Showing posts with label karipap carrot kentang. Show all posts
Showing posts with label karipap carrot kentang. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

easy breakfast-simple tapi sedap

Tajuk separuh omputih separuh melayu  tak henggatkan, alah sesekali aku nak gak peling peling omputih. Pagi ni aku sibuk sikit baru je dapat pegang komputer. Malam tadi berukband aku wat hal, bowingnya langsung tak dapat bukak komputer. Kengkawan perasan tak macam dah lama je aku tak tepek resepi kat sini , hari ni cam rindu plak nak tepek resepi , kebetulan plak pagi tadi aku buat sandwich telur , itu yang beria-ia nak tepek resepi macamlah korang semua tak pandai buat sanwich telur . Biasalah makcik ober.

Jom layan sandwich telur .

opss ni bukan sanwich telur ye ini karipap, first time aku beli karipap ni , terbaek dari ladang baru keluar dari kuali masih panas lagi , boleh tahan sedap. Karipap yang sedap bergantung pada intinya ,inti yang sedap mesti ada sikit rasa manis, rempah kari, dan intinya juga tak terlalu kering . Bukan inti je yang kena sedap, adunan doh untuk kulit karipap pun kena sedap dan ranggup barulah dapat karipap yang sedap.
karipapnya besar jugaklah, makan 2 ketul dah kenyang

Ni barulah bahagian sandwinch telur , sediakan beberapa keping roti putih sandwich jenama roti ikut suka kengkawan.

kacau 5 biji telur bersama fresh milk, kalau agak nak diet kengkawan tukarkan kepada low fat milk , kacau telur hingga kental kemudian buh sedikit mayonis sebelum angkat taburkan ngan lada sulah. Sapu roti ngan sedikit butter , letakkan telur kemudian kat atasnya tempekkan sekeping roti .

Jeng jeng sandwich telur ni sesuai buat bekalan anak-anak ke sekolah.



jumpa lagi.................

Thursday, March 15, 2012

aktiviti hujung minggu -karipap kentang carrot- bekal ke sekolah

Salam kengkawan....

Aku ucapkan berbanyak terima kasih pada kengkawan diluar sana yang wish besday aku dan sekaligus mendoakan aku cepat sembuh. Jasa kengkawan semua amat dihargai, semoga Allah SWT saje yang dapat membalas kebaikan korang semua ye..........

Dua hari tak berblog tak tahu cak cakap cam mana rindunya aku ngan blog ni, rindunya cam berjauhan ngan anak dan suami plak. Kalau boleh setiap hari aku nak mencatat kat sini, orang nak baca  atau tidak itu belakang kira. Alhamdulillah buat masa ni  masih ada pembaca yang sudi menjengah blog ni waima aku beberapa hari tak update pun.

Ingatkan tadi malas nak update , sebab kesihatan aku ni masih lagi dalam keadaan yang tak memuaskan, tapi nak wat cam mana, dari pagi blog ni dah memanggil-manggil cam panggilan pulau plak. Saje je nak update aktiviti hujung minggu lepas aku buat karipap frozen untuk bekal Firdaus ke sekolah. Masa mengentel karipap, baru aku teringat yang  minggu ni sekolah cuti, alamatnya jadi sarapan pagi la karipap tu.


Inti karipap ni biasa-biasa je, kentang dadu+ carrot dadu ,tumis ngan bawang merah hiris, daun kari, kayu manis + bunga lawang , rempah kari , rencahnya udang kering masak hingga kentang ngan carrot betul-betul empuk dan kering . Buh sedikit gula, ajinomoto, garam sebagai penambah rasa.

Untuk doh aku uli tepung + sedikit garam curah ngan minyak atau majerin panas , uli sekata campur ngan air sejuk dalam peti sejuk. uli sampai jadi doh kemudian simpan sekejap dalam peti sejuk.

Canai doh , kemudian tekap ngan cawan supaya saiz sama besar , aku  guna acuan karipap supaya dapat  saiz yang  sama.

Peringkat pertama aku kelim semula nak bagi cantik , peringkat yang last last pirahhhhhhh lantak ko lah, malas..

Muka budak yang  tengah happy bila dapat bawak bekal karipap ke sekolah, siap share ngan kawan lagi.

Bila rajin aku buatlah karipap frozen ni banyak banyak, bila time malas, kentang-kentang tu terbiar je,  kekadang tu sampai naik bertunas.

Budak ni sekarang suka nak buat bermacam-macam gaya time kita nak ambik gambar dia.muka garang.

Karipap ni sedap dimakan ketika masih panas. Nampak tak?, dalam karipap tu terselit inti carrot yang sedikit panjang, ni mesti kes terlepas pandang masa memotong tadi..: )



Jumpa lagi..........InsyaAllah

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina