Friday, February 19, 2010

kena periksa dulu sebelum masuk



korang jangan nak terkejut ngan gambar ni.ini sekadar untuk pemeriksaan kesihatan je.khe khe.ari tu jiran aku beritahulah pasal duit sumbangan yang dia dapat selepas anak dia kahwin.cian aku dengar tak menepati duit yang dah dilaburkan. tipu kalau kita buat keja kahwin tak nak pulang modal balik.kadang-kadang macam yang tak berkemampuan tu dorang semua beli barang hutang dulu, lepas dapat duit sumbang baru bayar balik.

Macam cina plak lain, dorang paling sikit bagi RM50. tapi sapa bagi dorang siap tulis nama, nanti bila kena pada turn dia, dorang balas balik. itu baru dikatakan kerjasama

Lagi satu aku nak bagi nasihat sikit pada sapa yang dapat jemputan apa-apa tu

1) janganlah hang bagi sampul surat kosong atau isi tisu.aku cakap sebab ada bukti. ikut mcm aku,kalau takde duit sangat,baik tak payah pegi lagi baik, daripada mendajal orang .

2)Kalau boleh janganlah bawak satu bas. masuk aku satu keluarga. kalau bagi RM10 to RM50, tak pelah. ini bagi RM1 to RM 5 tok nenek semua nak datang. kalau kat kawasan aku ni plak siap hari tu tak payah masak. seisi rumah makan rumah orang kahwin.makan kat kedai pun kena RM3 .

Aku ada satu cadangan yang terbaik untuk mengelakkan dapat sampu surat kosong atau diisi ngan tisu

1) buat sekatan untuk pemeriksaan sebelum sampai rumah penganti, agak-agak 500 meter ke.kita beli scanner yang boleh scan dalam sampul surat tu ada apa.

2) jadik kalau ada orang nak menipu, bila kita kata kena scan je.dia mesti tak nak, nanti dia kata nak balik dululah sebab sakit perut ataupun dia cabut sebelum sampai tempat pemeriksaan.

3) kalau nak jimat lagi ajak para jemputan makan di warong-warong makan je.bila jemputan nak tengok pengantin, korang katalah pengantin pegi tangkap gambar kahwin kat studio. mcm orang cina jemputan kahwin kat restauran.korang jelah layan cadangan gila aku tu.



Jangan ikut sangat

Advertisements

anak-anak cik ina