Showing posts with label mangga besar. Show all posts
Showing posts with label mangga besar. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

cerita pasal pokok mangga dan buah mangga saje

 Di hadapan rumah aku ada pokok mangga.  Pokok mangga tu  menghasilkan buah mangga yang besar -besar belaka.Dua hari lepas  masa aku di opis, ada  jiran call  aku meminta izin  untuk  mengambil buah mangga tu. Tapi tak sangka plak aku buah mangga yang diambil tu dia buat  kerabu mangga kemudian  kerabu mangga tu diagih-agih kepada jiran tertangga ek eleh mak terharu mak pun dapat kerabu mangga .

Tips untuk mendapatkan buah mangga besar bagai johan

Tak payah nak kedekut dengan buah mangga yang kita miliki , kepada sesiapa yang teringin atau mengindamkan buah mangga  kita sedekahkan jelah  .InsyaAllah makin bertambah rezeki kita nanti Pokok mangga ; Indah sekali nikmat yang Allah SWT kurniakan ni.*undilah saya sebagai ustazah pilihan*
 Kerabu mangga hasil tangan jiran tertangga
ek eleh macam comel je ibu jari aku tu .
Malam minggu ; Sessi makan buah mangga dengan pencolek bukan pencolek "Mak bee ye" tapi pencolek hasil tangan aku: )
 best tau bersembang-sembang sambil makan mangga dengan pencolek
 Entah apalah yang budak berdua ni sembangkan
 Tak cukup mangga aku tala dorang dengan  buah epal
 Hirisan mangga dengan pencolek
 duduk macam gaya kak nam je
 Hirisan epal dengan pencolek
 bersembang lagi?
Boleh gitu!!!makan mangga berulam air milo

Buat pengetahuan kengkawan ;  sepanjang mereka berdua makan mangga dengan pencolek  sepanjang tulah gigi aku  merasa ngilu .motip?

Kan aku dah kata tadi cerita ni pasal buah mangga dan pokok mangga je : )

Selamat malam ~~mimpi indah ye~~









Terima kasih kerana sudi berkunjung ke sini Semua cerita diblog ini berkisar mengenai kehidupan peribadi aku , tidak ada kena mengena dengan orang lain kecuali aku dengan jelas menulis nama atau menyiarkan gambar sesiapa.Segala hasil tulisan di blog ini merupakan pandangan peribadi aku dan tidak mewakili mana-mana pihak .

Sunday, March 18, 2012

Blog rakan maya

Salam kengkawan............



Hari ni aku tak kemana-mana duk lepak makan mangga sambil goyang-goyang kaki, tangan plak duk laju mengupdate blog list rakan maya, sebenarnya blog ni dah lama ujud, cuma  asyik  tergendala je kerana kesibukan aku  , malam tadi baru  blog tu terlaksana, itu pun tak 100%. Aku sedang mengumpul banyak lagi blog nak dimuatkan kat dalam   blog list rakan maya aku tu , tungguuuuuu.Jangan malu jangan segan, bila korang ada kesempatan, sila-silalah jengah blog list rakan maya aku tu.

Alhamdulillah pokok mangga tanpa belaian mesra dan limpahan kasih sayang dari tuan rumah, membuahkan hasil yang lumayan banget. Petang semalam aku petik dua biji, yang sebiji aku peram dalam tong beras, lagi sebiji aku hiris-hiris makan ngan kicap + cili padi + gula, masa zaman arwah mak , kicap cili tu aku buh belacan sikit, sekarang ni aku tak buh belacan takut suami aku tak biasa makan.


Mangga yang ni aku peram dalam tong beras, seminggu lagi sedang eloklah masaknya.



Mangga ni makan ngan kicap + cili api+ gula

Tengok kicap ni je dah meleleh air liur, aku tak delah feverat sangat ngan mangga cicah kicap ni, suami aku je berhantu ngan benda masam masam cam ni : )



Mengunungkan mangga ni , puaslah suami aku makan, duk ulang sampai malam.



Budak berlagak


Budak berlagak ni bagi tau yang kicap ni pedas sangat, pada aku biasa je.



Aku bagi Firdaus  cicah mangga ngan gula icing + sedikit garam , dah dia sibuk kata kicap tu pedas. Dia tak makan banyak pun, dia cam aku gak, tak suka sangat benda-benda masam ni.



Sekarang ni firdaus ngan yuyi tengah selsema dan batuk, cam bergilir plak : )


Jumpa lagi dilain hari dan waktu, InsyaAllah, hari ni aku nak menyibukkan diri  mengupdate blog list rakan maya aku.

Friday, February 10, 2012

izzah & hariz ombak rindu

nama dan raut wajahku tak sama ngan izzah , apatah lagi size badan "jauh panggang dari api" , cuma yang sama tang loya dan pening semasa datang bulan. Sabau je lah nak jugak sama ngan izzah ombak rindu walaupun tak de lah minat ngan maya karin. Entahlah, dari kacamata aku ,maya karin walaupun cam mana dia nak menjadikan diri dia lemah lembut, aku masih nampak kekerasan dia , jauh beza ngan elly mazlein, kelembutan dia memang terserlah.


izzah selalu loya ngan pening masa datang bulan. hari ni izzah tak masak, izzah belikan abang nasi beriani ngan ayam pandan je. (dialog selepas datang bulan tu aku sendiri tambah) teringin gak nak bercakap lemah lembut cam izzah, kang kalau aku bercakap ngan suami ikut gaya izzah , sah sah dia cop aku buang tebiat. bikin spoil mood aku je. Mana taknya kita orang ni kalau bercakap, satu kampung boleh dengar, tak pun sampai afghanistan.


Izzah mesti tak sekejam aku, ye!! memang aku kejam, sebelum buah mangga aku dirampok pekerja bangla , baik aku petik, muda pun mudalah. Izzah mesti tak anti bangla, Ye!!! memang aku anti bangla. kenapa aku anti bangla? cer teka cer teka... sebabnya masa aku keja estet pekerja bangla suka nak bagitau yang dia datang Malaysia sebab kena tipu ngan orang kita, paling tak boleh blah dia bagitau kat bangladesh dia kaya raya. Kata kaya , nak jugak curi buah mangga aku, orang lain curi aku NO HAL, jangan bangla nahi nahi nahi. Selagi dia tak tarik statement orang kita tipu dia, selagi tu aku tetap anti bangla dan pendatang asing yang lain -lain kat Malaysia ni.

Izzah opssss (asyik tersebut izzah je ) aku tak larat masak , aku beli nasi briani ayam pandan kat pasar malam. Beli dua bungkus , untuk suami ngan Firdaus je.



Sapa yang rindu Firdaus , silalah tatap wajahnya puas-puas. Nampak tak di situ ayat bajet Firdaus glamer. Habis sebungkus nasi briani tu, Alhamdullilah.



kawan-kawan, jangan cari izzah ye, izzah cuti sakit : (

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina