Showing posts with label outing bersama family. Show all posts
Showing posts with label outing bersama family. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Makan besar di petang 1 Syawal-laki aku bukan gay X

Salam Aidilfitri................

Selesai sudah cerita di   pagi dan tengahari syawal  marilah kita sambung plak cerita di petang syawal . Dalam bulan puasa lagi suami  aku ada bagitau  aku  yang dia berhajat  nak belanja  mak  dia yang tersayang makan  di Restoran seafood, demi merealisasikan hajat suami aku petang syawal tu berangkatlah kami anak beranak ke Restoran Port Village, restoran  ni memang menjadi pilihan family aku setiap kali teringin nak makan seafood , disini harganya makanannya  berpatutan dan kebanyakan seafoodnya  fresh  .
 
Masa kitaorang sampai tempat duduk diluar  restoran ni dipenuhi ngan pelanggan kalau ada pun hanyalah dua atau tiga tempat duduk kosong je  di dalam bilik berhawa dingin , habis nak buat cam mana  nak tak nak terpaksalah  kitaorang duduk di dalam bilik  tu. Sangaplah penghisap rokok tegar .la la la la la
Pelayan lelaki yang terover. sila ambik perhatian suami aku bukan gay x.Buktinya bulu tangan dan kaki  suami  aku meremang selepas dipeluk oleh pelayan lelaki yang terover tu.

Suami aku  sedang menunjukkan bulu tangannya yang meremang kepada pelayan lelaki tu

Tak habis-habis nak menepek kat akak
Sesekali berjumpa anak ngan mak ni ada saje yang nak dibualkan
Tahu jepun  sizzling menjadi feveret MIL
Kailan ikan masin dan lala masak apa ni haish aku lupa plak namanya .Lala ni mantop sedap cam tak cukup je.
Apalah yang dua beranak ni tengah happykan?
MIL aku tengah menolong Firdaus mengambil lala, suka sangat Firdaus ngan lala ni
MIL aku sukalah ngan masakan cam ni tak pedas sesuailah ngan tekak dia
Ikan merah stim kicap cair dan halia ni menjadi feveret kami sekeluarga ,  isi ikannya  manis dan sedap



Okeylah sampai di sini je buat hari ni  , lenkali kalau ada masa  aku update lagi ye.



Saturday, June 9, 2012

Biar gambar menceritakan segala-galanya -tips outing bersama family


Hari  ni  kami sekeluarga di sini.


 Mata besday boy macam nak terlelap je.
Telur rebus  aku tak kupas dari rumah takut cepat basi nanti  bila dorang  nak makan nasi lemak masa tu baru aku kupas .
Tak semestinya  bila outing bersama family kita  kena mengeluarkan belanja yang lebih. Terpulang pada diri masing -masing tepuk dada tanya selera. Bila outing bersama  keluarga aku memilih untuk membawa bekalan makanan dari rumah.

Makanan yang aku sediakan
1)nasi  lemak
2)bihun goreng
3)kek

Kacang goreng bersama bawang putih dan daun kari  feveret suami aku. Timun pun aku tak kupas dari rumah nanti takut tak fresh .

 tak takut kena pisau ke?

 Suami aku warning "jangan letak gambar saya nak  femeskan blog awak. " ada aku kesah.
 Besday boy 
 Lepas mandi mesti perut lapar.Masa ni nasi lemak aku paling laku.

 
Sedap
 Sedeh dengar statement suami aku "hampir  berbelas tahun tak mandi sungai" Aku bagi can dia dengan Firdaus mandi sungai dengan sepuas-puasnya . 







 Bukan kaki Yuna










 Baju merah ngan baju hitam asyik berkelahi









Seharian menghabiskan  masa bersama keluarga  adalah saat yang membahagiakan.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina