakkan kat tempat penyerahan baucer. Manakala yang tak berupaya, berpenyakit dan orang kurang upaya, serahkan terus baucer kepada dorang. Kalau tak pun masukkan terus ke dalam akaun bank sipenerima, lagi bagus tak susah payah pening fikir nak ambik cuti ke apa...ooo agaknya bila terus masuk ke dalam akaun bank sipenerima , orang lain tak nampak dorang bagi duit kot : )



Akhir sekali selepas ambik duit BRIM tu aku terasa -rasa duit sekolah RM100 cam aku tak akan dapat sama ngan duit RM200(nelayan )gomen bagi suami aku setiap bulan, cam biasalah gali lubang tutup lubang tu perkara biasa ye dak.


Senyum sumbing : tak tahan ngan statement sorang kawan yang gaji beribu lemon tu "duit BRIM yang kita orang dapat tu kononnya dari duit dia yang bayar cukai pendapatan" habis tu aku ngan orang lain yang bergaji rendah ni tak pernah bayar cukai kat gomen cth cukai pintu, tanah, tol, gov tax kedai makan tu,dan macam-macam lagi cukai yg tersorok , malas cam buang masa plak nak layan orang kurang kasih sayang ni.kasihan.

Thursday, October 6, 2011

bertikam lidah tak pasal-pasal, Maharaja lawak pun tak lawak cam ni

Salam hari khamis............



Aku nak kongsi cite lucu/lawak sangat masa tengah tunggu kak limah ambik semalam . Tempat biasalah, kat sebuah gerai papan jual surat khabar , sebelahnya rumah seorang datuk ahli politik berkawan rapat ngan dato rahim papanya si kak limah(kak limah sila muntah aku panggil ayah ko papa) .

Saja je aku bagitahu gerai tu sebelah umah datuk tut ,nanti bujal bolehlah bagi FM yang dia nak bagi kat aku hari tu. Habis dah sebelah rumah buat apa nak hantar-hantar pakai poskan.Kalau dah tak de tak pelah, saja gurau-gurau dihari raya.kah kah kah

Berbalik cite tadi, sampai je gerai surat khabar tu aku pun melepaskan penat lelah, habis tu tak penat kata ko, jalan kaki dekat nak sebatu. Kalau tak kurus tak pek den nak nolong. Masa tu ada pakcik tauke gerai, sorang lelaki muda ngan sorang pakcik(baju biru) memang duk lepak kat situ selalu sebelum gi keja.

Aku sambau harian metro, selak ngan baca kat situ sambil tu mata duk mengerling suratkhbar lain. Aku tertarik ngan cerita "cincin RM72j sudah dipulangkan" kat muka depan suratkhabar SINAR, aku beli .



Bukan setakat baca suratkahabar, aku pasang telinga dengar perbualan orang.

Pakcik(baju biru) : kan aku dah cakap, dia beli cincin tu(sambil tuing tuing muka kak ros yang ada kat muka depan sinar).(Cian kak ros tak pasal-pasal kena tuing) Sekarang orang dah duk sibuk-sibuk cakap dia pi pulangkan. menghabiskan duit rakyat.

lelaki muda : Pakcik jangan dengar sangat khabar angin ni.Kat dalam internet tu selalu tipu. Biar pilah dia nak pakai cincin RM72 juta pun, kita patut bangga orang melayu yang pakai. Alah cik orang melayu ni suka dengki, tengok hari tu umah dato z buat pagar sampai luar, orang kampung duk bising-bisnig . cam biasalah cik orang melayu tak habis-habis nak dengki.

Bila dengar statement "kita patut bangga orag melayu yang pakai" memang aku kagum sekejaplah ngan semangat patriotik yang tak berbelah bahagi yang dia tunjukkan. kah kah kah

Aku pun tak patriotik cam tu. Bila ku tenung-tenung wajah lelaki muda tu, rasa cam kenal tapi tak tahu kat mana. laaaa patutlah berkobar-kobar sangat kat belakang baju dia tertera "SAYANGI SELANGOR, CINTAI BN".


Memanglah dia terasakan, cam aku ni parti sendiri tak de lah terasa apa-apa. Pada pendapat aku bodoh sangat kalau kita nak bertikam lidah sebab nak menegakkan keadilan untuk orang yang kita tak kenal secara peribadi lagilah bertikam lidah pasal isu bodoh cam cincin RM72juta tu .kah kah kah


Marilah beramai-ramai kita cintai negara tumpah darah kita Malaysia.Majulah sukan untuk negara.

Friday, September 16, 2011

Aku dah bersara


Selamat memperingati hari pembentukan Malaysia 16/9/1963 - 16/9/2011, semoga Negara Malaysia dilindungi dari segala anasir-anasir jahat. Moga bangsa melayu dan umat Islam bersatu dan bersepakat dalam apa jua tindakan yang dibuat.

Tiba-tiba je semangat patriotik merasuk dalam badan. Dah lama aku bersara dari arena politik, dan tak nak melompat mana-mana parti.Arwah ayah pun orang yang aktif dalam politik, cuma disaat-saat akhir dia keluar sebab kecewa ngan politik sekarang. Dia selalu nasihatkan aku  kalau nak jadi pejuang sebenar tak boleh melompat parti. Aku akur ngan kata-kata dia, sampai sekarang aku tak pernah lompat  parti dan tak akan sokong mana-mana parti. Dulu bangsa melayu berjuang nak menuntut kemerdekaan, tak de pejuang yang kejar pangkat mahupun wang ringgit kalau ada pun segelintir je.

Aku rindu nak dengar ceramah arwah Datuk Ishak Baharom mufti Selangor kat surau yang dah roboh tu, aku rindu masa -masa ngan Datuk Shahrizat Jalil, semua tu dah jadi kenang-kenangan, aku dah tinggalkan kerana :

1)aku keras kepala
2)aku tak boleh cakap benda yang salah tak salah
3)aku tak suka nak sokong orang membabi buta
4)aku tak boleh ampu dan bodek orang
5)aku tak nak hilang identiti sendiri


Maaf tak boleh cerita lebih-lebih hal politik, tetiba je tekak rasa mual, loya , nak muntah dan segala-galanya yang berkaitan.Lebih baik aku cerita pasal family dan masak -masak yang sentiasa buat aku bersemangat nak meneruskan sisa-sisa  hidup sementara Allah SWT sudi menyayangi dan sentiasa ada di masa aku memerlukan bantuan dan kasih sayang. Terima kasih Allah SWT, I love u very much and forever.

Berbalik pada cerita-cerita yang dah kerap aku cerita kat sini, pasal anak. Anak-anak dan suami sering jadi pengubat duka lara dalam hidup aku.

Malam semlam lepas balik ofis, aku terus singgah kat pasar malam kawasan rumah. Cadangnya nak beli cd hantu bonceng tapi hampehh bila Firdaus nak beli cd kartun bercampur. Terpaksalah akur ngan kesukaan dia terhadap cd kartun. Sapa tak risau tak lama lagi dia nak masuk sekolah darjah satu tapi masih nak berfoya -foya nak tengok cd.

Tengok cd yang dia beli ,hati berbunga-bunga sebabnya dari cd tu dia dapat banyak belajar bahasa english. Dia suka ikut dan praktikkan bahasa english kat rumah. Bagus gak berbaloi walaupun reganya RM12.

Biasalah tak sahkan kalau dah cerita tak de selingan gambar.


Sampai je tempat tu terus tangkap cd peberet dia.


Tengah membelek-belek cd yang berkenan di hati.


Puas hati dapat cd kesukaan.


Ada 6 cerita dalam satu cd


Bagus cd ni subtitlenya bahasa english



Layan makan nasi briani sambil tengok cd.Tak habis makan simpan separuh sambung makan tengah malam. boleh gitu





Jumpa lagi, selamat menghabiskan hujung minggu bersama familty tercinta. Isikan waktu terluang dengan membuat perkara-perkara yang berfeadah.








Mulut tak de insuran : Ada ke patut di suruh sokong calon tu tanpa kita kenal rupa dan tahu latar belakang .

Wednesday, May 4, 2011

cool, cool, cool

Salam hari rabu..............................hari ni cool ye.


Pagi lagi aku dah bangun duk baca baca dan baca hikayat sepohon Azadirachta indica yang mendiami Suicide park penulisnya wanita anoneemus ,memang aku suka sangat baca blog dia, tak tahu kenapa .Bila baca rasa cool je.

Tiba-tiba saja minda tanpa sedarku membayangkan Najib berserban tengah sembang ngan Nik Aziz , suruh dia tinggalkan DAP. Lepas tu Nik Aziz sound kat Najib balik, "ko tinggalkan MCA dulu, MCA ngan DAP 2 x 5 =10", maaf ye itu minda tanpa sedar ku menerawang jauh ke alam Suicide park kot. Betul kot 2 x 5 = 10 ; 5 x 2 = 10. hu hu tiba-tiba tak cool plak.

Jom layan minda sedar Firdaus tengah sibuk melayan buku yang yuyi beli hari tu.




Let's count.



Sukanya aku, dia dah pandai mengira dalam bahasa english.







Gara-gara nak hilangkan ruam, aku tepek ngan bedak berubat.



Muka benggang dah terlampau putih.







Hancur kalau suami aku tahu, muka Firdaus putih dibedakkan cam ni, hampehhh aku kena sound. Dia tak de ni boleh aku menepek kasi putih.

Ingat ye ibu ibu bapak bapak tanamkan minat anak anda suka membaca dari baby lagi, supaya dia minat membaca hingga dewasa. Jangan baca kisah politik sudeyy, terutama politik kat Malaysia ni , tak berkembang jahhh. Yang berkembang video hitam putih come back.ha ha ha .

Wednesday, March 30, 2011

nak letak lambang apa ni...

salam .....semoga semua pembaca sihat walafiat...

Maaflah blog ni tak berupdate kerana sibuk sana sini.


Cerita pasal jemputan lepas. Aku paling menyampah kalau menghadiri jemputan untuk penyerahan sumbangan samada dari kerajaan atau pembangkang, turut ada sekali pihak wartawan.Kenapa perlu ada liputan?



Wartawan dari mana aku kurang pasti ke hulu ke hilir ngan kamera.Lega, aku dah berjaga dari awal agar tak kena lensa kamera dia. puas dia cilok sana sini nak gak ambik gambar, aku pun cam minah rempit mencilok sana sini, akhirnya dia hampa sekali lagi bila aku tutup muka ngan tisu.ha ha ha. Aku bukan orangnya yang ko boleh jadikan bahan publisiti.






Maafkan gambar blur-blur. Kenapa setiap kali dorang nak menyerahkan sumbangan, mesti dorang cakap yang dorang yang bagi, selama dorang tak tahu ke , itu duit rakyat. Sebenarnya rakyat lagi berkuasa dari pemimpin, sebab pemimpin dipilih oleh rakyat. Suka je pemimpin tu menyebut yang duit sumbangan yang dorang bagi tu dari dorang.Itu semua duit rakyat, jadi ko kena bagi hasilnya pada rakyat.

Selalunya bila pemimpin sama pemimpin bergaduh yang jadi mangsanya rakyat. Sekarang rakyat dah cerdek, tak dengar atau baca bulat-bulat. Mereka dah boleh pikir ngan waras. Para pemimpin tak habis-habis buat lawak bodoh.

Setelah mengadakan perbincangan secara 4 mata ngan anak perempuan Datuk Rahim, Flora , maka ngan ini satu kesimpulan dapat dibuat, kedua belah pemimpin dari parti yang beransingan memang sengaja buat propa. ha ha ha

tip top

1)Kalau nak mengadakan jamuan untuk rakyat , sila pastikan bagi jamuan makan dulu, baru berikan sumbangan. Kalau ko bagi sumbangan dulu, dah garenti semua yang terima tak tunggu jamuan makan.

2)Pastikan lensa kamera tak de. mencik

3)Sumbangan yang ko beri tu hak rakyat, ko tak payah cakap yang ko kasi.



Akhir sekali , jom buat parti sendiri guna lambang lain.ha ha ha . oooo yang penting sekali tv aku dah rosak lebih dari 4 bulan, jadi aku tak payah nak tengok lakonan pemimpin pemimpin semua.oooo bahagia.......aku cau dulu, sibuk kat opis ada peralihan pemimpin gak.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina