Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan cari makan. Show all posts

Saturday, November 24, 2012

candle light dinner di Windmill ; Chinese Dinner vs. Western Dinner

Masa kitaorang sampai kat Jaya Jusco Bukit Tinggi , jarum jam dah menunjukkan pukul 6.30  petang. Masing-masing perut  dah kelaparan. Perut aku ni biar macam mana lapar pun InsyaAllah  masih boleh bertahan sampai dua atau tiga jam tapi tidak pada yuyi dan Firdaus. Bila perut mereka lapar otomatik wajah mereka murung dan maka mulalah  langkah mereka jadi tak tentu arah.*sila percaya*

Semasa  kitaorang berada di sana , kelihatan dua pasangan sedang ber-candle light  dinner . Permandangan macam tu  aku dah biasa tengok yang boleh aku cakap aku respeklah pasangan yang boleh melakukan perkara-perkara sweet seperti pasangan merpati sejoli.Okey itu aku tapi macam mana plak dengan Firdaus  yang baru pertama kali dalam hidupnya  melihat permandangan macam tu . Rasa Kelakar pun ada bila aku tengok firdaus teruja melihat dua pasangan yang ber-candle light dinner tu spontan dia suruh  yuyi pasang lilin. Yuyi macam  blur dia terus cakap "dik dorang pasang lilin sebab mata dorang tak nampak."kata-kata yang tak dirancang itu keluar spontan dari mulut yuyi.Aku minta maaflah kepada pasangan-pasangan yang pernah ber-candle light dinner,   yuyi  tak de niat  nak mempersendakan korang rasanya tu cuma jawapan selamat bagi dia untuk waktu itu : )


sessi  menayang buku menu ke apa ni?
 Adakah saya masih dirindui oleh pembaca blog mak saya?
 sessi membuat memek muka
 Siakak hanya mampu memerhatikan saje perangai mengada-ngada siadik
Ambillah saya sebagai model iklan ubat gigi, saya dah bersedia dari segi fizikal dan mental.... 
Budak  yang suka buat perangai bila akak disisi

Kebelakangan ni Gula-gula hacks jarang muncul  dalam blog aku , sekali muncul hambek kau rambut sebegini... 
 Tengoklah Firdaus tu suka sangat nak menyelit sebelah akaknya.

Sebelum ni kitaorang tak tahu pun yang  di Windmill ni ada menghidangkan chinese dishes apalagi bila yuyi tahu kat sini ada chinese dishes dia pun terus order nasi bersama chinese dishes.Antara chinese dishes yang yuyi order.

Sambal udang sebegini memanglah disukai kaum cina kerana rasanya  tak berapa pedas 
  sayur campur ; di rumah aku jarang masak sayur mungkin anak-anak kurang yang berminat
  Ayam goreng halia ni rasanya lebih kurang sama saje macam ikan goreng halia aku kat sini.
Selepas chinese dishes habis  yuyi order Roast Lamb.Aku tak tahu kat mana lagi yuyi nak sumbat roast lamb ni, akhirnya gula-gula hacks dan aku juge yang menghabiskannya, dah aku agak.
Jarang sangat cerita makan-makan aku di sesebuah restoran  aku akhiri dengan gambar anak-anak dihadapan restoran. Bukannya aku tak gemar cara sebegini cuma aku rasa keadaannya nampak klise sangat.


Sementelaah cuti sekolah masih panjang , hari ni  aku bercadang nak membawa anak-anak aku mandi  sungai .Tetapi selepas mendengar nasihat  suami yang  mengatakan dalam keadaan  cuaca tak menentu sekarang ni  agak tidak berapa baik mandi air bukit maka aku akur keputusan suami.InsyaAllah aku akan cari tempat mandi yang lain . 



Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Thursday, November 22, 2012

kalau tak Ali tomyam, Abu Tomyam tak pun Suria tomyam

 Malam tadi suami aku mengoffer diri nak belanja aku makan di kedai makan dekat kawasan  berdekatan dengan rumah aku.Bagai orang mengantuk disorongkan bantak  ye dak.Balik dari kerja terus ambik Firdaus dari  rumah pengasuh.Ingatkan suami aku nak balik kerumah dulu  tukar baju  rupanya dia  terus nak bawak aku dengan Firdaus pergi makan. Layan jelah yang kasihannya Firdaus tak sempat tukar baju  berlengan.ha ha ha .Anak aku busyuk masyam ni memang tak suka pakai baju atau t-shirt tak berlengan tapi kat rumah mama(pengasuh) dia kena gak pakai baju atau t-shirt  tak berlengan mamanya  tak nak bagi dia berpeluh sebabnya kulit dia ni cepat mengalami kegatalan bila berpeluh.Malam tadi dia redho je terpaksa   pergi makan dengan  memakai t-shirt  tak berlengan.

Apasal kedai makan orang kita kebanyakannya  ada terselit perkataan Tomyam di  belakang nama setiap kedai makan terutama kedai kelantan ?soalan ni soalan yang tak berapa penting nak  kena  jawab, saje aku nak buat gempak.

menu kami jarang berubah bila makan kedai melayu : )
tomyam
kailan ikan masin
nasi goreng cina dan ayam goreng-untuk Firdaus
minuman ; Lai chee kang/Teh O limau ais/Nescafe panas

Member bengang tak sempat tukar t-shirt lain  lagi ayah dia bawak pergi  makan.
 Semalam order dua mangkuk lai chee kang, bukan apa takut last minute budak ni tukar fikiran
 entah kenapa malam tadi  suami aku boleh order  telur dadar .Mak peninglah kalau ada orang yang  nak order telur dadar bila makan kat luar : )
 kailan ikan masin
 Dia ni macam biasalah mana boleh tinggal nasi goreng cina dengan ayam goreng

Tomyam seafood ; setiap kali order suami aku wajib sebut "tambah lauk  lebih ye  nanti saya bayar" entah kenapa orang kita ni kalau berniaga takut sangat nak buh lebih udang, ayam atau sotong, dorang takut kita tak bayar ke apa?Berniagalah cara profesional kita akan bayar apa yang kita makan, tak payahlah risau.



Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, October 21, 2012

petang sabtu aku ; bila minah ketam ngan mat lala bertemu

Sepertimana  yang kengkawan tahu aku ni seorang penghidap sengugut tegar oleh kerana sepanjang hari sabtu aku telah  mengalami beberapa simptom sengugut  maka aku malas lah nak merayap-rayap  ke mana-mana . Memandangkan aku tak larat , aku bercadang  hendak menghabiskan masa dengan anak-anak  di rumah je. tapi bila terpandang  muka firdaus aku jatuh kasihan. Hujung minggu  macam ni kena terperap di rumah je. Kebetulan  petang tu yuyi bercadang hendak mengajak  aku  berjalan jalan  makan angin ke Tanjung Gila. "ek eleh Tanjung Gila je ke?Tak mencabar langsung ,"aku kata dalam hati.Sementelaah suami aku tak  ke mana-mana dan dia pun  dah habis kerja kitaorang ajak dia sekali ke Tanjung Gila . Pada mulanya Aku  dengan yuyi memang tak bercadang nak makan tapi memandang suami aku  beriya-riya mengajak kitaorang makan ,aku on je ,Kasihan plak dengan   dia seingat aku dia belum menjamah apa-apa makanan sejak  balik kerja tadi. Kita orang makan di restoran yang besa-besa dengan kitaorang je

Macam comel je?????
Restoran seafood Port Village dan Kawasan sekitarnya 
budak comot????
Permandangan di persekitaran restoran

lala  masak kam yeong

Baby kailan goreng bawang putih
Bukan cincin tunang apatah lagi cincin kahwin
Ketam goreng telur masin 
 
Merenung masa depan yang belum pasti : )
Masing -masing dah  kekenyangan  masa ni
 
crab lover and lala lover : )
 
pesen apa ni?

seriusnya????

Tunggu kedatangan kami lagi ye.
wow !!!!!ikan belacak berkeliaran di sekitar restoran ni




Cukup setakat ni ye,mak tengah menahan sakit  kalau boleh sekarang ni  mak nak meluruskan pinggang .Jumpa lagi..........

Thursday, September 6, 2012

Resepi Chicken chop old style

Masa ni wa teramatlah sedih kerana wa dan kawan wa ni terpaksa meninggalkan kak limah tergapai-gapai kebuluran di opis. Wa tak de niat  nak menguris perasaan kak limah , wa berfikir  yang dia ada potensi untuk menjadi pekerja cemerlang dan terbilang sebab tulah wa terpaksa meninggalkan dia tanpa pesan cuma wa perasan yang wa sedikit  bermurah hati bila wa tinggalkan dia bersama sebungkus kueh teow goreng.Wa berdoa  suatu  hari nanti kak limah  boleh mengambil tempat pegawai farmasi yang sedia  ada .
Kawan wa yang muka buruk, bergaji rendah  ni akan menjadikan  dunia  hura hara bila dia agak lapar ,  masa tu wa hanya  mampu berdoa supaya gua tak dijadikan habuan, wa manyak takut ooo.
Chicken chop di sini agak special nak dibandingkan ngan chicken chop di tempat lain

Memandangkan kedai chicken chop ni ujud sebelum wa dilahirkan dan wa pun dah merasa ini chicken chop  ni dari wa bersekolah rendah sebab tu   wa gelar ini chicken chop old style.Oleh kerana lidah   wa sudah biasa ngan rasa ini chicken chop old style wa  rasa wa boleh agak  resepi ini  chicken chop   , wa kasi resepi lu salin ye

1)ambik kertas dan pen
2)sediakan ipad atau bukak lappy atau komputer
3)Ayam bahagian peha kasi buang tulang atau ayam bahagian dada buang tulang-lu kasi henyak ngan lesung batu atau tukul besi supaya  isinya jadi lembut.-ayam perap ngan kicap cair dan sedikit halia kisar kot.Perap lebih kurang 30 minit gaul ngan bread crumbs kemudian goreng deep fried-setel bahagian ayam
4)Kentang  potong baji-rebus sampai empuk kemudian goreng atau bakar dalam oven
5)kacang peas dalam tin


sos untuk  chicken chop

1)Sos Tomato
2)Sos Cili
3)Hirisan bawang besar Holland

Tumis hirisan bawang holland sampai naik bau kemudian masukkan sos tomato bersama sedikit sos cili , tambah air biar agak mendidih , sebelum angkat buh kan secubit kecik serbuk perasa dan sedikit gula.

Ambik pinggang besar susun kentang , buh sedikit kacang peas, ayam yang digoreng deep fried kemudian curah sos  atas ayam  tadi .

Kalau lu  berfikir cara chef profesional lu akan berpotensi untuk menjadi chef yang tersohor.ha ha ha .

Thursday, August 23, 2012

Chinese food @ The Blossom Swiss Garden Kuantan - Dinner hari Raya ketiga

Salam Aidilfitri...................


Aku start  update blog ni dari cerita  hari raya ketiga bawak kepada cerita sebelum raya ye, jadi janganlah korang pening kepala plak bila baca cite aku ni.la la la la  Malam Raya ketiga  aku ngan anak-anak bertukar selera dinner  kat The Blossom chinese Restaurant  @Swiss Garden , sebelum sebelum ni   asyik order makanan makan kat bilik je naik jemu plak. Aku ajak suami  join sekali  dia tak nak plak makanya  aku tapaukan untuk dia  mee wantan ngan bbq chicken.
Dalam lif menuju ke The Blossom Chinese Restaurant
Yuyi tengah membelek-belek buku menu
Gula-gula Hack pantang diajak bergambar 
Yuyi ngan Firdaus tak boleh berenggang 
Kitaorang semua  pilih  minuman Jus Soursop
Boleh plak masa nak ambik gambar makanan kamera yuyi kehabisan bateri ,  aku ambik plak   guna hp aku masa tu bateri hp aku pun dah nyawa nyawa ikan, malangkan last last ambik gambar guna hp yuyi dia punya  hp pun nak habis bateri   nasib baiklah dapat  2 keping gambar makanan ni.
 
Semua makanan terbaek
Menu yang dorang suggest kat  yuyi 
1)Aspragus goreng Belacan-terbaek
2)Lemon chicken-terbaek
3)Udang masak  apa , aku pun dah lupa-lagi terbaek dia kata saper yang datang ke sini mesti order udang ni.
Macam biasalah Firdaus ngan nasi goreng cina tak dapat dipisahkan.



Setakat ni je  cerita dinner kitaorang di 

Operation hours:
Lunch : 12.30noon to 2.30pm
Dinner : 6.30pm to 10.30pm 

Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan, Pahang, Malaysia

2656~2657, Mukim Sungai Karang, Balok Beach, 26100 Beserah, Kuantan, Pahang Darul Makmur Malaysia.
Tel : 609 - 544 7333
Fax : 609 - 544 9555 

Thursday, May 10, 2012

baby baru




Firdaus ngan makanan peberet dia nasi goreng cina dan ayam goreng  ; minuman  air oren


Malam  hari tu aku keluar  makan berdua ngan Firdaus kat area kawasan rumah aku . Suami tak ikut malam tu  dia ada keja yang perlu dibereskan . Aku tak de hal   makan berdua ngan Firdaus, sambil makan kami meyembang

Firdaus  : mak ,  tadi kan kat sekolah cikgu suruh angkat tangan sapa ada akak ngan abang

Aku : habis tu Firdaus angkat tangan  tak?

Firdaus : Firdaus pun tak tahu , Firdaus angkat je , tapi akak ngan abang tak de ngan Firdaus

Aku : okeylah tu

Firdaus : mak ! mak  rasa bahagia tak bagi Firdaus baby?

aku  : erkkkkk ko tak mengerti nak (aku kata dalam hati)

Dalam perjalanan balik kerumah  tetiba aku teringat sesuatu  otak aku menterjemahkan..............................


Baby baru

Malam tu jugak aku  bawak keluar baby coat milik  Firdaus yang selama ni menjadi tempat  berhimpunnya kain baju aku yang tak berlipat. Suami aku plak berusaha  dengan sepenuh tenaga dan jiwa raga membersehkan  baby coat itu . Setelah  berbincang berdua , malam tu kami   sepakat  memaksa Firdaus tidur dalam baby coat. Dia  nak  sangat baby , kami   paksa dia jadi baby kami  : )


Dia ingat nak baby main  petik petik je : )

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina