Tuesday, August 28, 2012

Cerita sebelum menjelangnya raya ; 1 syawal 2012

Salam Aidilfitri..............

fuhhh Jenuh aku nak menghabiskan cite pasal raya tapi tak pe  aku akan update  satu persatu biar lambat janji ado ye *motip pujuk diri sendiri* Sambutan hari raya kat rumah aku ni biasa-biasa je tak de apa yang special cuma yang specialnya rumah aku ni akan  memasak juadah hari raya  mengalahkan dalam rumah didiami terlalu ramai penghuni dan berpuluh-puluh orang akan berkunjung ke rumah masa raya nanti. Nak buat cam mana  dah terbiasa dari  arwah mak masih hidup dia akan memasak lebih sedikit juadah hari raya dia kata ,nanti kalau jiran -jiran  dan saudara mara datang berkunjung boleh dijamu ngan pelbagai  juadah. Selepas  arwah mak pergi  buat selama-lamanya aku plak meneruskan adat resam  arwah mak.

Dua hari sebelum menjelangnya  raya lebih kurang pukul 6 pagi aku ajak yuyi pegi ke  pasar beli barang basah dan bahan -bahan utama untuk memasak juadah hari raya contoh lengkuas, serai, kerisek , santan dan bermacam -macam barang lain.
Ayam 5 ekor dah siap potong
5 kilo daging kambing , aku terlupa nak suruh dia potong jenuhlah aku bersila duk memotong kecik daging kambing tu.

Setiap kali Raya yuyi memainkan peranan penting juge dalam menyediakan bahan-bahan untuk aku memasak juadah hari raya, kalau tak de dia susah gak aku . Suami dan gula-gula hack dah ambik alih tugas mengemas rumah.

Abaikan rambut yuyi yg kusut masai tu.
Memotong, mengupas, memesin, menghiris semua tugas tu bagi kat yuyi.
Proses membuat sambal kacang aku yang mantop *matik puji diri sendiri*

arghh lupa plak kacang tanah ni berapa kilo, aku rasa lebih kurang dua kilo-sangrai tanpa minyak hingga naik bau
Mengoreng kacang tanah je  aku tak boleh bagi kat yuyi nanti hanggit saper nak jawab ,mengoreng kacang tanah ni kena ada kesabaran yang tinggi .

2) Bila kacang tanah dah naik bau dan cukup empuk , biar  sedikit sejuk kemudian buang kulit dan tampi
3)kisar sederhana halus mengunakan kisarkering
4)Bahan wajib untuk buat sambal kacang
5)2 paket udang kering cuci berseh , tuskan dan kisar sederhana kasar mengunakan kisar kering
1)tumis  hingga pecah minyak dan naik bau 2 atau 3 senduk  (lengkuas+serai+halia+kunyit hidup+bawang putih+bawang merah kisar halus- bahan tumisan yang sama untuk  buat rendang)
2)tumis hingga pecah minyak 2 atau 3 senduk cili mesin
3)tumiskan sekejap udang kering yang dikisar tadi
4)masukkan satu tin  tomato puri kimball-kacau sekejap
5)masukkan lebih kurang 1 liter air-biar agak mendidih
6) masukkan kacang tanah yang dah dikisar tadi
7) Biar agak mendidih masukkan gula dan garam sebagai penambah rasa
Ayam masak merah-resepi nantilah dulu ye mak tengah tak larat ni almaklumlah tengah period
Sempat lagi aku ngan yuyi menambah koleksi tart nenas ngan 3 adun dapatlah lebih kurang 300 biji-kalau tak silap aku

Selalunya setiap kali raya aku anyam ketupat tapi dah dua kali raya ni aku tak berdaya makanya aku wat nasi himpit jelah. Nasi himpit aku buat sendiri aku malas nak pakai nasi himpit segera sebab  cinonit sangat .
Awal pagi lagi aku  dah siap basuh dan tuskan beras supaya senanglah nanti aku  nak isikan dalam plastik tahan panas.
Aku sukat beras yang akan dimasukkan dalam plastik tahan panas mengunakan  cup supaya tak de lah nasi himpit aku nanti terlari sukatan
Plastik  beras yang sedang menunggu giliran hendak dijahit
Jangan lupa kemaskan  plastik ngan jahitan atau stapler atau apa saje alat  supaya beras tak terburai keluar dari plastik
Rebus  nasi himpit di dalam periuk yang  berisi air dan dibuh garam dan daun pandan.rebus hingga nasi himpit masak sepenuhnya
Lauk sampingan kari kambing bersama kentang
Lauk sampingan rendang kambing
First time raya tahun ni Firdaus pandai main mercun, main mercun ngan gula-gula hacks

Cerita 1 syawal
Walaupun arwah emak dah tak de namun setiap kali raya kenangan bersama arwah mak kekal buat selama-lamanya buktinya pinggang mangkuk dan cawan turun ni temurun dari arwah mak.
Firdaus dah tak sabar nak menghulurkan duit raya kepada teman -teman yang berkujung ke rumah terutama cikgu memon.ha ha ha  the problem is adakah cikgu memon dan teman firdaus tahu dimana terletaknya rumah firdaus.Cian Firdaus yuyi asyik menyakat dia dia,  sepuluh sekali kejap dia kata kat Firdaus "firdaus ! cikgu memon datang."harus cikgu memon kat rumah tersedak-sedak.
Siadik leka memerhatikan siabang mamam
Abaikan yuyi yang tengah bersiap tu 
Saperlah yang diperhatikan oleh My laling ngan gula-gula hacks tu , seolah -olah ada tiger show disitu.la la la
kawan ofis merangkap kawan lama bersama adik dan maknya  yang  setiap kali raya setia berkunjung ke rumah buruk aku ni .
Kawan ofis aku ni kenal yuyi dari yuyi budak hingusan lagi . Kak limah tertinggal keretapi tak dapatlah dia merasa ayam masak merah aku yang kelas tu*matik puji diri sendirikan*
kawan opis lagi ngan yuyi- eh eh eh  gaya tangan sama je.
gambar yuyi menjadi penutup entry 1 syawal aku-gambar aku tunggu  tahun depan atau tahun-tahun yang akan datang ye.


Akhir kata  Selamat menyambut 1 syawal yang dah seminggu meninggalkan kita .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina