Showing posts with label Sotong. Show all posts
Showing posts with label Sotong. Show all posts

Saturday, May 12, 2012

Masakan simple, senang dan anak -anak pun suka

Salam kengkawan .

Selamat hari ibu kepada semua ibu dan bakal  ibu. Semoga kita semua menjadi ibu yang terbaek kepada  anak-anak kita . Ingatlah,membesar dan mendidik anak  adalah amanah Allah SWT , anak bukanlah hak kita ia adalah hak Allah SWT  maka jagalah mereka  sebaik mungkin , jagalah mereka semata -mata kerana  Allah SWT tanpa mengharap balasan . Segala jasa dan pengorbanan kita hanya  Allah SWT saje yang  dapat membalasnya.

Okeylah aku tak nak membebel panjang, aku pun belum cukup  sempurna untuk  memberi nasihat kepada orang lain. Aku  insan yang lemah , aku masih  berusaha kearah menjadi seorang  hamba Allah SWT yang sempurna.

Berbalik pada cite masakan aku minggu ni , hari khamis ngan Jumaat hari tu aku masak simple je, hari khamis  aku buat ikan bakar cicah  kicap cili , goreng bayam lepas tu  hari Jumaat plak aku goreng sotong kunyit dan goreng kacang panjang. Kacang panjang ni special , rupa buruk tapi sedap, kat pasar  jarang ada jual kacang panjang ni. Dalam blog ni aku pernah cite sekali pasal kacang panjang ni kat sini. 

jom layan

 ikan cencaru bakar  3 ekor je cukuplah untuk 3 orang makan : )
 Aku suka beli  sayur bayam  cam ni kurang pasir , batangnya pun lembut.
 Ikan cencaru bakar cicah ngan kicap cili, peberet suami
 Bayam goreng aku simple , goreng ngan bawang putih je.
3  ekor ikan cencaru bakar
 
 Sotong ni RM11, segar  lagi .
 
  Bersehkan sotong ,  buang dakwat, potong bulat-bulat dan garam  kunyitkan.

Bahan-bahannya  simple  ; 1/2 cm halia dihiris bulat dan nipis, sebiji tomato dipotong baji, 4-5 biji cili api dibelah dua (saper suka pedas boleh lebihkan cili api) hirisan sebiji bawang holland dan  lebih  kurang 150ml air asam jawa cair
 Lebur semua  bahan-bahan dalam kuali, tumis sampai baik bau . Kecikkan api kemudian masukkan sotong yang dah digaram kunyit. Biar  sotong agak lembut kemudian masukkan  air asam jawa biar sekejap, sebelum angkat buhkan sedikit garam, gula dan secubit serbuk perasa.
Sotong goreng kunyit
Kacang panjang buruk ni  aku goreng ngan bawang putih dan ikan bilis je. 
 Tumis ikan bilis ketepikan, tumiskan  bawang putih sampai naik bau kemudian masukkan kacang panjang , kecikkan api, biar  sampai kacang panjang agak  lembut. Akhir  sekali buh garam ngan secubit serbuk perasa. Sebelum angkat curahkan ngan sedikit air tepung jagung.
Jangan risau, kacang panjang ni nampak keras tapi sebenarnya lembut, manis dan sedap.
Budak happy dah habis periksa pertengahan tahun lepas ni dia boleh relax.
Firdaus 2 kali tambah nasi , kenalah ngan selera dia tu.


Petua ngetop

 Semasa proses memasak sotong pastikan sotong  dimasak tak terlalu lama sebaiknya  gunakan api kecik , bagi mengelakkan sotong  menjadi liat selepas dimasak. 





SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA TERSAYANG : )

Saturday, December 17, 2011

Masak kari sotong cara mudah lagi sedap : saya yang menurut perintah

 Salam hari Jumaat..................

Jangkanya  petang semalam  nak update  blog,  tertangguh sampailah ke hari ni, ni semua gara- gara blogspot yang tak bagi  update  guna  format lama, aku blur , kekok bila  guna format baru ni. Semalam aku half day, balik keja  terus temankan  kak limah mencari aksesori bollywood, sebab malamnya  dia ada  fashion show, Ada je yang  membantutkan usaha aku  nak update blog,sampai je rumah lepas melayan kak limah cari aksesori, aku kena layan bos kecik ; Firdaus, baru je nak duk depan lappy, kain baju menimbun yang dah siap basuh dalam bilik air tu,  menjerit mintak dibilas, dekat nak  setahun pengering  washing machine   rosak, terpaksalah bilas guna tangan , nak beli washing machine  baru,  rasa membazir plak, bersabau je lah : )

Fresh from farm ,  dapat berita yang kak limah menang tempat kedua dalam pertandingan bollywood fashion show. kah kah kah , tak sia-sia ko jah habiskan duit  50,0000 rupiah  menempah  baju lenga tu, belum masuk bayaran juru make up profesional lagi, tapi tak pelah janji hadiahnya lumayan,  tajaan   penjagaan badan selama setahun, sapa tak nak?. Tak sia-sia aku temankan ko jah,  beli subang berlian petang tu.kah kah kah


Terharu , kak limah  mengondol hadiah tempat kedua pakain tercantik .


















Credit  pada ratu kebaya, sudi twit gambar kak limah ni. Tak sia -sia mentor bagi sokongan moral berlipat kali ganda tuk  protege.kah kah kah. Mulanya kak limah down gila gila, bila dengar  para peserta dari negara luar hebat -hebat belaka, setelah aku asah otak dia  guna parang tajam , barulah dia bangun semula ngan semangat berkobar-kobar cintakan Malaysia , apa kena mengena plak Malaysia ngan ini gambar.kah kah kah.  Satu je pesan aku,  kalah menang  adat pertandingan, tak payahlah  nak duk fikir  sampai tak boleh tido malam,  yang penting  keyakinan diri mesti ada, sapa tahu rezeki Allah SWT , ye dak?

Maaf gambar peserta lain dalam pertandingan tu aku tak dapat nak  tepek,  sebab  aku tak  hadir kerana pada masa yang sama aku menghadiri jamuan makan malam ngan kak ros.Kalau nak lihat peserta yang lain kena tunggu  ratu kebaya update.

Sebelum dinner ngan kak ros semalam , sempat lagi aku masak kari sotong ngan lempeng kosong , dah lama sebenarnya tak masak kari sotong, takut tak menjadi je, bila suami puji kata sedap , tak tentu arah dibuatnya rasa masa tu gak  nak  update resepi. Tak tahu lah samada kita perasan atau  tak?, kita rasa  bangga /terkembang semacam je kalau suami ngan anak yang bagi pujian,  orang lain puji tak delah kita rasa bangga semacam tu.

Jom layan kari sotong ...........yang suami kata sedap sangat tu, hurmmmmmmmm



Kali ni aku guna sotong katak, sotong ni hasil tangkapan kawan  suami minggu lepas. Sotong ni lembut sedikit kalau nak dibandingkan ngan sotong kurita.Cerita lebih lanjut pasal sotong lenkali aku cerita ye. Bersih/siang/potong sotong katak, cara memotong  sotong ikut citarasa masing-masing ye. Didihkan air yang dicampur sedikit garam, celurkan  sotong sebentar, anggaran  1/2 minit, angkat dan  tuskan,simpan air lebihan  mencelur  sotong,



Bahan-bahan untuk masak kari sotong


1)bahan utama mestilah sotong, anggaran 1/2 kilo-tak kira apa jenis sotong, janji boleh makan dan halal.
2)hirisan 3  ulas bawang putih dan merah ; hirisan 1/2 inci halia dan kunyit
3)1 tangkai daun kari
4)3 kuntum bunga lawang
5)1 sudu kecil rempah campur-terdiri dari biji sawi, jintan manis &putih & halba.
6)bancuhan 1 1/2 paket rempah kari Adabi
7)lebih kurang 50 ml perahan air asam jawa
8)sotong yang sudah dicelur dengan  air lebihan mencelur sotong


Cara-caranya 

Tumis  bahan 2, hingga naik layu, diikuti ngan bahan 3,4,5 tumis  hingga naik bau, kemudian masukkan rempah kari, tumis hingga pecah minyak.Bila rempah dah pecah minyak, masukkan sotong , kacau hingga rempah ngan sotong bergaul mesra, kemudian curahkan air lebihan mencelur sotong tadi(quantity air bergantung  pada citarasa masing-masing, samada nak kari pekat atau cair,) aku suka kari yang pekat , aku buh  sedikit je air tu, akhir sekali masukkan perahan air asam jawa, biar kari mendidih sebentar, perasakan ngan sedikit garam dan  gula. Kalau suka boleh buh sedikit parasa. Nota kaki : jangan celur sotong dan  didihkan kari  sotong tadi terlalu lama, takut sotong jadi liat. Proses mencelur ngan mendidihkan kari sotong  aku ni, ambik masa tak  lebih dari seminit, tapi bergantung jugak  besar mana potongan sotong korang, aku pilih jalan selamat dengan memotong kecik sotong tu : )





Nampak tak bos kecik sedang baring atas lantai tu ? dia tengah menunggu aku buat teh , siapkan lempeng ngan kari sotong dia, aku plak gedik  ambik gambar makanan  , bos dah lapau siap  sound aku  "mak dah siap ke belum ?, mak buat apa ambik gambar dulu?" Geram je , tak boleh  tengok aku duk senang lenang. 

Sedap jugak layan lempeng  ngan kari. sotong.Aku terkembang lagi bila suami puji lempeng ni sedap. oooo   lempeng ni sedap gara-gara   bancuhan lempang  tu dari  campuran  tepung gandum ngan  tepung naik sendiri, bukannya  suka-suka nak campur, sebab tak cukup tepung  gandum lah aku campur..Nampak gayanya resepi  lempeng ni kena kekalkan  :  )

Lempeng campuran tu tak cukup.....................akan bersambung episode akan datang.......

Saturday, July 9, 2011

Aneka sotong

Salam hari sabtu..................


Cian ngan blog ni dah bersawang. Nasib baik pagi ni tak berapa nak bizi, boleh sapu sawang sikit.Jom layan aneka resepi sotong, sesekali makan sotong pun sodap. Kalau diberi pilihan antara sotong ngan udang, aku pilih sotong. Memang dari azali aku kureng ngan udang ni. Kat rumah ni pun memang jarang masak sotong ngan udang, sebab anak -anak tak berapa gemar . Kalau dah buntu tak tahu nak masak apa tuk family hari ni, cubalah lauk sotong ni.


Jom layan..............

Sotong berkuah pekat



Bahan-bahan :

1kg sotong di potong empat segi dan dikelar-kelar(kalau potong cam biasa pun boleh)
Sedikit minyak untuk menumis
1 batang cili merah dibelah dua
1 batang cili hijau dibelah dua2 biji buah tomato dibelah dua

Bahan-bahan yang dimesin :

8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 biji cilimerah
5 biji cili padi
6 biji buah keras
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
2 batang serai dititik
1 cm lengkuas

~~~~~~~~~~~

1 helai daun kunyit dihiris nipis2
1 camca kecil Gula merah
Garam secukupnya
3 keping Asam keping
2 cawan santan pekat

Cara-cara membuatnya :

Panaskan minyak dan tumiskan serai bersama lengkuas dan bahan-bahan yang dimesin sampai wangi Masukkan santan dan asam keping, didihkan perlahan-lahan sampai pekat Masukkan sotong, gula jawa, garam dan cili, tomato serta hirisan daun kunyit. lepas tu bolehlah hidang



Sotong berserai




Bahan-Bahan

500 gm sotong

Bahan A

2 mangkuk santan
10 biji cili api]
5 biji cili merah]
5 ulas bawang merah ] dikisar
2 sm halia]

Bahan B:

1 batang serai (dititik)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil lada hitam
1 biji jus limau nipis
Garam secukup rasa


Cara:Sotong dibersihkan dan ditoskan airnya. Masukkan bahan A yang lain ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.Kemudian masukkan bahan B dan masak lagi hingga mendidih.Apabila kuahnya hampir kering, masukkan sotong dan masak lagi hingga mendidih. Lepas tu bolehlah hidangkan.



Tips Ngetop


1)Jangan masak sotong terlalu lama, ditakuti sotong jadi liat.

2)Kalau nak guna gula dalam masakan cuba guna gula merah, sebab rasa masakan bertambah sedap dan beraroma.


Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina