Wednesday, June 3, 2009

Ayam oh ayam / kacang kerekut/ betik poyo



hari ni pegi pasar malam , beli ayam sekor. sekilo RM6.20. aku suruh dia potong kecik-kecik senang nak masak. beli sayur utk minggu ni.



aku sediakan bahan-bahan utk masak kari ayam tapi tak letak santan . karinya kering sikit. aku campur kentang, nanti kuah dia pekat sikit.



goreng bawang putih, merah, daun kari, bunga lawang dan kayu manis sampai naik bau.



dah garing, baru masuk rempah kari yg dibancuh dgn air. tumis rempah sampai naik bau.



asam keping letak last sekali. kalau masuk asam keping cepat sangat, kentang tak empuk. letak sekeping je. masakan kita kena ada cukup rasa.manis, masin,masam sikit.baru sedap.



lepas dah naik bau baru masukkan kentang dan ayam sekali.letak air sikit.kacau api perlahan.nanti ayam dia masak sekata.



hari ni goreng sayur kacang panjang. kacang ni special sikit. susah nak jumpa.seikat mcm ni RM2. walaupun rupa dia buruk , tapi rasa dia manis. kacang ni memang mcm ni.jgn salah sangka kata dia dah tua pulak.



dia besar dan buruk. lepas potong , tuskan airnnya.



goreng ikan bilis dulu sampai naik bau., api mesti slow.



lepas tu letak tepi mcm dlm gambar. goreng bawang putih sampai garing.



dah garing, masukkan sayur.letak garam cepat. goreng kacang api kena slowkan.nak angkat baru kuatkan api. supaya dia masak sekata.



ni hasilnya. mcm sedapkan.memang sedap pun. nampak mcm keras, tapi lembut dimakan.



akhir sekali panaskan capati. wahai kawanku yg bernama Siti Aminah.jgn marah capati ini diambil dari baking school. sebab aku ada kad platinum. di buat khas




Ini pulak hasil kari ayam kering tadi. kalau suka boleh makan dgn capati.




Betik ni laki aku beli semalam. besarkan poyo je tak delah manis sangat.



istiadat mengupas buah betik poyo. aku suka kalau laki aku beli kecil, tapi manis.




firdaus tak sabar nak makan. makanlah kau , baru kau tahu rasanya mcm mana.



tapi dia makan mcm tak perasaan je . dia kata manis pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina