Showing posts with label juadah tengahari. Show all posts
Showing posts with label juadah tengahari. Show all posts

Friday, March 16, 2012

ikan jenahak rosemary -juadah hari minggu.

Salam kengkawan...........

last kopek entri aku dipetang hari, ikan jenahak rosemary, sebenarnya ni juadah hari minggu, hari ni baru berkesempatan nak tepek kat sini, tak kisahlah kan janji tepek. Ikan jenahak rosemary ni aku masakkan tuk yuyi ngan gula-gula hack, minggu lepas dorang tak dapat merasa ayam rosemary aku, kira ikan ni cam ganti ayam rosemary hari tulah. Kalau tak de ikan jenahak, korang boleh guna ikan apa-apa pun,terpulang pada citarasa masing-masing.

ikan jenahak ni diperap semalaman.


Bahan-bahan
  1. 4 ketul ikan jenahak ngan seketul kepala ikan jenahak
  2. 1 tbsp rosemary kering, 1 tbsp lada hitam, 1 tbsp jintan kasar- kisar sedikit kasar-
  3. 5 ulas bawang putih- dihiris
  4. 1 inchi halia- dihiris
  5. 2-3 tbsp brown sugar
  6. sedikit garam
  7. 1 tsp cayenne pepper
  8. olive oil
  9. sebiji lemon
Bau dan rasa dried rosemary tidak terlalu kuat, sangat seimbang, cam mana bau dan rasanya susah aku nak bagi tau kat sini, senang cite korang cubalah sendiri. Rasanya sesuai dengan ayam, ikan, daging lembu dan daging kambing, ia turut digunakan untuk menambah perisa kepada bbq.


cayenne pepper ni ada jual di pasaraya, RM10 sebotol., kalau nak lebih pedas boleh buh banyak sikit .

Jintan kasar ni baunya tak de kuat sangat tapi sesuai sangat untuk dibuat jadi bahan perapan seperti satay, ayam pangang, ayam percek , ikan dan daging yang seumpama denganya.

bahan perapan ikan rosemary


Cara-cara membuatnya
  1. Cairkan sesudu butter, kemudian tumiskan hirisan bawang putih ngan hirisan halia sampai naik bau.
  2. Kisar kering bahan tumisan (bawang +halia) bersama bahan no.2
  3. kisar sekali bersama brown sugar
  4. Gaul ayam ngan sedikit garam kemudian perap bahan kisar bersama bahagian ayam, lepas semuanya bergaul mesra perahkan jus lemon bersama ayam sudah diperap tadi kemudian gaul sekata, akhir sekali taburkan cayenne pepper(amaran oleh kerajaan Malaysia, cayenne pepper ni boleh tahan pedasnya , jika anak anda tak tahan makan pedas, kuarang pengambilannya , tak pun jangan bubuh langsung)
  5. Simpan dan perap ayam dalam peti sejuk semalaman
  6. Sebelum bakar, sapukan atas ayam ngan sedikit olive oil kalau tak de olive oil , sapu je ngan butter. Boleh gak buh aksesori cam baby tomato, carrot(lumurkan ngan sedikit olive oil, black pepper dan sedikit garam , kentang(kalau nak buh kentang, pastikan kentang direbus dulu hingga sedikit empuk, kemudian kentang tu lumurkanlah ngan sedikit olive oil dan bahan perapan tadi )
  7. bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 40 minit, guna api atas bawah.


nilah hasilnya selepas dibakar selama 40 minit , jeng jeng jeng jadilah ikan jenahak rosemary-sesuka je aku bagi nama kan.

 cuba jangan tak cuba, masakan yang simple tapi sedap ni, InsyaAllah. Akhir kata ,aku akhiri entri ni dengan ucapan ...Selamat behujung minggu bersama keluarga tersayang ye,


Saturday, February 18, 2012

Aneka resepi masakan- cili besar/merah dan daun lumau purut-erkkk Alhamdulillah dah kenyang


salam kengkawan............


Hujan berterusan dari pagi, sejuk-sejuk cam ni,perut mesti memanjang lapar, tak pun mata nak membuta je . Leganya dah masak ,dah bagi Firdaus makan pun. Pagi tadi aku buat cucur ikan , ingatkan tengahari nak masak lambat sikit, tengah aku duk baring melayan mata depan tv, sepuluh kali kejap Firdaus kejutkan suruh masak nasi. Tak kuasa aku nak baring lagi ,bangun terus masak. Masak simple simple je , kangkung masak lemak cili merah ngan ikan jenahak bersambal daun limau purut. Masak lemak aku jarang masak,nak wat cam mana  aku suka  , suami ngan anak-anak tak berapa suka , tak kan aku sendiri masak sendiri makan, ye dak.

Jom layan masakan dari cili besar /merah



Hasil tangkapan suami minggu lepas, aku masak 3 keping potong dua,cukuplah untuk 3 orang makan.



Bahan -bahannya tak banyak, kang aku dah kata simple je

1) cili besar /merah 3 biji-kisar kering
2)lebih kurang 6 ulas bawang merah kecik ngan 4 biji ulas bawang putih -kisar kering.
3)5-6 helai daun limau purut-kisar bersama cili besar/merah.
4) beberapa hirisan mangga -terpulang pada citarasa masing-masing, tak buh pun tak pe, kebetulan kat rumah aku ada mangga, tu yang aku buh.



Cara-cara membuatnya

1)Tumis bahan kisar hingga pecah minyak-guna api sederhana
2)masukkan mangga (kalau tak de mangga buh air asam jawa atau belimbing atau asam keping)
3)Buh sedikit air, supaya dia tak kering sangat
4)buh garam, gula ngan perasa -rasa ikut citarasa masing-masing.
5)bila sambal dah cukup masak, angkat curah kat atas ikan jenahak yang dah digoreng tadi.Selamat mencuba.



Bahan -bahan untuk masak lemak kangkung cili besar/merah

1)3 biji cili merah /besar
2)4 ulas bawang merah
3)segenggam ikan bilis- cuci berseh dan tus
4)santan dari sebiji kelapa
5)seikat kangkung

SEMUA BAHAN DIKISAR

Cara-cara membuatnya

1)Masukkan semua bahan kisar, santan ke dalam periuk atau kuali-aku besalah suka guna kuali-kah kah kah
2)Tembok kuah hingga mendidih -guna api sederhana besar
3)Bila kuah dah agak mendidih, masukkan kangkung tadi.
4)perasakan ngan garam ngan sedikit gula, biar sekali lagi mendidih.
5)tutup api, angkat sedia dihidang.



Muka puas  hati  dapat makan nasi, budak ni nak manja hari ni , nak aku suapkan : )



Jumpa lagi, InsyaAllah , lepas ni aku nak buat donut, time hujan cam ni perut lapar semacam. Best jugak
dapat layan donut sambil tonton  dilwale dulhania le jayenge(rindu ngan cite ni)




Thursday, February 16, 2012

masalah negara

Hari ni konco-konco ajak lunch kat kedai makan  area opis .Dah lama tak lunch kat luar, terasa duit terbang cam tu je, dasar kedekutkan aku ni, terkejut mak makan nasi berlaukkan daging ngan tempe minum air barli suam dekat nak RM10, kawan mak pun kena rega cam tu, sedangkan lauk ikan ngan sayur je.Tak moh komplinlah, nasi dah jadi bubur nak wat cam mana.kah kah kah



Makan sambil menikmati keindahan pantai, nampak tak kanak-kanak bermain-main ditepi pantai ................. ombak menghempas gigi pantai membawa bersama-sama umang-umang dan tapak sulaiman .....Dah lama rasanya tak nampak pokok kelapa melambai-lambai setiap kali angin bertiup, .ohhhhhh alangkah damainya kurasa (abaikan,  ini hanyalah imiginasi penulis semata-mata)


Izzah sedang mengirim sms kepada hariz : ), dia bagitau air epal ni manis sesangattttttttt.

Kenapa ye?,  setiap kali kita order air kurang manis, dia buat terlebih-lebih manis. Masalah negara sesangatlah orang jenis tak paham perkataan kurang manis ni. Tak pun pemahaman dia terbalik kot, lenkali aku nak order manis sangat, mesti dia buat kurang maniskan . Satu lagi kalau boleh , sental  sikit bawah cawan yang berkerak tu, aku tengok yang ambik order  kemain pandai make up , tak kan cawan berkerak  tak pandai nak sental : ) Berniaga ni dik  kena utamakan kebersihan..

Cakap pasal cawan, teringat plak cawan ni. Kat manalah teko ngan cawan besau ni ?, tak sempat nak tengok live. Senang kalau dapat teko ngan cawan besau cam ni, buat air sekali cukup untuk satu kampung minum. Kalau tempat korang ada jual teko ngan cawan cam ni, jangan lupa bagi tau reganya.kah kah kah kah


status ; Dalam penantian duit RM500(BRIM) ngan RM100(BP) , wa dah pokai ni.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina