Wednesday, March 7, 2012

Elak jadi keldai dadah ; pelancong tak dibenarkan membawa dadah masuk atau keluar dari Malaysia

Minggu lepas aku kan ada cerita yang opis aku akan berpindah ke tingkat dua, Alhamdulillah hari senin tu dah selamat pun aku pindah. Semua fail dan barang-barang aku ngan kawan seopis angkat bersama-sama. Masa aku ngan kawan pindah opis, situa tu pegi luar negara,  bila  balik  dia  nampak  kita  orang semua dah siap mengangkat semua  fail dan -barang barang , masa tu baru dia   mengelupur cam cacing kepanasan. Paling aku tak menahan dia boleh nak bawak   lemari lama  tempat aku letak fail tu ke opis baru .  Bab menyusahkan orang bagi kat dia, kecik- kecik tak nak mampos dah besar-besar   pun tak nak mamposs.........kui kui kui 


opis aku yang baru ni  berhadapan dengan 3 bilik bos, rasanya lebih elok berhadapan ngan bos dari ngan kawan-kawan, cam tu tak payahlah aku  nak bersembang-sembang sangat  ngan kawan,bila tak bersembang-sembang tak delah perkara yang akan berbangkit kemudian hari nanti.selamat.kui kui kui Dorang campak aku kat mana-mana pun,aku tak de hal, aku masuk je ngan semua orang, aku tak ambik pusing sangat hal orang lain, bagi aku opis ni tempat cari makan bukan tempat cari kawan.


Situa tu menghimpunkan kotak-kotak fail dan barang dia didepan meja aku. Entah cam mana plak aku boleh menolong mengangkat laci besi dia yang macam lahanat tu. Cis tak boleh ku kenang, kerana situa tu punya laci ,sepanjang malam aku tak boleh melelapkan mata, tulang temulang rasa cam nak patah, sampaikan nak pegi opis pun tak larat apatah lagi nak pegi klinik, last last aku tersadai kat rumah .Mamposs ngan dia, kalau esok tulang temulang ku  sakit cam ni lagi, alamatnya aku terus sambung cuti.


Aku puas hati sangat ngan opis baru ni, cuma satu je yang aku tak puas hati , bila pihak atasan melarang membawa apa saje makanan/minuman dari luar, semua pekerja kena makan dan minum  kat kantin yang pihak syarikat dah sediakan.Selama 18 tahun keja kat sini first time nilah kita orang dikenakan larangan cam tu. Rasa-rasanya tak de lagi larangan yang seumpama ni di kilang -kilang lain kat Malaysia ni, sekiranya ada korang bagi tau ye, mana tau aku terlepas pandang.kui kui kui. 


Mulai sekarang ni tak dapatlah aku bawak bekal nasi dari rumah, susahlah kalau cam ni, dahlah aku tak berapa suka makan kat kantin, nak makan kat luar plak cam tak berbaloi. sabau jelah, bila difikir balik larangan membawa apa saje makanan/minuman  dari luar lebih kurang cam larangan membawa dadah masuk atau ke luar dari Malaysia. matik aku boleh samakan makanan cam dadah plak : )

InsyaAllah jumpa lagi  , aku nak pegi merehatkan diri, hari ni tak boleh bebel panjang, mana tau  ada  kawan opis  yang baca blog aku ni, nanti sesuka hati mak bapak dorang   cop aku  pura-pura sakit. Bahaya !! kawan opis aku ni bila ditanya tak pernah nak mengaku baca blog aku, hakikatnya dorang admire blog aku. hipokrittttttttttttttt.?????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina