Showing posts with label Penghargaan. Show all posts
Showing posts with label Penghargaan. Show all posts

Wednesday, November 23, 2011

SELAMAT DATANG KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN 6 JABATAN KERAJAAN

Salam hari rabu...............

Hari ni nebes semacam, time nikah pun tak nebes cam ni. Dari subuh tadi , pegang tu tak kena , pegang ni tak kena,ingat nak buat nasi goreng, tak jadi , last last beli breakfast kat luar.Bila dengar je orang gomen nak datang kat opis , terutama Jabatan farmasi ngan kementerian perdagangan, mesti aku nebes semacam, jumpa polis pun tak nebes cam ni.kah kah kah

Preparation dari senin bawaklah ke pagi ni, cuma tak bentang carpet merah je.kah kah
Kak limah kena buat preparation gak , dorang nak serbu tempat dia tengahari ni.





Kak limah tengah nebes ,kah kah kah



Tetiba je aku skema, aku selesa je pakai t shirt ngan jeans pegi kerja, hari ni kerna terpaksa kena pakai baju ikut protokol. Dalam ramai-ramai tukang sampah kat opis ni, aku yang paling selekeh,, tetiba plak hari ni kena pakai  baju ikut protokol, rasa cam pelik.kah kah kah

Semua dah get ready, tinggal tunggu dorang datang lebih kurang pukul 10 pagi.




Dr .CSY tengah nebes, 10 kali kulu kilir depan aku.


SEMOGA SEMUANYA SELAMAT DAN DILINDUNGI ALLAH SWT.

Tuesday, November 22, 2011

BOLASEPAK SUKAN SEA KE 26 ; MALAYSIA MENANG PINGAT EMAS TEPAT 11.26PM



MALAYSIA  MENANG !  MALAYSIA MENANG ! MALAYSIA MENANG  !
BOLASEPAK , MALAYSIA  DAPAT MENGONDOL  PINGAT EMAS SUKAN SEA KE 26  TAHUN 2011

KEPUTUSAN PENALTI  MALAYSIA 4-3  INDONESIA SELEPAS  TERIKAT 1-1

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMAIN HARIMAU MUDA  :)


SERIUS AKU TERUJA KALI NI,  PERLAWANAN BOLA SEPAK , LAST  MALAYSIA BERTEMU INDONESIA  DI SUKAN  SEA TAHUN 1979. PADA TAHUN  1979 TU,  KEPUTUSANNYA,   INDOGS PENALTI  3-1 SELEPAS TERIKAT 0-0 DALAM 90 MINIT PERLAWANAN. KITA BERJAYA MENEWASKAN INDOGS HASIL JARINGAN  ARWAH MOKHTAR DAHARI.





Tuesday, September 27, 2011

0.5 grams ice ice baby, sapa racist?

Salam hari selasa................


Pagi tadi aku janji nak cerita pasal chayanunalif yang buat aku meroyan tu kan . ceritanya cam ni , petang semalam aku terima barang  dari  courier service.  Dari  luar plastik courier  tu aku dah  nampak ada sikit  cecair pekat keluar. Aku ingatkan proses pemeluwapan biasa(istilah sains tu). Aku pun rabakkan plastik tu ngan rakusnya(spesis kalau buka enbelop  memang main  rabak), jahanam 6 jahanam habis meleleh kat tangan aku ngan baju kena cecair CC $#% .

Tak senonoh tul  chayanunalif ni, dorang ni bodoh gak kekadang, boleh diisinya sample liquid dalam plastik kecik lepas tu distapler. bodoh ke tak bodoh korang rasa?kalau diseal pun okey lagi. Kalau kita nak hantar sample liquid guna courier sevices  kenalah bubuh dalam  botol yang penutupnya ketat.

lepas je tangan aku terkena lelehan benda hancing, tak agak-agak aku capai hp call chayanunalif tu pung pang pung pang , tak sempat dia menjawab, aku matikan call. Puas hati aku dapat melempiaskan nafsu serakah marah chayanunalif tu , tak kisahlah tangan bau hancing pun.,

Bila aku cakap ngan bos (chayanunalif ) pasal tu

bos : tak pa tak pa , dia tak tahu.you kasi lap , lepas tu kasi photostat.

aku(dalam hati) : sifiyalfal tak tahu, anak aku 6 tahun pun tahu isi air dalam pelastik kasi stapler, air boleh tumpah.

racist ke tak racist cuba aku yang buat cam tu

bos : you tak guna common sense ahhh ahhh.cam ni malulah saya.

Masa tu baru typing error je.




Paket plastik tu kalau ko isi ice ice baby tak pe gak , boleh gak sedut sepam dua pam ngan ngan HKL tengahari ni. Ini tidak air kencing pekat hancing tu dia kasi. Lantak ko kak limah ambiklah sample tu.



Dekat nak 20 helai dokumen lencun kena CC &&%. bau hancing kencing anjing/kucing/musang macam-macam hewan kecing hancing. nampak tak otak aku dah kena jangkitan CC $#%



Kerna terpaksa aku lap sehelai demi sehalai ngan tisu lepas tu sidai kat meja pantry. Bila semuanya dah agak kering, aku gi photostat.

Beginilah nasib diri ku malang oh tuhan. cam tu lah keja ngan chayanunalif. Diskriminasi tu dorang yang ujudkan dulu. Bodohlah kalau sendiri tak boleh nak faham. Aku tak berapa minat nak sentuh bab racist meracist ni(sedap gak bila gabungkan bahasa melayu ngan englishkan, kah kah) ,nanti ada plak yang hentam aku tak open minded. Sapa cakap yang kita ni tak open minded, ramai je kawan -kawan kita masa sekolah sampai sekarang ni berbilang bangsa cuma yang geram ada segelintir dorang tu cuba nak berdiskriminasi(gabungan lagi tu). Kebarangkalian untuk pekerja gomen di diskriminasi oleh bangsa lain kureng sebab kebanyakan pekerja gomen orang kita.



Soalan objektip sejarah (jawapan anda dirahsiakan bagi mengelak pertikaman lidah sesama sendiri tak pun dibaling telur busuk


Adakah anda pernah menjadi mangsa diskriminasi chayanunalif atau kapyalamyanga.

A) pernah

B)tak pernah

C)nyaris kena

D)dah dekat nak kena


kalau jawapannya A nyatakan bentuk diskriminasi tu.

Kalau rasa soalan ni terlalu sensitip nak dijawab , cakap je anda suka filem mamat khalid. kah kah kah.


Status tuan blog ; mood senyum


1) mamat khalid nak belanja tengok wayang kat Ipoh. "abang mat jangan lupa beli dua tiket tau , tuk suami cik ina sekali".

2)suami cik poziah Datuk rahim mak pak hantu kak limah, dapat pingat(rahsia) dari DYMM Sultan Mizan hari ni. Pesanan buat mak pak hantu kak limah "jangan lupa noh saat -saat manis kita berdua makan maggi pedas kebabom kat cafe bawah pokok ko tu".Sapa nak ucapkan tahniah kat kak limah masih belum terlambat.

Wednesday, August 10, 2011

Suatu petang dibulan puasa


Salam Ramadhan...............


Dua hari lepas yuyi datang ambik aku kat opis, boss aku terkinja-kinja cam beruk mak yeh bila nampak yuyi.

"eeee cantiknya, u lagi cantik dari mak u ye" sambil terkinja-kinja. Bodoh ke bingai nak samakan budak remaja ngan orang tua. yuyi diam je sambil sengih. Dia cam aku gak tak makan sangat kalau orang puji-puji ni. Apa kes nak puji-puji. Ko ingat aku nak hangin ke ko cakap anak aku lebih cantik dari aku.

Bila boss aku blah masuk bilik , yuyi tanya "itu boss mak yang dulu ke?, lain plak muka dia ,dulu tak cantik sangat." aku senyum, biasalah cifinafa". Balik dari opis dia terus bawak aku ke pasar Ramadhan, terserempak plak ngan kawan sepermainan aku, kebetulan mak dia pengasuh yuyi masa kecik. Dia terkejut sebab tak pernah jumpa yuyi bila dah besar , dia tepuk aku, muka anak ko ni sebijik cam ko dolu-dolu". "ahhhhhh ini baru betul," yuyi sahut. Malas nak cakap pasal boss mak tu, suka terkinja-kinja, geli bulu ketiak boleh samakan muka budak remaja ngan dah berumur. Kita bertiga sama-sama ketawa, "kaki bodek kekdahnya"

Tak pe ye boss, kebetulan ada kawan kasi bedak ni , nanti aku tepek jadi budak berusia 21 tahun boleh gitu.




Besar kotak ko ratu.



Terima kasih ratu bagi bedak two way cake ni, lepas akak pakai boleh tukar wajah 21 tahun .



Insyallah ratu lepas ni dah sama muka cam anak akak ni, moga boss meyong tu baca blog akak.




Lupa plak ngan model berbayar ni, bayar mahal, lambat masuk keja, tak boleh harap betullah model ni. Aku dah publish entry baru plak dia nak menyempit.


Dengan Ratu selalu aku mintak nasihat pasal biskut atau cheese tart . Dia tak kedekut ilmu, selalu berkongsi rahsia business/resepi je, bukan peribadi ye.Kami senang menjalankan persahabatan secara profesional.



Selamat berpuasa......... hari ni puasa cite pasal lauk pauk..esok cite ye.

Sunday, June 13, 2010

Pewarna dan perisa kegemaran?




Pewarna dan perisa kegemaran pilihan aku adalah star brand (company yang marketkan)Aku bukan tak pernah cuba produk lain, tapi tak sama cam star brand .pernah sekali aku cuba produk pewarna kuning jenama B&*^%$ , tapi hampehhhhh warna kuning cam warna oren.aku ingat masa tu aku nak buat tart nenas.selepas tu aku takut nak beli produk lain.




Aku guna perasa vanila star brand masa nak buat muffin carrot.



ini hasilnya



pewarna kuning star brand untuk buat tart nenas.warna dia benar-benar kuning.




aku guna pewarna hijau ngan pewarna kuning star brand untuk buat water chestnut.




ini hasilnya.



Guna perisa banana star brand untuk buat muffin coklat pisang berchip coklat.




ini hasilnya.

Friday, June 11, 2010

Tepung cap sauh



gambar dari kilang

Aku dari dulu memang guna tepung cap sauh.tepung ni boleh buat biskut, kek, kuih muih dan macam-macam lagi.Bukannya nak promo company punya barang, tapi aku memang cakap yang betul, aku suka guna tepung ni je.Buat apa saja, kuih muih , biskut, kek semua menjadi , kalau kena ngan cara pembuatannya.

korang pakai tepung apa?


pagi tadi buat cucur ikan bilis guna tepung cap sauh.



bawang besar ngan ikan bilis ditumbuk.





tepung gandum cap sauh 400 grams
1 teaspoon baking powder
telur 1 biji
1/2 teaspoon garam
bawang besar bombay tumbuk 1/2 biji
ikan bilis kuning 1/2 mangkuk kecik ditumbuk
kalau suka boleh letak secubit perasa

gaul semua bahan-bahan mengunakan air suam.biar 10 minit baru digoreng.





Tunggu minyak betul-betul panas, baru masukkan bancuhan cucur ikan bilis.




cucur ikan bilis mengunakan tepung cap sauh sedap dimakan bersama sos buatan sendiri.




6 tangkai cili kering direndam ngan air panas dan dibuang biji.
2 ulas bawang putih




mesin semua cili bersama bawang putih tadi.




masakkan cili mesin tadi bersama 2 sudu besar cuka, 5 sudu besar gula ngan secubit garam.lepas tu masukkan 1 sudu besar bancuhan air tepung ubi.




sos yang boleh dimakan bersama cucur ikan bilis tadi.boleh dibuat sebagai sarapan pagi mahupun minum petang.

Saturday, November 14, 2009

Terima kasih Karangkraf



Terima kasih majalah Rasa, tak banyak mana pun , janji aku tak payah beli pencuci tandas.kecik ke besar aku tetap publish. adil . betul tak.ari jumaat aku dapat kad berdaftar.rupanya dia hantar barang tu kat pejabat pos.





jeng jeng ni hadiah saguhati dia.pekat lagi handal. terima kasih karangkraf lagi sekali. nanti bagi hadiah banyak-banyak lagi ye.

Friday, July 3, 2009

Terima kasih Karangkraf



Inilah hamper yg aku cakap tu. Amboi nak mencari tempatnye punyaleh azab. Aku tak tahu plak karangkraf kat Shah Alam tu ade 2. kat surat tu aku tengok macam satu .rupanye kat seksyen 16 ade 2 tempat. Kalau tidak aku nak ambil gambo, tapi macam malu je, sebab ramai org.



Dalam kotak tu ade mcm-mcm. milo/nescafe 3 in 1, nesvita dan mcm-mcm lagilah.buat keluarga kecik cam aku ni setahun tak habis. Mulai sekarang aku mesti berazam akan masuk peraduan banyakkkkkkk lagikkkkkk supaya dapat banyak hadiahhhhhhhhhhh. The moral of the story tak bayar keluar duit sendiri nak beli , cuma beli majalah.

Sunday, June 28, 2009

UCAPAN TAHNIAH




Tahniah kepada blogger aishah (Matahati-aishahazhari.blogspot.com) kerana mendapat cahaya mata lelaki kedua pada 28/6/09.



Jangan sedih ye dapat anak lelaki. Lain bulan boleh cuba lagi, kali ni mesti dapat anak perempuan . nanti kita senang melawat awak di rumah.



Tahniah kepada diri sendiri kerana menang hadiah hamper dari nestle. tapi hampernye aku belum ambil lagi.






Ini dia surat dari karangkraf mengatakan aku menang hamper nestle bernilai RM100.




Peraduan tu aku ambil dari majalah seri dewi keluarga pada may'09. Aku ingat dah tak dapat dah. Yelah dah lama sangat. Tak pelah penantian aku berhasil jugak akhirnye.

Thursday, June 18, 2009

HAPPY FATHER'S DAY

Myspace Graphics




Sempena Hari Bapa pada 20 June ni aku mengambil kesempatan mengucapkan hari Bapa kepada semua bapa diseluruh dunia termasuk bapa aku sendiri. Terimalah hadiah yg tak seberapa dari anakanda. tengok je tak boleh makan.

Pengorbanan ayah sungguh besar, dari erti kata sebenar. walaupun aku taklah suka sgt ngan bapa aku sebabnnya :




ni bukan ular sawa, tapi getah paip. mana taknye aku pernah kena bantai ngan getah paip. tapi time anak aku buat nakal , dia kata jgn pukul, budak-budak. itu yang satunya aku tak paham tentang bapa ni. tapi walau macammana sayang jugak. dah tua tak terbuat garangnye.



Aku tak pernah lupa kerana bapa, aku agak mahir memasak. Ayah sangat cerewet. Asam tumis kena pekat macam di atas. kalau dia nampak kuah yg aku masak cair, dia akan buat tengok dalam kuah tu. Ayah kata, dia nampak muka dia dalam kuah tu.aku terus paham, maksudnya asam tumis tu cair. kadang-kadang pengalaman banyak mendewasakan kite. Kalau boleh sebagai ibu aku tak nak ada jurang yg besar memisahkan antara kite dan anak. Walaupun dia kena hormat kite sebagai ibu, tapi aku tak nak mereka mengangap kita sebagai ditaktor. Bagi aku hubungan sebagai kawan itu rasa lebih rapat. Aku tak suka kalau anak takut meyembunyikan sesuatu dari pengetahuan aku. Bila kita sebagai ibu ada sifat ditaktor, anak tak selesa hendak meluahkan segala masaalah. Jadi diharapkan ibu diluar sana jgn terlalu memikirkan apa org lain kata pasal anak kite,. cuba fahami diri anak kite. fikirlah cara terbuka. jgn terlalu pentingkan diri sendiri. jgn musuhi anak walaupun anak kite pernah melakukan kesilapan besar. Hubungan kita akan menjauh, jika kita membenci mereka. Aku bercakap atas pengalaman masa lampau. Aku selalu jadikan iktibar , dari sejarah masa lampau. aku juga selalu nasihatkan diri aku sendiri. SUPAYA JGN JADI IBU YG ZALIM.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina