Showing posts with label shopping sayur dan buah-buahan. Show all posts
Showing posts with label shopping sayur dan buah-buahan. Show all posts

Tuesday, April 17, 2012

Diamond dan pearl untuk golongan marhaen-dapatkan segera sebelum kehabisan stok

Petang semalam balik keja aku terus ikut kawan pegi pasaraya Giant.,cadang  aku nak beli sayur ngan barang dapur sikit kat situ . Firdaus aku suruh suami ambik dari sekolah , aku jimba-jimba ngan kawan kat pasaraya , baguslah sangat peel aku tu kan : ). Sementara tunggu suami bawak firdaus kat situ, aku temankan kawan beli tudung. Belinya tak sampai dua helai lebihnya mengacau anak dara tauke jual tudung , habis tu  kita orang geram sangat tengok muka dia yang cute semacam, nasiblahkan. Masa tengah leka mengaacau anak dara tauke jual tudung tu, aku ternampak kelibat siputih adik neolopak kat Guardian, apalagi melompat-lompatlah aku cam kera kena belacan. *pentipu sangat* . Bila blogger bertemu blogger mestilah ada sesi berposing sakan sampai tak henggat dunia, tempat yang jadi mangsa kedai tudung tu, mau angin anak tauke jual tudung entah apalah dalam hati dia kata, ada aku kesah janji kawan aku ada beli sehelai tudung rega RM35. Jahatkan beli tudung RM35 ada hati nak konker ngan kedai sekali untuk sesi berposing *bajet retis mangga* .


siputih dah ada yang punya, belah kiri tu masih single & available , sesiapa yang nak berkenalan sila cari dia kat muka buku

Fura kipas susah mati says : tudung ni sesuai tuk kak eton opsss

Aku kagumlah ngan tudung sekarang ni, dah macam-macam pesyen, tak lama lagi mesti ada yang buh pearl ngan diamond kat tudung.



Lihatlah doniya  bermacam -macam corak dan warna  tudung berada kat pasaran Malaysia ,  petik je macam mana korang nak garenti ada. Petik hulur duit bukan free tau .


Diamond Pearl untuk golongan marhaen, tak caya udah namamu dollah sambung sendiri..........

Petang ni aku nak masak kuah asam tumis ikan aku nak buh sekali Diamond pearl brinjal . Harap-harap keluarlah pearl ngan diamond dari dalam terung tu : )


Sekadar luahan hati aku

kes pintu toilet terkunci : motip orang tu menyiasat sampai ke lubang cacing, siapa yang buat toilet tu terkunci, Kenapa boleh terkunci, kenapa orang lagi satu datang opis hari sabtu, masalahnya sekarang kunci toilet tu ada kat tangan orang tu, apa masalahnya sekarang yang ko nak menyibuk tahu semua tu, bukak jelah toilet tu. Kenapalah dalam dunia banyak sangat manusia yang suka membesarkan isu yang kecil sehingga menjadi besar?

Wednesday, January 4, 2012

kebun sayur tunjuk-tunjuk ; aneka masakan sesuka hati

Petang semalam, balik keja aku terus gi Giant shopping sayur-sayuran. Start pagi ni kena bangun awal sikit , nak masak lauk pauk ngan nasi,  Firdaus boleh   makan  sebelum ke sekolah , nanti masa rehat pukul 3.40 petang bolehlah makan roti je. Budak darjah satu ni tak boleh bagi makanan yang berat cam mee ngan nasi, nanti baju cepat comot, aku tak berkenan nengok baju sekolah budak comot .

Petang semalam beli sayur -sayuran pilihan Firdaus, aku yang suruh dia pilih sayur yang dia suka, dalam waktu yang sama aku perhatikan jugak tingkah laku dan gerak geri dia, takut dia rembat barang lain, dia kan sesuka hati je ambik barang cam pasaraya abah dia : )

sayur-sayuran pilihan Firdaus



kobis cina size kecik ni sodap, rasanya manis, Firdaus suka aku goreng sayur ni ngan sos tiram dan bawang putih.



sweet peas ni sedap goreng ngan carrot.



Aku beli sekali nenas , nak buat jelatah , gara-gara tak puas suami tak puas makan jelatah, minggu lepas kawan yuyi ada mintakan aku masak ayam masak merah, aku buatkan dia ngan jelatah mentah sekali , suami adalah makan jelatah tu , khabarnya tak cukup , itu yang dia suruh aku buat kali kedua.



Lenkali tak nak beli buah yang diwrap cam ni, serik , atas elok tengah banyak yang bercendawan. Suami aku pun heran kenapa aku boleh beli anggur kat pasaraya, habis tu Firdaus teringin sangat, dah tak menyabo, aku rembatlah satu pack. Lenkali kalau aku nak beli buah suami pesan suruh bagitau dia , nanti boleh dia belikan kat gerai buah  kawan dia .



capsicum merah



carrot Australia



Aku masak ikan pari hasil pancingan suami , buat masak sambal ngan kari.



mengoreng ikan pari ni adakala merumitkan, ikan mudah je nak meletup dan melekat, nak elakkan melekat buh sedikit garam dalam minyak, goreng dalam minyak banyak dan panas, guna api sederhana.



Aku suka masak kuah dalam kuali, senang nak menumis dan mengacau.



Kari ikan pari, resepi sama cam resepi kari ikan yang lain , kalau nak jugak jugak jugak resepi sila langgan disini.




sambal ikan pari, resepi sama ngan sambal ikan yang lain, cuma bezanya aku gantikan air asam jawa ngan sedikit cuka, nak resepi langgan secara percuma kat sini ye .kui kui kui , kali ni aku guna cili kering yang dikisar ngan sedikit bawang putih dan merah.



Bahan-bahan tuk jelatah mentah, hiris nipis semua bahan .



kisar segengam udang kering.



Gaulkan semua bahan hiris ngan udang kering kisar dalam satu mangkuk besar, perasakan ngan gula garam dan cuka.



Sedap jugak layan jelatah bersama nasi panas ngan sambal ikan pari.



Rasa nak cepat balik rumah hari ni, tak sabar nak dengar Firdaus cite pengalaman  hari  pertama dia kat sekolah .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina