Showing posts with label besday anak. Show all posts
Showing posts with label besday anak. Show all posts

Friday, June 8, 2012

bulan dan bintang

Tomyam seafood
Melayu Lai chee kang
Kailan ikan masin
besday boy mesti banyak gambar : )


Andai mak dapat mengapai bulan dan bintang mak akan bagi anak-anak mak bulan dan bintang seorang satu, tapi apakan daya tangan mak tak sampai . Sempena besday Firdaus yang ke 7 tahun  pada 6/6 yang  lepas mak belanja firdaus makan nasi goreng cina bersama ayam goreng kegemaran Firdaus, ini je yang mak termampu.Ingat pesan mak bila besar nanti jadi anak yang berguna pada agama ,bangsa dan negara.Tiba -tiba aku sedeh wahai masa kenapa cepat sangat berlalu......................





Lumrah hidup


Petang semalam aku  buatkan  rainbow cake untuk Firdaus sempena  besday dia yang ke 7 tahun pada 6/6. Gambar di atas  adalah  bahan -bahan untuk membuat rainbow cake


 Salah satu  proses membuat rainbow cake
 Besday boy yang tengah  excited menyalin nama-nama bahan untuk membuat rainbow cake.
Suami aku juge memainkan peranan penting dalam proses membuat Italian meringue.Walaupun brutal dalam hati ada taman.kah kah kah 

Aku gagal dalam membuat rainbow cake.Aku tak kisah cuma Firdaus sedikit kecewa.Aku dah janji dengan dia nak belikan dia  besday kek. Aku takkan putus asa aku akan cuba  buat lagi rainbow cake sampai menjadi.Gagal sekali bukan bermakna aku akan gagal selama-lamanya.

Pengajaran ynag aku dapat dari rainbow cake aku yang tak  menjadi ni.
1) jangan membuat kerja secara  terburu-buru
2)Aturan membuat kek perlu dipatuhi

Bagi  aku orang berjaya dalam hidup  adalah
1)orang yang berani mengaku kesilapan  diri sendiri
2)orang yang tak kenal erti penat dan susah
3)orang yang tak kenal erti putus asa
4)orang yang  berani gagal

motip aku bagi tahu ciri-ciri  orang yang berjaya dalam hidup.la la la


Happy besday Firdaus semoga jadi anak yang berguna pada agama, bangsa dan negara.Mak tak de hadiah untuk firdaus mak tujukan lagu boleh : ) 

Andai dapat kugapai bintang di awan biru
kan kuhadiahkan kepada mu
andai dapat kugapai bulan mengambang penuh 
kan ku hadiahkan dihari jadimu
begitulah janjiku kepada mu





Tuesday, June 5, 2012

Tips khas buat kaki blogwalking-elak dari meninggalkan komen negative

Berjumpa sekali lagi dalan rancangan mari menjana pendapatan dari blog opsss tak delah aku acah je .Aku percaya adakala kita terasa nak marah, mencarut atau memaki hamun bila kita  terbaca blog-blog yang agak kebangangan. Bawak bertenang sebelum kita membangangkan blog orang lain ; sila baca blog sendiri berulang kali sekiranya kita  merasakan  blog sendiri  tetap terbaek dari blog orang lain sila bukak sebungkus  kacang  kemudian lambakkan kacang tu ke dalam mangkuk yang sederhana besar .

Sedap banget kacang ni..................kacang ni digoreng bersama daun kari ngan bawang putih


Bawak mangkuk yang berisi kacang kemudian  letakkan  dihadapan komputer  atau lappy mulakanlah berblog walking.Sekiranya mulut  kita terasa hendak  memaki hamun , mencarut dan perbuatan yang seumpama dengannya sila ambik segengam kacang masukkan kedalam mulut kita kemudian kunyah-kunyahlah kacang tu sehingga kita pulih sepenuhnya dari penyakit  memaki hamun , mencarut dan penyakit yang seumpama dengannya okey ye cool.
ko mampu kacang berdaun kari berbawang putih goreng.
Tak sabar nak tengok Firdaus potong rainbow kek sempena besday dia esok. InsyaAllah korang doakan rainbow kek aku menjadi seperti rainbow kek di atas ye.la la la

Cukuplah untuk hari ni , aku harap tips berblogging ngan blogwalking yang aku bagi ni membantu .Ingat ye bila nak maki hamun  je ingat  kacang .la la la

Sekadar luahan hati

kelakar plak bila aku terbaca statement  sorang blogger yang memetik blog seseorang tu tak best. Dalam dunia ni ada yang best  ke? cer cerita sikit.la la la la

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina