Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts
Monday, November 26, 2012
Save blog name ; ku simpan blog ni disudut hati yang paling dalam
Entahlah aku pun tak tahu nak cakap apa lagi. Bila aku fikirkan balik rasa tak berbaloi segala penat lelah dan pergorbanan aku untuk blog ni .Aku terasa separuh dari jiwa aku hilang sekiranya dalam sehari aku tak dapat meninjau dan mengupdate blog kesayangan aku ni.Tapi semalam bila aku dapat tahu yang aku tak boleh lagi mengupload gambar ke dalam post hanya semata-mata pasal storage pictures blog aku dah lebih limit tetiba je aku rasa macam nak kuburkan minat aku dalam dunia blogging.Aku berblog sebab minat , tapi bila dah jadi macam ni siapa yang tak kecewa.Bila fikir beratus kali balik memanglah macam nak kukuburkan saje blog ni tapi bila aku cuba berfikir sebagai blogger yang ada potensi untuk memiliki hasil pendapatan RM20,000 sebulan dengan berblog #of courselah dasar mata duitan# otomatik dalam masa 24 jam aku bina lagi blog baru.
Selamat datang ke blog baru aku , sila save link baru blog cik ina do do cheng dalam blog list kengkawan, tak save korang rugi.*serius ni*
Pesanan khidmat masyarakat ; Jangan rajin sangat nak berlegar-legar kat blog baru aku , apa benda pun tak de lagi kat situ.Bagi aku sedikit masa nanti bila ada masa aku update ye.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .
Tuesday, September 4, 2012
Usyair Darwisy ; aku nak melahirkan anak berkali-kali???
Sebagai seorang ibu aku tertarik melihat wajah-wajah bayi yang baru dilahirkan.Melihat sahaja wajah bayi yang comel-comel , hati aku mudah tesentuh, sedih masih ada segelintir manusia yang sanggup mendera bayi secomel ni.Kalau wa berfikir cara ganster dah lama wa sepak kepala manusia yang suka mendera itu serupa wa sepak tin kosong.wa tersangatlah marah dengan perbuatan-perbuatan kejam dan tidak berperikemanusian itu.sangat melampau..............
Kurma daging tanda sidia mencintai aku sepenuh hati .ha ha ha
Bukan senang nak merasa makanan yang lazat-lazat macam ni semasa melawat ibu yang masih dalam tempoh berpantang. Bertuahlah badan mempunyai akak yang ringan tulang seperti akak ratu kebaya. Ku sangkakan senyuman kak limah sampai ke petang rupa-rupanya hujan di tengahari. Bertabahlah wahai kak limah moga esok masih ada mentari.
Dari mata turun ke hati."Adakah akak ini masih ujud bila usia aku meningkat dewasa,? "kata Usyair Darwisy dalam hati.
Wa cau cin cau,wa nak temankan kawan wa buat kunci, wa tak bawa kak limah wa hold dulu permohonan kak limah untuk berjalan-jalan menyedut udara segar bersama wa sehingga ke satu tarikh yang belum diketahui.Wa bukan apa wa takut wa jadi ganster bila kak limah dianiaya, wa dah lah muka buruk buruk, perangai tak senonoh ,gaji rendah.

Di catat oleh
Cik Ina Do Do Cheng
Labels:
blogger,
Kisah kawan,
Ratu kebaya,
sembang-sembang,
Usyair Darwisy
Wednesday, July 4, 2012
Aku kehilangan sekali lagi....................
Lieyna kau akan terus kekal dalam ingatan akak buat selama-lamanya.
Dari pagi tadi aku mengumpul kekuatan dalam diriku . Entahlah aku tak tahu nak mulakan macam mana , sejujurrnya aku masih terpempam dengan berita kematian lieyna . Siapa sangka catatan terakhir olehnya di sini aku ada memberi komen berbentuk nasihat, entah dia sempat baca entah tidak Allah SWT saje yang maha mengetahui.
Arwah adalah antara blogger yang rajin mengomen kat blog aku . Entah kenapa aku rasa terlalu rapat ngan arwah biarpun kita berdua tak pernah bertemu pada alam realiti . Aku pernah merancang nak berjumpa ngan arwah tapi hakikatnya manusia hanya mampu merancang yang menentukan Allah SWT .Allah SWT lebih sayangkan arwah. Catatan dia Kuala Lumpur aku ada menyatakan hasrat untuk bertemu dengan dia .
Cukuplah sampai sini je, aku dah tak mampu nak teruskan semakin aku kenang semakin sebak dada.Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman .Amin
Semoga keluarga arwah tabah menghadapi dugaan mendatang.
Di catat oleh
Cik Ina Do Do Cheng
Labels:
Aku,
blogger,
sahabat maya,
salam takziah,
sembang -sembang
Monday, June 25, 2012
penyakit paling merbahaya yang semua orang tahu
Salam kengkawan ku semua....
Penyakit apa lagi yang merbahaya kalau bukan penyakit "MALAS". Minggu ni minggu malas aku, malas nak update, malas nak lipat baju waima segala-segalanya malas., sampaikan nak buka email pun malas. Baru malam tadi makcik sempat bukak email, penuhnya email dalam inbox .Terima kasihlah pada yang sudi hantar email kat makcik antara pengirim email yang sempat makcik cari link blog dia Lydia, Lynn, Irfa, Saffiya Aleesya, makcik sayang korang ketat-ketat , sayang macam anak makcik sendiri. opss lupa nak bagitau bila dah malas mengusai diri nanti korang akan jumpa seorang perempuan memakai tudung coklat , berbaju merah dan berseluar hijau.la la la
Ni baru mukadimah nanti mak update lagi ye anak-anakku sekalian.Makcik tak delah cerita yang menarik nak bagi tau korang makcik bukan retis popular tapi makcik nak gak cerita pasal pasar malam dan hasil tangkapan yang suami makcik bawak balik malam tadi. anak-anak tak kisahkan.la la la
saper yang rindu ngan makcik sila angkat tangan .......... saya windu makcik.... ...
Pasar malam Jumaat kat area kawasan rumah makcik

Bahawa saya Mohammad Firdaus berjnji akan.......-dah macam nak menyanyi lagu Negaraku plak aku nengok siFirdaus ni.
Firdaus dan akak yuyi yang dah macam asoh jual sayur
Satay yang paling sedap yang pernah aku rasa tapi tak bolehlah lawan lagi satay yang aku buat sendiri.*matik pujik diri sendiri*
Juadah tunjuk-tunjuk secara rawak
Hasil tangkapan yang suami makcik bawak balik malam tadi
Abaikan Muka yang tak de perasaan tu
control ketakutan
Sekadar luahan hati
Sekian dulu perkembangan Neelofa buat masa ni nanti neelofa update lagi ye cite terkini. Jangan lupa sayang neelofa ketat-ketat.
Mimpi malam tadi buat aku rasa bahgia je, cer teka aku mimpi apa malam tadi? tak payah tekalah meh aku bagitau, aku mimpi tengking bos aku, tak dapat tengking dialam realiti kat dalam mimpi pun jadilah ye dak.
Di catat oleh
Cik Ina Do Do Cheng
Labels:
Aku,
blogger,
Kisah Anak,
pasar malam Kampung Delek,
penyakit,
sembang sembang
Thursday, June 21, 2012
Iklan yang tak berbayar -sukarela tanpa paksaan
beb..gua usaha cari FB lu...gua hati tala sinang ooo..lu punya Beloq tala buleh komen lagik....dtg baca saje mcm tak stimmm maaaaa.......
Terima kasihlah Aini sebab sudi cari aku hingga ke pelusuk Facebook. Bila dah sedikit aktif facebook ni baru aku kenal nama sorang-sorang. Selama ni aku tak kenal sebab ada yang kat blog dan facebook guna nama yang berlainan .
Facebook dah setel macam mana plak ngan pop corn jagung berperisa durian ni sama tak dengan pop corn yang dijual di pasar malam. Soalan ada sedikit bangang disitu.
Muka sebelum aku arahkan memberi senyuman.rela dalam paksa
Aku telah memeningkan kepala sendiri dengan berfikir sampai separuh mati pasal pop corn jagung perisa durian dimana pembalut bungkusannya ada gambar 3 tongkol jagung dan sebiji durian tapi apa yang buat aku konpius dimanakah kepentingan jagung disitu *mahu hanggin satu badan nak menjawab soalan bangkai macam ni.
senyum rela dalam paksa. ha ha ha ha
Cite lebih pun tak guna pop corn opss aku panggil keropok jagung berperisa durian ni pilihan aku dari dulu kini dan selama-lamanya
Sekadar luhan hati
Aku perhatikan rancangan Semanis Kurma dah semakin glam plak.la la la la
Selamat malam semua mimpi yang indah-indah ye.
Di catat oleh
Cik Ina Do Do Cheng
Labels:
blogger,
Kisah Anak,
Kisah kawan,
popcorn,
sembang -sembang
Wednesday, June 20, 2012
Juicynya oblong kambing sejuicy hati ku la la la la
Salam kengkawan ..........jom makan oblong kambing kat alam maya
Juadah makan malam kitaorang ; dua ketui oblong kambing. sedap tak terkata
bukti yang oblong kambing ni juicy.la la la la
Mantopkan oblong kambing ni , aku beli kat sini
3 orang makan kenalah bahagi-bahagikan sama rata #tipsjimatcermatlahsangat
Sekadar luahan hati
Dula aku paling tak suka orang guna perkataan "kalaulah" entah kenapa aku rasa perkataan tu macam tidak memberi apa-apa makna . Hari ni aku nak minta izin pada semua nak guna perkataaan "kalaulah" untuk melengkapkan ayat yang menunjukkan kegembiraan aku "kalaulah aku tahu dengan menutup kotak komen lebih ramai pengunjung akan mengunjungi blog aku sepatutnya dari awal lagi aku dah tutup"
Aku ingat nak cite pasal sorang blogger ni , cite ni dah terlalu lama aku pendam macam pendam sebuah duka nyanyian khatijah Ibrahim tengah syok nak cite ni tiba-tiba je "yang dah masak ke belum, dah pukul berapa ni? sekejap lagi Firdaus balik dari sekolah." kacau betullah suami aku ni dia macam tahu tahu je aku nak mengumpat nanti kita sambung lagi ye............
Di catat oleh
Cik Ina Do Do Cheng
Labels:
blogger,
Juadah makan malam,
oblong kambing,
sembang-sembang
Thursday, May 3, 2012
skema-suka tak?
Salam kengkawan
Hye hari ini saya buat sarapan roti telur bermayonis ngan bercili sos. Anak-anak saya suka makan roti telur ni.Jenama roti ni saya tak boleh bagitau nanti ada pembaca blog ni marah plak .
Ini untuk family saya dirumah
Hari ni saya bawa bekal roti telur bermayonis ngan bercili sos
Skema tak? , aku rasa mesti ramai yang suka gaya penulisan cam ni . Dulu ye aku percaya yang blog adalah medium untuk aku meluahkan perasaan , selepas hampir 4 tahun berblog sedikit demi sedikit aku dapat rasa yang blog bukan lagi medium yang sesuai untuk meluahkan perasaan atau bercerita sebarangan . Macam manalah aku nak meluahkan perasaan dalam blog ni, sedangkan aku sebut jenama roti yang aku guna je , dah ada pengomen yang tak senang hati , identiti pengomen tu rasanya tak penting aku nak bagi tahu pun, buang masa. Siapa pembaca setia blog ni mesti tahu yang aku guna pelbagai jenis roti yang suci lagi halal, waima roti benggali pun aku guna gak. Pada pengomen semua ,korang boleh tinggalkan apa saje komen tapi kalau boleh biarlah komen korang tu tak menjatuhkan air muka orang lain. Kadang-kadang tu aku sedikit kecewa, nama je blog sendiri tapi apa saje yang aku nak cerita kat sini kena aku tapis dulu sebelum aku publish, aku rasa dah macam menumpang blog orang lain plak : (
Sudah banyak kali aku pesan kalau nak berblog biarlah ikhlas janganlah tinggalkan komen kat blog orang semata -mata nak orang tinggalkan komen kat blog kita. Aku mengakulah aku tak de masa nak buat blogwalking setiap hari, tapi bila ada kelapangan masa aku pasti buat kunjungan balas ke blog kengkawan. Siapa yang dah lama jadi pembaca dan pengomen setia blog ni dah dapat agak masa bila aku berblogwalking. Kalau korang nak tahu siapa pembaca setia blog ni , sila lihat senarai pengomen tegar kat belah kanan blog ni. Terima kasih kepada semua pembaca blog ni.
Aku berblog ni saje buang masa dan happy kenal ngan rakan maya, itu je. Jangan ambik serius sangat ngan apa yang aku cerita kat sini, tak enaklah.
Sekian saje untuk hari ni, anggaplah saja cerita aku hari ini sekadar melegakan hati yang lara.
Di catat oleh
Cik Ina Do Do Cheng
Labels:
Aku,
benggang,
blogger,
roti massimo germa gandum,
saje suka sembang
Friday, April 13, 2012
komen dan pengomen
Tak tahu nak cakap apa dah, sepanjang aku duk baca komen dorang ni pasal rita rudaini ngan suami dia kat Beautiful nara aku bantai gelak je. Hobi aku memang suka baca komen orang, komen yang kelakar aku gelak, komen yang mengutuk tu mulalah aku angkat kening arghhh ye ke . Tengok nama pengomen je aku dah gelak, ada ke nama pengomen panjang cam ni KALAUPUN KO NAK BAHAN AYU RHAUDAH NGAN ZAKUAN KO TAK PAYAH LA CAPSLOCK ANNOYING SIAK
Pasal rumah tangga orang lain ni aku tak moh masuk campur tapi aku saje nak berpesan dari pengalaman aku yang sedikit ni ; Orang baling tahi kita baling bunga , ni perbuatan yang baik , mengeratkan silaturahhim, teruskanlah buat baik, suatu hari nanti InsyaAllah orang yang baling tahi tu akan sedar, dia akan baling berjambak-jambak bunga plak : )aku bercakap dari pengalaman sendiri. Baik buruk keluarga sendiri tak payahlah nak bagitau orang lain, perbuatan tu ibarat percik air dalam dulang terpercik muka sendiri, alangkah lebih baiknya kita mengadu susah senang kita kat Allah SWT . Sudah menjadi tanggungjawab isteri menjaga maruah suami dan sebaliknya, tak payah lah nak aku huraikan ngan lebih lanjut lagi mengenai "menjaga maruah suami", sebab aku percaya kebanyakan isteri-isteri kat luar sana pandai bab -bab menjaga maruah suami ni, nak cite lebihkan ada plak cop aku *ustajahlah sangat* larikkkkkkkk
huk huk huk apa cite , semenjak dua menjak ni aku peratikan banyak komen aku kat beberapa blog hilang. okey aku dah merajuk nak mengomen. Cian punyalah panjang aku komen cite milo , bila tengok balik komen tu dah tak delah plak .
Komen korang kat blog orang lain ada yang hilang tak ?
Di catat oleh
Cik Ina Do Do Cheng
Labels:
beautiful nara,
blogger,
komen,
pengomen,
saje suka sembang,
sembang sembang
Friday, January 13, 2012
Menu simple , berkhasiat, untuk bekal anak-anak ke sekolah, : )
Salam hari Jumaat penghulu segala hari..............

Firdaus ngan Faiz dijaga oleh pengasuh yang sama dari umur dorang 5 bulan. Masa Faiz 3 tahun , mak dia tukar pengasuh lain, semenjak tu dorang berpisah , jumpa semula la pada hari orientasi tahun 1. Tak sangka dorang bersekolah yang sama, duduk kelas yang sama 1 cekap(amboi kemain , zaman aku main nama bunga cempaka, melur , tanjung ngan ros), beg ngan botol air pun kebetulan sama, memang sehati sejiwa : )
Sekarang ni Firdaus dah start bawak bekal nasi ke sekolah , aku masak yang simple je ,
setiap hari menu bertukar mengelakkan dia jemu.
Bekal Firduas semalam nasi goreng cina, katanya dia tak boleh habis banyak sangat, bila aku check dia punya tak boleh habis tu, adalah tak sampai satu sudu besar, nak gelak aku ngan budak ni.

Bekal Firdaus pagi tadi, isi ayam goreng halia ngan nasi putih, isi ayam atau ikan goreng halia memang peberet dia forever.

Air sudah semestinya air suam, tak de maknanya air manis -manis ni.
Resepi simple untuk bekal anak ke sekolah kemudian aku tepek ye, bagi aku sikit ruang untuk bernafas dan melepaskan penat lelah. Buat masa sekarang ni susah sikit aku nak update cam biasa, masa sentiasa mencemburui, bila kita sedang berbahagia, ye dak? itu kata suami aku. Bila aku pikirkan balik ada gak kebenaranya kata-kata dia tu, macam hari tu punya lama nak menunggu suatu malam kubur berasap tu habis, 2 jam rasa 10 jam, sebab cite tak sedapkan, bila cite tak sedap, kita tak bahagia, makanya masa tu rasa cam lama je. larikkkkkkkkkkk
Akhir sekali sebelum mengundur diri, aku nak pesan untuk diri sendiri dan kawan -kawan alam maya , hormatilah hak privasi orang lain , sebagaimana kita mahu orang lain menghormati hak privasi kita : ).ooo lupa plak, mulai sekarang ni aku dah malas nak layan email isu roti massimo tu, terpulang la pada hak masing -masing, , aku tetap sokong roti massimo sebab pengeluarnya subsidiary company tempat keja aku , jadi aku lebih tahu cite yang sebenar. Susahlah ngan orang yang percaya ngan email palsu ni, berlambak je aku dapat email yg tak de kena mengena ngan hidup aku, aku delete cam tu je, tak kuasa nak baca apatah lagi nak sebarkan : (
Tuan blog sediakan pemanis mulut untuk tetamu-tetamu yang tak jemu berkunjung ke sini biarpun blog ni agak lama sepi, salute ngan tetamu tu .First time makan pemanis mulut masyarakat India ni, boleh tahan gak manisnya : ). Pemanis mulut ni suami aku beli masa kita orang makan roti canai semalam sebab aku gatal bagitau dia teringin rasa pemanis mulut tu, hakikatnya aku bukan pengemar kuih yang manis-manis ni, pedas tak pe .
Semoga hidup kita semua diberkati Allah SWT . Dah masuk 4 hari blog ni tak berupdate , semenjak Firdaus sekolah, aku sibuk sikit , jadual padat. Malam tadi curik- curik masa pegi blog kawan-kawan. Baca blog Puan Azlita ngan Mat Gebu, aku simpati sangat ngan dorang, ada sorang blogger telah mencilok gambar dan resepi dari blog dorang, yang menyedihkannya blogger tak beretika tu buang watermark kat gambar tu, kemudian mengaku hak dia . Aku tak moh buh link pencilok tu, kalau nak link, cari sendiri ye : (,dalam masa yang sama jugak izan terkena ngan isu tutorial shawl dia tak melepasi paras dada,kah kah kah tudung bawal tutuplah dada sangat , ye ke. kah kah kah. Susahlah sekarang ni, ramai sangat manusia yang ingat dia jelah yang baik, betul dan segala-galanya sempurna. go go chaiyok ye.
Aku baca pun sakit hati , apatah lagi tuan punya blog. Aku pernah rasa cam mana dorang rasa sekarang ni, dolu -dolu ada gak blogger curi gambar masakan aku tepek kat blog dorang kemudian mengaku dorang punya. Tak malu ke mengaku hasil keja orang lain sebagai hasil keja sendiri. Aku tak tergamak nak baca blog pencilok tu, malu pun ada, sedih pun ada sebabnya blog aku ada gak selit cite masak-masak jadi aku tahulah cam mana susahnya tepek cite masak ni, lagilah nak menghasilkan blog masakan yang sepenuhnya cam puan Azlita, bak kata Azlita, ingat senang ke nak pegang kamera sambil masak .
Semoga puan Azlita ngan mat gebu tabah, jom layan cite Firdaus kat sekolah plak............... .
Semoga hidup kita semua diberkati Allah SWT . Dah masuk 4 hari blog ni tak berupdate , semenjak Firdaus sekolah, aku sibuk sikit , jadual padat. Malam tadi curik- curik masa pegi blog kawan-kawan. Baca blog Puan Azlita ngan Mat Gebu, aku simpati sangat ngan dorang, ada sorang blogger telah mencilok gambar dan resepi dari blog dorang, yang menyedihkannya blogger tak beretika tu buang watermark kat gambar tu, kemudian mengaku hak dia . Aku tak moh buh link pencilok tu, kalau nak link, cari sendiri ye : (,dalam masa yang sama jugak izan terkena ngan isu tutorial shawl dia tak melepasi paras dada,kah kah kah tudung bawal tutuplah dada sangat , ye ke. kah kah kah. Susahlah sekarang ni, ramai sangat manusia yang ingat dia jelah yang baik, betul dan segala-galanya sempurna. go go chaiyok ye.
Aku baca pun sakit hati , apatah lagi tuan punya blog. Aku pernah rasa cam mana dorang rasa sekarang ni, dolu -dolu ada gak blogger curi gambar masakan aku tepek kat blog dorang kemudian mengaku dorang punya. Tak malu ke mengaku hasil keja orang lain sebagai hasil keja sendiri. Aku tak tergamak nak baca blog pencilok tu, malu pun ada, sedih pun ada sebabnya blog aku ada gak selit cite masak-masak jadi aku tahulah cam mana susahnya tepek cite masak ni, lagilah nak menghasilkan blog masakan yang sepenuhnya cam puan Azlita, bak kata Azlita, ingat senang ke nak pegang kamera sambil masak .
Semoga puan Azlita ngan mat gebu tabah, jom layan cite Firdaus kat sekolah plak............... .
Firdaus ngan Faiz dijaga oleh pengasuh yang sama dari umur dorang 5 bulan. Masa Faiz 3 tahun , mak dia tukar pengasuh lain, semenjak tu dorang berpisah , jumpa semula la pada hari orientasi tahun 1. Tak sangka dorang bersekolah yang sama, duduk kelas yang sama 1 cekap(amboi kemain , zaman aku main nama bunga cempaka, melur , tanjung ngan ros), beg ngan botol air pun kebetulan sama, memang sehati sejiwa : )
Sekarang ni Firdaus dah start bawak bekal nasi ke sekolah , aku masak yang simple je ,
setiap hari menu bertukar mengelakkan dia jemu.
Bekal Firdaus pagi tadi, isi ayam goreng halia ngan nasi putih, isi ayam atau ikan goreng halia memang peberet dia forever.
Air sudah semestinya air suam, tak de maknanya air manis -manis ni.
Resepi simple untuk bekal anak ke sekolah kemudian aku tepek ye, bagi aku sikit ruang untuk bernafas dan melepaskan penat lelah. Buat masa sekarang ni susah sikit aku nak update cam biasa, masa sentiasa mencemburui, bila kita sedang berbahagia, ye dak? itu kata suami aku. Bila aku pikirkan balik ada gak kebenaranya kata-kata dia tu, macam hari tu punya lama nak menunggu suatu malam kubur berasap tu habis, 2 jam rasa 10 jam, sebab cite tak sedapkan, bila cite tak sedap, kita tak bahagia, makanya masa tu rasa cam lama je. larikkkkkkkkkkk
Akhir sekali sebelum mengundur diri, aku nak pesan untuk diri sendiri dan kawan -kawan alam maya , hormatilah hak privasi orang lain , sebagaimana kita mahu orang lain menghormati hak privasi kita : ).ooo lupa plak, mulai sekarang ni aku dah malas nak layan email isu roti massimo tu, terpulang la pada hak masing -masing, , aku tetap sokong roti massimo sebab pengeluarnya subsidiary company tempat keja aku , jadi aku lebih tahu cite yang sebenar. Susahlah ngan orang yang percaya ngan email palsu ni, berlambak je aku dapat email yg tak de kena mengena ngan hidup aku, aku delete cam tu je, tak kuasa nak baca apatah lagi nak sebarkan : (
Di catat oleh
Cik Ina Do Do Cheng
Labels:
blogger,
kawan Firdaus,
Kisah Anak,
menu berkhasiat untuk budak sekolah,
nasi goreng cina,
resepi dan juadah,
sekolah Firdaus
Wednesday, December 21, 2011
mengeluh, mengadu, meluahkan perasaan, tak bersyukur ke? episod tangan lemah
sambungan episod pagi tadi , tangan ku lemah, malam tadi basuh 2 baldi kain baju guna tangan sebab washing machine dah barai .Mulai sekarang aku kenalah memberus kain baju guna tangan macam dalam iklan sabun tu "memberus dengan begitu teruk sekali?, sambil kesat peluh didahi.hua hua hua. Aku cuma meluahkan perasaan, bukan mengeluh, jauh sekali tak bersyukur? biasalah setakat berus kain baju dua baldi tu, apa ada hal, tak kan dolu-dolu boleh, sekarang tak boleh, lagilah masa dolu berus kain baju dua tiga besen besau .

korang ada ?, aku ada. Masa dolu-dolu , tempat cuci kain ni aku guna kayu, tapi kayu biasalah cepat reput bila selalu duk berendam dalam air.

Rendam dulu ngan sabun, malam nanti masa nak mandi berus sekali. Pandai lah ye kalau dah tak de washing machine, setiap kali mandi ,basuh baju sekali, jadi tak de lah terasa sangat penat . Bagus jugak basuh kain baju guna tangan, selain dari boleh kurus,boleh pecahkan lemak bawah lengan , bilik air korang pun akan bersinar sentiasa , motip nak sedapkan hati sendiri : ) kah kah kah
Nak meluahkan perasaan boleh?, bukan ngadu tau, ada satu pengomen wanita mengomen , katanya aku dah lama tak jengah blog dia . Aku sentap baca komen dia, sebabnya aku hari-hari baca blog dia, cuma aku tak mengomen je. Semenjak tu aku dah malas nak baca blog dia, rasa benggang pun ada, dia ingat kita ni banyak sangat ke masa nak mengomen, syukurlah je lah , kalau ada orang yang sudi baca blog kita tanpa mengomen, ye dak.
Kenalah ingat tak semua orang punya banyak masa, contohnya aku, tak de banyak masa pun sebenarnya, aku cuba curi-curi masa pegi blog kawan-kawan time keja ngan tengah malam bila dah selesai buat keja rumah. Nasib tak baik aku tak dapat jenguk setengah blog kawan yang URLnya kena blocked kat ofis , macam blog Fara, pok amai-amai, daddy ziyyad, Dee, CT Noralzah Arls dan beberapa blog lagi.
Janganlah kerana orang tak mengomen kat blog kita,kita nak geram semacam, ye dak? Pada aku komen tu tak lah berapa penting sangat , kalau tak sempat nak mengomen, datang baca atau jengah blog kita pun dah kira okey, itu pendapat aku. Lain orang lain dia punya ragam, ada yang tak kisah pun sama ada kita baca cerita dia atau tidak, yang dia nak, janji kita komen.
Aku tak suka pulak cara cam tu, nak komen blog aku, kena baca dan faham dulu,bukan sekadar mengomen, nak harap aku datang mengomen balik, bak kata Arianna you must read the whole story to understand me, rasa tak sabar nak tahu kesudahan cinta arianna ngan kevin, blog dia dah lama aku ikuti dan baca, ada gak tinggalkan komen sesekali, aku tak tahu pun samada dia pernah datang ke blog aku atau idak, pada aku tak de hal semua tu, apa yang penting kita buat sesuatu kerana minat , bukan mengharap sesuatu , bukan terpaksa atau dipaksa , barulah hidup kita bermakna : )
bye bye bye

Subscribe to:
Posts (Atom)
Jangan ikut sangat
makan-makan
- Bubba Gump The Curve
- The Blossom Chinese Restaurant Swiss Garden Hotel Resorts & SPA
- The Garden Terrace-Swiss Garden Hotel Resorts & SPA
- Restoran Port Village-Bagan Hailam Port Klang
- Restoran Port Village -Bagan Hailam Port Klang
- Restoran terapung-HM sri bagan -Bagan Lalang
- Bagan lalang-art caterer
- Restoran Windmill-Jaya Jusco bukit Tinggi
- Restoran David Brown-Bukit Bendera
- Secret Recipe
- Restoran Port Village-Bagan Hailam Port Klang
- Burger king-Bukit Tinggi
- Boston-Jaya Jusco Bukit Tinggi
- Best Seafood-Star Cruise West Port
- TGI Friday--Garden Mall
- TGI Friday -Subang Parade
jalan -jalan
- Swiss Garden Resorts & SPA Kuantan
- Dewi Sri Spa Alam Sentral
- Amoaras Relaxing Spa
- Samsara Spa Swiss Garden Resorts &SPA Kuantan
- Swiss Garden Resorts & SPA Kuantan
- Banting-Perkampungan orang asli Tanjung Sepat
- Melaka Bandaraya bersejarah
- Banting-Perkampungan orang asli-Tanjung Sepat
- Banting-Perkampungan orang asli-Tanjung Sepat
- Genting Highland
- Penang-Penang Butterfly Farm, Empangan Teluk Bahang, Jeti Teluk Bahang, Pantai Teluk Bahang
- Penang-David Brown's Restaurant, Bukit Bendera
- Penang-Jalan Chowrasta, Batu Ferenggi, Nasi kandar
- Penang-Tempat penginapan
- Penang-Bukit bendera