Wednesday, February 24, 2010

Aku keliru, nak ketawa atau nak menangis


arwah mak aku yg baju kilat tu & yang terselit kecik tu arwah adik

Dihujung sekali adalah gambar arwah adik lelaki aku yang paling bongsu, Zulkarnaen yang amat aku sayangi.dia telah meninggal dunia pada 11 may 2004.masa ni arwah mak aku rajin bawak dia pergi rombongan cik kiah ke sukan komanvel.kalau dia masih hidup umur dia dah 30 tahun.





maaf gambar kabur.masa ni nak pergi rombongan gak.

Sebenarnya cerita yang aku nak cerita ni bukanlah sangat cerita pasal kematian dia.masa adik aku meninggal dunia ni aku sedang mengandungkan firdaus. Aku ngan suami yang hantar dia pergi hospital kelang, sebab masa tu dia sakit. aku ingat lagi masa tu malam sabtu.

aku uruskan semua kemasukan hospital dia, selepas tu aku pun balik.esoknya aku tak dapat datang tengok dia, sebab aku terlalu letih, dengan tengah mengandung dan tengah nak pindah kerumah baru. aku pesan arwah adik aku, zaharah tengok dia ngan hantar barang-barang keperluan.

arwah zaharah kata arwah zulkarnaen pesan nak jumpa ngan aku sangat.dia kata nak cakap sesuatu kat aku.petang minggu tu lepas semua urusan dah siap, aku ngan laki aku nak pergilah jenguk adik aku tu. hari masa tu dah nak malam.

Aku tak tahu dengan tak semena-mena , aku boleh suruh laki aku patah balik. aku cakap ngan laki aku, hari dah nak malam, esok jelah kita pergi. laki aku pun pelik, tapi dia akur ngan cakap aku. Dia paham , mungkin dia ingat aku letih. Lepas tu esok subuh pukul 4 pagi aku terima panggilan dari hospital.dia tak payah cakap aku dah dapat agak, dorang nak cakap adik aku dah meninggal dunia.

apa yang korang rasa kalau korang kat tempat aku ? mestilah menyesal tak pergi tengok.sampai sekarang aku masih teringat, apa yang dia nak cakap pada aku sebelum dia meninggal.ni cerita esoknya, aku ngan laki aku cepat-cepat pergi kat bilik mayat.orang kat bilik mayat tu bagi aku tengok adik aku.dia tarik satu laci besar, tapi sedeh mata dia sebelah cam terbukak sikit je. orang kata selalu mcm tu hajat dia nak jumpa seseorang tak dapat.wallahualam .mungkin dia nak jumpa aku tak dapat kot.

Tak payah nak cerita panjang-panjang, nanti emo sedeh samapai plak.ni aku nak cerita sikit dalam bilik mayat tu bau pencuci lantai dia, bau wangi je.baunya sampai menusuk kejantung kalbu. Dan bau tu pun aku boleh cam.

Aku tak tahu kebelakangan ni aku pergi kerja selalu tunggu komuter.masa aku tunggu komuter aku selalulah berbual ngan akak ni kerja JPN.Dah banyak kali aku tercium bau perfume dia. bila aku bau perfume akak tu, aku macam nak peluk dia je , sambil cakap , oh adikku, akhirnya dapat jugak kita berjumpa. bau dia betul buat aku jadik emo sedih.korang tahu kenapa? ada ke patut bau perfume dia macam bau perfume bilik mayat punya pencuci lantai.sama plak macam bau bilik mayat adik aku yang meninggal dulu.Aku tak paham ngan dorang ni kalau nak pilih perfume pun, jangalah sampai bau cam tu.kang aku cakap ngan akak ni, takut dia kecik hati plak.aku pun tak delah pakai minyak wangi mahal cosway je.

mulai sekarang aku terpaksa menjauhi akak tu, sebab aku tak nak bau perfume dia boleh menukar emo aku jadik sedeh.the moral of the story kalau korang nak wangi pun, janganlah sampai bau perfume tu sama ngan bau pencuci lantai bilik mayat.kwang kwang kwang






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jangan ikut sangat

Advertisements

Twitter

anak-anak cik ina