Showing posts with label saje suka sembang. Show all posts
Showing posts with label saje suka sembang. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

skema-suka tak?


 Salam kengkawan

Hye hari ini saya buat sarapan roti telur bermayonis ngan bercili sos. Anak-anak saya suka makan roti telur ni.Jenama roti ni saya  tak boleh bagitau nanti ada pembaca blog ni marah plak .


  Ini untuk family saya dirumah
  
Hari ni saya bawa bekal roti telur  bermayonis ngan bercili sos

Skema tak? , aku  rasa mesti ramai yang suka  gaya penulisan cam ni  . Dulu ye aku percaya yang blog adalah medium untuk aku meluahkan perasaan , selepas hampir  4  tahun berblog   sedikit demi sedikit aku dapat rasa yang blog bukan lagi medium yang sesuai untuk meluahkan perasaan atau bercerita  sebarangan .  Macam manalah aku nak meluahkan perasaan dalam blog ni, sedangkan  aku sebut  jenama roti yang aku  guna je , dah ada pengomen yang tak senang hati , identiti pengomen tu rasanya tak penting aku nak  bagi tahu pun, buang masa. Siapa  pembaca setia blog ni mesti tahu yang aku  guna pelbagai jenis roti yang suci lagi halal,  waima roti benggali pun aku guna gak. Pada  pengomen semua  ,korang boleh tinggalkan apa saje  komen tapi kalau boleh biarlah komen korang  tu tak menjatuhkan air muka orang lain. Kadang-kadang tu aku sedikit  kecewa, nama je    blog  sendiri tapi  apa saje  yang aku nak cerita kat sini  kena aku tapis dulu sebelum aku publish, aku rasa dah macam menumpang blog orang lain plak : (

Sudah banyak kali aku pesan kalau nak berblog biarlah ikhlas janganlah tinggalkan komen kat blog orang  semata -mata nak orang  tinggalkan komen kat blog kita. Aku mengakulah aku tak de masa nak buat blogwalking setiap hari, tapi bila ada kelapangan masa aku pasti  buat  kunjungan balas ke blog kengkawan. Siapa yang dah lama jadi  pembaca dan pengomen setia blog ni dah dapat agak  masa bila aku berblogwalking. Kalau korang nak tahu  siapa pembaca setia blog ni  , sila lihat senarai pengomen tegar kat belah kanan blog ni. Terima kasih kepada  semua pembaca blog  ni.

Aku  berblog ni  saje  buang masa dan  happy kenal ngan rakan maya, itu je. Jangan ambik serius sangat ngan apa yang aku cerita kat sini, tak enaklah.

Sekian saje untuk hari ni, anggaplah saja cerita aku  hari  ini  sekadar  melegakan hati yang lara.

Friday, April 13, 2012

komen dan pengomen





klik untuk tumbesaran.

Tak tahu nak cakap apa dah, sepanjang aku duk baca komen dorang ni  pasal rita rudaini ngan suami dia  kat Beautiful nara aku bantai gelak je. Hobi aku memang suka baca komen orang, komen yang kelakar aku gelak, komen yang mengutuk tu mulalah aku angkat kening arghhh ye ke . Tengok nama pengomen je aku dah gelak, ada ke nama pengomen panjang cam ni KALAUPUN KO NAK BAHAN AYU RHAUDAH NGAN ZAKUAN KO TAK PAYAH LA CAPSLOCK ANNOYING SIAK

Pasal rumah tangga orang lain ni aku tak moh masuk campur tapi aku saje nak berpesan dari pengalaman aku  yang sedikit ni ; Orang baling tahi kita baling bunga , ni perbuatan yang baik , mengeratkan silaturahhim, teruskanlah buat baik, suatu hari nanti InsyaAllah orang yang baling tahi tu akan sedar, dia akan baling berjambak-jambak bunga plak : )aku bercakap dari pengalaman sendiri. Baik buruk keluarga sendiri tak payahlah nak bagitau orang lain, perbuatan tu ibarat percik air dalam dulang terpercik muka sendiri, alangkah lebih baiknya  kita mengadu susah senang kita kat Allah SWT . Sudah menjadi tanggungjawab isteri menjaga maruah suami dan sebaliknya, tak payah lah nak aku huraikan ngan lebih lanjut lagi mengenai  "menjaga maruah suami",  sebab aku percaya kebanyakan isteri-isteri  kat luar sana  pandai bab -bab menjaga maruah suami ni, nak cite lebihkan ada plak cop aku *ustajahlah sangat* larikkkkkkkk


huk huk huk apa cite , semenjak dua menjak ni aku peratikan banyak komen aku kat beberapa blog hilang. okey aku dah merajuk nak mengomen. Cian punyalah panjang aku komen cite milo , bila tengok balik komen tu dah tak delah plak .

Komen korang kat blog orang lain ada yang hilang tak ?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina