Showing posts with label kesedaran sivik. Show all posts
Showing posts with label kesedaran sivik. Show all posts

Thursday, April 5, 2012

Pandai makan pandailah simpan , biar bersepah dalam beg jangan bersepah merata-rata tempat

Pandai makan pandailah simpan , biar bersepah dalam beg jangan bersepah merata-rata tempat, yeah yeah memon cipta peribahasa baru, okey tak? Cite pagi tadi fresh from farm, biasalah memon suka ambik berat, sementara menunggu kak limah kat flat MIL dia, sempat lagi memon ambik gambar permandangan menjolok mata.Pada  Memon  istilah menjolok mata tu  luas , bukan setakat pakaian terdedah sana sini je , sampah sarap marata-rata pun boleh menjolok mata memon. Mata kengkawan boleh terjolok tak ngan sampah sarap? * menjolok terjolok , siksanya menyebut  perkataan itu*

Jom memon ajak kengkawan meninjau permandangan yang menjolok mata. Sekiranya kengkawan rasa terjolok sila angkat tangan.

Cian bungkusan roti Massimo, tukang makan dah kenyang tak tahu nak buang bungkusan kat tempat yang sepatutnya

Cian bungkusan roti Gardenia, tukang makan dah kenyang tak tahu nak buang bungkusan kat tempat yang sepatutnya


Sapa yang jadi mangsa , roti massimo ngan Gardenia, opsssss penghuni Flat dan kawasan yang sewaktu dengannya.

The moral of the story belilah bag besar cam memon ni senang nak simpan berbagai khazanah, waima sampah sarap.Sumpah  bag ni bukan memon beli, yuyi yang kasi, dia beli kat sarawak  masa dia wat lawatan sambil makan angin kat sana. sekian akhir kata sokonglah handmade bag.

Sampaikan suami memon takut nak cari barang dalam  bag memon ni, dia takut terserempak ngan tikus. Kurang asamkan mulut suami memon, memon tau lah  bag memon ni antara sampah ngan duit, banyak lagi sampah. Nak wat cam mana dah jadi hobi memon suka buang sampah sarap dalam bag, cam rasa bersalah plak nak buang merat-rata.

Akhir sekali, manusia adalah ciptaan Allah SWT yang paling sempurna, sempurna dari segi fizikal , akal fikiran dan segalanya. Akar fikiran bukan nak disimpan kat kepala lutut tapi digunakan sebaik mungkin. Sapa buang sampah merata-rata #dasarletakotakkat kepalalutut.sekian terima kasih *Sapa undi memon nanti memon belikan besikal choper*

Sapa buang sampah sarap dlm handbag gimi five!!!!!!!!!!

Thursday, February 23, 2012

cerita orang kebanyakan berkelulusan SPM .............




Aku rasa pembuat cite hantu ni punyai  imiginasi tersangatlah  tinggi sampai boleh bayangkan rupa hantu, wa salute .kui kui kui



Gambar fresh from farm, Firdaus tengah nak beli nasi ambeng, tu yang muka ceria.



Petang semalam balik keja aku terus pegi pasar malam, singgah jak kat tempat cina jual cd , saja belek-belek cd, amboi kemain banyak cd hantu kat pasaran sekarang ni. Aku nampak ada lebih kurang 20 keping cd hantu, cina tu nampak aku belek-belek cd, dia datang kat aku



cina jual cd : dik mari beli kubur berasap , baru punya, manyak hantu oooooo

aku : lu sudah tengok ke? saya sudah tengoklahhhhhhhhhhh, pirahhhh kubur berasap asap asap sangattt


Jahat sangat aku , cam ganster terus blah cam tu je , biar  cina tu cakap sorang diri.. kalau kat petaling street , mau aku kena kejar. wa tak takutlah wa akak kawasan . Korang jangan nak tiru cam lagak aku plak, aku bini ganster tak pelah.kui kui kui


Aku rasa kalaulah pembuat cite hantu ternampaklah hantu sebenar, mau dorang lari   tak cukup tanah .  Seekers /paranormal ni pun satu  , boleh  plak dorang buat  keja mencari hantu/makhluk halus , kita mintak dijauhkan dari jumpa maupun terserempak ngan hantu atau makhluk halus . Pendapat aku  yang terbaek , kita ikut pepatah melayu sarang tebuan jangan dijolok, kalau dijolok buruk padahnya.  Tak  payahlah   jadi seekers/paranormal,  rasanya   lebih baik  jadi rukun tentangga, meronda kawasan taman perumahan dan kampung , boleh gak mengurangkan kejadian pecah rumah tak pun kejadian ragut yang berleluasa sekarang ni  . kang kalau betul -betul hantu datang mengacau cam mana,hantu kak limah  yang mengacau tak pelah kan. I like .kui kui, jangan marah noh, nanti kena jual.

Kalaulah  aku salah sorang  dari  ahli lembaga penapisan  filem ,lama dah aku reject filem dan drama hantu ni. Menonton  cite hantu ni,  otak langsung tak boleh  berkembang ,  katanya suami aku. Tak dapat apa pun,  melainkan  rasa seram semacam  bila duk sorang kat rumah, ada tu sampai nak ke bilik air  pun  mintak orang temankan. Aku rasa kalau  budak-budak  kategori umur  sebaya  Firdaus menonton cite hantu, mau  dalam hati dorang   berkata-kata " cam tu ke muka hantu, eerkkk takutnya saya " .Sapa nak jawab, mereka dan keluarga mereka gak kena jawab. The moral of the story janganlah bagi anak-anak kita yang bawah umur menonton cite hantu. peace no war.

Aku cadangkan pengiat seni tanahair  banyakkan buat filem dan drama yang memberi kesedaran sivik pada kanak-kanak dan orang dewasa. Kesedaran sivik sebenarnya merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan kita . Kita megah sangat mengatakan negara kita dah maju dan pesat membangun namun tanpa kita sedari kesedaran sivik dikalangan rakyat Malaysia begitu rendah. Tengok jelah kat perhentian bas , taman bunga, taman rekreasi dan kat mana-mana sajalah sampah sarap dibuang merata. Kesedaran sivik tu sebenarnya kena bermula dari rumah. Semua orang harus ada kesedaran sivik yang tinggi. Didiklah anak-anak kita sedari kecil lagi tentang adab, sivik dan sebagainya.kang kalau aku huraikan satu persatu bab  adab dan sivik tak cukup satu hari . kui kui kui

Pernah satu hari tu aku ternampak ngan mata kepala aku sendiri , seorang ibu tanpa rasa bersalah membiarkan anak dia membuang bekas minum  dihadapan  pintu bank.  erkkkkkk mungkin masa belajar dulu dia tak khatam bab kesedaran sivik ni, tak pun dalam kelas tak bagi tumpuan sepenuhnya masa cikgu sivik mengajar. Orang islam ada belajar sivik ke kat sekolah? serius ni aku tak tau? Zaman aku dulu belajar tatarakyat : ) Ramai dikalangan kita mampu pakai BMW, tapi dalam masa yang sama tak mampu nak terapkan kesedaran sivik, cam bagus-bagus je buang sampah keluar tingkap dari dalam kereta. Ada tu aku pernah nampak kat station komuter, sorang lelaki tu pakaian kemain bergaya, siap bertali leher bagai ,tup tup ngan muka selambakodok ,  depan aku dia buang kotak rokok kosong . cissss berdebah.







Apa yang ko bebelkan labu dari cite hantu menjajau ke cerita kesedaran sivik plak. korang rasa boleh diterima pakai ke cakap orang kebanyakan yang berkelulusan spm macam aku ni? eerkkk skema tul. Kawan-kawan , kalau rasa bebelan ni boleh diterima pakai sila tekan like ye Sumpah aku main-main je : )

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina