Showing posts with label pasar ramadhan. Show all posts
Showing posts with label pasar ramadhan. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Gambar secara rawak-juadah berbuka bagi mengurangkan bebanan kewangan

 Salam Ramadhan......................

Baca betul-betul  kemudian fahami  tajuk tu . yes aku memang beli juadah untuk berbuka sebabnya aku rasa cam tak berbaloi nak memenatkan badan aku memasak bagai sedangkan yang nak makannya 2 orang dewasa dan sorang budak tecit .*tecitlah sangat* the moral of the story lebih baik aku beli juadah berbuka yang main tunjuk-tunjuk daripada  aku terkejar-kejar masa.*ponat den*  Tunjuk atau tak tunjuk tak penting yang penting kita kena  menunjuk secara berhemah dan berjimat cermat.la la la la .Kat rumah aku tak de orang yang cerewet pasal makanan terutama suami aku kalau  sebulan aku bantai beli nasi tomato pun dorang bedal tak banyak cite.Tak percaya udah namu dollah nenen mu sebelah.ku hitung -hitung dah seminggu rumah aku ni berbuka ngan nasi tomato.dasat baru aku perasan.

Juadah berbuka puasa hari ke 6
Firdaus ngan nasi tomatonya
 Aku ngan yuyi punya selera yang sama
 lemang ngan rendang kerang(boleh tahan gak rendang kerang tu punya rega)
 haish mamat ni tak boleh tunggu aku habis  ambik gambar ke.nak interframe plak.
Juadah berbuka puasa  hari 7
Nasi tomato bersama ayam percek
 Sila percaya nasi tomato lagi.Kalau nampak juadah banyak cam ni maksudnya anak-anak aku ada kat rumah.
 Ayam percek bersama sos
 Lan popia(sambal popia tu sila kurangkan gula ye bang, kalau cam ni punya manis masuk dua minggu makan popia abang lan mau ada yang berpapah ke hospital)

Juadah berbuka puasa hari ke 5  
 kan aku cakap kedai monica murah sepack cam ni RM3.50.Allah panjangkan umur datin sabariah.
 Nasi tomato lagi*sila jgn muntah* Abaikan budak yang terlebih bedak tu
 Ayam masak merah
 Goreng cili suhun ,kentang,tempe ngan tahu-terbaek suami aku paling suka.
 Masak lemak nangka ngan ayam
Semua juadah berbuka puasa hari ke 5 aku beli dari gerai Monica lawensky, murah sedap dan berbaloi-baloi.


Sekadar luahan hati

 Hati kalau dipaksa akan menjadi tak baik. Hidup adalah  tentang pilihan dan membuat keputusan..

Tuesday, August 9, 2011

Tempat jatuh lagi di kenang

Salam Ramadhan...............


Sebenarnya pagi ni aku nak tepek gambar juadah sahur subuh tadi, tak jadi plak bila teringat gambar petang semalam kat pasar Ramadhan tempat aku dan anak-anak membesar.

Aku rasa cam special sangat gambar ni. Bukan cantik tapi ntah , gambar ni cam kenangan aku dan anak-anak.




Gedek courier sevices jangan pernah rasa tercabar.

Anak lelaki aku meninjau-ninjau juadah berbuka puasa. Dalam hati ada taman, sambil meninjau sekali awek -awek cun.



Kalau nak makan murtabak, aku akan setia mencari pakcik ni. Kena beratur , siapa cepat dia dapat.



Yuyi tercengang kenapa plak?

Anak-anak aku suka ngan pasar Ramadhan ni sebab banyak orang tempatan. Padang belakang tu arwah adik selalu main bola ngan kawan-kawan.

Lepas beli juadah berbuka, yuyi teringat nak main tikam. Kami pegi ke kedai Apek. Time aku kecik kedai apek ni kedai papan. Time Yuyi dah besar kedai Apek tukar flat.




Depan kedai apek ada longkang kecik, yuyi pernah jatuh kat situ, dahi dia berparut sampai sekarang. Aku cakap ngan yuyi "tak baik beli tikam, dosa." yuyi jawab "alah , ini nak ingat memori masa kecik." Anak lelaki beli tikam RM4.



Kuil India di belakang tu dirasmikan oleh Datuk Samy Velu pada tahun 1982.

Bukak tikam dalam kereta , Terima kasih maksudnya tak dapat duit.



Ini maksudnya dapat 60 sen. Total semua kami dapat RM2.30. Lepas tu kami tukar ngan air kotak teh bunga.



Riang ria dapat air kotak teh bunga.

Kemudian lalu sekumpulan budak remaja perempuan , aku pelik.

Aku tanya yuyi "sekarang mak tengok banyak budak perempuan yang suka pakai eye liner cam Amy winehouse kan."

"alahhh, cuba mak tanya lagu Amy winehouse yang dorang tahu,"statement tak boleh blah yuyi.



Tempat jatuh lagi dikenang, apa lagi tempat main tikam...



Jumpa lagi..............di lain waktu.




Thursday, August 4, 2011

MATCHAM MATCHAM

Salam Ramadhan...............


Pejam celik pejam celik dah hari keempat umat Islam berpuasa......... rasa tak sabau nak raya plak.boleh gitu

Bujal jangan marah ye guna pencarian matcham matcham sebagai agen pelaris blog. Kebetulan cite hari ni tentang macam macam kat pasar ramadhan.Semenjak dua menjak ni aku rasa cam nak untung lebih dari nuffnang. Tak lama lagi Raya , tak sabau nak dapat cek ribu riban.

Petang semalam jalan jammed, sampai rumah mahu dekat pukul 7 malam, apalagi terpaksalah membeli belah kat pasar ramadhan. Selalunya aku bajet RM10 je, kena bajet takut terlebih beli, membazir, yang makan 3 orang je.

Tak sangka jumpa peniaga yang guna tips lariskan business, entry semalam , tapi dia ni terlebih plak , main kasar bak kata bujal.

Jom ronda-ronda pasar ramadhan



gerai Kak limah aka HKL bersama sanak saudara. Kat situ je dia konker 3 tapak, kalau lepas ni tak kaya cam Donald Trump, tak pek den nak nolong.



Bahan jualan ikan bakar, tinggal sikit je kan sebab tadi dah habis jual 70 ekor.boleh gitu.



Cucur udang dia terbaek. Kalau bab beli kueh aku memilih , kueh mesti menepati standard piawan orang dolu-dolu. boleh gitu. Kueh yang rupa buruk lagi sedap tau kalau nak dbandingkan yang molek-molek tu.

1)Okey cucur udang ni lulus, sebab tak de obat-obatan disertai ngan udang sederhana besar tercongok kat atas cucur.
2) Sambal cucur udang mabeles dan pekat.



Ini dah main kasar, setahu aku semalam tak hantar pun cheese tart, selamba badak dorang cakap cheese tart dah habis. Dorang tak tahu kot akulah penghantar cheese tart tu. Nampak kat situ tektik nak untung cepat. Sapa untung aku gak.

Bila mood nak hantar cheese kat gerai kak limah ni come back , berniaga sehari je hari tu. India yang beli cheese tart hari tu dah tanya kat kak limah.

Lupa plak dulu semalam pegi pasar Ramadhan kat flat MIL kak limah, beli nasi ngan ayam rendang tuk Firdaus kat satu gerai ni,sebelum beli aku tanya ngan akak tu samada rendang tu pedas atau tak, kalau pedas sangat takut Firdaus tak boleh makan, yang best akak tu jawab "akak puasa dik". Nasib baik ada suara -suara halus seperti berbisik di angin lalu "ini bulan puasa ko kena sabau skit". Tak habis Firdaus makan nasi ngan rendang ayam tu sebab terlampau pedas.cian dia.



Okeylah sampah dah banyak, nak pegi sapu jap..............

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina