Showing posts with label sawi goreng. Show all posts
Showing posts with label sawi goreng. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Tertunailah hasrat hati

Macam ku kenal  tajuk tu , tiba-tiba teringat  kak Ina KLsajekan  dah terang lagi nak bersuluh.Kalau aku bagitau yang tajuk aku tu kebetulan sama ngan nama blog kak Ina KL nampak sangat aku kelentong .Sejujurnya aku tak pandai sangat nak kelentong kelentong  ni. Masa aku tengah fikir tajuk yang sesuai dengan cerita aku hari ni tak semena -mena  aku teringat Kak Ina KL sebab tu aku buh  tajuk Tertunailah hasrat hati . Percayalah dalam dunia realiti  jarang  jumpa perkara kebetulan lainlah kalau dalam sesebuah  drama atau filem  perkara kebetulan tu sengaja diujudkan untuk menyedapkan cerita. la la la la.

Semalam aku ada bagitau yang aku dah tunaikan permintaan  Firdaus nak makan  sawi hongkong goreng dan ikan Jenahak masak sos.Hari ni aku ada sedikit rajin nak menepek resepi yang tak berapa best sangat  bolehlah kalau nak buat geli-geli. Resepi aku kebanyakkannya mudah banget sesuailah untuk ibuk ibuk  yang berkerja .

 Main lambak je ;1 inci  halia hiris bulat-bulat, 6 ulas bawang putih main pecah-pecah je dan 1 labu bawang holand hiris nipis.
 sawi hongkong yang dah siap dicuci , berseh dan tuskan
 Sawi hongkong ni aku goreng ngan ikan bilis dan bawang putih je . Kalau nak sedap kenalah tumis bawang hingga naik bau dan bawang bertukar kaler kecoklatan jangan sampai tukar kaler hitam udah  cam tu punya kaler sah sah kena loyong dalam tong sampah
Ikan jenahak ni hasil pancingan suami aku masak 6 ketul bersaiz sederhana besar.

 Ikan Jenahak yang dah siap di goreng 
 Bila masak time subuh hening kalau boleh aku akan pilih resepi yang paling simple
1)Tumis  bahan hirisan &  sebatang kayu manis hingga naik bau
2)masukkan sos cili(ikut suka), tumis sekejap.buh sedikit gula dan secubit serbuk perasa
3)masukkan lebih kurang 250ml air-kacau hingga agak mendidih-guna api sederhana
4)Curahkan sambal sos kat atas ikan  Jenahak goreng tadi.

 
Ikan Jenahak masak sos 



Sekadar luahan hati


Akhirnya aku terpaksa mengorbankan salah satu blog aku . Sayang  mana tak sayang habis tu  dah tak de alternative lain untuk menyelamatkan blog yang sekarang ni. Aku dah penat nak fikir  sampai pada satu tahap   aku  rasa macam nak bersara dari dunia blog .

untuk sepupu

salam zatul, Alhamdulillah aku baik seadanya.Terima kasih wish yuyi malam nanti kalau dia ada call InsyaAllah aku akan sampaikan pesanan kau tu ye. Aku mana boleh lupa ngan kau ,petang 13/7 lepas kebumi arwah mak aku (ko panggil mak long) kau  hulurkan  sepit rambut kat yuyi bila kau dapat tahu yang hari tu besday yuyi  kebetulan  kan besday yuyi  jatuh pada tarikh yang sama ngan kematian  arwah mak ,  sumpah peristiwa 13 tahun dulu masih aku ingat sampai sekarang. 

Al-Fatihah ~Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh arwah mak ~

Thursday, June 21, 2012

Jangan cari salah orang lebih baik cari salah sendiri

Pelik kenapa kita nak  kisah samada blogger lain  percaya atau tidak dengan kita.penting ke?Perlukah kita nak membebankan diri sendiri berfikir sampai separuh nak mati samada orang percaya atau tidak dengan apa yang kita tuliskan, apa yang kita luahkan, apa pendapat kita  dalam blog kita sendiri?. Kalau kita  berperangai sedikit tak semenggah jangan ingat semua orang berperangai macam kita, ye dak. Bila  kita jujur dan ikhlas dalam perbuatan kita sehari-hari kenapa kita perlu  takut dengan judgement orang lain. Ini blog kita sukahati kitalah nak tulis apa pun cuma  janganlah sampai tulisan kita itu menjatuhkan maruah orang lain.Kita dicuit tak pe lagi jangan sampai keluarga kita dicuit mahu kita  melenting. Kita tak nak keluarga kita dicuit kita janganlah mencuit keluarga orang lain ye dak. Setiap orang sayang  keluarga masing-masing termasuklah aku kalau tidak takkan aku tutup kotak komen hanya kerana menerima  komen mengutuk Firdaus  seorang kanak -kanak yang tidak  berdosa . Dah jelas  ada sedikit kebabian disitukan.Sedihlah masih ada manusia bangkai macam tu .Hobi aku masa lapang aku suka  baca blog orang lain tak kisahlah  samada blog tu ada gambar atau tidak   janji bukan blog skim cepat kaya. Aku dah set mind aku dalam hidup ni bukan senang nak jadi senang .la la la la 

Juadah malam tadi simple je sekali lagi aku masak sardin feveret firdauslah katakan.

Sawi goreng ngan ikan bilis dan sos tiram
Sardin goreng ngan cili api tak berapa pedas
 
sambal goreng. cili api ngan ikan bilis tumbuk.sangrai sekejap ngan sedikit minyak , buh sedikit air asam jawa, sedikit gula ngan secubit kecil serbuk perasa -guna api kecik
Telur dadar berkucai
 sambal goreng tak  boleh ambik banyak pedas + + +
Sekarang ni suami aku tengah demam selsema dia tak berapa selera nak makan itu kata dia tapi bila nampak je sambal goreng  ni dia terus ambik nasi, tak selera konon.


Sekadar luahan hati

Cerita ku pendam sebuah duka tu nanti ye bila senang malam nanti aku akan asah otak aku ni mengarang cerita tu.






Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina