Showing posts with label ikan pari. Show all posts
Showing posts with label ikan pari. Show all posts

Wednesday, January 4, 2012

kebun sayur tunjuk-tunjuk ; aneka masakan sesuka hati

Petang semalam, balik keja aku terus gi Giant shopping sayur-sayuran. Start pagi ni kena bangun awal sikit , nak masak lauk pauk ngan nasi,  Firdaus boleh   makan  sebelum ke sekolah , nanti masa rehat pukul 3.40 petang bolehlah makan roti je. Budak darjah satu ni tak boleh bagi makanan yang berat cam mee ngan nasi, nanti baju cepat comot, aku tak berkenan nengok baju sekolah budak comot .

Petang semalam beli sayur -sayuran pilihan Firdaus, aku yang suruh dia pilih sayur yang dia suka, dalam waktu yang sama aku perhatikan jugak tingkah laku dan gerak geri dia, takut dia rembat barang lain, dia kan sesuka hati je ambik barang cam pasaraya abah dia : )

sayur-sayuran pilihan Firdaus



kobis cina size kecik ni sodap, rasanya manis, Firdaus suka aku goreng sayur ni ngan sos tiram dan bawang putih.



sweet peas ni sedap goreng ngan carrot.



Aku beli sekali nenas , nak buat jelatah , gara-gara tak puas suami tak puas makan jelatah, minggu lepas kawan yuyi ada mintakan aku masak ayam masak merah, aku buatkan dia ngan jelatah mentah sekali , suami adalah makan jelatah tu , khabarnya tak cukup , itu yang dia suruh aku buat kali kedua.



Lenkali tak nak beli buah yang diwrap cam ni, serik , atas elok tengah banyak yang bercendawan. Suami aku pun heran kenapa aku boleh beli anggur kat pasaraya, habis tu Firdaus teringin sangat, dah tak menyabo, aku rembatlah satu pack. Lenkali kalau aku nak beli buah suami pesan suruh bagitau dia , nanti boleh dia belikan kat gerai buah  kawan dia .



capsicum merah



carrot Australia



Aku masak ikan pari hasil pancingan suami , buat masak sambal ngan kari.



mengoreng ikan pari ni adakala merumitkan, ikan mudah je nak meletup dan melekat, nak elakkan melekat buh sedikit garam dalam minyak, goreng dalam minyak banyak dan panas, guna api sederhana.



Aku suka masak kuah dalam kuali, senang nak menumis dan mengacau.



Kari ikan pari, resepi sama cam resepi kari ikan yang lain , kalau nak jugak jugak jugak resepi sila langgan disini.




sambal ikan pari, resepi sama ngan sambal ikan yang lain, cuma bezanya aku gantikan air asam jawa ngan sedikit cuka, nak resepi langgan secara percuma kat sini ye .kui kui kui , kali ni aku guna cili kering yang dikisar ngan sedikit bawang putih dan merah.



Bahan-bahan tuk jelatah mentah, hiris nipis semua bahan .



kisar segengam udang kering.



Gaulkan semua bahan hiris ngan udang kering kisar dalam satu mangkuk besar, perasakan ngan gula garam dan cuka.



Sedap jugak layan jelatah bersama nasi panas ngan sambal ikan pari.



Rasa nak cepat balik rumah hari ni, tak sabar nak dengar Firdaus cite pengalaman  hari  pertama dia kat sekolah .

Monday, January 2, 2012

Rezeki 2012, cerita hari terakhir 2011


Salam hari senin........................


Syukur Alhamdulillah , suami pegi memancing dapat bawak balik ikan, rasanya dah dekat 2 kali dia pegi, baru semalam dapat ikan. Rezeki 2012 lah tu.........mungkin cuaca elok, yang lepas -lepas masa dia pegi cuaca tak berapa elok, apa-apa pun kita hanya mampu merancang , Allah SWT ye menentukan.

Suami ke laut petang 31/12/2011 balik malam 1/1/2012 , malam tahun baru tu kira aku tinggal ngan Firdaus je kat rumah. Dari bujang sampailah dah kahwin tak pernah umur aku sambut tahun baru kat luar. Setiap kali malam tahun baru aku naik pelik ngan kerajinan orang yang duk countdown tahun baru , pada aku apalah guna kalau tahun silih berganti , perangai duk kat takuk lama : ) contohnya pada malam tahun baru tu , lepas dorang gedik countdown tahun baru , dorang semua blah cam tu je, tinggalkan sampah merata-rata: (

Jom layan cite hari terakhir 2011 dan hari pertama 2012 aku.............



Rezeki Allah SWT, suami dapat ikan pari ngan tebal pipi. Ikan pari sedap masak kari, asam tumis, goreng cili pun sodap.



Nasib baik dah sempat shopping sayur kat pasar malam hari tu : )abaikan belimbing buluh kukus tu ye, aku nak buh dalam sambal belacan.



Yuyi tak merasa lagi makan kari ikan gerepoh @ GT yang aku masak hari tu, masa dia kat rumah sabtu, aku masakkan kari ikan tu suruh dia bawak balik rumah dia. resepinya kat sini , bahan-bahan bergantung pada quantity ikan, nampak tak hirisan bawang ngan halia aku tu banyak, sebabnya aku buh banyak ikan.


Biasalah kalau yuyi ada , sambak belacan tak tinggal, lauk sampingan lain kobis goreng.




lauk tahun baru , tak de yang special , nak cari ayam turkey tak jumpa, kah kah kah aku tinggal berdua je ngan Firdaus, masak ala kadar jelah , sambal sotong, sawi goreng bawang putih ngan telur dadar, paginya aku buat roti telur.


Makan -makan dua hari sebelum tahun baru 2012, di bagan Seafood,

Kalau makan seafood di Pelabuhan utara , aku pilih dua tempat je , restoran Bagan Seafood ngan Port Village.Dah hampir setahun aku tak jejak kaki ke Bagan seafood, malam tu Port Village tutup , terpaksa lah aku ke situ. Aku sampai situ , jarum jam dah dekat nak pukul 11 malam, dia tutup 11.30 malam. Suami aku tanya ngan pekerja tu dulu samada dia nak ambik order ke tak. Dia cakap okey, kita orang masuklah.



suami order ikan jenahak stim thai, kailan oreng ikan masin, sotong goreng tepung ngan ketam kam heong.

Semua lauk best , yang tak best tengok muka pekerja yang ambik order tu, cam nak sepak laju-laju je. kita orang tanya , dia nak tak nak je menjawab . Aku tahu lah ko nak balik , janganlah buat muka cam tu.

First time aku kena cam ni, belum habis makan, pekerja datang bawak bil suruh bayar masa tu gak, suami aku lagi hanggin , dia pandang je muka bangla tu. aku tak nak banyak cite, aku suruh je suami bayar , lepas tu kita blah. Ketam pun tak sempat makan habis. Aku rasa biadap sangat perangai pekerja tu , kita belum habis makan disuruh bayar bil, aku rasa kalau tauke Bagan Seafod tu tahu pun dia marah pekerja dia buat cam tu.

Suami kata , last lah jejak kaki ke Bagan Seafood ni, aku pun cam dia gak lepas ni tak de lagi jejak kaki ke sini : (





Ini pandangan aku, tak kira apa pun pekerjaan kita, kita kena profesional, aku tak setuju pendapat yang mengatakan kita kena faham situasi orang yang berkerja tu, mana tahu dia ada masalah kat rumah, suami , anak , PMS, pendapat aku , kalau rasa tak boleh bekerja dan tak boleh berdepan ngan orang ramai pada masa tu, sila cuti atau MC. Setiap orang ada masalah masing-masing , sila jangan bawak masalaha ke pejabat, pasaraya, kedai makan atau dimana-mana saja kita bekerja : )


SELAMAT TINGGAL 2011 ; SELAMAT DATANG 2012, SEMOGA TAHUN 2012 DAN TAHUN-TAHUN SETERUSNYA HIDUP KITA AKAN LEBIH BAIK.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina