Showing posts with label kuah dhal. Show all posts
Showing posts with label kuah dhal. Show all posts

Monday, July 23, 2012

cekidaut menu berbuka puasa hari pertama-ayam goreng mengcongkam jiwa raga

 Salam Ramadhan...................

Selepas  berjaya ngan  ayam goreng mengcongkam kini  aku kembali dengan ayam goreng mengcongkam plus jiwa raga*serius perasan femes*. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni aku tak suka nak jaja cerita-cerita propa  bila aku dah mention  mengcongkam jiwa raga sila percaya  yang  ayam tu benar-benar  mencongkam jiwa raga.la la la la  kami di sini menghasilkan ayam goreng yang bermutu tinggi sahaja kepada pelanggan kami *restoran fast food  yang mana satu ni*

cekidaut my  juadah berbuka puasa.Aku mengamalkan konsep bersederhana dalam berbuka dan bersahur, InsyaAllah
Sambal belacan tomato
Yuyi ngan sambal belacan tidak boleh dipisahkan.
Tak de kuih muih ye cuma ada jagung rebus. Mood  membeli kuih muih dan lauk pauk  di bazar ramadhan belum kunjung tiba .Jagung manis ni aku beli dipasaraya Giant. Percayakah anda hampir 100% penduduk diseluruh dunia mahir merebus  jagung manis.  Like I care aku tetap nak  tepek resepi jagung manis rebus, first sekali  buangkan  kulit luar jagung dalam dua lapis dan potong hujung & pangkal jagung. Masukkan jagung , garam dan air separas dengan jagung .Rebus selama 30 minit kemudian angkat dan tuskan .
 Setongkol jagung rebus aku potong dua untuk memudahkan anak-anak aku makan.(jika suka boleh lumurkan jagung rebus ngan sedikit majerin)
 Kuah dhal sayur sebagai penganti sayur goreng, cekidaut my resepi kuah dhal kat sini. 

Jeng jeng  cekidaut my resepi ayam goreng mengcongkam jiwa raga.

Ayam sekor dipotong sederhana besar ,dibersehkan dan digaul ngan garam, kunyit dan secubit kecil serbuk perasa

Bahan-bahan bumbu

1)5 batang serai-dihiris kasar
2)satu labu bawang putih-kupas dan hiris kasar
3)2  inchi halia -dihiris kasar
4)2 tangkai daun kari
5)2 sudu besar rempah kari

Semua bahan-bahan bumbu dikisar kering

 
 Gaul mesra ayam tadi dengan  bumbu, bila semua bahan dah bergaul mesra  kita lumurkan ayam tadi dengan  tepung jagung.(quantity tepung jagung mengikut citarasa masing-masing) kemudian perapkan ayam selama beberapa jam.
 Gorenglah secara berhemah-goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang sederhana besar
Inilah dia ayam goreng mencongkam jiwa raga yang menjadi idaman anak-anak aku


Sekadar luahan hati

nak ditelan mati emak nak diluah mati bapak-aku dalam dilema, cik sri siantan tolong bagi pendapat....... la la la la la


Sunday, June 3, 2012

cashout nuffnang -kenapa kena reject????


Salam kengkawan.tengah wat apa tu?Kalau tengah masak, sila masak sedap-sedap sikit ye.la la la la
Tajuk di atas  ada kene mengena dengan  cerita  aku hari ni . Bulan lepas  aku ada  cashoutkan nuffnang aku tapi yang sedihnya dah  sebulan lebih check  Nuffnang tak sampai lagi  .  Hairan bin ajaib   amount yang aku nak cashoutkan tu dimasukkan semula kedalam aku punya earning Nuffnang. Cis bedebah buat penat je aku tunggu check dari Nuffnang rupanya pihak Nuffnang awal -awal lagi dah merejectkan cashout aku *sila jangan tiru bahasa rojak aku*

Dalam kes cashout direject ni cuba teka siapa yang bersalah?  la la la aku tuding jari  kat muka aku sendiri .*Mak malu ,  muka pandang bawah sambil  kuis-kuis kaki kat tanah*  Terasa diri ini keji sangat kerana  sanggup mengoogle gosip artis tempatan dan luar negara daripada nak mengoogle "cara nak cashoutkan Nuffnang" Aku ingatkan main tekan je kat cashout   lepas tu  tunggu pihak Nuffnang hantar check,cam tu sesiapa  je boleh tekan ye dak.Aku ada nampak email dari  pihak Nuffnang    aku ingatkan email biasa-biasa je , aku pun tak delah  nak bukak. Hari ni baru aku tau yang itu email   pengesahan untuk aku mengcashout kan Nufnnag aku. cis bedebah  dah terlambat  kalau aku aku nak sahkan pun  sebab dah kena  reject. la la la .Tak pelah aku biar dulu kasi beranak lagi duit Nuffnang aku kat dalam tu.

Habis cam mano check Nuffnang tak dapat kita makan kuah dhal dengan ikan masin bulu ayam jelah hari ni.


Kacang dhal 250 grams cuci berseh kemudian  direndam semalaman

Bahan-bahan tumisan
1)sebiji bawang holand-dipotong dadu
2)sedikit rempah campur
3)2 batang kayu manis ngan 2 kuntum bunga lawang
4)satu tangkai daun kari
5)2 cam halia-dihiris
6)3 tangkai cili kering -dikerat 1/2 cm

Bahan -bahan untuk sayur

1)3 biji kentang -dipotong ikut suka
2)3 biji cili masak-dibelah dua
3)anggaran 10 biji tomato ceri
4)1 batang carrot dipotong ikut suka


 Kacang dhal yang dah empuk 
Cara-cara membuatnya

1)Rebus kacang dhal yang dah direndam semalaman  hingga separuh empuk
2)masukkan semua bahan -bahan untuk sayur
3)Bila sayur dan kecang dhal dah empuk sepenuhnya masukkan garam sebagai penambah rasa , kemudian bolehlah  diangkat .

 
Dalam kuali tumiskan bahan-bahan tumisan hingga layu dan naik bau
Masukkan bahan tumisan yang dah layu dan naik bau ke dalam kuah  dhal tadi.Kacau supaya bahan tumisan bergaul ngan kuah dhal
Jeng jeng my homemade kuah dhal-bangga sangatkan macam nak kena sepak. Suami aku suka kuah dhal sayur je lagi pun dhal sayur lebih  tahan lama nak dibanding ngan kuah dhal  ayam dan daging.
ikan masin bulu ayam sebelum digoreng
Ikan masin bulu ayam selepas digoreng-apa kejadahnya aku nak tunjuk sebelum dan selepas.fening kepala
Firdaus punya

 "memang heaven"  first time aku makan nasi  bersama kuah dhal dan ikan masin bulu ayam,  ini pun hasil dari tunjuk ajar suami aku yang dot dot India + China .
 Leka makan nasi sambil tengok cite kartun. Rambut dah macam helmet wajib  kena potong sebelum bukak sekolah.

Saje buat muka ala ala .......



Akhir sekali  sebelum mengundur diri aku  titipkan  pesanan  untuk diri sendiri dan kengkawan semua  "googlelah perkara-perkara yang berfeadah"la la la la 



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA TERSAYANG


Tuesday, May 15, 2012

Saper kata lesu layu tak mendatangkan hasil yang lumayan........



Datuk Ramli MS kata Ana Syuhada lesu , ia aku terima yang persembahan dia malam tu sedikit lesu tapi pada aku suara dia tetap ada sesuatu . Setiap orang ada pandangan masing-masing , ye aku sedar ramai yng suka dan lagi ramai yang tak suka , mungkin rezeki Ana syuhada bukan kat pentas Mentor. Susah nak ramal fikiran  peminat  hiburan kat Malaysia ni : ) contohnya  macam filem bunohan, pada aku ngan suami  citer tu best , masuk ni dah dua kali aku tengok cite tu , aku dengar ramai  orang kat luar sana  tak berapa suka citer tu. filem tu  nampak gagal menarik khalayak ke panggung kalau orang tak paham seni susah sikit nak faham citer tu  kebanyakkan rakyat Malaysia suka tengok cite komedi ringan dan hiburan.  Selepas  tengok cite bunohan tu  aku dapat merasakan yang  filem tempatan  masih ada masa depan : )

Saper cakap yang lesu dan layu tak  berharga , kalau digilap tak mustahil jadi sesuatu contohnya kuah dhal aku ni terhasil  dari sayur yang lesu dan layu je : )

  
Siakap pemberian kawan suami, separuh lagi simpan dalam peti ais.
 
Aku goreng garing 
Kemudian aku buat sambal, rasanya kat rumah aku ni  macam dah lama je tak masak sambal ikan 
 
cam tak percaya je sayur ni lesu : )
 Aku bukak peti ais aku keluarkan semua sayur yang hampir lesu dan layu itu contohnya , terung, carrot, cili besar ngan sedikit kacang panjang.Aku siangkan  sayur tu semua kemudian aku rendamkan  dalam air.aku ketepikan. 
Kemudian aku  sediakan bahan-bahan tumisan
1)sebiji bawang holland di potong dadu
2)sedikit rempah campur, sebatang kayu manis ngan 2 kuntum bunga lawang
3)satu tangkai daun kari
4)1/2 inci halia dihiris
5)4 tangkai cili kering -dikerat 1/2 cm
Rendam 250 grams kacang dhal  semalaman
Kesokkan harinya cuci berseh kacang dhal. kemudian rebus kacang dhal  bersama air  dalam periuk(aku guna kuali boleh ) guna api sederhana. Selepas kacang dhal  separuh empuk  bolehlah masukkan sayur  yang lesu dan layu tadi . Biarkan hingga sayur  menjadi lembut  bila semua sayur dah lembut , kacang dhal pun cukup empuk dan kuah dhal  sedikit pekat bolehlah buhkan garam secukup rasa  biar kejap kemudian tutupkan api , transfer kuah dhal ke dalam periuk (arahan tu untuk aku sebab aku masak dalam kuali -kah kah kah)
Dalam kuali lain tumiskan bahan tumisan hingga naik bau dan layu
Bila bahan tumisan dah cukup layu dan naik bau masukkan bahan tumisan tu ke dalam kuah dhal
Kacau sekata sedia dihidang, apalagi ngap terus
Budak busuk tak mandi pagi terus nak mamam nasi
 Budak ni kalau terasa pedas mesti keluarkan lidah.



Okey sampai sini je wa nak mandi , opss lupa plak saper yang suka  boleh gak masak kuah dhal  tu bersama  ayam atau daging .Kuah dhal aku ni ikut citrasa suami dia suka buh sayur je.vegeterianlah konon  .



Monday, December 5, 2011

kacang paruppu ; kacang dhal ; kuah dhal -part 1

Salam hari senin........................


Rasa  tak puas dua hari duduk rumah, sekejap je dah hari senin. Setiap minggu hari jumaat, hati berbunga-bunga , sepertimana selalu orang cakap, dalam hati ada dalam taman, bila hari senin bertukar dalam hati ada benci.kah kah kah . Dua hari macam tak cukup nak bermesra dengan keluarga terutama simontel Firdaus, tak puas menyakat dia : )

Hari minggu duduk berdua je dengan firdaus, suami ke laut, anak-anak tak balik,  aku masak dua lauk je, kuah dhal  dan sambal telur. Tekak ni memang  dari hari Jumaat teringin nak makan kuah dhal, itu yang hari jumaat masa beli barang kat  giant , aku beli sekali kacang dhal, dalam bahasa India kacang Paruppu. Dulu masa tinggal dengan MIL rutin aku setiap pagi  bantu dia masak kuah dhal , dia berniaga roti canai. Dah lama tak dapat bantu  dia masak kuah dhal, semenjak aku pindah dari sana, itu yang tiba-tiba je rasa rindu nak makan  kuah dhal : ).

Kuah dhal atau dalca lebih kurang sama  asasnya kacang dhal jugak , cuma bezanya dalca dicampur dengan berbagai-bagai sayur dan ada pulak yang mencampur  daging atau ayam . Setiap kali masak kuah dhal, aku memilih cara yang paling simple ikut selera suami yang lebih   suka kuah dhal  yang hanya dimasak dengan sayur seperti terung bulat , carrot , lobak putih atau kacang panjang . Bukan dia je pilih kuah dhal macam itu, aku pun sama, aku kurang suka kuah dhal yang dimasak dengan ayam atau daging. Terpulanglah pada citarasa masing-masing, setiap orang ada citarasa yang berbezakan.


Jom masak kuah dhal......................


Bahan-bahan untuk masak kuah dhal

1)aku guna 250 grams kacang dhal-kalau nak cepat kacang dhal tu empuk, rendam dulu semalaman, kali ni aku tak rendam, nak cepat punya pasal, dah tak menyabau nak makan kuah dhal.
2)1 labu bawang besar kuning-potong dadu
3)2 batang carrot-potong ikut suka
4)sedikit rempah campur-terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih
5)3 tangkai cili kering- dikerat ikut suka
6)sedikit daun kari
7)3 biji bawang putih dengan 1/2 inci halia -dikisar kering




Cara -cara masak kuah dhal

Cuci kacang dhal, rebus kacang dhal hingga empuk .Jangan lupa masukkan sedikit serbuk kunyit semasa merebus ,biasalah  nak dapatkan  effect khas kaler  kuning.kah kah kah . Bila kacang dhal hampir empuk, masukkan carrot , biar kacang dhal dan carrot empuk secara serentak. Banyaknya kuah bergantung pada banyaknya kacang dhal. Selepas kacang dhal dan carrot empuk , perasakan dengan garam, tutup api dan ketepikan.

Dalam kuali , tumis rempah campur , bawang besar dadu, cili kering , daun kari dan bawang putih + halia yang sudah dikisar tadi. Masa menumis , kecikkan sedikit api. Tumis hingga naik bau, kemudian tuangkan semua bahan tumis kedalam kuah dhal tadi.Sedia untuk dihidang.





Lauk sampingan selain dari kuah dhal, aku goreng sambal telur. Lagi satu lauk , kari ayam semalam, aku panaskan.



suami aku bawak balik ikan mayong, dia dah siap naikkan isi ikan tu, dia suruh aku goreng saja nak layan makan dengan nasi .


Firdaus tengah leka makan ikan goreng, dia ngan ikan memang tak boleh dipisahkan. Dia suka makan nasi dengan kuah dhal, aku bubuh carrot plak , lagi lah dia suka.


Terasa terangkat sekejap, bila suami memuji kuah dhal  tu sedap dan beraroma. Aku rasa , tak lama lagi aku kena baling dengan kamera, bak kata tijah, kalau dah 24 jam asyik nak ambik gambo : )


Berita segar dari ladang

Aku menang pertandingan teka bunga International di sini, hadiahnya sebiji keta BMW. muah muah saja teka pun boleh menang ye.Macam mana  ni,  aku dah kata aku bukan nak hadiah, tapi kan  tapi kan  rejeki jangan ditolak. kui kui kui 



Tips Ngetop

1) Jangan bubuh garam sebelum kacang dhal  empuk sepenuhnya kerana garam boleh melambatkan proses empuk. Tips ni  bukan khas untuk kacang dhal  sahaja, ia  termasuk  jugak untuk semua jenis kacang.



Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina