Thursday, March 8, 2012

Air kotak nescafe terbaek

Semalam aku ada cite yang kat tempat keja aku ni dilarang membawa makanan dan minuman dari luar, semua pekerja kena makan kat kantin yang pihak syarikat dah sediakan atau makan kat luar dari kawasan tempat kerja. Sabau jelah ,

Banyak -banyak komen aku tertarik dengan komen saffiyah Aleesya seperti di bawah : -

ermm leceh gak kan sampai tak boleh bawak makanan n minuman ni..tapi kan kadang2 undang2 bengong camtu baru2 jer panas pastu ermm segala jenis makanan leh angkut masuk hehehe

komen dari saffiyah ni ada gak kebenarannya, kat mana-mana pun undang -undang bengong camtu masa baru-baru je panas, kita tengok je nanti lagi dua atau tiga bulan.


minum cara cam ni terasa cam curi-curi minum dalam bulan puasa plak.

Akibat dari larangan tu aku terpaksa minum air nescafe dalam kotak(baik punya cilok) minum sambil berbual kosong ngan ratu kebaya. sila jangan percaya, tak de maknanya ratu kebaya nak sembang ngan aku, nampak tak dia tengah tekun bekerja.

Hari ni lunch ngan kawan-kawan kat luar. Oh tuhan sampai bilakah aku harus makan kat luar, tak sukanya..................

Sebenarnya aku tak berapa suka minum cendol, lepas minum mesti kepala aku pening pening lalat, entah cam mana tadi aku boleh plak order cendol. Bila fikiran ngan perbuatan aku tak seiring mulalah aku menyampah ngan diri sendiri. Pernah tak fikiran korang ngan perbuatan tak seiring?kui kui kui

Alhamdulillah, aku tak cerewet pasal makan, cuma  kalau boleh aku tak nak terserempak ngan mix vege dalam apa saje makanan, . boleh gitu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina