Showing posts with label tips berblogging. Show all posts
Showing posts with label tips berblogging. Show all posts

Wednesday, June 6, 2012

yee mee sizzling bersama tip berblogging

Tip berblogging lagi , ada sedikit kebangangan di situ. la la la la . Korang perasan tak dalam blog ni aku dah tepek berulang kali resepi yang sama , aku harap korang tak kisah sangat sebab ini blog aku jadi aku punya sukalah nak tepek berulang kali resepi yang sama. Nak berblog jiwa kena kental kena tanamkan dalam hati "ini blog kita, kita punya sukalah nak buat cerita apa pun" asal saja kita tak buat cerita yang boleh kena saman dengan YDP Agung , sultan , Perdana Menteri VVIP dan pembesar negara yang lain, kena saman dengan blogger tak pe.la la la la la . Okey ye murid-murid cukup setakat ni je tips berblogging untuk hari ni .*Tips berblogging yang  nak makan penampau*

Okey sekarang kita cerita pasal yee mee sizzling plak.Semenjak dua menjak ni suami aku tak berapa suka makan nasi waktu malam.Almaklumlah cuaca tengah panas memang tak selera nak makan nasi.
yee mee kat rumah aku tinggal lebih kurang dua keping je.balance 5-6 bulan dulu -boleh gitu.
Rendam cendawan shitake ngan air panas dan sedikit minyak masak sampai lembut kemudian potong ikut suka.
untuk sayur ; 50 grams cendawan shitake. kalau suka boleh tambah sawi tapi pastikan sawi tu dicelur ngan air panas terlebih dahulu.
untuk penambah rencah ; dua keping dada ayam dipotong sederhana besar.
Bahan untuk kuah kicap pekat, sos tiram dan kicap cair ; ko mampu ambik gambar langsung dari dalam esbok.*dasar pemalas*
Bahan tumisan, 6 ulas bawang putih diketuk, 1 inci halia dihiris bulat-bulat, 3 tangkai cili kering dipotong sederhana kecik.
Cara-cara membuatnya
1)tumis bahan tumisan hingga layu dan naik bau.
2)tumis cendawan shitake hingga naik bau
3)tumiskan isi ayam-goreng sekejap supaya bahan bergaul rata
4)Masukkan kicap pekat, sos tiram dan kicap cair(sebagai penganti garam)
Jangan terlebih buh kicap pekat nanti kuah sizzling jadi pahit
5) masukkan lebih kurang 500 ml air
6)Biar kuah sizzling agak mendidih
7)Sebelum angkat pekatkan kuah sizzling ngan  bancuhan tepung jagung.

My homemade kuah sizzling-ko mampu masuk sekali dalam blog  gambar periuk buruk.
Teka sape punya yee mee sizzling?Agak kebangangan soalan tu.
Mulut suami aku ni macam haremmmm ada ke patut dia cakap "awak jangan  guna muka saya nak femeskan blog awak." erkk geramnya pleaselah.........ko ingat ko retis.
excited habis mulut comot kena kuah.
Lenkali boleh buat lagi yee mee sizzling : )




Jumpa lagi , akhir kata Majulah sukan badminton untuk negara tanpa sebarang campurtangan ahli politik.la la la la

Tuesday, June 5, 2012

Tips khas buat kaki blogwalking-elak dari meninggalkan komen negative

Berjumpa sekali lagi dalan rancangan mari menjana pendapatan dari blog opsss tak delah aku acah je .Aku percaya adakala kita terasa nak marah, mencarut atau memaki hamun bila kita  terbaca blog-blog yang agak kebangangan. Bawak bertenang sebelum kita membangangkan blog orang lain ; sila baca blog sendiri berulang kali sekiranya kita  merasakan  blog sendiri  tetap terbaek dari blog orang lain sila bukak sebungkus  kacang  kemudian lambakkan kacang tu ke dalam mangkuk yang sederhana besar .

Sedap banget kacang ni..................kacang ni digoreng bersama daun kari ngan bawang putih


Bawak mangkuk yang berisi kacang kemudian  letakkan  dihadapan komputer  atau lappy mulakanlah berblog walking.Sekiranya mulut  kita terasa hendak  memaki hamun , mencarut dan perbuatan yang seumpama dengannya sila ambik segengam kacang masukkan kedalam mulut kita kemudian kunyah-kunyahlah kacang tu sehingga kita pulih sepenuhnya dari penyakit  memaki hamun , mencarut dan penyakit yang seumpama dengannya okey ye cool.
ko mampu kacang berdaun kari berbawang putih goreng.
Tak sabar nak tengok Firdaus potong rainbow kek sempena besday dia esok. InsyaAllah korang doakan rainbow kek aku menjadi seperti rainbow kek di atas ye.la la la

Cukuplah untuk hari ni , aku harap tips berblogging ngan blogwalking yang aku bagi ni membantu .Ingat ye bila nak maki hamun  je ingat  kacang .la la la

Sekadar luahan hati

kelakar plak bila aku terbaca statement  sorang blogger yang memetik blog seseorang tu tak best. Dalam dunia ni ada yang best  ke? cer cerita sikit.la la la la

Tips berblogging paling sempoi

Salam kengkawan ..........

Hari ni aku nak tunjukkan kat kengkawan tips berblogging  paling sempoi yang menjadi amalan aku kini dan selama-lamanya .
Mula-mula sekali ambik sekeping roti sapukan ngan sedikit butter diikuti ngan sapuan jem strawberry.Masukkan roti yang dah disapu butter ngan jem strawberry  tadi ke dalam bekas .
Kukuskan roti tadi selama 10 minit.
Selepas 10 minit keluarkan roti kukus tadi kemudian ngap.Mudahkan tips berblogging aku ,cepat dan sedap tanpa menyakitkan hati orang lain .Akhir kata dari aku berbloglah dengan aman :) Harap paham ye ngan cerita aku kali ni , be yourself  sentiasa .Hidup kena sempoi beb.


Sekadar luahan hati

kengkawan panaskan cuaca dua tiga hari ni? atau kengkawan panas ngan cerita aku hari ni. la la la la

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina