Showing posts with label Hari Raya Aidiladha 2013. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Aidiladha 2013. Show all posts

Tuesday, October 30, 2012

pagi sabtu aku ; sup daging korban ; Berkorban apa saje harta atau pun nyawa


Berkorban apa saje


Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
 
Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Hemmmm hemm  hemmmm  hemm
 
Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi
 
Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Hemmmm hemm  hemmmm  hemm
 
Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji
 
Berkorban apa saja
Harta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Berkorban? apa yang kita tahu pasal korban?bercakap pasal hari raya korban sana sini orang sibuk  bercakap pasal korban.Sebagai ibu sila tanya diri sendiri adakah kita ikhlas melakukan pengorbanan terutama dalam membesar dan mendidik  anak-anak?fikir fikir dan renung renungkanlah

Aku sendiri  pun tak tahu kenapa dan mengapa  aku nak kaitkan lagu Berkorban apa saje ciptaan dan gubahan Tan Sri P.Ramlee dan lirik Dato Jamil Sulung dengan sup daging korban aku ni. Cukuplah hanya aku saje yang tahu apa tersirat dan tersurat dalam hati aku ni.

Kamu tahu tak bahagia itu sebenarnya apabila kita  mampu membahagiakan  dan hanya orang bahagia je boleh membahagiakan orang lain.


Marilah kira berkorban masa  dan  tulang 4 kerat demi untuk membahagiakan anak-anak dan suami
bahan-bahan utama  untuk membuat sup daging
1)bawang putih
2)bawang merah
3)halia

dibasuh dan diketuk dengan mengunakan belakang parang

 daging anggaran sekilo-basuh berseh dan tuskan


2 tangkai hirisan daun saderi dan daun bawang
 kentang dibelah dua
 3 sudu besar rempah sup adabi-dibancuh ngan sedikit air
 cara-cara membuatnya

1)tumis kayu manis dan bahan ketuk (bawang dan halia)-guna api sederhana
2)masukkan rempah sup yang dibancuh dengan air-tumis sampai pecah  minyak-guna api sederhana
3)masukkan 1 liter air-biar agak mendidih
4)masukkan daging diikuti dengan kentang-biar daging dan kentang sedikit empuk
5)Bila daging dan kentang dah empuk, tutup api kemudian taburkan sedikit hirisan daun saderi dan daun bawang.
6) Kalau sup rasa tawar boleh tambah sedikit garam dan secubit kecil serbuk perasa

 



 aksesori bihun sup(cili api kicap, limau kasturi dibelah dua, bawang goreng dan hirisan daun saderi)

Lauk tambahan
 Budu cicah dengan ikan goreng -aku baru belajar dengan kawan aku yang ini


 ikan kembung goreng tepung -ikan kembung digaul garam , rempah kari,secubit kecil  serbuk perasa lepas tu  digaulkan dengan tepung jagung.Biar dalam dua atau tiga minit  kemudian bolehlah digoreng dalam minyak banyak dan panas.


sup daging


Firdaus tengah khusuk melayan sup daging ngan nasi putih.

Jumpa lagi dilain rancangan .........................








Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, October 29, 2012

Hari Raya Aidiladha aku ; Breakfast di pagi Hari Raya Aidiladha

Bila aku pandang bihun sup makanan kegemaran suami   tetiba aku teringat perbualan  tiga hari lepas  dengan seseorang melalui telefon   , kat sini  seseorang tu aku namakan  dengan  A ye

Perbualan ni agak complicated tapi aku ringkaskan.............asalkan maksud yang cuba aku nak sampaikan mudah difahami

A : masa akak sakit bapak firdaus marah tak kalau akak tak masak?

Aku : (konpius)saper bapak firdaus?

A : alah suami akak.

Aku :"first time ada orang berminat nak tanya pasal suami  aku ,"aku kata dalam hati. suami akak ni senang nak di jaga , dia tak kisah pun samada akak masak atau tidak. kalau dia balik keja dia tengok akak tak masak , dia masak je maggi. kat rumah akak ni sebulan  5 kg beras pun tak habis

A : senanglah akak cam tu.suami saya ni dia bukan pedulik samada saya sakit atau tak dia tahu saya mesti masak. Dia dah biasa makan nasi, pagi tengahari malam dia nak makan berat -berat.

Aku :  haish akak paling takut nak bercakap pasal anak dan suami orang lain . Kau tahu tak setiap orang ada kebaikan dan keburukan tersendiri ,suami akak pun ada keburukan tersendiri jadi bila dia dah jadi suami kita , kita  kenalah redho setiap  kebaikan dan keburukan dia . Biasalah tu suami ko dah biasa-biasa makan  yang berat-berat  kot  layan jelah tapi kalau ko tak larat nak masak tak kanlah dia nak marah kot.

The moral of the story ;  terimalah seadanya baik buruk pasangan masing-masing.Kalau dalam hati dah ada rasa benci dengan pasangan kita , mengadulah pada Allah SWT bila kita mengalami sesuatu yang buntu dan yang  tidak ditemui jalan penyelesaian

kita tinggalkan dulu perbualan yang tak berapa penting tu, marilah kita memasak bihun sup besa-besa dan simple.
.
Aksesori bihun sup
 Kicap cili*abaikan biji cili yang berterabur*

6 biji cili api dikisar dengan seulas bawang putih kemudian dimasukkan ke dalam bekas dan dicampurkan dengan kicap kipas udang lemak manis.*

 bihun yang telah dicelur dengan air panas dan dilalukan sekejap  dibawah air paip atau air sejuk untuk mengekalkan rupa paras bihun *sengal bihun pun ada rupa paras ke?*
hirisan  daun sup dan bawang goreng

Bahan-bahan sampingan untuk membuat sup besa-besa dan simple
dua ekor  sotong yang dah siap dibersehkan
 fishball dibelah dua*nak wat cam mana pasrah jelah fishball hanya tinggal sebungkus*
 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih diketuk , dipecahkan serta  dikupas kulit


bahan utama 

Cara -cara membuat sup besa-besa dan simple

1)Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau dan layu-guna api sederhana
2) Masukkan  lebih kurang 1  atau 1 1/2 liter air rebusan ikan bilis 
    (biar agak mendidih)
3)Masukkan sotong dan fishball -tutup periuk dalam seminit dua.-besarkan api
4)Sebelum diangkat taburkan ngan sedikit hirisan  daun saderi dan daun bawang-kalau sup rasa boleh tambah sedikit garam.

 sup besa-besa dan simple
 suami punya
Kalau suka boleh tambah telur  dalam setiap hidangan bihun sup

alo alo manisnya wajah Firdaus bila dapat menikmati bihun sup


syy jumpa lagi .................

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Hari Khamis aku ; Salam Aidiladha 2013&Sambutan hari kanak-kanak 2013-Kita hanya mampu merancang tetapi Allah SWT yang menentukan

Belum terlewat lagi  rasanya  untuk aku mengucapkan  Selamat Hari Raya Aidiladha  kepada semua pengunjung blog ni. Teima kasih kepada yang  sudi berkunjung ke blog yang dah 4 hari aku tinggalkan tanpa khabar berita ni .Bukannya aku sengaja hendak menyepikan diri cuma entah kenapa  dalam masa 4 hari ni  anggota badan aku lemah dan otak aku plak seolah -olah tak dapat berfungsi sepenuhnya . Aku pun tak tahu apa yang telah terjadi dengan diri aku sehingga aku jadi sebegini? nak upadate blog pun malas apatah lagi nak memasak lauk pauk untuk Hari Raya Aidiladha memang  tak delah nampaknya .

Siapalah aku  ini untuk memintal buih yang memutih ?haish macam ku kenal je lirik lagu  ni .Aku hanyalah manusia biasa  yang  hanya mampu merancang tetapi Allah SWT  yang menentukan .Hari khamis hari  tu aku terpaksa mengorbankan cuti aku yang tinggal dua hari semata-mata untuk  menemani  Firdaus yang tetiba je demam panas pada pagi khamis tu. Serioully aku tak sangka  dia boleh deman macam tu punya teruk, aku tengok masa dia balik sekolah pada petang rabu tu dia okey je

petang rabu ; Firdaus dengan bangganya menunjukkan kat aku  sehelai tuala dan dua bungkus biskut yang dia  dapat dari cikgu kelas sempena sambutan hari kanak-kanak.
pagi khamis ; Firdaus  dah tak bermaya badan dia semakin panas. Segala aktiviti  memasak aku tangguhkan buat sementara  waktu demi  untuk memberi  sepenuh perhatian kepada Firdaus .
Masa ni dah tak larat sangat
Biar betik laki aku ni dia boleh bagi Firdaus minum hundred plus dengan botol besau macam tu: )
Dalam pada demam tu sempat lagi nak berlegar-legar dalam kedai
 Firdaus ni kemain manja dengan akak dia
Antibiotik terbaek dulu kini dan selama-lamanya 


"mak saya tak nak  makan nasi goreng kat rumah saya nak makan kat restoran,"katanya Firdaus. Anak-anak aku ni nama je  demam tapi kalau pasal makan laju . Lepas balik  klinik  kitaorang bawak dia makan kat Fruity bakery.

Teh o limau ais forever
Fresh orange
 croisant tuna ni feveret firdaus
Manja ; aku kena potongkan untuk firdaus kepada beberapa bahagian
pening ; mee kari laksa 

yuyi punya ; thai laksa , hari tu aku tak order  apa-apa.


Jumpa lagi di lain waktu ye.





Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina