Sunday, March 25, 2012

copenhagen on my mind-from copenhagen to Port Klang

Salam kengkawan

first sekali memon nak tanya, betul ke ejaan ayat omputih memon tu. Buah cempedak diluar pagar, ambik galah tolong jolokkan, memon budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. kui kui kui. Hai kengkawan tengah wat apa tu, memon tengah goyang kaki , baru balik dari copenhagen. Mesti korang jeleskan, dalam hati  mesti duk tertanya-tanya , dari mana  memon dapat duit  sampaikan  boleh makan angin ke  copenhagen. Jangan tanjat ,memon makan angin ke sana ngan duit   hasil jualan cookies . Pada sesiapa saja kat luar sana yang ada meyimpan cita-cita nak ke copenhagen , from now on you all kenalah mengigihkan diri membaking beribu-ribu  cookies  , kemudian you all jual kat pasaraya berdekatan. errkkkk omputih konon, maaf ye kengkawan sejak balik dari copenhagen tempoh hari , memon berangan jadi mat salleh celup #pentipusangat#



papan tanda tu dah rongak sejak sekian lama hingga kini tak dibaiki , oleh kerana itulah memon tolong  menggantikan ngan papan tanda yang baru, nasib lah kan


Hobi budak-budak Copenhagen di masa lapang , selain dari bersidai di stesen komuter copenhagen, .mereka juga suka banget bermain-main di landasan komuter. #memonbajetwartawantakbergaji kwang kwang kwang


Pelabuhan Copenhagen-macam aku kenal je tempat ni, tapi dimana ye ? opssss


Jangan ingat di copenhagen tak de KFC , untuk Firdaus ,harus order dinner plate(3 ketui ayam) baru dia kenyang.

Petua untuk mengelakkan anak -anak kecil tercekik tulang ayam atau tulang ikan ; pisahkan isi ayam atau ikan dari tulang kemudian siat-siatkan isinya.


memon diet, makan colonel burger je #burgetbajet , apa yang memon pelik, bertahun memon diet tapi masih tak kurus-kurus.
Lepas makan KFC , aku bawak Firdaus gi pasaraya yang tak berapa nak besar di copenhagen, alah apa ke nama pasaraya tu, jap jap aku nak ingatkan nama pasaraya tu , garu kepala jap errrkkk baru aku ingat pasaraya Giant.





Recycle bag ni mengingatkan aku pada guni beras : )

you all rasa kat copenhagen ada jual dark chocolate jenama Van Houten ngan Dove tak? Entah kenapa semenjak dua menjak ni aku semakin mengilai Dark Chocolate *bukan mengindam hanya mengilai*



Kelakarlah simemon ni, Pahang,Kelantan, Trengganu, kelantan, kedah, sabah dan sarawak pun tak pernah sampai lagi, ada hati nak gi copenhagen #hantukkepalakatdinding



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU BERSAMA FAMILY TERCINTA

Saturday, March 24, 2012

memon & jenab orang yg sama-kerja sambilan dari rumah-masyukkkkk

Salam kengkawan

Tengah buat apa tu, memon tengah kira duit hasil pendapatan jual cookies #pentipusangat. Memon ni bab masak memasak memang rajin banget, cuba bab mengemas rumah cam haremmm, nasib baiklah suami memon dah masak ngan perangai memon yg pemalas banget, kalau lelaki lain dah lama memon kena humban jauh jauh. Walaupun memon malas nak kemas rumah, suami memon terima memon seadanya , dia kata dia sayang memon sampai mati. Nampak sangatlah pentipu, entah entah tanah kubur memon masih merah , dia kahwin lain. mamposs memon kalau dia terbaca statement memon ni.

gurau gurau gak, masa keja memon serius , memon tak suka orang orang yang malas keja , tahu nak tadah tangan je ,tak moh usaha cari duit sendiri sedangkan Allah SWT dah kurniakan kudrat tulang empat kerat. Memon frust gila ngan orang -orang cam tu. Dolu-dolu memon susah, pernah tu sampai makan nasi ngan garam , tapi memon tak patah semangat , terus berusaha sampai jaya selagi hayat dikandung badan. #yeyeoje

Memon puji banget sikap prihatin  rakyat Malaysia terhadap orang orang susah,pendapat memonlah, daripada bagi orang-orang susah tu makan atau barang dapur, apa kata kita cadangkan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan atau perniagaan untuk dorang . Dari situ nanti dapatlah kita  mengukur sejauh mana kemampuan  dorang  nak memajukan diri sendiri..*memon lega jika tercalon pada pilihanraya akan  datang* 

Hari ni memon baik hati , memon nak kongsi idea ngan orang orang yang nak tambahkan pendapatan.


bajet memon ciput, memon guna badam hancur yang disangrai guna oven.



memon pemalas, memon cilok resepi dari blog tauke kek dari  negeri johor darul takzim.Jangan marah adik kawasan


CHOCOLATE CHIP COOKIES

by Rima

200gm marjerin
50gm butter (aku guna 250gm buttercup)
70gm gula kastor
90gm gula perang
3 biji kuning telur (aku guna gred B)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh coffee oil (aku guna coffee emulco)
120gm coklat cip
100gm hazelnut/gajus/walnut - dipanggang dahulu (aku guna gajus dengan walnut)
*350gm tepung gandum
*15gm serbuk koko (aku guna 20gm serbuk koko van houten)
*1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
(bahan * diayak bersama)


CARA-CARA :


1. panaskan oven 160 darjah celcius
2. griskan loyang pembakar guna butter/marjerin (tak buat pun...ehehe)
3. pukul butter + gula kastor + gula perang sehingga sebati
4. masukkan kuning telur satu persatu.pukul lagi sehingga sebati
5. masukkan esen vanilla, coffee emulco dan garam.pukul lagi.kemudian masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit.gaul dengan hujung jari hingga menjadi doh
6. masukkan coklat cip dan kacang-kacang tadi yang telah dibakar terlebih dahulu.gaul sebati
7. sudukan sedikit adunan ke atas loyang pembakar.tekan sikit dengan garfu.(adunan bila dibakar tidak akan mengembang.sebab tu kena leperkan skit guna garfu)
8. bakar dalam oven 15-20 minit
9. tunggu sejuk sebelum masuk ke dalam bekas (satu adunan menghasilkan 100+ biji biskut)



show off chocolate chip cookies memon yang sedap dan cantik molek banget.................



Chocolate chip cookies yang masih panas , sejukkan atas redai dulu kemudian baru buh dalam botol.


Fresh from farm, chocolate chip cookies yang baru habis dijual minggu lepas

Dari testimonial kawan-kawan opis memon, ramai yang memuji chocolate cip cookies ni sedap banget, rata-rata pelanggan memon akan membuat belian  ulangan kerana ketagih ngan cookies ni #pentipusangat

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan, tak de yang mustahil dalam dunia ni , tepuk dada tanya selera. Pilihan ditangan sendiri samada nak terus jadi gelandangan atau nak tunggu tersenarai dalam bersamamu.kui kui kui

Nasihat memon pada blogger kat luar sana jangan cuba -cuba nak order chocolate chip cookies ni , memon tak jual ye. Tujuan memon show off cookies semata-mata nak  berkongsi idea ngan orang kat luar sana  yang nak menambahkan pendapatan . Niat memon baik tau .



Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina