Showing posts with label Promo. Show all posts
Showing posts with label Promo. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Nelson's

Jagung dalam cawan ni, memang selalu jadi pilihan seisi keluarga. First time, aku makan ni kat PKNS Shah Alam, kat kiosk Nelson's . Produk dia , bukan jagung dalam cawan je tapi macam-macam, contohnya wafer ice cream, minuman bubble, ice cream potong, waima banyak lagi lah . Kesukaan aku waffle cake ngan jagung dalam cawan je. Rasa jagung Nelson's lain dari yang dijual kat pasar malam atau kaki lima pasaraya.



Nelson's di pasaraya Giant Port Klang.




Rakan baru, semalam je baru kenal.



Aku suka sangat, tengok bangsa sendiri boleh majukan diri. Masa tengah sembang Mak lang, dia tanya aku, ada bisness tak. Bila tahu aku ada jual cheese tart cara kecil-kecilan, dia offer aku letak kat situ. Aku tak bagi jawapan lagi, kena fikir dulu dalam-dalam.



Waffle cake Nelson's lain dari yang lain.Dah sejuk pun masih lembut.




Abaikan muka bangun tidur Firdaus, dia lapar terus ngap jagung dalam cawan Nelson's.



nyum nyum sedapnya jagung Nelson's. Lemak berkrim.


Senyum tapir : Sapa suka angkat tangan.

Saturday, January 8, 2011

Bola cinta

Seharian di office hari ni, benar-benar membosankan. Mana ngan kerja hujung bulan yang menimbun, ditambah lagi internet sepanjang hari tak berfungsi. Kalau ada pun, isnin depan baru boleh diperbaiki. fed up, kerja tanpa internet. Biasalah , tanpa internet semangat kerja, sedikit pudar.

Tak dapat nak merayau, ke rumah teman-teman blogger. Lagi satu, tak de entry yang kedua, sepertimana, yg biasa aku lakukan. Apa pun yang terjadi, redha je lah.



Hati kembali berbunga , bila simanja balik bawak buah tangan. Barangnya bukanlah cincin atau gelang emas, cuma satu plastik sedang fishball.





Fishball ni bukan sembarangan, di buat dari isi ikan parang segar, didatangkan dari Tanjung Sepat. Rasanya cam dah lama je, simanja, tak bawak fishball ni , balik ke rumah. Tu yang , terkejut beruk tu. Kalau cari kat pasar pun tak de fishball cam ni.



Fishball ni, tak dicampur ngan tepung ubi, cam fishball yang biasa kita beli kat pasar tu.98% isi ikan parang segar, mungkin kalau campur pun, sedikit sangatlah. Fishball ni berkaler jerneh. Kalau korang pegang fishball ni, rasanya lembik sangat.






Cadangan yang terbaik untuk guna fishball ni, buat bihun atau mee sup. Cara nak buat mudah je.
Kalau nak cepat, cilok resepi kat sini ye, best!!!!!..




Senyum tapir : Seronok minggu ni, simanja ke laut, aku pulak bercadang nak buat blog khas untuk kisah pancing simanja. Insyaalah.

Wednesday, January 5, 2011

Dah pasti. aku tempat ketiga

Hari ni dalam sejarah, aku menang contest tempat ketiga. Bukan senang oii, aku nak masuk contest alah-alah , hadiah TV 24 inchi ni, setelah dekat nak 10 kali, aku ucah line, akhirnya aku jebak diri gak, ngan contest hantu tak senonoh ni,

Dah lamanya tak masuk contest, semenjak menang contest buahberry last year. Aku terus senyap dari arena contest mengcontest ni. Bukan apa aku dah janji, selagi tak dapat hadiah tv 24 inchi, aku tak nak join. TV punya pasallah, aku tertarik nak join contest lenggang perut ni, yang dianjurkan pulak, hantu tak senonoh ni, teman sepermainan.

Aku bukan apa, banyak sangat contest penipu sekarang ni, cakap tak serupa bikin. Nasib baik hantu kak limah teman sepermainan, hadiah plak TV kaler 20 inchi, kalau tidak jangan harap
aku nak join, kirim salam malam-malam.





Kalau tak caya ngan kemenangan aku, sila klik gambar banner contest lenggang perut (kat atas) bersama Hantu Kak Limah




Mungkin tv kaler ni, yang jadi taruhan. aku pun tak tahu brand apa, memandangkan tv aku dah rosak dekat nak sebulan, aku tibai je tv yang dia kasi.



Bila aku tengok pasal tv,, aku teringat pulak cerita simanja pasal kawan dia. Dahulu kala, galak kita dapat panggilan dari syarikat entah apa-apa, beritahu kita menang contest itu dan ini, Arwah mak aku, pernah gak kena tempias sekali.

Aku bukannya tak tahu , dorang ambil no. telefon kita, dari buku telefon. Habis tu dapat pulak arwah mak yang angkat panggilan dorang, apalagi senyum sampai ke telingalah, dengar dia menang contest. Sedangkan masa tu, setahu aku, tak pernah lagi, arwah mak join mana-mana contest.

Aku layan je,mood super happy arwah mak ngan adik perempuan pada masa tu, selepas terima panggilan, yang dorang menang contest. . Pagi lagi, dorang dah berdezup ke Jaya Jusco Bukit Raja, katanya nak ambil hadiah kemenangan kat sana. Aku tunggu kat rumah je, pada masa tu.

Sampai kepetang aku tunggu, mereka berdua muncul ngan satu mangkok kaca besar. Biasalah mulut ni gatal nak bertanya, "mana hadiah yang lain" .dengan suara lemah arwah mak" rupanya kena beli barang dia dulu, baru boleh join contest tu." Sia-sia je syarikat tu, bagi orang tua naya.Semenjak dari tu, arwah mak terus insaf, dah tak nak percaya lagi.

Cerita pasal kawan simanja(cina) dapat panggilan cam arwah mak dapat. Tanpa berlengah, dia pun pergi kat tempat tu. Sampai je, dia terus tanya wanita kaunter pertanyaan, " Ini saya punya IC , semalam lu punya orang, ada call, kata saya ada menang satu TV besak(dalam loghat cina), itu tv ahhh", sambil menuding jari kat TV yang ada kat situ"."yelah, lu tunggu sekejap,saya panggil boss," wanita kaunter pertanyaan terus bangun dari tempat duduk.

Kena pulak ngan otak kawan simanja yang ada sikit short, terus dia angkat TV tu, masuk dalam kereta dia. Apa dorang nak buat . Melopong je, tengok kawan simanja usung TV sambil tersenyum. Habis dorang dah gatal sangat, suka nak call, cakap sembarangan, yang dia menang.








Senyum tapir : Dalam dunia logika ni, susah sangat berlaku keajaiban, kita boleh menang contest tanpa masuk contest. Aku pernah sekali terima sms, menang contest mee segera(sedangkan aku tak pernah pun masuk contest tu) menang RM30,000. Aku ni cam biasalah, dah tahu pun itu tipu, suka sangat nak perdajal orang. Siap call orang tu, tanya bila boleh ambil hadiah?. Malaslah nak beritahu, apa dorang cakap.korang pun dah boleh agak.

Sunday, December 26, 2010

Surat Cinta

Salam Sejahtera di pagi Minggu pada semua pembaca...........


Dulu aku tak pernah layan love letter ni, tapi semalam bila anak aku beli, teringin pulak nak rasa. Bila dah makan, 2 perkataan terzahir, lazat dan ranggup. Dah rasa, baru jatuh cinta .Itulah orang cakap ye, tak kenal maka tak cinta, walaupun aku bukan peminat tegar perasa strawberry, Bila rasa ni love letter ni, aku boleh layan plak.

Buah strawberry je, aku tak boleh layan forever. Cari gak, kat mana kesedepannya, tapi tak jumpa. Aku jadi pelik pulak, sapa yang pergi Cameron Highland, mesti beli buah tu. Walaupun yang beli tu bukannya suka makan pun. Camerong Highland ngan buah strawberry dah macam sinonim.

Kalau korang tak percaya belilah Love Letter, berperisa strawberry ni. Cakap pasal love letter ni, aku ada kisah lama gak. Masa kerja kilang getah paip kat Alor Gajah, Melaka, tahun berapa aku dah tak ingat, setiap hari lalu di sebelah kilang Julie's ni. Lalu je, perut kenyang terus jadi lapar, bila terhidu aroma biskut. Ingat pasal kilang Julie's tu memang syok, yang tak syok bila teringat, cam mana ciputnya, gaji masa kerja kat kilang getah paip tu.




Tin biskutnya pun tip top.



Hampir separuh dah habis. Mana taknya , makan sambil cari idea, mesti tak sedar, tangan dok merayap dalam tin tu. Pihak Julie's biskut sila bagi komisen, sebab promo biskut ko. Teringat pulak dulu Rosyam Nor jadi jurucakap biskut ni.




Bila tengok you tube Shima ni, hati tiba-tiba, terimbau tahun 1990, masa tu aku tinggal dirumah makcik (adik ayah yang bongsu, kat banting) Kebetulan rumah Shima ni belakang ngan rumah dia. Shima masa tu, baru nak bergiat aktif ngan The Boys( sebelum tu The Boys ngan Ella).

Aku ni tiba-tiba cari you tube Shima ni, ada sebab. Anak perempuan aku tu , nak dengar lagu Shima semula. Dia kata suara Shima sedap, aku pun ceritalah kisah lama, pasal Shima kat dia.

Makcik aku ni memang handal memasak. Kalau dia nampak makcik buat sambal , kuali yang buat sambal , dia tak bagi makcik basuh, dia bawak roti, terus cicah kat kuali tu.. Pantang nampak arwah abang, mesti nak kacau, dia peramah. Cakap pasal dia, terindu pulak.


Senyum tapir : Semoga hari ni menjanjikan seribu kebahagian, pada semua pembaca blog aku kat luar sana.

Wednesday, December 8, 2010

Tambah koleksi beg LV

Bak kata anak perempuan aku, kenapalah punya banyak beg branded dalam Dunia ni , dorang asyik sebut LV je.Kasihan beg branded cam Braun Buffel, Guess, Bonia dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Mungkin sebab Siti Nurhaliza pakai ke?Aku cakap mungkin?





Kalau korang nak lebih diri berjenama atau cool, lebih baik korang guna recycle bag bila ke shopping complex. Dengan Beg ini, bumi dapat diselamatkan dengan segera.





Dalamnya ada tempat untuk isi barang yang banyak. Aku beli RM3.50 di Giant.Murahkan.




Senyum tapir : Selamatkan Bumi dari sekarang.

Wednesday, December 1, 2010

Papan notis/no.02/2010 dated 1/12/2010



Reunion bekas pelajar Sekolah Agama Menengah Hisamuddin Sg Berteh (Tahun 1984 hingga 1988) akan diadakan pada 4/12/2010 pada hari Sabtu di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam . Sila ambil perhatian.Harap sedia maklum pembayaran sebanyak RM80 kena dibuat sebelum 22/11/2010 kepada puan Rozie .










Rindu ngan bekas pelajar sekolah Hisamuddin yang sebaya dan nakal-nakal , semasa aku tinggal di asrama.



Takziah juagak kepada Dewi cili telah kematian atuk(perempuan) pagi ni pukul 6 subuh. Dengan harapan, jangan cuti lama sangat, driver tak de LOL.


Senyum tapir : Masih menghadkan akitiviti sosial(berkabung) atas kematian ayah pada 7/11/2010. Harap maaf rakan-rakan semua kerana tidak dapat menghadirkan diri.Adakah itu alasan yang konkrit?

Tuesday, November 30, 2010

Cap piala ke cap pinggan dan keropok



Aku tanya pada simontel , keropok ikan segera tu sedap tak?



Sedap, kalau cap pinggan dan keropok, cap lain tak nak.Tak sempat basuh mulut budak ni.



Pilihan aku ni, tapi ratu kebaya suka cap piala.






Danial menangis pagi tadi, tak dapat makan keropok segera cap pinggan dan keropok tak?




Babab vontot ko nanti, baru tahu.




Dewi cili sedang memujuk Danial. Kesabaran dia ni, tahap gaban, kalau aku, dah jadi keropok si Danial ni.



Senyum tapir : Orang lain punya pasal, aku pulak yang jadi mangsa,terpaksa update cerpen kat sini.Dah bangkai tak tahu buat kerja.Aku sabar je ngan keranah dorang ni.

Monday, November 29, 2010

cek nuffnang

Maaflah kalau mengunakan tajuk , yang boleh mengundang amarah korang. Tajuk begitu saja, yang dapat menarik minat pembaca di luar sana, betul tak? Kalau aku tulis tajuk, cara buat air nescafe mesti lambat je orang nak masuk blog aku. Jadi aku mengunakan tajuk yang meletup-letup cam gunung berapi. Lain kali aku nak buat tajuk gempak-gempak, bagi korang terasa hangat hati ngan aku. Jangan marah, teknik-teknik nak up kan traffic yek?Jangan cuba-cuba nak sepak, itulah lain kali jangan nampak tajuk , baru nak terjah, kalau boleh terjah hari-hari, walaupun entry yang aku buat hanya satu ayat contohnya " aku tak de mood nak update". Pernah ke aku buat cam tu?kalau tak de mood, bukak blog pun aku tak kan buat entry.

Walaupun semua orang di luar sana, tahu cam mana nak buat air nescafe, tapi aku tetap nak bagi tips untuk dapatkan air nescafe yang paling tersedap di hati suami, anak, ibu, bapa dan kawan korang. Mari ambil pen dan kertas,sila salin tipsnya.


Susu pekat manis ngan nescafe.



Kacau sebati susu pekat manis ngan nescafe, lepas tu baru tuang air panas yang dah mendidih.



Silakan minum, wahai semua pembaca-pembaca.Apa yang korang nampak?kurang susu, bila tuang nampak cair.Tak payah rasa, samada manis atau tawar, masa kita tuang, dah boleh nampak.






Tengahari tadi minum nescafe panas, bersama maggi kari dibuat oleh ratu cili api kita.Air hidung dah lama tak keluar pun, boleh meleleh keluar. Walau bagaimana pun sayur mesti ada, my peberet forever.



Senyum tapir : cara masak air panas tau tak?kalau tak tahu, jangan segan-segan nak tanya plak.Malu bertanya sesat jalan.

Tuesday, November 16, 2010

Malu.... Akak spider Blogger Baru

Jom berkenalan .. Khas buat blogger baru ..

Tengok tak? kefofularan Bro Ben, Pengikut setianya dah 4,000+++, apa tunggu pergilah follow Bro Ben.



Jangan lupa plak, jengah selalu blog Bro Ben yang sumpah tak sombong .Akak kena singgah selalu, kecik-kecik, akak spider, suka tengok cerita Incredible Hulk.


Assalammualaikum semua... Akak spider nak sembang pasal Bro tergempar semalaya ni. Dah lah tergempar paling fofular pulak tu. Jangan ada yang bunuh diri pulak, kefofularan dia ni. Kalau nak bunuh diri gak, terjun dari atas pokok ru je, tak delah patah riuk sangat. Korang jangan terjun dari pokok petai plak.Bro encem semalaya, jangan marah ngan akak spider ye, masuk ni dah 2 kali, muka akak menempel join jelajah yang ko anjurkan .Biasalah nak lebih fofular dari bro.Inilah platform buat blogger hingusan cam akak nak fofular ngan lebih cepat.toing toing


Kepada Blogger -blogger yang tersayang kat luar sana ....................


WELCOME TO MY BLOG Hijau itu Indah dan Permai

Jemput2 la menetap kat Banglo mewah akak spider ni...........Jom lah geledah dalam banglo ni. Banyak yang best-best tau. Akak spider menjanjikan yang mewah-mewah buat pembaca-pembaca tersayang. Macam-macam ado. Buat sementara ni follower akak spider, dah mencecah 1,999, masuk Bro Ben kalau nak follow jadi 2,000lah. Akak spider tak nafikan Bro Ben banyak membantu, blog baru nak bercambah , cam blog akak spider ni nak menjalinkan persahabatan saentero dunia.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA


Senyum Tapir : Jangan lepaskan peluang follow akak spider cepat, kalau tidak rugi.Nak Maruku popo tak?



Friday, November 12, 2010

Pengintip




Bujal x, terima kasih kerana mengingatkan akak , bahawa tudung akak dewi tu sama ngan planet bumi. Jadi, makannya dia tak layak duduk di planet Mars. Dia kena kekal di Planet Bumi.Terima kasih sekali lagi Bujal x.explain, kenapa Bujal x?

Princess Koda atau Adia nama tu memang sesuai untuk orang-orang Planet Mars.Terima kasih kerana kau sudi temankan akak berpindah.Betul apa yang ko cakap, telinga akak dah tak boleh tahan dengar hingar bingar kat Planet Bumi ni. Tinggal tunggu telinga ni bernanah je.Adia Tak kan sebab ciput tu je , ko nak berpindah dari Planet Bumi. Akak ada banyak alasan tersendiri , di bawah ni akak senaraikan :


1) Planet Bumi dah busuk ngan sampah sarap yang merata-rata.
2) Planet Bumi dah tak boleh beza antara sungai dan parit
3)Planet Bumi dah banyak kota batu
4)Manusia kat planet Bumi , suka cakap tipu. Boss besar kata, bangsa melayu dah berpecah. Tapi aku rasa makhluk bumi berbangsa melayu tak berpecah, kecuali boss besar je.
5) Manusia jahat, buang pampers kat laut.Tahi baby dia busuk.
6) Planet Bumi, Manusianya , banyak yang malas bekerja, suka nak merompak dan meragut .

Penat , ada banyak lagi kalau nak disenaraikan.





Gambar dalam entry semalam

Bujal x memang jelas, tudung Saintis memang sama ngan warna Planet Bumi, makanya saintis kena kekal di Planet Bumi. Oleh kerana Bujal x penyiasat yang cemerlang sebuah rumah akan didirikan untuk Bujal x di Planet Mars.

Penyisatan telah dijalankan, rupanya saintis tu pengintip tegar Planet Bumi. Kurang ajar ko, sanggup bersengkongkol ngan Profesor Badang Dong untuk mengintip rahsia Planet Mars.Nasib baik Bujal x , nampak code rahsia tudung ko ngan Planet Bumi sama.ciss bedebah betul.



Senyum Tapir : Korang tahu tak rahsia ni ? satu jari telunjuk, menunjuk kat orang lain, 3 jari lain tu, menunjuk kat diri sendiri.



Thursday, November 11, 2010

Preparation ke Planet Mars



Mengikut kajian , saintis dan bapa mertua aku, katanya planet Mars boleh diduduki sama ngan bumi. Banyak kajian, yang masih giat dilakukan sebelum kita dapat berpindah ke sana. Aku dan kawan-kawan tengah mencari kediaman yang sesuai di sana.Rasanya Bumi ni terlalu sesak nak diduduki, sehingga aku cam sesak nafas.

Banyak Manusia yang jahat cam syaitan , telah memusnahkan alam semulajadi. Banjir sana sini juga disebabkan banyak pokok dihutan, yang dah ditumbangkan oleh manusia yang rakus mengejar wang ringgit semata-mata. Manusia yang jahat juga, suka buang sampah merata-rata.Suka buang pampers dalam laut.

Ikan di laut pun, dah menyampah ngan manusia durjana. Para nelayan semakin kurang hasil pendapatan, sebab ikan dah tak nak munculkan diri, merajuk kot. Air laut dan bumi, seakan pudar warna. Janganlah kerana nak membina kemajuan, sanggup nak mengorbankan alam semulajadi.

Cuaca di bumi , semakin tak menentu. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, Mars pun boleh mendapat cahaya matahari sama dengan bumi. Ayoh !!!, jangan lepaskan peluang , marilah kita sama-sama meneroka ke planet Mars.




Tengah berkomunikasi ngan alat kawalan jauh dengan professor badang dong

Para saintis sedang cuba, mengunakan dapur yang tidak mengunakan gas dan api. Dapur ni mengunakan kuasa solar .Percubaan pertama mengunakan makanan pepejal mee segera.




Yeahh yeahh mee segera dah siap. Planet Mars, masih kosong, mungkin pasaraya dan pasar masih belum ada. Jadi alternative nak mengisi perut, adalah makanan segera.



Para saintis masih mengkaji pasal mee segera .





Saintis tentang sotong , sedang memeriksa sotong yang dibawa dari rumah.Mabeles, besar nya sotong tu.



Senyum Tapir : Planet Mars, tunggu ye, perpindahan kami ke sana.

Thursday, November 4, 2010

Maju bersama Popo sejak 1975

[ADVERTORIAL]
[sticky post 30minit - scroll down for entry lama]



Ini iklan untuk maruku ikan popo cap budak merangkak. Iklan ni special sikit, bukan setakat pujian, kalau aku tak berkenan pasal produk ni, aku hentam sekali. Habis aku tengok kat blog dorang ada iklan, aku pun nak.Tak kisahlah iklan maruku ikan pun , janji ada. Masyukkk jugak.


Popo, maruku ikan ni memang peberet aku masa kecik-kecik dulu. Dulu masa aku sekolah rendah, mak bagi duit belanja 20 sen je, itu pun paling banyak.Jadi dengan 20 sen tu, aku belilah popo maruku ikan ni. Harga dulu, kalau tak silap aku 5 sen atau 10 sen. Thien Cheong Sdn Bhd sekarang, bukan setakat mengeluarkan maruku ikan je, macam-macam produk lagi. Cakap pasal popo ni ada 2 statement dia yang aku tak boleh belah :


Jika sesiapa melapor kepada syarikat kami tentang keluaran palsu yang tidak disahkan, akan mendapat wang sagu RM20,000.00, wang sagu akan dibahagi serata, jika melebihi seorang

LAGI

Mulai 1 November 1999 Daibochi Plastic and Packaging Ind Bhd ngan ICA Plastic Industries Sdn Bhd telah di beri kuasa sepenuhnya mencetak beg plastik ni. Syarikat lain yang tak diberi kuasa mencetak bag ini akan didakwa, jika didapati membuat begitu. Pemberi maklumat akan diberi wang sagu hati seperti di atas.



Dah kaya, lagi kena bahagikan serata ye, kalau yang mengadunya lebih dari seorang. Mana aci ni.Aku respcet , dari aku kecik , bungkusannya tetap sama. Korang tahu tak? satu fakta tentang popo maruku ikan ni, tak de syarikat lain yang buat maruku ikan yang sama cam ni.Jangan poyo, tak de orang nak tirulah keluaran ko. Mana ada produk kat luar sana yang rasa best nak letak cap baby merangkak. Selalunya keropok kat luar sana letak cap , udang, sotong, ayam , ikan parang dan macam benda lain, selain dari baby merangkak. Pasal tu lah dorang tak akan tiru. Kefetingfinggafalanfan zafamanfan . afapefe kefelasfas.oppss sorry popo.








Sila baca statement yang menyeramkan dibelakang bungkusan.



Kandungan yang tak boleh belah, dulu bungusannya gemuk ngan isi sekali.Sekarang ni bungkusannya gemuk ngan angin. Rasa memang asli, nama pun maruku ikan. Kalau aku 5 bungkus pun tak cukup. Sedap hingga menjilat 10 jari sekali.Aku bagi 10 bintang.




Maruku ikan ni dibuat dari ikan.Nampak tak gambar ikan 2 ekor ikan kat tepi tu?



Senyum tapir :

Kuiz popo : Jenis ikan apa yang digunakan untuk membuat maruku ikan ni?

A)Ketutu
B)Belacak
C)Tembakul
D) Keli
E)Senangin

Setiap jawapan yang tepat , pemenangnya akan diberi langganan percuma maruku ikan popo selama 2 hari berturut-turut.

Wednesday, October 27, 2010

Rancangan Noni di TV 1056



Wartawan ratu kebaya berhenti makan, sementara menunggu warga kerja rancangan Noni sedang membetulkan lighting di Hospital Manjoi. Sebentar lagi, Rancangan Noni akan bersiaran secara langsung dengan Doktor yang merawat pesakit usus nipis.



Salah seorang Doktor yang merawat pesakit usus nipis ditemuramah oleh wartawan rancangan noni, ratu kebaya dihospital manjoi. Mee segera yang dalam gambar tulah, menyebabkan usus pesakit itu nipis. Jadi kajian harus segera dijalankan keatas mee segera tu.



Salah seorang wartawan dari warga kerja Rancangan Noni, Cik Fura tengah merasa mee segera yang dibuat oleh pesakit usus nipis. Memang Cik Fura terkejut, sampai tercampak mangkuk plastik ditangan. Terkejut kerana tahap kepedasan yang melampau , macam raksasa keluarkan api mengfire ultraman.



Inilah bukti yang ditunjukkan oleh Cik Fura, sebelum mangkuk tercampak.Cili api lebih banyak dari mee segera.





Mee segera pedas kebabommmm sipesakit usus nipis. Bagi pengajaran penonton diluar sana , janganlah makan terlebih cili api, padah menanti.

Wartawan ratu kebaya dan fura melaporkan, untuk rancangan Noni.


_______________________________________________________________

Gerbang perkahwinan kali ini, berkisar dimajlis perkahwinan anak mamat dikampung ulu tembusu.



ibubapa mamat sehari sebelum, perkahwinan anak perempuannya berlangsung. Orang yang tak berkemampuan pun, mempunyai senyuman yang sama macam orang yang kaya kat luar sana.



sekitar majlis perkahwinan anak mamat.




budak kampung ulu tembusu berkeliaran di sekitar majlis perkahwinan (cam ku kenal je, anak siapalah ni)




Sekitar majlis tepung tawar dihari perkahwinan mamat.
(gambar sekadar imiganasi)



Dibawah khemah pengantin, penanggah sedang sibuk melayan tetamu.



Noni bersiaran setakat ini sahaja. Jumpa dilain waktu dan dihari yang sama. Ingatlah, Berbahagialah dengan apa yang ada didepan mata, dan sentiasa mengsyukuri apa yang dikurniakan.



Senyum tapir : Bukan salah Pengacara, tukarlah format rancangan tu. Nona kena ikut cam rancangan Noni, mesti meletup. Janganlah asyik cerita kisah orang kaya je.Cerita orang kaya memualkan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina