Showing posts with label puff sardin. Show all posts
Showing posts with label puff sardin. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

aktiviti hari ni-busy


Salam hari sabtu..... baru nampak komputer sebab dua hari ni kebizian, jenguk blog kawan pun idak lagi.



Bizi buatkan ratu kebaya punya cheese tart tuk kenduri rumah kakak dia. Di sini aku ingin beri dia pantun dua kerat

Ratu kebaya terima kasih daun keladi
Lain kali buat cheese tart sendiri.

Pantun ni kenalah untuk dia sebab bukan dia tak pandai buat cheese tart, tapi saja gatal nak order.kuang kuang


Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.



Oleh kerana aku kebizian , Firdaus makan sausage je lah.


Nak mengedik sebelum sessi membakar.


Lepas membakar pun gedik nak bergambar lagi




Puff sardin ngan sausage, saja nak layan tepek kat sini.


Okeylah nak lepak dulu penatlah, tapi sebelum tu aku update rumah lagi satu....

Jumpa esok ye.

Friday, May 27, 2011

Puff sardin pedas

Salam hari jumaat, jumpa lagi, hari ni puff sardin ye.Tension tension gak masak kena on.



1)bawang kuning (bombay) hiris, lagi banyak lagi sedapkan.
3)3 biji limau dibelah dua.
3)cili api lagi banyak lagi pedas. Lagi pedas lagi sedapkan.



Isi ikan sardin dalam tin. Suka hati sardin cap apa, janji halal. ye tak? Ingat ye sos sardin kena ketepikan.



Campur dan lecek semua , perah limau, tambah garam sikit, dah siap.



cam biasa sekeping puff pastry.



Letakkan inti sardin ditengah.



Tutupkan, tekankan ngan garfu di tepi puff sardin. Dipermukaanya sapu telur.



Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25 minit.



Jeng jeng dah siap.


SELAMAT MENCUBA.

Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina