Monday, October 12, 2009

Nasi Ayam




Semalam aku cuti, sebab nak settle beberapa urusan penting. Jadinya tengahari ada free , nak masak. Dah lama rasanya tak masak nasi ayam. tu yg gigih masak nasi ayam tu. aku buat tutorial sikit ye. saje main-main.



tumis layu bawang besar, halia , kayu manis & bunga lawang nak buat sup. Biar sup dia banyak, nanti nak masak nasi.




Minyak lebihan tadi gaul ngan beras yg dah dibasuh. Kita buat cm ni supaya nasi ayam kita nampak cantik.





Dah sebati baru letak sup ayam kat nasi tu. Lepas tu masak cam biasalah.




Sup Ayam tadi separuhnya boleh jadikan sup utk makan ngan nasi tadi.




Nasi yg dah siap dimasak.



Ayam diperap ngan halia dan bawang putih mesin.jgn lupa perap ngan kicap sekali.



Daun salad wajib




cili besar dimesin ngan bawang putih. masakkan atas periuk sekejap.letak gula, cuka ngan garam



sos cili dan kicap dimakan ngan nasi ayam. kicap dibuat dari campuran sup letak kicap sedikit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina