Sunday, January 31, 2010

Mari buat sarapan senang



Sediakan mee goreng Har mee.Yang lain-lain pun boleh.aku ada ni, aku sambar je.




sayur kobis je ada, aku guna.bawang besar ngan isi ayam dicincang.



minyak tu ambil dari paket dia.kalau tak cukup tambah minyak sendiri.tumiskan bawang besar sampai naik bau.



masukkan isi ayam.



ayam dah masak , masukkan kobis.



lupa nak cakap, mee maggi tu mesti dicelur dulu.masukkan dalam kuali tadi.



seasoning jgn habiskan .bukan apa tak elok guna perasa banyak sangat.aku masak 3 bungkus maggi .guna 2 bungkus seasoning je.kicap dia tak pelah.



okey , dah siap utk sarapan

Saturday, January 30, 2010

Tart nenas terbaik dari aku



Ari ahad sambung buat tart nenas lagi , tapi aku mcm syok sikit kali ni, tart nenas aku cam sama je. itu aku kata, terbaik dari aku. mestilah aku puji diri sendiri, sapa lagik nak puji, kalau tak diri sendiri, betul tak syadah. Aku tepek gambar, sebab aku teruja, dia comel je.jangan marah ye, kalau aku terlebih puji diri sendiri.











Dalam tak diam aku dapat buat dalam 300 biji tart nenas, itu pun aku pakai oven kecik je.kalau oven besar toksah cakaplah.

Thursday, January 28, 2010

pembantu yang rajin



Pembantu aku tengah sibuk mengeluar mangkuk biskut tart dari kotak.Ari tu yg aku buat biskut tart nenas, sekarang nak tampal label terima kasih plak.nasib baik ada pembantu yang tak bergaji ni tolong.





Apalagi istiadat menampal label terima kasih dgn penuh khuasyuk.




dah siap pun yang dah ditampal ngan label terima kasih.



apalagi dah buat keja, masa utk main............

Monday, January 25, 2010

Nak kaya cepat



projek hari minggu, nak siapkan untuk orang kahwin. apalagi sipengacau tetap ada.




dia tolong susun mangkok. Firdaus kata anak murid susun mangkok. dia jadik cikgu, dia kata dia makan dulu. aku tengah khusyuk buat menerap biskut. dalam diam-diam dia dah makan biskut tart nenas aku sampai 6 biji. apalagi aku menjerit cam gorilla.dia larikkk.berlakon jadik cikgu konon, cikgu makan dulu, aku punya biskut dia hentam.




dia duduk depan loyang ni je.pantang biskut sejuk, dia ngappp.




aku bulatkan inti dulu, lepas tu baru buat.







masuk dalam bekas ni. label terima kasih belum tampal lagi. dorang ni sekarang kahwin mewah-mewah. siap dapat beg lagi.tapi korang jangan marah, aku dah cakap ngan anak aku , kalau dia kahwin aku suggest:

1) aku bagi buahan je. aku letak satu meja besar. korang ambiklah ada buah mangga, pisang , durian, manggis, macam-macam buah-buahan tempatan. tapi ikut bajet, sapa bagi RM10 dapat pisang je, kalau RM50, aku bagi durian sebijik. terpulang pada koranglah nak makan situ ke nak bawak balik.

2) sayur-sayur ulam. korang pilihlah nak ulam apa. sapa bagi lebih aku bagi ulam petai ke jering. atau pun lebih friendly lagi ceh ceh , bagi bawang, sardin ke?cam mana korang suka tak?

3) untuk budak-budak aku letak tikam, mcm kedai runcit.

korang rasa idea aku boleh pakai ke tak? aku nak jimat beg , takdelah membazir
sangat.kha kha kha

Sunday, January 24, 2010

Mari masak guna Mae pranom



Ari minggu aku masak balance ketam ngan udang ari tu. udang masak tomyam pakai paste mae pranom ada cap halalal punya. aku suka sebab gambar pompuan tu cantik.





mula hangpa tumis bawang bombay dulu sampai naik bau. lepas tu tumis paste mae pronam sekejap.aku tak letak limau purut, habis daun limau purut luruh, tak de musim.khe khe khe



letak sayur yang korang nak letak.kalau sayur keras cepat, letak sikit.








aku masukkan kepala ikan. tak taulah aku kemas peti ais terjumpa plak kepala ikan sesat, entah berapa tahun punya pun aku tak tahu.aku campak dalam tu.slowkan api.




last masukkan udang.jgn masak lama sangat.



jeng jeng tomyam aku dah siap.




part masak ketam plak.tumis bawang bombay ngan halia dipotong besar-besar.




masukkan cili mesin.





masukkan ketam.



masukkan sos cili.perasakan ngan garam ngan gula sikit.lepas tu bolehlah angkat.



Saturday, January 23, 2010

Sental daki yg dah tebal



setelah bertungkus lumus menyimpan duit hasil jualan kuih dan mercun. akhirnya dapatlah aku pegi menyental badan aku yg dah lama tak sental ni. dulu tempat ni nama dia martha tilaar spa kat Alam sentral. alih-alih dah lama aku tak jenguk dah tukar de-wajah beauty spa plak.owner dia sama datin Junaidah, pemilik de-wajah..uci terima kasih kerana menyental badan mak ko ni. pekerja sini semua terlatih from indonesia. membership card percuma .korang datang lagi ada dicount, berapa % aku dah lupa.




intro sebelum menyental daki. rendam kaki dulu. yang lain tak boleh tunjuk, kang aku kena baling loyang plak. korang tengoklah kaki aku yg dugong ni.




nikmatilah permandangan dalam bilik dia. korang akan disajikan ngan muzik yang boleh buat mata korang terlelap.




Firdaus tengah tunggu untuk dilulur .




baju semua sangkut kat almari ni



katil tempat berurut dan lulur.





mandi sauna.




lepas lulur dan berurut terjun dalam kolam ni. mandilah sepuas-puasnya.




firdaus budak pengacau.



akhir sekali bertangas selama 20 minit. terapis aku ari tu namanya uci. dia memang best. tunggu akak simpan duit, nanti akak datang jumpa ko lagi.





Balik Alam sentral, pegi jusco bukit Tinggi, jumpa officemate punya isteri tengah shopping chinese new year. wife dia ngan eldest son.





ni youngest son dia.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina