Thursday, September 29, 2011

Jawab sms penonton,Penonton bertuah, model-model terkenal, manga?

Salam hari khamis...........


Bertemu lagi di rancangan ini buah mangga saya , anda boleh pandang je. Oleh kerana perut aku sakit hari ni , cherry berry dari malam tadi,sampai lutut pun terketak-ketak, keadaan kesihatan tak mengizinkan nak masak memasak. Maaf ye penonton-penonton semua tak de masak ngan resepi hari ni . Korang goreng je lah ikan masin makan ngan nasi.

Oleh kerana tak de masak-masak, aku jawab sms penonton bertuah je. Sila tepuk tangan tuk penonton bertuah kali ni........


tepuklahhhhh










Adik suri cik ina tak pernah letak baja dari mula tanam pokok mangga tu.Kalau ada pun najis ngan kencing kucing Alhamdulillah seperti yang cik ina beritahu Allah SWT sayang sangat ngan cik ina sebab tu pokok tu kerap berbuah.larikkkkkkkkkkkkkkkkkk

Harap Puan suri puas hati ngan jawapan cik ina ye.





Puan Rai



Puan Rai cik ina tak tahu mangga tu jenis apa .Cik ina beli pokok tu tahun 2005 kat pakcik kat rumah cik ina. Rega sepokok RM7. Pokok tu kerap berbuah. Masa beli pun cik ina tak tanya pokok tu jenis apa.


Harap puan rai puas hati ye ngan jawapan tu.



Aku tanam sendiri pokok mangga tu depan rumah berhampiran ngan longkang. Siram pun seminggu sekali, kalau rajin. Pokok daun pandan tu baru je aku cocok kat situ tak sampai 3 bulan.



Fresh from farm, ada 5 biji tunggu nak dituai. Kak ngah sila tutup mata letak tangan kat dada , kalau rasa tak boleh tahan .


Dah kupas sebijik pagi tadi.nyum nyum nyum rasanya lemak manis.


Buah mangga ni dah banyak mengunakan model-model terkenal , sila lihat ke bawah model sensasi lagi terkini tu,








Sesiapa yang berminat nak jadi model mangga sila submit form


Sesiapa yang ada berhasrat nak tanam pokok mangga dan nak dapat hasil buah mangga cam tu, awal-awal kena pasang niat bahawasanya pokok mangga tu rezeki dari Allah SWT , sesiapa yang nak mengambil dan makan silakan. Kena redha ye, sebab tu selama aku tanam pokok mangga tu hanya sekali je berlaku kejadian rompakan bersenjata terhadap buah mangga tu.


Sekian berjumpa lagi dilain rancangan..............aku nak pegi melabur jap.jamban




Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina