Yuyi pun macam aku gak setiap bulan tak pernah miss period pain tapi lagi teruk sampaikan pernah dihantar oleh kawan serumah dia ke wad kecemasan siap pakej dimasukkan air gara-gara period pain.Setiap kali period terutama pada hari pertama yuyi akan sediakan plastik untuk muntah dan minyak panas untuk melegakan simpton sengugut.
Aku ngan yuyi sanggup tahan sakit , memang tak suka ambik ubat tahan sakit bukan apa badan kitaorang bertambah lemah setiap kali selepas makan ubat tahan sakit. Aku selalu berdoa supaya period aku tak jatuh pada hari bekerja kalau tak aku kena ambik mc.
Kalau korang tanya bagaimana rasanya period pain? hurmm macam mana eh aku nak cakap entahlah rasa tak tahu nak cakap cam mane cukuplah sekadar aku katakan yang sakitnya umpama nyawa aku bagai dihujung tanduk.InsyaAllah setiap kali period pain aku redho ,aku kena set dalam kepala aku sakit adalah bentuk ujian Allah SWT kepada hamba-hambanya
Oleh kerana minggu ni aku sedang bertarung ngan period pain dah tentu-tentulah breakfast cum juadah makan tengahari ye dak.
Bihun goreng rencah udang kering tumbuk
bihun goreng makan ngan telur mata kerbau
Masa memasak juadah makan malam ni aku dalam 70% lega dari period pain . simple je juadah aku ; ayam masak sambal tak berapa nak pedas ala ala ayam masak merah dan masak lemak kacang panjang.
yuyi cakap yang aku boleh memasak lagi dalam keadaan tengah menahan period pain . Aku cakap kat dia yang aku dah biasa memasak sambil menahan sakit period ni kalau aku tak buat saper lagi yang nak buat .
Nasihat aku pada sesiapa yang mengalami period pain tegar cam kami berdua set je dalam otak tu "Allah SWT bagi ujian sebab dia sayang kat kita"