Showing posts with label pasaraya Giant. Show all posts
Showing posts with label pasaraya Giant. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

Petang minggu aku ; Are U Hot Enough ; waroeng penyet

Petang minggu tu  yuyi ajak aku beli barang dapur  kat pasaraya Giant. Aku on je kebetulan aku memang dah kehabisan barang penting macam ubat gigi dan axion. Pasaraya Giant yang  yuyi ajak aku pergi ni  memang   tak de tempat makan yang dapat membuka selera kami anak beranak, kalau ada pun cuma jagung dan waflle  Nelson . Bak kata orang tua lain padang lain belalang lain orang lain ragamnya anak-anak aku ni cerewet sikit dalam memilih tempat makan. Cerewet anak-anak aku tu bukanlah bermaksud  mereka  nak makan makanan yang sedap je   tapi cukuplah   makanan yang  mereka makan tu   cukup rasa , cukup bahan dan dimasak dengan sempurna.itu je,simple kan.

Cadangnya, petang minggu tu yuyi  ajak aku ngan Firdaus  makan kat D'Tavern, tapi  tempat tu tutup plak kemudian di bawak kami  ke KFC tapi yang bestnya masa  dipertengahan jalan menuju ke KFC aku boleh suruh yuyi  cari tempat makan yang lain .Cari punya cari last sekali jumpa Waroeng penyet ala  cari apa kebendanya tempat makan ni bersebelahan dengan rumah yuyi  je.


Sesekali dapat makan sekerim peppermint kat pasaraya Giant

 Waroeng penyet di Harbour Palace kenalah dengan citarasa  yuyi yang sukakan makanan yang pedas++++ tapi kalau dengan tekak aku memang idaklah , sekiranya  aku nak makan gak  aku kena sediakan  dua botol air minuman bersize bagak .
 Ada je benda yang nak disembangkan
 Firdaus suka buli akak dia
 budak nakal
 Teh O limau ais ; pesan  aku  ; sila gunakan bekas minuman  yang agak stabil dan setaraf dengan  restoran yang ada klas (aku cuma nak bagi sedikit peringatan sebelum ada meja yang melayang dengan sendirinya :).
 Jus avakado kata yuyi kat seberang  sana femes air ni
  bakso terbaek
hidangan ayam penyet ; kasihan Firdaus kena makan ayam yang ada sambal pedas maafkan mak , mak tak  tahu yang  sambal tu pedas banget :(
Anak-anak ku semua , sebelum makan kena baca doa dulu



Sebelum makan sila pastikan  toilet kat rumah anda boleh beroperasi dengan  sempurna: )


Sekadar luahan hati

Hampir  80% kawan yuyi adalah  kawan lelaki . Daripada karektor dia aku percayalah sangat  yang kawan dia ramai lelaki dibanding pompuan. tapi cian sangatlah pada sorang budak  pompuan yang 24 jam mengaku yang ramai kawan lelaki dibanding kawan pompuan tapi bila bercakap style minah cintan dan kak nam OMG. lu gua lu  gua kau boleh ke?

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, September 6, 2012

Hobi yang buat orang sentap

Sampai hati ko kak limah ko membiarkan aku ngan sipumpkin terkapai -kapai kelemasan sakit dilambung ombak kerinduan,pui pui pui lenkali  jangan harap wa nak ajak lu keluar lunch, lu baca je lah blog gua kalau lu mau ambik tau kat mana  wa lunch ngan sipumpkin.Ada wa kesah siibu ketam cuba nak mengajar anak ketam berjalan secara lurus

Berbalik pada agenda semalam  ; lepas pegi klinik  balik tu aku ajak  yuyi pegi Cosway kat  Giant Bukit Tinggi, aku nak beli washing net ,  washing net yang aku beli kat JJ tempoh hari dah terbarai. aku  cukup suka ngan washing net cosway tahan lasak, bermutu dan jaringnya agak halus kalau nak dibandingkan  ngan washing net jenama lain, tetiba je wa  berfikir cara  Marketing Executive  syarikat Cosway  mempromosi produk cosway.

Yuyi  tunggu  dalam kereta  sementara aku beli barang kat cosway ,mungkin boring tunggu lama dalam kereta dia keluar pegi   food court terserempak ngan aku yang sedang menapau chicken chop untuk  gula-gula hacks, lamb chop untuk suami  . Aku , yuyi dan firdaus dah kenyang ,  sebelum  gerak pegi giant  kitaorang dah perkena Western food kat D 'tavern.

Dah lumrah setiap kali  jejak kaki kat Giant ni  tak sah sekiranya Firdaus tak bermandi peluh bermain  dekat playground  berselahan food court ni. Memandangkan yuyi dah lalok semacam disebabkan tak cukup tidur  aku hold dulu permintaan Firdaus. Yuyi plak cian ngan adik kesayangan dia tu seboleh-boleh dia nak temankan adik dia bermain kat situ  paling kurang sejam. Bila diberi green light  Firdaus apa lagi umpama tak cukup tanah dia berlari. Sementara tunggu firdaus habis bermain , Yuyi  oder kueh teow goreng  untuk dimakan kat tempat yang disediakan  berhadapan ngan playground .

No hp budak baju biru tu 10000100 , dia tinggal kat rumah hotel katanya Firdaus.
Mata dah lalok tapi dalam hati ada taman ; nak  temankan aku pegi pasaraya dalam hal ni sapa yang jadi mangsa pompuan indon  goreng kueh teow tu juge jadik mangsa .Ada ke patut ? masa yuyi oder kueh teow goreng  kat sorang pompuan indon linkungan umur 20an  dia boleh cakap kat  indon tu yang kueh teow  kat situ  dah siap digoreng awal -awal bila orang nak oder barulah dipanaskan .Bising  indon tu menafikan cakap-cakap yuyi  mengenai  kueh teow goreng kat situ .Muka sentap dowh  indon tu dengar statement yuyi , lagi sentap bila dia ternampak yuyi ketawa terbahak-bahak.Aku konpiusan aku tanya yuyi  kenapa dia cakap camtu. Alasan yang yuyi bagi tak masuk akal langsung , ada ke patut dia saje kacau indon tu sebab dia tengah boring . .cis yuyi ni dah tak de keja lain. ni lah salah satu hobi dia  mengacau budak pompuan yang bawah umur.
Abaikan muka yuyi yang macam minah pit ,  nampak sangat dia menahan mata dari mengantuk
Makan kueh teow goreng bersama Each A Cup blueberry smothie, kalau tak silap aku.

Wa cukup marah bila wa dapat tau yang kak limah  menyilentkan  hpnya , kalau wa  berfikir cara ganster  dari tadi wa dah  pijak Kak limah sampai lunyai nasib baiklah wa berfikir cara seorang perempuan yang lemah lembut dan bersopan santun serta ada potensi untuk dipilih menjadi ustazah pilihan. 

Thursday, May 17, 2012

lamb chop-sedap mabeles-marilah belajar

Mesti korang bengangkan tajuk lamb chop tapi  gambar ikan pecah periuk.tak tak aku tak tipu lamb chop nantilah dulu,  aku cite pasal ikan pecah periuk dulu ye. tungguuuuuuuuuu.

Kelakarlah dulu aku ingatkan suami aku saje petik petik  ayat pecah periuk  nak  gelarkan seorang kawan opis aku . Pada mula aku tertanya-tanya gak  dari  mana suami aku dapat nama pecah periuk tu. Minggu lepas suami aku balik mancing dia bawak ikan kata dia ikan pecah periuk. Bila aku dengar je dia sebut pecah periuk aku ketawa tak ingat dunia terus teringat kawan aku yang dapat gelaran pecah periuk dari suami aku. "jahat tau ayang ni gelar kawan saya cam tu, buruk tau pecah periuk", sambil ku  usap usap dada suami aku yang tak berbulu. ha ha ha aku nak taip pun geli apa lagi nak buat cam tu , percayalah tu  *pentipu sangat*. psstttt patut pun suami aku gelar muka dia cam pecah periuk *biarlah rahsia*

Dah lah tu kita cite pasal ikan pecah periuk plak ye, hari selasa hari tu jalan jam kat westport , aku sampai rumah dekat nak pukul 7.15 pm  cian  Firdaus jadi lapar  tunggu aku balik. Nak cepat punya pasal  aku masak simple je aku bakar ikan dalam aluminium foil.
2 ekor pecah periuk sederhana besar ngan dua keping isi ikan pecah periuk.Aku garam rempahkan ikan tu , aku gaulkan sikit jintan manis & jintan putih kisar. Bila semuanya dah bergaul mesra aku tutupkan ngan aluminium foil buh atas tray sedia untuk dibakar.
Aku dah tak pedulik bil api tinggi,  guna oven ngan tak guna oven sama je bil api aku, untung hilir baik aku lenjan  bakar ikan guna oven.Bakar 40 minit dalam suhu 200 darjah celcius.
cik ina do do cehng ko tak de pencicah yang lain ke? ko nak mampus ke asyik cili kicap je.Aku komen dulu sebelum korang komen dalam hati.kah kah kah

Jeng jeng jeng ikan pecah periuk bakar ready untuk dimakan


Mari kita belajar memasak lamb chop
Tangan aku sedang menuang black pepper sos ke atas lamb
Tangan suami aku plak menuang bleck pepper sos keatas lamb.berapa banyak tangan ni.
Jadilah satu hidangan lengkap lamb chop apa lagi ngaplah


Okey jangan lupa dapatkan lamb chop difood court  pasaraya Giant berdekatan anda.Murah je RM14 satu set.*lamb chop ni ajaran yuyi*

Pesanan khidmat masyrakat ini dibawa oleh blog cik ina do do cheng bukan blog gegirl.
Kalau rasa nak sepak aku sila sepak kerusi korang dulu. ha ha ha

The moral of the story bakar ikan dalam aluminium foil ikan rasa  tip top sedapppppppppp

Wednesday, May 9, 2012

Duit emas, makcik kayoooooo

Dalam minggu ni aku sibuk sikit almaklumlah   Firdaus tengah exam  kenalah  bagi  sepenuh  tumpuan pada dia. Sibuk sibuk gak , nak jugak menyelitkan  cite janji ado, ye dak.

Cite hari ni berkisar tentang anak-anak je, hari minggu hari tu yuyi ajak aku temankan dia beli  barang keperluan  rumah  kat giant . Seperti yang korang semua tahu dalam keluarga aku   Firdaus yang  paling kecik paling manja ,paling segala-galanya, bila  dalam kereta dialah yang paling banyak cakap terutama bila yuyi ada sekali .

Masa dalam perjalanan ke Giant dari rumah aku  , mulut Firdaus tak boleh diam, ada je yang  dia nak sembangkan, yang aku tak boleh menahan bila dia sembang  pasal duit emas.

Firdaus  : mak !!kawan Firdaus ada duit emas, dia tunjuk ngan Firdaus.

Aku "tanjat memon" : apa duit emas, kayanya kawan Firdaus tu.

Firdaus : ye mak  dia beli nasi ngan duit emas

Aku "lambat pick up" baru nak teringat duit emas 50sen aku yang duk dalam beg : Firdaus mak pun ada duit emaslah, tunggu jap mak ambik.Jenuh aku selongkar dalam beg nasib baik jumpa kalau tak  de tak tahu aku  nak letak muka ni : (

Dapat je duit emas tu Firdaus  terus belek cam orang tak pernah jumpa duit . Aku  gelak  dalam masa yang sama aku  kasihan plak ngan dia , kengkawan dia semua dah lama  merasa pegang duit , dia baru je nak merasa  pegang duit.  Selama  dia pegi sekolah ni aku memang  belum pernah lagi bagi dia duit belanja sekolah  . Syukur Alhamdulillah,  Dia  tak kisah, dia pun tak pernah minta dari aku  duit belanja sekolah, waktu rehat dia makan bekal yang di bawak dari rumah. Nanti bila dia naik darjah 4  baru aku bagi dia duit belanja sekolah, masa  yuyi ngan gula-gula hack bersekolah dulu aku buat perkara yang sama gak.



Duit emas duit emas makcik kayo


Sukanya Firdaus dapatduit emas
Minum milo anda jadi sihat

Firdaus ngan gula hack tak senonoh , milo tu belum bayar lagi dorang berdua  dah minum kasi habis
Tengoklah tu si Firdaus manja tak bertempat,  cam tulah gula-gula Hacks masa kecik cam tulah kejanya nak menepek je kat aku. Firdaus  ngan aku  tak delah mengada-ngada  cam tu,  ngan yuyi  je  sebab yuyi suka ikut kehendak dia. Entah apalah yang dia nak lagi tu, dia  nak pensil , kaler , peraut pensil yuyi dah beli.
Gula-gula hack ni masa aku ambik gambar pun sempat lagi nak berfacebook.

Sekadar luahan hati seorang ibu

Percayalah,  sebenarnya jauh disudut hati aku masih merindui zaman sewaktu anak-anak aku masih kecil.  Aku rindu nak lihat kembali  mereka merangkak, bermain ngan riang gembira ,  berlari berkejaran  disertai jerit pekik dan hilai tawa  mereka  , semua tu masih terbayang-bayang diruang legar mata ini.  Betapa cepat masa berlalu , sampai aku  tak perasan betapa pantas masa berlalu meninggalkan aku.Andai masa boleh diputar semula, alangkah..........

Masa tak boleh diputar semula, jadi sementara mereka masih bernafas dan  kita juga  masih bernafas, hargailah anak -anak kita, hargailah keluarga kita  dan hargailah kehidupan kita.

Akhir kata  SOH , opsss soo cold,  Majulah sukan untuk negara

Friday, May 4, 2012

Hula hoop , RASAMAS terbaek

Salam kengkawan, jangan tanjat memon plak , malam malam cam ni  aku update blog. Ni cite betul bukan cite tipu , saje je aku update sementara nunggu Firdaus mengulangkaji pelajaran minggu  depan dia   start exam. Update buat geli-geli je ni, cite  aku pegi Giant  teman yuyi beli ayam yang dah siap perap, yang bestnya sampai Giant  bukan ayam yang dibelinya , dia  beli barang-barang  dapur  plak. Seperti biasalah anak-anak aku ni kalau dah berkumpul bermacam ragam dan peel dibuatnya ;

Teringat  masa aku sekolah rendah dulu hula hoop jenis rotan  digunakan dalam aktiviti sukan tak tahulah sekolah zaman sekarang ada digunakan  atau tidak. 

Masa anak-anak ku tengah bizi berhula hoop kat situ, aku bagitau  dorang masa  muda remaja aku  terror berhula hoop . Anak-anak aku pandang aku cam tak puas hati je, apasal dorang ingat  masa aku muda remaja badan aku cam sekarang  ni ke, kalau badan  cam ni aku  nak berhula hoop gak  nanti  tak tahu sapa yang gelakkan  : (

Pasangan regu untuk separuh akhir olimpik 2012. Kenapa sekarang  dah tak nampak  hula hoop rotan cam zaman aku sekolah dulu? hula hoop zaman  sekarang cam tak best je. .

 "Akhirnya hula hoop dalam gengaman , tima kacih akak" Firdaus kata dalam hati. 
 Ingatkan  gambar ni nak hantar kat Nestle, tapi cam malas plak last sekali  tepek kat blog jelah.

Yuyi suka beli milo 3 in 1

 Minuman yogurt Nestle Bliss kegemaran anak -anak aku.

Tak jadi cari ayam yang dah perap kat Giant , yuyi ajak aku pegi  beli ayam percek kat kedai  Rasamas. Ayam Rasamas memang terbaek , kami sekeluarga gemarkan ayam rasamas. ceh ceh wah ada macam jurucakap Rasamas tak?


Firdaus  jeles sangat  bila aku  asyik  ambik gambar  gula -gula hack, gambar yuyi tak pe lagi.

 Nampak tak tangan Firdaus  yang cuba menghalang aku ambik gambar yuyi. 
 Gambar dia tak pe : )
 Ada   percubaan menghalang disitu.
 Okey masa ni Firdaus tak nampak
 selamat lagi ................
 Dia datang tak dapat aku ambik gambar gula -gula hack , dia siap suruh aku delete semua gambar gula-gula Hack yang ada dalam handphone aku.
 Firdaus tak sedar  yang  gula-gula hacks  ada di  belakang dia.
Masa ni yuyi ngan gula -gula Hacks tengah  geram ngan Firdaus  
Gula-gula hack  tengah bengang ngan Firdaus



banyak gambar yang aku ambik boleh plak aku lupa nak ambik gambar ayam percek yang yuyi beli. Terima kasih pada cik google .



Okey sampai sini je, Selamat malam semua  esok kita jumpa lagi InsyaAllah

Tuesday, April 17, 2012

Diamond dan pearl untuk golongan marhaen-dapatkan segera sebelum kehabisan stok

Petang semalam balik keja aku terus ikut kawan pegi pasaraya Giant.,cadang  aku nak beli sayur ngan barang dapur sikit kat situ . Firdaus aku suruh suami ambik dari sekolah , aku jimba-jimba ngan kawan kat pasaraya , baguslah sangat peel aku tu kan : ). Sementara tunggu suami bawak firdaus kat situ, aku temankan kawan beli tudung. Belinya tak sampai dua helai lebihnya mengacau anak dara tauke jual tudung , habis tu  kita orang geram sangat tengok muka dia yang cute semacam, nasiblahkan. Masa tengah leka mengaacau anak dara tauke jual tudung tu, aku ternampak kelibat siputih adik neolopak kat Guardian, apalagi melompat-lompatlah aku cam kera kena belacan. *pentipu sangat* . Bila blogger bertemu blogger mestilah ada sesi berposing sakan sampai tak henggat dunia, tempat yang jadi mangsa kedai tudung tu, mau angin anak tauke jual tudung entah apalah dalam hati dia kata, ada aku kesah janji kawan aku ada beli sehelai tudung rega RM35. Jahatkan beli tudung RM35 ada hati nak konker ngan kedai sekali untuk sesi berposing *bajet retis mangga* .


siputih dah ada yang punya, belah kiri tu masih single & available , sesiapa yang nak berkenalan sila cari dia kat muka buku

Fura kipas susah mati says : tudung ni sesuai tuk kak eton opsss

Aku kagumlah ngan tudung sekarang ni, dah macam-macam pesyen, tak lama lagi mesti ada yang buh pearl ngan diamond kat tudung.



Lihatlah doniya  bermacam -macam corak dan warna  tudung berada kat pasaran Malaysia ,  petik je macam mana korang nak garenti ada. Petik hulur duit bukan free tau .


Diamond Pearl untuk golongan marhaen, tak caya udah namamu dollah sambung sendiri..........

Petang ni aku nak masak kuah asam tumis ikan aku nak buh sekali Diamond pearl brinjal . Harap-harap keluarlah pearl ngan diamond dari dalam terung tu : )


Sekadar luahan hati aku

kes pintu toilet terkunci : motip orang tu menyiasat sampai ke lubang cacing, siapa yang buat toilet tu terkunci, Kenapa boleh terkunci, kenapa orang lagi satu datang opis hari sabtu, masalahnya sekarang kunci toilet tu ada kat tangan orang tu, apa masalahnya sekarang yang ko nak menyibuk tahu semua tu, bukak jelah toilet tu. Kenapalah dalam dunia banyak sangat manusia yang suka membesarkan isu yang kecil sehingga menjadi besar?

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina