Wednesday, July 25, 2012
uniques visitor Nuffnang dalam bulan ramadhan
Tiba-tiba je aku sedih, sentap bila nengok Nuffnang uniq visitor aku jadi 600-700 .ni semua gara-gara aku malas nak update , cerita aku update dua tiga hari ni pun cerita-cerita bangkai. Alah kalau dah bukan rezeki kita nak buat cam mana ye dak. Bukan aku sengaja tak nak upadate tapi masa yang tak mengizinkan lagi satu puasa kali ni aku keletihan sangat. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada keletihan aku antaranya :-
1) dalam bulan puasa ni hampir setiap hari jalan kat westport ni jem hanya kerana disebabkan oleh traffic light arghh malas nak cerita lebih,buat sakit hati je. Namanya keluar office pukul sampai rumah tetap pukul 6.30 bertabah ye wahai hati.
2)washing machine aku rosak makanya setiap malam aku kena membasuh kain baju secara manual apalagi kena berus pakai tangan .
3)Firdaus dah mula tinggal rumah pengasuh makanya aku kena bangun awal untuk menyediakan apa yang patut.
Banyak lagi faktor -faktornya tapi kalau aku nak senaraikan lagi alamatnya kain baju aku yang sebaldi dalam bilik air tak berbasuhlah nampaknya.Bila dah letih nak mengadap komputer pun dah tak de mood makanya blog ni terbengkalai cam tu je. Lepas aku dapat tau yang uniq visitor aku dah turun ke 600 -700 aku mula kelam kelibut tak tentu pasal, arghhh malas lantak pilah dia, ada banyak benda lagi aku nak pikir.Syukur Alhamdulillah visitor luar masih 1000++.
InsyaAllah kalau ada masa nanti aku update lagi cerita terkini ye.
Tuesday, June 5, 2012
Tips berblogging paling sempoi
Sunday, June 3, 2012
cashout nuffnang -kenapa kena reject????
Salam kengkawan.tengah wat apa tu?Kalau tengah masak, sila masak sedap-sedap sikit ye.la la la la
Tajuk di atas ada kene mengena dengan cerita aku hari ni . Bulan lepas aku ada cashoutkan nuffnang aku tapi yang sedihnya dah sebulan lebih check Nuffnang tak sampai lagi . Hairan bin ajaib amount yang aku nak cashoutkan tu dimasukkan semula kedalam aku punya earning Nuffnang. Cis bedebah buat penat je aku tunggu check dari Nuffnang rupanya pihak Nuffnang awal -awal lagi dah merejectkan cashout aku *sila jangan tiru bahasa rojak aku*
Dalam kes cashout direject ni cuba teka siapa yang bersalah? la la la aku tuding jari kat muka aku sendiri .*Mak malu , muka pandang bawah sambil kuis-kuis kaki kat tanah* Terasa diri ini keji sangat kerana sanggup mengoogle gosip artis tempatan dan luar negara daripada nak mengoogle "cara nak cashoutkan Nuffnang" Aku ingatkan main tekan je kat cashout lepas tu tunggu pihak Nuffnang hantar check,cam tu sesiapa je boleh tekan ye dak.Aku ada nampak email dari pihak Nuffnang aku ingatkan email biasa-biasa je , aku pun tak delah nak bukak. Hari ni baru aku tau yang itu email pengesahan untuk aku mengcashout kan Nufnnag aku. cis bedebah dah terlambat kalau aku aku nak sahkan pun sebab dah kena reject. la la la .Tak pelah aku biar dulu kasi beranak lagi duit Nuffnang aku kat dalam tu.
Habis cam mano check Nuffnang tak dapat kita makan kuah dhal dengan ikan masin bulu ayam jelah hari ni.
Kacang dhal 250 grams cuci berseh kemudian direndam semalaman
Bahan-bahan tumisan
1)sebiji bawang holand-dipotong dadu
2)sedikit rempah campur
3)2 batang kayu manis ngan 2 kuntum bunga lawang
4)satu tangkai daun kari
5)2 cam halia-dihiris
6)3 tangkai cili kering -dikerat 1/2 cm
Bahan -bahan untuk sayur
1)3 biji kentang -dipotong ikut suka
2)3 biji cili masak-dibelah dua
3)anggaran 10 biji tomato ceri
4)1 batang carrot dipotong ikut suka
1)Rebus kacang dhal yang dah direndam semalaman hingga separuh empuk
2)masukkan semua bahan -bahan untuk sayur
3)Bila sayur dan kecang dhal dah empuk sepenuhnya masukkan garam sebagai penambah rasa , kemudian bolehlah diangkat .
Wednesday, April 25, 2012
Share My Nestle Incredible Story



Serius dari dulu sampai sekarang aku tak lupa jasa yogurt nestle low fat pada kek dan muffin aku. Dengan Yogurt bukan saje kek dan muffin aku sedap malah gebu sangat . kek dan muffin sedap suami bertambah sayang.cam aku kenal je tagline tu : )
Aku suka guna yogurt Nestle low fat sebagai salah satu bahan perapan ayam atau ikan . Yogurt low fat antara yogurt yang amat tinggi nilainya,ia mengandungi lebih banyak kalsium , vitamin A, tiamina , niasin dan riboflavin daripada susu. Di samping itu, yogurt juge kaya dengan zat besi , fosfurus dan kalium. Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi sebagai membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu)
Yogurt Nestle low fat bukan saje menjadikan salad buah-buahan kita sedap malah boleh melancarkan sistem penghadaman dalam tubuh badan kita. 
Monday, February 20, 2012
Derhaka bersebab -nuffnang + Advertlets,
Jujur aku katakan yang aku tak pernah lagi beli barang jenama 1 Malaysia. Aku suka beli barang yang dah biasa guna, bukannya nak berlagak , soal harga memang aku jarang fikir. Ibu yang bekerja cam aku ni kadang-kadang manalah ada masa sangat nak tanya harga setiap barang dapur yang nak dibeli. Lepas je beli barang terus sumbat dalam beg sekali ngan resit pembayaran , ada masa resit pun tertinggal kat tempat cashier. Pernah jugak suami tegur, masa tu aku terbeli barang dah rosak, tak dapat nak pulangkan barang tu sebab resit tak de, tak tau aku simpan mana : )
Stop cite pasal barang 1 Malaysia, aku nak cite pasal Nuffnang ngan Advertlets plak. Korang perasan tak aku dah letak iklan dari Advertlets, ye aku dah derhaka ngan nuffnang, tapi bukan suka -suka dehaka, dehaka bersebab. Entah kenapa tak de angin tak de ribut, tanpa bagi tau aku nuffnang buat sesuatu yang tak menyenangkan hati aku. Sesuatu yang betul-betul buat aku geram, tak payahlah aku nak bagi tau,biar aku jelah yang tau. Demi nak memuaskan hati sendiri, aku tambah iklan dari advertlets, ni baru betul kes balas dendam . Aiman tak kisah, aiman dah femes, dulu ye lah . Nampak sangat aku berlagakkan. kui kui kui
Ni ada lagi satu budak suka nak derhaka ngan aku , detektif conan 24 jam : )
Dr. Faiz malam nanti baru pegi blog u, kat opis ni URL u kena blocked.
Thursday, February 2, 2012
Duit Nuffnang untuk bercuti dengan beli produk penjagaan diri dan wajah- The Body shop & Shampoo Himalaya forever
Duit Nuffnang aku hanya untuk bercuti ngan beli produk penjagaan diri dan wajah, itu janjiku. kui kui kui . Wahai wanita sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu kerana dirimu begitu berharga. bling bling bling
Demi menghargai diri sendiri, bulan lepas aku beli produk penjagaan wajah the body shop, risaulah kulit muka aku nampak kusam ,jeragat dah mula timbul, takut dibiarkan makin melarat plak. Sapa lagi nak manjakan diri kita kalau tak kita sendiri, ye dak.Adakah faktor umur menyebabkan pigmentasi dan jeragat timbul kat muka kita? sapa tahu sila jawab .
Aku ni boleh dikategorikan sebagai penguna tegar produk body shop, aku suka produk body shop sebab kebanyakkan produknya terdiri dari bahan organic .
Dorang syorkan aku ambik set shiso untuk kurangkan pigmentasi dan jeragat.
first sekali cuci wajah mengunakan shiso foaming facial wash - pencuci muka ni berbuih
Selepas tu Titiskan essence 1 ke kapas muka, kemudian sapukan ke seluruh wajah .
letakkan sedikit whitening serum di tangan kemudian sapu di seluruh wajah.
Akhir sekali sapu ke seluruh wajah ngan shiso whitening moisture milk. Set ni untuk kegunaan pagi dan malam.
Untuk penjagaan rambut aku guna Anti Hair Fall shampoo Himalaya Herbals, ini pun yuyi yang cadangkan. Dah dua 1 1/2 botol aku guna, kelemumur hilang rambut pun dah tak gugur , InsyaAllah lah elok, kalau korang nak cuba , silakan mana tau sesuai ngan rambut korang.
okeylah wa cau dulu , chayanun alif muka cam biskut ibu dalam pantang makan tu dah dekat 5 6 kali keluar masuk, scary makkkkk.
Friday, April 22, 2011
Aku suka banget sama kamu
Semalam balik keja cam biasa aku lepak dulu ngadap komputer, ambik mood dulu sebelum nak mula masak. Sedang aku berkhayal diri berblowalking, suami aku keluar dari bilik air tanya "ada beli gas ke," aku kata '"tak de". Sah tong gas dah hilang . Kenapalah dorang ni kejam sangat , sampai 2 tong sekali diangkutnya pergi. his his, memang badang apa mengangkat tong gas petang-petang hari. Aku syak dorang ambik masa suami aku ngan firdaus keluar rumah ambik aku dari tempat keja.
Tak pe, curi lebih sikit. Otak aku ligat pikir kat mana dorang bawak tong gas tu. Aku selak phone book hp , cari no tel kedai yang ada jual tong gas berdekatan ngan rumah.Panggilan pertama ku buat pada &^%$ (tak boleh letak nama sebenar, banyak jiran yang baca blog aku)
Aku : ada tak orang jual tong gas kat akak?
akak : kenapa?
Aku : saja tanya.
akak : ada , satu tong je
Aku : orangnya cam mana (dah cam pegawai penyiasat plak)
akak : sorang lelaki ngan sorang perempuan ada bawak budak kecik. dia naik motor
Aku : orangnya akak kenal tak?
akak : tak
Aku : tak pe , terima kasih ye.
akak : kenapa ko tanya, baik cakap, tong gas ko hilang ye?
Aku : tak de .terima kasih ye. matikan panggilan.
Seterusnya aku buat panggilan ke kedai yang lain plak dengan soalan yang sama.......................
Pencuri tong gas hanya meninggalkan 2 biji kerusi buruk kat pintu belakang sebagai tanda kasih sayang .ekekek. Suami aku dah sorokkan. Senang banyak dia naik pakai kerusi ni. Aku intai gak, mana tahu ada barang rompakan yang lain seperti emas ke duit dia tercicir, hampehhh.Ada pun bangkai kucing yang tinggal tulang dimamah hujan .
Kejam!!!! kalau nak curi pun biarlah malam sikit, lepas aku masak bagai tuk Firdaus. pening aku dah petang nak cari tong gas, dah lah mahal sekarang ni.
nasib baik aku teringat dapur letrik yang suami beli dari dia punya awek china, ehhh ehhh bukan awek dia, kawan dia punya awek, lupa plak aku. Omputih cakap induction cooker, kalau salah eja harap maaf ye. Dah berkurun dapur ni , tak pernah aku pakai, biasalah aku kan old pesen. Apa barang pakai dapur tak nampak api. Dah terdesak malam tadi aku gigih gak mengunanya . Dapat lah masak maggi har me wat trial. suka banget firdaus nengoknya, nampak cam pelik muka dia, selalu dia nampak dapur ada api.
Tujuan aku buat panggilan ke kedai -kedai yang ada menjual tong gas tadi , sekadar nak mengenal pasti kedai-kedai yang membeli barang curi. Selagi ada orang yang membeli barang curi selagi tu pencuri berleluasa.
Kepada pencuri tong gas,(aku suka banget cara ko yang pro tu) kalau duit tu ko laburkan tuk beli dadah memang aku tak halalkan, kecuali kalau duit tu , tuk anak bini ko makan. Kalau aku dapat ko, ada hukuman teringin sangat aku nak kasi "KETUK KETAMPI SAMBIL PEGANG TONG GAS" lupa nak cakap , oleh kerana ko curi 2 tong ,ko kena pegang 2 tong gak.
okey jaga jaga tong gas korang ye.
Friday, December 24, 2010
Forum perdana


Klik nak lebih jelas.
Perbualan dia atas antara dorang tu berkisar tentang aku. Ceritanya panjang, kisah dahulu kala, aku di public canning gara-gara memancitkan tayar kereta seorang ustaz di sekolah. Aku kan taiko, bukan samseng jalanan tau. Macam mana, aku tak tahu langsung pasal perbualan dorang ni. Sorry ye aku bukan cam budak sekarang , banyak kena public canning pasal lelaki, gua hal lain punya. secret.
Tengoklah tu, dorang ingat aku tak tahu ke?.Nasib baik aku terbuka facebook tadi. Dapat gak aku buat satu entry. Kisah lama di hostel. Geram sangat dengan sorang ustaz ni, darah mudalah katakan.
Lagi satu masa kat hostel, aku anti sikit gadis gedik-gedik ni. Aku ni kaki brutal, pantang tengok gadis-gadis, kalau nampak laki-laki nak tersipu-sipu malu. Terlebih lagi kalau kat dewan makan, makan tak boleh pulak menghadap lelaki. Kalau aku makan je, kunyah-kunyah terus telan. muntah tengok gadis cam tu.
Senyum tapir : siap ko Musalmah, aku nak call dia, kutuk aku ye. Ko pun kena sekali, tak ingat ke?
Saturday, November 20, 2010
Janganlah macam tu.....

Sila klik gambar, kalau nak lebih nampak apa yang tertera.
Aku tahulah aku gemuk, jangan search aku , blog montok pulak. Searchlah Blog cute ke, comel ke, cun ke.Best gak telinga aku dengar.
Siapalah gerangan siempunya diri, yang mencari sigadis montok, atau mak dara montok.Adakah dia musuh dalam selimut atau kekasih gelapku? ohhh!!!!!! suka perempuan montok ye.Kalau suka, aku boleh kenalkan ngan kawan aku sianoy, satu office ngan aku, dah lah montok , cun pulak.Sila tinggalkan komen , kalau nak berkenalan ngan sianoy tu. Jangan lambat, sebelum aku tutup penyertaan ni kepada hari lain.
Jom layan..........
Lirik Lagu ” Mati Hidup Semula “
Artis ” Jamal Abdillah “
Tak Sudi Memandang Tidak Mengapa
Kerana ku Mengerti aku Insan Hina
Tapi Dengar Apaku Katakan
Untuk Pedoman Di Hari Muka
Dulu Hidupku Rasakan Mati
Mata Terbuka Tapi Tak Berhati
Kiniku Rasa DiHidupkan Kembali
Walaupun Peritnya Setengah Mati
Korus
Baru Kukenal Bulan dan Bintang
Betapa Indah Dunia Dipandang
Baru Kukenal Ayah Ibu Adik Abang
Kerana Dulu fikiran Melayang
Jalan Nak ku Lalu Masih Panjang
Akanku Tempuh Hari Mendatang
Kepadaku Berilah Peransang
Agar Kejayaan Dapatku Julang
Manusia Sepertiku Usah Kau Hina
Kelak Menambah Sakit Didada
Selagi aku Bernama Manusia
Tak Lepas Dari Salah dan Dosa
Salahku Lakukan Meruntuhkan Nama
Kerana Perbuatan Mengikut Rasa
Namunku Bersyukur Pada Yang Esa
Setelah Matiku Hidup Semula
Untuk sapa yang mencari aku sebagai blog montok, sudi-sudilah terima lagu ini sebagai hadiah.Lagu ni , lagu peberet tau.killer song tahun..... tak silap aku 1989.
Senyum tapir : Aku pun tak faham , apa relevannya aku letak video dan lirik lagu ni ngan cerita kat atas.
Friday, October 15, 2010
Bontot mak long tak de ye.

Ini adalah keyword dalam Nuffnang untuk Hijau itu Indah dan Permai pada 15/10/2010.Aku explain, bagi mereka yang kurang faham.
Harap maaf bontot mak long ngan intan blur tak de kat sini. Cikgu Zul mungkin dia cari blog kau. Akak bagi alamat ye.
Soalan yang bermain dibenak fikiran
1) kenapa bontot mak long jadi bahan google ?
2) Apakah dosa bontot mak long pada sipengoogle ?
3)Adakah mak long kenal dengan si pengoogle?
4)Adakah sipengoogle geram ngan bontot mak long ?
5)Adakah bontot mak long besar dan lebar ?
6)Adakah intan blur kawan si pengoogle ?
7)Adakah intan memang blur ?
8) Adakah intan ini kawan satu tempat kerja aku dulu, tapi intan tu tak blur?
9)Kenapa dia cari Zul?
10) Adakah itu cikgu Zul yang aku kenal dalam dunia blog?
11)Dorang ada hutang ngan zul atau zul ada hutang dengan dia?
Senyum tapir : Ya Allah ampunkan dosa aku, kerana telah berfikir apa yang tak patut aku fikir.
Thursday, October 14, 2010
Peminat Fanatik ngan langau sinonim ke?
Peminat fanatik handphone aku
Pernah tak korang rasa, walaupun kehidupan korang bukan artis mahupun ahli politik, kau diekori peminat Fanatik atau bahasa saintifik dalam istilah kamus aku "langau".Aku rasa semenjak jadi penulis blog ni ramai pulak peminat tegar atau "langau" dalam diam, terutama rakan sepejabat. Macam mana aku dapat tahu dorang meminati aku dalam diam, dari komen balas yang aku dapat dari review post pasal cerita "you again"
Tak kiralah walaupun komen dorang menghentam, tapi aku tetap syukur , dalam hati dorang ada taman. Aku nak bagi nasihatlah sikit kat peminat tegar yang anonymous tu, blog ni tak sesuai untuk korang yang belajar tahap diploma. Aku hanyalah insan yang berkelulusan SPM pangkat 3.Adakah tak rasa geli memijak kaki di sini?. Aku kurang pasti dengan prinsip yang kau laungkan selama ini.
Lagi satu ini blog aku, jadi bahasa yang aku gunakan yang kalau siapa kenal dengan diri aku, memang kesat dan penuh gurauan.Semua pembaca aku dah kenal siapa aku.Tapi aku tahu sejak kebelakangan ini ada anonymous yang cuba nak menasihati aku.Aku harap anonymous tu paham, jika kau tak suka pergi blog orang tu, lebih baik kau jangan pergi.
Berbalik review pasal cerita "You again" korang yang tak mempunyai blog , tak paham Nuffnang Exclusive Screening . Jadi kau tak tahu nak menilai samada cerita tu benar atau tak benar.Jadi kalau kau sebagai mengomen mengunakan anonymous yang tak mempunyai blog, jangan cuba jadi penilai. Ya Allah , biarlah Nuffnang jadi penilai, sebab mereka yang akan memberi markah yang sebenar ,bukan kamu anonymous
Khas untuk Anonymous yang ada kat pejabat aku
kalau rasa nak komen CT Fad pergi kat sini , Ratu kebaya kat sini
sebab aku tak nak korang tersalah tempat komen , dah berapa post yang aku buat, korang salah tempat komen. Sedangkan komen tu ditujukan pada CT Fad ngan Ratu kebaya.
Dalam kehidupan aku, tak pernah ada rasa cemburu itu. Cemburu itu jugak tak pernah bermain dalam sanubari . Apa yang aku nak cemburu? Korang berumah besar atau berkereta menjalar ke ? Aku makhluk tuhan yang sedar satu hari nanti semua akan mati, dan harta itu bukannya boleh ditimbus bersama jasad. Aku tahu, aku tak sealim orang lain atau Anonymous yang sentiasa sujud di sisinya tak kira siang atau malam, tapi yang aku tahu, aku sentiasa mengingatinya tak kira waktu.
Kalau kau tak tengok dari baju 10 tahun lepas yang masih aku pakai sehingga sekarang , jika nak dibandingkan dengan baju kau, itu yang kau katakan aku cemburu. Cuba kau bandingkan lengan kau dan lengan aku. Adakah kau nampak sinar emas yang berkilau , tak kelihatankan. Cemburu, cemburu, cemburu itulah perkataan yang sering dimanipulasi oleh anonymous. Tolonglah tukar perkataan lain, kalau kau benar-benar nak kutuk aku. Banyak lagi perkataan keji , kalau kau nak kutuk aku, takkan sampai perlu di ajar.
Aku tak nak lagi pembaca blog aku bercelaru dengan komen anonymous. aku jugak tak hairan jika komen anony menyebab pembaca aku berkurangan. Apalah sangat , aku serahkah semuanya pada Allah SWT yang menilai. Tak adil rasanya aku membela diri bagi pihak aku sendiri.Rasanya lagi molek kalau korang yang menilai . Aku juga tak berhak nak memaksa orang menyukai aku, tapi aku berhak memaksa orang yang tak suka blog aku jangan baca blog aku. maafkan aku harap paham ye .Aku ada special untuk anonymous , aku bagi satu blog yang aku benar-benar membuat aku bertenaga . Belajarlah realiti tentang kehidupan di sini .
okey tinggalkan pasal cerita langau tadi , come back cerita pasal semalam, aku pergi pasar malam.
Aku beli dokong, harga lupa plak.
Popia goreng RM2
Laksam RM2.50 .first time makan.Ada rasa lain macam sikitkan.
Simontel ngan nasi ayam.
Senyum tapir : Orang yang macam aku, dah kematian 5 adik beradik dan emak, dah tak ada masa nak fikir pasal cemburu dan iri hati pada orang. Yang aku selalu fikir nak menjaga solat aku yang sering tercicir, terutama bila leka bershopping atau tengah leka berblog.
Wednesday, October 13, 2010
You again?


Laila sila percaya, aku tak teragak -agak nak buat kau macam ni.kejikan, aku.
Filem "You Again?" ni macam ada satu magnet untuk aku membuat blog post pasal cerita ni. Selama ni aku tak delah berminat sangat dengan Nuffnang Exclusive Screening . Mungkin pengalaman dibuli oleh rakan sendiri membuat aku tertarik. Siapa yang tak pernah kena buli, lelebih lagi yang pernah duduk di asrama. Aku adalah salah seorang mangsa buli. Jika aku tak dapat terpilih pun tak pe, janji hati aku puas, dapat meluahkan perasaan dendam membara aku terhadap perempuan yang bernama Laila Isabella.
Masa di sekolah menengah, aku adalah perempuan yang paling lemah lembut diantara rakan sekelas. Sumpah, sila percaya. Aku sering disisih oleh rakan sekelas, sebab pendiam sangat. Oleh sebab tu , aku sering dibuli kot . Apa yang aku buat, semua tak dapat menyenangkan hati dorang.
Aku sering dibuli oleh budak perempuan yang bernama Laila Isabella. Dari pandangan mata kasar aku , Laila nampak pendiam dan bersopan santun . Pandangan aku berubah, bila satu hari, aku nampak sendiri perbuatan kejinya , mengoyakkan baju aku yang ada di dalam almari. Kejadian tu berlaku dibilik asrama. Ada lagi perbuatan hitamnya yang aku tidak boleh terima, dia sering menumpahkan air di tempat duduk aku di dalam kelas. Semenjak tu, sumpah tertanam dalam hati aku, Laila gadis pendiam, baik yang berhati hitam.
Scary , aku minta-minta jangan ditemukan lagi dengan perempuan bernama Laila Isabella. Jika ditakdirkan berjumpa, aku sanggup memesongkan muka, hingga ketahap 360 darjah. Sila percaya aku. Aku boleh jadi sekeji tu, kalau berjumpa Laila Isabella lagi . Kalau memang tak dapat dielak lagi, aku akan pekik kat dia " you again?".pergi mampos dengan kau
Senyum tapir : Nuffnang sila pilih aku, sebab aku rela tengok filem You again? daripada menghadiri Annual Dinner di Hotel Alamanda , yang banyaknya dihadiri artis-artis Hong kong.
Saturday, May 22, 2010
Sepi tanpa fresh milk
Seluruh family aku suka minum fresh milk.
Dalam recipe patato aku, ada gak fresh milk
Firdaus tak kisah, kalau minum fresh milk.
kandungan muffin pisang aku pun ada fresh milk.
Muffin pisang aku moist dengan fresh milk.Gigi Firdaus pun putih dan cantik sebab suka minum fresh milk.Fresh Milk penuh ngan kalsium, bagi mengalakkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.Galakkan anak-anak minum susu kerap, tapi kalau simontel ni tak boleh kerap.takut terlebih gemuk.
Aku suka gak nak joint event yang dianjurkan oleh Dutch Lady ni...

World Milk Day akan datang diadakan 1st of June atas usaha Dutch Lady untuk memecahkan record , bagi mengalakkan rakyat malaysia suka minum susu.itulah sebabnya tercetus "Largest Milk Drinking Event".
Jomlah ambik bahagian , mana tahu event ni boleh masuk dalam Malaysia Book of Records. Bukan selalu ada event cam ni, mungkin muka korang akan terpampang dalam papers, semua berkemungkinan kat sini:
Venue: Pavilion KL
Date: 30th May 2010
Time: 10:00 am
Dutch Lady akan bermurah hati memberi susu percuma pada hari tu, limited 2 edition coklat ngan low fat packs. Sekurang-kurangnya anggaran 2500 orang join event tu .kalau free aku pun nak join.
Teka sapa Jemputan yang menjayakan event tu?
1. Amber Chia
2. Shakila
3. Alif Satar
4. Dayana
5. Sharizan Borhan
6. Reshmonu
7. Najwa
8. Khoo Cai Lin
Kat sana ada gak pasukan sorak perform
Korang nak ambil bahagian pada hari bersejarah tu???
Jangan ikut sangat
makan-makan
- Bubba Gump The Curve
- The Blossom Chinese Restaurant Swiss Garden Hotel Resorts & SPA
- The Garden Terrace-Swiss Garden Hotel Resorts & SPA
- Restoran Port Village-Bagan Hailam Port Klang
- Restoran Port Village -Bagan Hailam Port Klang
- Restoran terapung-HM sri bagan -Bagan Lalang
- Bagan lalang-art caterer
- Restoran Windmill-Jaya Jusco bukit Tinggi
- Restoran David Brown-Bukit Bendera
- Secret Recipe
- Restoran Port Village-Bagan Hailam Port Klang
- Burger king-Bukit Tinggi
- Boston-Jaya Jusco Bukit Tinggi
- Best Seafood-Star Cruise West Port
- TGI Friday--Garden Mall
- TGI Friday -Subang Parade
jalan -jalan
- Swiss Garden Resorts & SPA Kuantan
- Dewi Sri Spa Alam Sentral
- Amoaras Relaxing Spa
- Samsara Spa Swiss Garden Resorts &SPA Kuantan
- Swiss Garden Resorts & SPA Kuantan
- Banting-Perkampungan orang asli Tanjung Sepat
- Melaka Bandaraya bersejarah
- Banting-Perkampungan orang asli-Tanjung Sepat
- Banting-Perkampungan orang asli-Tanjung Sepat
- Genting Highland
- Penang-Penang Butterfly Farm, Empangan Teluk Bahang, Jeti Teluk Bahang, Pantai Teluk Bahang
- Penang-David Brown's Restaurant, Bukit Bendera
- Penang-Jalan Chowrasta, Batu Ferenggi, Nasi kandar
- Penang-Tempat penginapan
- Penang-Bukit bendera








