Showing posts with label ikan bakar. Show all posts
Showing posts with label ikan bakar. Show all posts

Thursday, November 22, 2012

Pengasuh; nursery; daycare;taska ; tepuk dada tanya selera

So far aku belum pernah lagi meninggalkan  anak-anak aku  di bawah jagaan nursery@daycare@taska. Sewaktu aku keluar bekerja keempat-empat anak-anak aku ni dari yang besar sampai yang kecik aku tinggalkan dibawah jagaan pengasuh. Kebiasaannya hari  bekerja aku  bangun awal sikit ,lepas  dah siap segala tugasan penting seperti menyediakan breakfast, mengemas rumah apa yang patut baru aku kejutkan anak-anak .Selalunya sebelum hantar dorang  ke rumah pengasuh aku mandikan berseh-bersehkan dan wangi-wangikan dorang  dulu. Anak-anak aku ni suka tarik muka 14 kalau aku tak mandikan sebelum pegi ke rumah pengasuh.

Well , nak buat macam mana biasalah pagi-pagi kelam kabut  semua benda kena  uruskan sendiri .Oleh kerana nak mengurangkan kekalutan dan ketegangan dipagi hari  semua barang  kelengkapan  untuk anak-anak macam sabun,pampers,  bedak dan  pakaian aku tinggalkan terus kat rumah pengasuh  jadi setiap pagi  aku tak perlulah bersusah payah  nak  menyediakan barang -barang tu semua , aku tinggal bawak bekalan makanan untuk  mereka je .

Aku ni tak delah cerewet sangat  dalam memilih pengasuh anak-anak aku. Maaflah sekiranya apa yang aku nak cakap ni akan  menyinggung perasaan ibu bapa kat luar sana. Selalunya kalau  aku perhatikan  kebanyakan ibubapa yang cerewet tulah yang tak berapa semenggah.Mata aku sendiri menyaksikan yang mereka menyerahkan bulat-bulat anak mereka ke rumah pengasuh .You know what I mean bulat-bulat tu tanpa bawak kelengkapan yang cukup. Lepas tu cerewet tak tentu pasal. Pesanan ikhlas  kepada ibubapa yang mengupah pengasuh ;  kita bukannya tak boleh bersikap  cerewet terhadap pengasuh  cuma kalau kita nak bersikap cerewet pun kita kena pastikan dulu  yang kita dah menyediakan kelengkapan yang secukupnya untuk  anak-anak kita (kelengkapan apa sendiri fikirlah ye)sebelum menghantar mereka ke rumah pengasuh .Masa tu kau nak100% cerewet pun aku tak kisah.Do I care. Sesekali  mendengar  rungutan dari  pengasuh anak -anak ni,. aku turut simpati.

Pengalaman aku bersama pengasuh anak-anak aku dan kriteria menjadi pengasuh anak aku *kau bajet artis ke apa ni?*

Yuyi dan gula-gula hacks dah bertukar pengasuh 3 kali .Pengasuh yang sebelum sebelumnya aku malaslah nak cerita  ; Masa mereka baby hingga ke umur mereka 6 tahun dia dijaga oleh pengasuh @ jiran aku ;

Aku pilih pengasuh tu

1)rumah dia berseh kemas dan teratur *rumah aku tak masuk buku ye*
2)kalau tak silap aku anak dia dua orang je
3)muka penyayang dan pendiam
4)tak sibuk hal orang lain , paling penting tak sibuk nak tanya hal aku

Lepas pengasuh ni berpindah ke kampung halaman(Pulau Indah je pun)anak-anak aku terpaksa dijaga oleh orang lain

yuyi dan gula -gula hack dijaga oleh jiran @ mak kepada kawan baik yuyi. Aku tak dapat nak bercerita banyak tentang pengasuh ni sebab dia jaga anak-anak aku selama setahun je. 

Masa yuyi dan gula memasuki sekolah rendah adik kepada pengasuh yang pertama menawarkan diri menjaga yuyi dan gula -gula hack, masa ni bermulalah  episod drama bawang putih dan bawang merah maksud aku suami pengasuh sebagai bawang merah dan pengasuh bawang putih . Bila suami pengasuh ada dirumah yuyi dan gula hack boleh bebas di dalam rumah tapi bila suami dia keluar bekerja siaplah dorang dikurung pengasuhnya di dalam bilik  .

Argh malas aku nak cerita  lebih-lebih kalau berminat baca sambungan kisah pengasuh tu kat sini  

Fakta yang perlu anda tahu*bajet  anak retis*

1)Yuyi bagitahu aku yang Amirul (anak kepada pengasuh yang telah mendera yuyi beberapa tahun dulu tu teringin sangat  nak add  yuyi jadi kawan kat facebook.Kalau tak silap aku yuyi dah add dia jadi kawan.
2)yuyi dah maafkan perbuatan Amirul (menghentam kepala yuyi dengan pembaris jahit mak dia)
3)Mereka sebaya sekarang ni keduanya dah berumur 22tahun ; bukan  bermakna yuyi add Amirul jadi kawan kat facebook , yuyi berkenan kat dia.pleaselahhhhhhh


Firdaus dijaga oleh sorang pengasuh je

Aku pilih pengasuh ni


1))rumah dia berseh kemas dan teratur
2) anak dia sorang je
3)tak sibuk hal orang, dia sibuk hal adik beradik dan saudara mara dia je

Pagi ni Firdaus bawak 

1)2 ekor ikan cencaru bakar-oleh kerana malam tadi suami ajak makan kat luar maka tak berusiklah ikan bakar yang aku cadang  nak buat juadah makan malam.
2)3 biji telur masak sos 

Aku tak kisah kalau Firdaus berkongsi bekal makanan  dia dengan kawan -kawan lain yang ada situ..tapi yang peliknya ada mak budak yang anak dia sukalah makan makanan yang Firdaus bawak tapi setiap kali pengasuh bagitau dengan  mak budak tu yang anak dia suka makan nasi setiap kali tulah mak dia menafikan siap bagitau anaknya kat rumah tak berapa nak makan nasi.ulang 3 -4 kali statement yang sama.Kalau malas sangat nak  masak pun  , tak salah rasanya kalau kita belikan sebungkus nasi lemak untuk anak kita bawak ke rumah pengasuh ye dak.
bekal makanan firdaus pagi ni

nasi sebungkus

Sekadar luahan hati 

Bila  ingat balik rasa kelakar pun ada , aku baru  perasan  yang yuyi dan gula-gula hack dari kecik  hingga keumur belasan tahun dijaga oleh pengasuh.


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Wednesday, November 21, 2012

menu simple dan sedap untuk budak sekolah , yelah tu

 4.30 pagi ; dikala  manusia lain sedang enak  diulit mimpi, tung tang tung tang aku berhempas pulas kat dapur. Berseorangan membakar ikan cencaru .Aku kata dalam hati "Jangan pernah kita rasa keseorangan Allah SWT sentiasa bersama kita,ayat penyedap hati ke apa tu?Aku kata dalam hati.

Rutin harian aku masa -cuti sekolah ; setiap pagi aku kena masak sikit nasi dan lauk pauk  untuk bekalan  Firdaus bawak  ke rumah pengasuh almaklumlah cuti -cuti sekolah sebegini  memang budak sentiasa lapar. Dah lah aktiviti  berkurangan .Apa lagi aktiviti  dia kat rumah pengasuh  kalau tak makan, tengok tv serta  menyakat 2  orang lagi budak  bawah umur yang ada kat situ .

Pagi tadi aku bekalkan untuk Firdaus

1)nasi
2)ikan cencaru bakar ngan kicap cili
3)sup bayam lagi : )

 Ikan cencaru yang telah dibersehkan dan digaram kunyit

Sebelum ni aku ada bagitahukan yang  petang semalam  balik dari beli burger aku singgah kedai Acheh beli 4 ekor ikan cencaru. Ni lah ikan cencarunya aku bakar dan buat pencicah kicap cili.

 Entah kenapa aku prefer lagi balut ikan dengan daun kunyit dari daun pisang 
 2 batang serai yang telah dititik dan direndam ke dalam sedikit minyak masak-minyak ni untuk dititiskan pada ikan semasa proses pembakaran ikan nanti.
 ikan cencaru yang hampir siap dibakar

seperti biasa pencicah kicap cili

Balik keja nanti senanglah aku sikit .Tinggal goreng sayur dan panaskan nasi dan  lauk pagi tadi.


Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Monday, May 14, 2012

Bukan kenduri arwah mak apatah lagi ayah : (

Maaflah jika tajuk aku hari  ni mengundang pelbagai  spekulasi dan tanda tanya. Biarlah aku melayan perasaan aku sendiri , mungkin sekarang ni mood nak cakap pasal perasaan .Benarlah   kata pepatah berat mata memandang berat lagi bahu memikul  biarlah tangan ini mencincang bahu ini juga yang memikul. Luka boleh  sembuh tapi parutnya tetap ada , nak hilangkan parut kena ambik masa yang lama, ye dak. Kalau rajin gosok  parut tu dengan  kulit pisang atau sapu ngan buih daripada kayu api misalnya kayu getah, InsyaAllah  parut tu akan hilang. Itu Parut  di anggota badan InsyaAllah boleh  hilang macam mana plak ngan parut kat hati?  Abaikan kemerepekkan aku ,  ni sekadar luahan hati  seorang perindu. Tak pe biar aku je yang tahu.

Berbalik pada cite kenduri, hujung minggu kitorang bertiga kenduri ikan , almaklumlah suami aku baru balik dari laut Alhamdulillah adalah rezeki dari Allah SWT : )
Ikan ngan kicap yang tak berapa pedas untuk Firdaus
 Firdaus  tengah asyik makan  ikan  tak pandang dah orang sekeliling.
 Aku adalah pemakan ikan tegar: )
Ikan Aruan Tasik - suami punya aku bedal sikit
Hasil pembakaran ikan bercampur -campur -  aku  lupa nama ikan yang aku dah bakar: )
kicap cili sebagai pencicah ikan bakar
Lauk tambahan ikan sambal baki lauk hari sabtu aku kasi perhangat.
Kacang panjang rupa buruk tapi rasa sedap dan manis
Yes aku  bakar guna oven sebelum ni aku bakar atas dapur gas. Puas hati aku dapat memuaskan nafsu amarah aku terhadap bil api yang semakin melambung tinggi.
Tak sangka kitaorang  bertiga boleh makan sampai  9 ekor ikan bakar, kan aku dah kata kitaorang  pemakan ikan tegar : )


Okey ye kengkawan semua cukup sampai disini je,  izinkan  aku mengundur diri  InsyaAllah kita jumpa lagi dilain hari dan waktu




Sekadar luahan hati seorang sepupu  kepada sepupu

Aku tahu ko baca blog ku, jadi aku balas sms ko kat sini jelah.Maafkan aku kerana mengambil masa yang  agak lama nak  membalas sms kau. Aku dah baca sms kau  dan aku faham. Aku pun merindui mu sepertimana kau merindui aku. Bukan aku tak sudi meneruskan percintaan kita , ko sendiri tahu selagi mak kau masih hidup selagi itulah percintaan kita terhalang , aku tak naklah  kerana percintaan kita hubungan kau ngan keluarga kau dingin tak pun berpecah belah. Mungkin cinta kita akan  kembali bersemi selepas   mak kau tiada lagi kat muka bumi ni, InsyaAllah, opsss kau jangan salah sangka plak bukan niat aku nak doakan mak kau mati cepat tapi itu jalan paling selamat kalau kita nak meneruskan percintaan kita.Aku harap kau tak kecil hati ye ngan kata-kata aku ni. Sebelum aku mengakhiri kata-kata aku ni, kirim salam ngan anak-anak kau , aku doakan kau sentiasa berbahagia ngan keluarga kau . I miss u so much.
















Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina