Tuesday, September 27, 2011

Reunion, KFC

Salam hari selasa.................


Apa khabar atuk, nenek, pakcik, makcik , adik, akak ngan abang semua? Cam mana mood pagi ni? okey tak? aku okey je petang semalam je k.o, ada sorang makhluk cifinafa buat aku marah sampai tak hengat, pasal apa lepas lunch cite ye, tak nak spoil mood pagi nan indah ni .

Berbalik ke agenda asal, nak cite pasal salah satu makanan peberet Firdaus ayam goreng KFC. Cadangnya nak makan seafood, oleh kerana suami dah terlepas cakap nak makan KFC kat Firdaus, sepanjang hari dia ingatkan aku suruh bawak dia gi KFC.


jangan ada yang berani nak gigit jejari gebus tu tu,silap-silap kena tumbuk. Aku dah kena , sebab tu aku pesan awal-awal.


wajah-wajah gembira dapat makan ayam goreng KFC.



Aku tak berapa berkenan ngan air gas, selalunya aku ambik air mineral atau minuman panas. Tak tahanlah minum air gas terutama kat restoran fast food cam ni tangkap dada je aku rasa. Kalau minum pun tak sampai separuh cup .



Firdaus makan nasi ayam , biasalah nasi ayam versi sambalnya tetap cili sos dalam botol.



nasi ayam ada sup dia pun nak bersup. rasa sup cam ehem ehem ehem.



kentang cheese , nama apa yek,aku lupa plak.


tersalah order plak, jangkanya nak order yang dua ketul snack plate, cokik je lah.


Habis makan kat mana-mana tempat makan , jarang aku nak lepak lama, hari tu plak rasa nak sembang -sembang ngan suami.

Aku : awak tahu tak saya first time makan ayam KFC masa form five, awak plak bila?

suami : samalah , first time form five , lepas tu belajar skit -skit makan kat A&W.

Aku : Selalu dengar kawan hostel cakap ayam KFC tu sedap. Hari minggu kebetulan keluar hostel berkumpulan gi rumah kawan kat bangi , lalu depan KFC jalan taiping klang, masa tulah kawan pujuk makan. KFC . KFC punya pasal saya tibai yuran asrama.first time makan memang menjilat jari. tinggal tulang je.

suami : cam sedap sangatkan first time makan, cuba sekarang cam tak heran dah.

Aku : KFC punya pasal , tak bayar yuran. sijil SPM kena gantung. tak pedulik janji dapat makan.

suami : saya pernah keja part time kat KFC tu.

Aku : ye ke, saya part time keja kilang je. budak sekarang untungkan kecik lagi dapat makan KFC.


cam ni baru reunion refresh kisah -dolu-dolu. Lenkali aku nak reunion ngan suami je lah. Ada gak orang yang tak suka nak ingat balik kisah dolu-dolu terutama kisah duka boleh menyesakkan dada katanya. Aku lain plak setiap kali mengingati kisah dolu-dolu, mood happy je sepanjang hari , otak plak rasa cergas..

Alangkah bahagianya kalau masa boleh berputar , aku nak gi ke zaman silam , tak kisahlah biarpun zaman tu aku hidup susah. Aku dah rindu sangat ngan arwah mak, abang , ngan adik -adik.Terlalu rindu hingga dorang masuk dalam mimpi aku semalam.


baik korang cakap bila start korang makan ayam KFC? kalau tidak jangan harap dapat main batu seremban ngan aku.



status tuan blog blog : mood ; happy


1)  Angelina Jolie sebut blog ni dalam twitter- Gedek jangan jeles , ingat yuna je makcik ada angelina jolielah.


2)  Nopija bagi sibeniar key chain dari Labuan.Thanks nopija.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina