Showing posts with label lunch hour. Show all posts
Showing posts with label lunch hour. Show all posts

Thursday, September 6, 2012

Resepi Chicken chop old style

Masa ni wa teramatlah sedih kerana wa dan kawan wa ni terpaksa meninggalkan kak limah tergapai-gapai kebuluran di opis. Wa tak de niat  nak menguris perasaan kak limah , wa berfikir  yang dia ada potensi untuk menjadi pekerja cemerlang dan terbilang sebab tulah wa terpaksa meninggalkan dia tanpa pesan cuma wa perasan yang wa sedikit  bermurah hati bila wa tinggalkan dia bersama sebungkus kueh teow goreng.Wa berdoa  suatu  hari nanti kak limah  boleh mengambil tempat pegawai farmasi yang sedia  ada .
Kawan wa yang muka buruk, bergaji rendah  ni akan menjadikan  dunia  hura hara bila dia agak lapar ,  masa tu wa hanya  mampu berdoa supaya gua tak dijadikan habuan, wa manyak takut ooo.
Chicken chop di sini agak special nak dibandingkan ngan chicken chop di tempat lain

Memandangkan kedai chicken chop ni ujud sebelum wa dilahirkan dan wa pun dah merasa ini chicken chop  ni dari wa bersekolah rendah sebab tu   wa gelar ini chicken chop old style.Oleh kerana lidah   wa sudah biasa ngan rasa ini chicken chop old style wa  rasa wa boleh agak  resepi ini  chicken chop   , wa kasi resepi lu salin ye

1)ambik kertas dan pen
2)sediakan ipad atau bukak lappy atau komputer
3)Ayam bahagian peha kasi buang tulang atau ayam bahagian dada buang tulang-lu kasi henyak ngan lesung batu atau tukul besi supaya  isinya jadi lembut.-ayam perap ngan kicap cair dan sedikit halia kisar kot.Perap lebih kurang 30 minit gaul ngan bread crumbs kemudian goreng deep fried-setel bahagian ayam
4)Kentang  potong baji-rebus sampai empuk kemudian goreng atau bakar dalam oven
5)kacang peas dalam tin


sos untuk  chicken chop

1)Sos Tomato
2)Sos Cili
3)Hirisan bawang besar Holland

Tumis hirisan bawang holland sampai naik bau kemudian masukkan sos tomato bersama sedikit sos cili , tambah air biar agak mendidih , sebelum angkat buh kan secubit kecik serbuk perasa dan sedikit gula.

Ambik pinggang besar susun kentang , buh sedikit kacang peas, ayam yang digoreng deep fried kemudian curah sos  atas ayam  tadi .

Kalau lu  berfikir cara chef profesional lu akan berpotensi untuk menjadi chef yang tersohor.ha ha ha .

Wednesday, April 18, 2012

Yuna berduet ngan Najwa muhyidin-(bukan najwa latif ye) sambil petik gitar di rumah sayang


Hye najwa muhyidin , I love u very much. Kengkawan pernah tengok tak najwa petik gitar yuna menyanyi?hari ni aku nak  tunjuk kat kengkawan semua. *bajet pengurus artis* Tengahari tadi aku ngan kengkawan opis ronda ronda kampung saje nak hirup  udara segar. Dah puas ronda-ronda kampung , kitaorang temankan kak limah  beli ketam,erghh geram banyaknya  dia borong ketam, katanya ketam tu nak wat lauk kenduri kahwin nenek belah bapak dia punya bapak, panjangkan salasilah keturunan dia. Sabau ye korang semua jangan berganjak dari tempat duduk masing-masing, kata nak tengok najwa muhyidin berduet ngan yuna sabaulah, okey dari  pengkalan kitaorang pegi rumah sayang kebetulan plak berhampiran ngan rumah sayang ada sebuah gerai menjual kuih muih di sebelahnya plak  gerai ABC, kitaorang  singgah jap makan sambil buat huru hara   & kacau bilau kat situ.

Ini bukan rumah penyayang, maupun rumah pengasih, INI RUMAH SAYANG, rumah sayang membawa maksud rumah atau perumahan yang terbengkalai-sayangkan rumah tu. *bajet karam singh walia*

Gerai ni mewah muih muih , sedap lagi murah

kuih lopis terbaek dik nun walaupun kuih tu dalam keadaan tidak berbaju

Qi JJCM

Yuna kepenatan selepas dipaksa menyanyikan beberapa buah lagu.Tak kan bantai dua cawan besar sekali ABC


Okey kengkawan sila layan  puas-puas lagu  najwa muhyidin duet  ngan yuna ye : ) tepuk tangan sama-sama

najwa !! makan kuih lopis je  ke?

Najwa Muhyidin
Got to go
I ain’t no stepford wife
No I ain’t perfect
Gonna find somebody who’s worth it
And no you ain’t that person
Coz i caught you constantly flirtin’
With my best friend
So I guess I’ll say goodbye
I’ll find me another guy
Why (why why why)
You always makin’ me
Cry (
cry cry cry)
No I can’t
stand it
No you can’t be my man
It don’t matter who you are,
Even if you were a star,
You’ve got to go
(
Go go go go go go)
Read my lips I’m leavin’,
and no no I ain’t teasin’,
This time it’s for real,
Gotta find you another girl,
Coz this one sure ain’t stayin’,
By the time you finish what you’re sayin’
I’ll be gone
Yuna melampau ko siap petik gitar atas bangku, feel lagu terukir dilangit ke?




Terhibur tak ngan persembahan yuna dan najwa ni, kalau tak lenkali aku panggil dorang datang sini lagi.




Maaflah gambar kurang memuaskan, almaklumlah guna handphone yang tak boleh  buat call  ngan terima call, sms je boleh .boleh gitu ?

Thursday, February 16, 2012

masalah negara

Hari ni konco-konco ajak lunch kat kedai makan  area opis .Dah lama tak lunch kat luar, terasa duit terbang cam tu je, dasar kedekutkan aku ni, terkejut mak makan nasi berlaukkan daging ngan tempe minum air barli suam dekat nak RM10, kawan mak pun kena rega cam tu, sedangkan lauk ikan ngan sayur je.Tak moh komplinlah, nasi dah jadi bubur nak wat cam mana.kah kah kah



Makan sambil menikmati keindahan pantai, nampak tak kanak-kanak bermain-main ditepi pantai ................. ombak menghempas gigi pantai membawa bersama-sama umang-umang dan tapak sulaiman .....Dah lama rasanya tak nampak pokok kelapa melambai-lambai setiap kali angin bertiup, .ohhhhhh alangkah damainya kurasa (abaikan,  ini hanyalah imiginasi penulis semata-mata)


Izzah sedang mengirim sms kepada hariz : ), dia bagitau air epal ni manis sesangattttttttt.

Kenapa ye?,  setiap kali kita order air kurang manis, dia buat terlebih-lebih manis. Masalah negara sesangatlah orang jenis tak paham perkataan kurang manis ni. Tak pun pemahaman dia terbalik kot, lenkali aku nak order manis sangat, mesti dia buat kurang maniskan . Satu lagi kalau boleh , sental  sikit bawah cawan yang berkerak tu, aku tengok yang ambik order  kemain pandai make up , tak kan cawan berkerak  tak pandai nak sental : ) Berniaga ni dik  kena utamakan kebersihan..

Cakap pasal cawan, teringat plak cawan ni. Kat manalah teko ngan cawan besau ni ?, tak sempat nak tengok live. Senang kalau dapat teko ngan cawan besau cam ni, buat air sekali cukup untuk satu kampung minum. Kalau tempat korang ada jual teko ngan cawan cam ni, jangan lupa bagi tau reganya.kah kah kah kah


status ; Dalam penantian duit RM500(BRIM) ngan RM100(BP) , wa dah pokai ni.

Tuesday, February 14, 2012

bila dalam tekanan sental vontot kuali best gak-gosok jangan tak gosok!!!!!!!

Tadi subuh semangat aku lain macam, bangun je buat apa yang patut ,  terus  ke dapur masak sambal sardin ngan telur dadar berkacang panjang. Aku  bawak bekal nasi ke tempat keja, tapi yang best tak makan pun, aku boleh plak  pegi lunch kat luar, nampak sangat  bengongkan .Lauk dah ada , tengahari nanti sebelum Firdaus pegi  sekolah bolehlah  makan dulu.

Telur dadar berkacang panjang peberet suami dan Firdaus.kira halal ye, link yg aku bagi tu telur dadar berkacang buncis : )


sambal sardin feveret sekeluarga dari dulu kini dan selama-lamanya.

Bekal nasi ni aku bawak ke tempat keja


Lepas guna kuali tu rajin rajin lah sental vontot kuali. Bila daki dah tebal kat vontot kuali, api pun tak boleh sampai, kuali lambat panas,bila kuali lambat panas masak pun jadik lambat. sental jangan tak sental, sental sental selalu.


Nampak tak tuan tuan dan puan puan, kesan lelehan sambal ngan beberapa kotoran lain di vontot kuali. itu yang menyebabkan kuali tuan tuan puan puan lambat bertindak, lambat panas dan segala-galanya lambat. Peribahasa ada berkata "Jangan salahkan nyamuk kelambu dibakar, kang kuali lambat panas, korang sangka dapur yang rosak. motip?

Boringlah cite pasal vontot kuali , rasa cam nak behenti keja sekarang ni jugak, cam manalah orang yang cukup tahun pencen, boleh sambung lagi. Aku syorkan dan alu-alukan yang dah pencen tu buat-buat lah duk rumah , aku kalau boleh sekarang ni gak nak duk rumah goyang kaki, kira duit .Duit dah banyak mah , tak tahu nak buat apa. Setiap malam sebelum tidur aku suruh mak jemah urut tangan ngan kaki ,sambil nyanyi dodoi sidodoi sidodoi..................mak jemah tu kira orang gaji akulah  pada masa tu.

Bodohkan sipendek yang makan binatang kaki empat tu ngan sinenek kebayan, tak tahu langsung nak menghargai diri sendiri dan menikmati kebahagian hidup .cepat blah boleh, please please!!!!!!!!!!!!!!!!!!semak dan serabut bila korang berdua masih ada kat  sini. Nak muntahlah ngan lakonan orang yang bizi setiap jam, saat, hari , ingat orang semua tidur  ke. Lagi aku muntah bila orang lain yang buat salah, aku plak yang dia sound, nampak sangat kurang kasih sayang. Orang suruh pegi clubbing, minum todi , vodka, beer , happy enjoy tak nak, nak duk meroyan kat opis jugak, lepas tu nak tension kan orang lain.

Penyakit kurang kasih sayang ni kena cepat diubati,, kalau tak  boleh melarat ke  sakit mental, sapa yang susah orang lain jugak yang susah.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina